Você está na página 1de 11

Kesan Kepada Pendidikan di Malaysia

Kesan Kepada Politik di Malaysia


Apabila menyentuh mengenai sistem politik di Tanah Melayu umumnya dan di Malaysia
khususnya,secara keseluruhannya,di kebanyakan negara yang sedang membangun
aspek etnik selalunya mencorakkan pentas politiknya. Seperti yang telah kita ketahui,
Malaysia merupakan sebuah negara yang masih lagi mengamalkan sisitem demokrasi
secara berkesan. Hal ini adalah kerana sistem demokrasi di negara ini telah berjalan
lancar sejak pilihanraya umum yang pertama pada tahun 1955. Hal ini merupakan
kesinambungan kepada penyatuan orang Melayu, Cina dan India yang mendesak
British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Antara ciri-ciri demokrasi
berparlimen yang diamalkan adalah raja berperlembagaan. Sistem pemerintahan ini
adalah sistem yang mana masih mengamalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
dengan dibantu oleh Perdana Menteri. Selain daripada itu, seperti mana yang telah
diketahui,negara kita masih mengamalkan pilihanraya. Melalui pilihanraya inilah,.rakyat
berpeluang membentuk kerajaan di samping berhak menyokong, mengekalkan atau
menukar kerajaan yang telah sedia ada.
Seperti mana yang telah diketahui.penjajahan British di Tanah Melayu telah
mengundang kemarahan pemimpin- pemimpin tempatan. Hal ini adalah kerana
pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari barat. Antara
faktor-faktor pemimpin tempatan menentang British termasuklah kerana:
a) Dasar penaklukan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik
b) British menguasai ekonomi tempatan
c) Memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah kepada
penduduk tempatan.
d) Campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.
e) Memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai dan budaya barat yang
bertentangan dengan budaya tempatan
f) Pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan
g) Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran
Bil Tokoh tempatan Lokasi penentangan
i. Penghulu Dol Said Naning, Melaka
ii. Linggir Batang Lupar, Sarawak
iii. Rentap Kubu Nanga Skrang, Sarawak
iv. Syarif Masahor Kanowit, Sarawak
v. Mat Salleh Di pesisir pantai Sabah
vi. Dato’ Maharaja Lela Pasir Salak, Perak
vii. Yam Tuan Antah Sg. Ujong, Negeri Sembilan
viii. Dato’ Bahaman Lubuk Terua dan Jeram Ampai, Pahang
ix. Tok Janggut Pasir Puteh, Kelantan
x. Hj Abdul Rahman Limbong Kuala Berang, Terengganu

Selain daripada itu, penjelajahan dan penerokaan British di Tanah Melayu telah
menyebabkan perundangan peribumi diubahsuai menyerupai sistem perundangan
barat.
Sebagai contoh penaklukan Portugis terhadap Melaka telah meruntuhkan institusi raja
dan pentadbiran diketuai oleh kapten. Disamping itu, gabenor merupakan pemerintah
tertinggi Negeri-Negeri Selat dan dibantu oleh residen bagi ketiga-tiga negeri tersebut.

1.1 Parti Politik Di Tanah Melayu


1. Malayan Democratic Union (MDU)
· Ditubuhkan oleh golongan professional cina pada bulan Disember 1945.
· Merupakan pertubuhan bukan Melayu yang menentang Malayan Union
kerana dianggap tidak demokratik.

2. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)


· Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 bertujuan untuk menumbangkan gagasan
Malayan Union.
· Bertujuan untuk menyatukan orang Melayu disamping melindungi dan
menjaga kepentingan orang Melayu.
3. Malayan India Congress (MIC)
· Ditubuhkan pada bulan Ogos 1946.
· Menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu.
· Memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain.
4. Malayan Chinese Association (MCA)
· Ditubuhkan pada tahun 1949.
· Menjaga kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu.
· Bekerjasama menentang keganasan komunis di tanah melayu.
5. Hizbul Muslimin
· Pertubuhan politik yang pertama antara tahun 1945-1950.
· Bermaksud pertubuhan kaum Muslimin.
· Bertujuan menubuhkan sebuah kerajaan islam di Tanah Melayu yang
merdeka.
· Diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir.
· Perjuangan parti ini kemudiannya disambung oleh Parti Islam Se- Tanah
Melayu (PAS).

6. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)


· Ditubuhkan pada 24 November 1951.
· Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad Bin Hassan.
· Bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara islam di Tanah Melayu
disamping menjadikan islam sebagai agama rasmi.

Seperti yang kita lihat dunia politik hari ini, senario politik telah banyak berubah
berbanding pada zaman penjajahan. Kewujudan masyarakat majmuk mencorakkan
sistem politik negara ini. Walaubagaimanapun, masyarakat Malaysia masih berpegang
teguh kepada sistem demokrasi yang diamalkan sejak memperoleh kemerdekaan.

Kesan Terhadap Ekonomi


Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah
meninggalkan
banyak impak terutamanya dalam bidang ekonomi. Kekayaan Tanah Melayu dengan
sumber bahan mentah seperti biji timah dan arang batu telah menarik minat kuasa
Barat, khususnya pihak British, untuk meluaskan pengaruh mereka di Tanah Melayu
akibat daripada tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah yang memerlukan lebih
banyak bahan mentah. Apabila pihak British akhirnya berjaya menakluk Tanah Melayu,
pembukaan lombong biji timah dan ladang getah semakin meluas, lebih-lebih lagi
dengan kemasukan tenaga buruh daripada Cina dan India secara besar-besaran untuk
memanfaatkan kekayaan sumber bahan mentah di Tanah Melayu yang secara tidak
langsung membawa kepada penemuan beberapa sumber galian yang penting selain
daripada biji timah dan arang batu iaitu seperti emas, bauksit dan juga bijih besi. British
telah meninggalkan impak positif dan negatif ketika menjajah Tanah Melayu.

Dari segi ekonomi, British telah banyak melakukan perubahan dalam ekonomi di Tanah
Melayu iaitu dengan memperkenalkan ekonomi kapitalis di samping pelajaran dan
perkhidmatan kesihatan. Namun, sesetengah langkah yang dilakukan oleh British ini
adalah boleh dianggap sebagai 'melepas batuk di tangga' kerana walaupun banyak
perubahan telah dibuat oleh British namun ianya langsung tidak mendatangkan
kebaikan kepada orang-orang di Tanah Melayu terutamanya orang Melayu. Ekonomi
yang bercorak pertanian sara diri telah berubah menjadi ekonomi komersil atau
ekonomi perdagangan. Perkembangan yang dapat dilihat adalah dalam sektor
pertanian niaga dan perlombongan. Dalam sektor perlombongan, perusahaan bijih
timah menjadi semakin maju. Ramai orang Cina telah dibawa masuk ke daerah Lukut,
Ampang, Klang dan Kuala Lumpur untuk mengusahakan kawasan lombong bijih timah.
Kedatangan orang Cina telah membekalkan tenaga buruh yang mencukupi. Selain itu,
British turut memperkenalkan pelbagai cara baru untuk melombong bijih timah.
Antaranya ialah lombong dedah dan cara pam. Penggunaan teknik baru ini telah
menyebabkan hasil lombong bijih timah meningkat berlipat kali ganda.

Dalam sektor pertanian, Sir Henry Wickham telah memperkenalkan penanaman getah.
Pada mulanya, sambutannya tidak begitu baik dan hanya dijalankan oleh pengusaha
Inggeris. Peladang-peladang tempatan lebih suka menanam kopi yang mempunyai
harga tinggi di pasaran dunia. Namun demikian, penanaman getah telah berkembang
dengan pesat pada awal abad ke-20 kerana permintaan tinggi bagi getah dalam
pasaran dunia. Selain itu, British telah memperkenalkan tanaman baru yang mendapat
pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti kopi dan tembakau. Tanaman tradisional
seperti gambir dan lada hitam telah dikomersialkan. Kebanyakan tanaman-tanaman ini
diusahakan secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk
dari China dan India. British telah memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah
bagi meneruskan penguasaan ekonomi. Selain itu ia bertujuan untuk melindungi dan
mengelakkan tanah milik orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan pelabur
asing.

Dasar ekonomi British juga mempengaruhi kemunculan bandar baru di Tanah Melayu
pada awal abad ke-20. Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan
Bandar Kuala Lumpur, Taiping dan Seremban manakala perkembangan pertanian
komersil mempengaruhi kewujudan Bandar Johor Bharu. Peningkatan pengeluaran
produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan pelabuhan Klang, Melaka dan
Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan. Penguasaan terhadap pelabuhan utama di
kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di
kawasan bijih timah dan penanaman getah. Kemajuan ekonomi yang berkembang
dengan pesat juga secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan system
pengangkutan dan perhubungan pada zaman tersebut seperti jalan raya dan kereta api.
Pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan ini adalah penting untuk
menghubungkan ladang getah dan lombong biji timah dengan kawasan-kawasan
pelabuhan supaya bahan-bahan tersebut mudah diangkut keluar bagi tujuan eksport.

Selain meninggalkan kesan-kesan positif, British turut meninggalkan kesan-kesan


negatif. Semasa zaman penjajahan, pihak British mengamalkan sistem ekonomi yang
berasaskan ‘Pecah dan Perintah’. Sistem ekonomi ini yang disifatkan sebagai
penjajahan ekonomi meninggalkan kesan kepada negara ini. Dasar ‘Pecah dan
Perintah’ menyebabkan wujudnya dominasi etnik tertentu dalam sesuatu bidang
ekonomi. Semasa pemerintahan British, kaum Melayu dikongkong pada ekonomi
tradisional perikanan dan pertanian yang berpendapatan rendah, manakala golongan
bukan bumiputera dilibatkan dalam ekonomi yang lebih moden iaitu perusahawanan biji
timah dan getah. Malah, golongan bukan bumiputera ditempatkan di kawasan bandar
manakala kaum Melayu dikekalkan di kawasan luar bandar. Kesannya dapat dilihat
hingga kini apabila golongan bukan bumiputera mendominasi ekonomi berteknologi
tinggi yang berpendapatan tinggi terutamanya bidang perusahawanan dan
perdagangan manakala golongan bumiputera masih lagi ketinggalan dari segi ekonomi
dengan penggunaan teknologi yang rendah dan penceburan yang kurang dalam bidang
tersebut. Malah, golongan bukan bumiputera masih mendominasi kawasan bandar.
Kesan penjajahan ekonomi juga menyebabkan wujudnya perbezaan pendapatan di
antara kaum dan wilayah akibat pengagihan bidang ekonomi menurut etnik. Di negara
ini, golongan bukan bumiputera terutamanya golongan Cina mempunyai kadar
pendapatan yang tinggi berbanding golongan bukan bumiputera. Pada tahun 2004,
purata kasar pendapatan bulanan isi rumah kaum Melayu adalah RM 2,711 jauh lebih
rendah berbanding kaum Cina, RM 4437 dan kaum India, RM 3456. Ini jelas
menunjukkan bahawa kaum bumiputera adalah jauh tertinggal dari kaum bukan
bumiputera dari segi bidang ekonomi dan menjustifikasikan ketidakseimbangan
sosioekonomi masyarakat.

Selain itu, kesan penjajahan ekonomi meninggalkan kesan jangka panjang iaitu
kemiskinan tegar di negara ini. Semasa penjajahan, British tidak memberi perhatian
kepada meningkatkan pendapatan penduduk Tanah Melayu lantaran mereka hanya
mengutamakan penguasaan ekonomi mereka ke atas Tanah Melayu. Golongan yang
berpendapatan rendah yang kebanyakannya dari kaum Melayu tidak mendapat
bantuan dalam meningkatkan kadar pendapatan mereka malah mereka dikekalkan
dalam bidang ekonomi tradisional di kawasan luar bandar. Justeru itu, masalah ini
berlanjutan hingga kini apabila masyarakat yang kurang berkemampuan masih wujud
walaupun kerajaan telah mengambil banyak langkah telah diambil untuk mengatasinya.
Kesan penjajahan ekonomi juga menyebabkan wujudnya prejudis perkauman
memandangkan struktur sosioekonomi masyarakat adalah tidak seimbang. Justeru itu,
wujud golongan yang tidak berpuas hati dengan etnik yang lain dan menaruh prejudis
perkauman yang kuat. Malah, prejudis perkauman ini pernah menjadi parah pada 13
Mei 1969 apabila berlakunya pergaduhan antara kaum.
Pihak British lebih menumpukan pembangunan ekonomi di kawasan atau wilayah yang
kaya dengan sumber bahan mentah, terutama di pantai barat Tanah Melayu. Wilayah
yang kaya dengan sumber bahan mentah menjadi maju manakala wilayah yang tidak
mempunyai sumber bahan mentah menjadi mundur. Akibatnya, negara kita pada
zaman sekarang telah mewarisi struktur ekonomi yang bersifat dwi ekonomi di mana
ekonomi yang bersifat moden lebih tertumpu di kawasan bandar, manakala ekonomi
yang bersifat tradisional dan sara diri berpusat di kawasan luar bandar.

Kesan Terhadap Sistem Pendidikan


“Pendidikan merupakan aset yang paling penting bagi menentukan maju serta
mundurnya sesebuah masyarakat dan bangsa. Oleh itu, pendidikan amat penting bagi
kehidupan manusia untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu,berakhlak mulia,
berpotensi dalam membangunkan negara, serta dapat member sumbangan kepada
keharmonian masyarakat dan negara. Jadi, semua warganegara Malaysia sewajarnya
mendapat pendidikan yang seragam yang dapat meningkatkan taraf hidup masing-
masing tanpa adanya sekatan dan halangan.” (Sumber: Buku Falsafah Pendidikan)

Sistem pendidikan semasa penjajahan British telah memberi kesan terhadap sistem
pendidikan
yang ada sekarang dan kesan terhadap penduduk Malaysia amnya . Sistem pendidikan
terdahulu tidak mengambil kira hal pembangunan,pembentukan identiti kebangsaan
dan perpaduan negara.Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, British mewujudkan
system pendidikan berdasarkan kaum,faktor politik,ekonomi,sosio-budaya dan agama.

“Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di
Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan, iaitu
aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Setiap kumpulan etnik mempunyai adunan dan
acuan pendidikan yang berbeza. Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan di
Persekutuan Tanah Melayu dibahagikan kepada tiga peringkat. Pertama, pendidikan
British Rendah dan Menengah yang dihadiri oleh anak-anak golongan bangsawan
Melayu dan hartawan Cina dan India. Kedua, sekolah Melayu peringkat rendah yang
dibantu oleh British dengan matlamat untk menjadikan mereka sebagai petani yang
lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka. Pihak British juga membenarkan
kewujudan sekolah agama dan mengaji Quran. Pada peringkat ini tiada sekolah
menengah Melayu. Ketiga, sekolah vernakular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai
oleh masyarakat Cina sendiri (Milne dan Mauzy, 1986).”( Sumber:Modul Hubungan
Etnik)

Kesan pertama penjajahan British terhadap sistem pendidikan sekarang ialah masih
wujud lagi sekolah aliran lain dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing
cuma bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib sesuai dengan memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.Selain itu, sekolah aliran lain
iaitu Cina dan India tidak lagi berteraskan sukatan pelajaran daripada negara China dan
India.Ketika penjajahan British terdapat lima jenis persekolahan iaitu Sekolah
Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina , Sekolah Vernakular India, Sekolah
Vernakular Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Bahasa pengantar dan
kurikulum yang digunakan juga berbeza berdasarkan sukatan pelajaran di sekolah
negara –negara asal.

“Lantaran itu,timbulnya kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Tanah Melayu


ketika itu untuk membentuk sistem pendidikan mengikut negara kita sendiri. Dengan
idea para pemimpin terdahulu melalui Penyata Razak pada tahun 1956 dan Laporan
Rahman Talib pada tahun 1960 menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar
Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran
Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam
tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya untuk
memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang
bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih
bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan
dalam tahun 1976.”(Sumber: Jurnal: Sejarah Perkembangan Pendidikan Di
Malaysia( 1600 – 1990 ) di www.scribd.com)

Kesan kedua,tahap pendidikan rakyat Malaysia selepas penjajahan masih lagi tidak
seimbang ekoran sistem pendidikan yang tidak releven ketika penjajahan British
terutamanya terhadap orang Melayu menyebabkan bangsa Melayu agak mundur
berbanding bangsa lain di Malaysia.Sebagai contoh,”70 peratus daripada jumlah pelajar
di Universiti Malaya pada tahun 1966-1967 terdiri daripada pelajar bukan Melayu.
Manakala taburan bukan Melayu di Fakulti Kejuruteraan ialah 98 peratus, sains 93
peratus dan perubatan 84 peratus. Di Universiti Teknologi Malaysia (dulunya Kolej
Teknik) Kuala Lumpur, 90 peratus pelajar ialah bukan Melayu.”(Sumber:Modul
Hubungan Etnik)
Jumlah kemasukan pelajar Melayu di universiti adalah sedikit berbanding bangsa lain
kerana penjajah British sebenarnya tidak berminat untuk membangunkan rakyat melalui
pendidikan dan disebabkan itu terdapatnya jurang perbezaan di antara pendidikan
kaum Melayu,Cina dan India. Matlamat utama pendidikan pada zaman penjajahan
British adalah untuk memasyarakatkan kanak-kanak dengan nilai-nilai asing ataupun
nilai-nilai bukan pribumi.Kedua, penjajah British menjadikan sekolah sebagai tempat
bertapaknya segolongan kecil masyarakat Melayu (terutamanya dari golongan
pemimpin-pemimpin Melayu) bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu pihak
British.Ketiga,British menjadikan sekolah sebagai tempat untuk pelbagai operasi bagi
memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling minimum dan diperingkat yang paling
rendah.Dari itu dapat dilihat bahawa tujuan British memperkenalkan system pendidikan
di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan British sendiri dan bukannya
untuk kepentingan kaum Melayu atau kaum pendatang yang lain. Kesan ketiga,
terdapat kaum yang tidak berpuas hati terhadap hak keistimewaan orang Melayu
sehingga terjadinya peristiwa berdarah iaitu tragedi 13 Mei 1969.Andainya pihak British
tidak membawa masuk kaum pendatang yang lain untuk kepentingan mereka, tragedi
ini mungkin tidak akan berlaku.

“Selepas tragedi 13 Mei 1969, parti UMNO yang menerajui Parti Perikatan telah
menegaskan bahawa pendidikan perlu diseimbangkan bagi memperkasakan orang
Melayu. Secara beransur-ansur, mulai Julai1969, kerajaan telah melaksanakan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah
bantuan kerajaan. Sebagai tindakan pengukuhan, kerajaan telah merumuskan dasar
kuota dan biasiswa bagi kemasukan ke universiti. Kerajaan juga telah mengambil
langkah memperbanyakkan penubuhan institusi pengajian tinggi bagi
mempertingkatkan bilangan pelajar Melayu ke universiti. Kesan daripada dasar ini,
kemasukan pelajar Melayu ke universiti telah meningkat daripada 20 peratus pada
tahun 1960-1964 menjadi 65 peratus pada tahun 1975 (Milne dan Mauzy, 1986).”
( Sumber:Modul Hubungan Etnik)

Kesan keempat, terdapat jurang perbezaan di antara kaum dari segi pekerjaan.
“Ini merujuk kepda bilangan pelajar peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) dalam negara pada tahun 1970,bagi Bumiputera ialah 40.2 peratus (3084
pelajar) berbanding bukan Bumiputera iaitu 56.2 peratus (4311 pelajar). Keadaan ini
tidak begitu baik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat jurang
perbezaan golongan professional antara etnik. Sebagai contoh,golongan professional
Bumiputera (arkitek, akautan, jurutera, doktor, juruukur dan peguam) pada tahun 1970
ialah 4.9 peratus (225 orang) berbanding bukan Bumiputera iaitu 84.3 peratus(3859
orang) dan sehingga kini masih lagi ketinggalan.” ( Sumber:Modul Hubungan Etnik)

Akhir sekali,kesan penjajahan menjadikan rakyat negara kita memandang rendah


keupayaan dan kebolehan diri sendiri dan memandang tinggi terhadap penjajah dan
cara hidup serta sistem yang diamalkan oleh penjajah. Kedatangan penjajah British
telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhi perkembangan system
pendidikan negara kita.Terdapat banyak kesan positif dan negatif terhadap sistem
pendidikan. Walaupun begitu, sistem pendidikan negara kita semakin bertambah maju
sejajar dengan kemajuan negara.
Kesan ke atas budaya
Dasar Sosial.
“Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan
Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat
majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda,
Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang
perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak
menseragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan
daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan
guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya
setiap kaum mengambil inisiaif dengan mengikut sukatan pendidikan serta
mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan
bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman
dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang melayu ia hanya mendapat
pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak
memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik. Walaupun
wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu
sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi
kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi
memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi
bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga
kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.”
www.zapafly.com/sejarah2STPM

Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan Eropah terbentuk


melalui proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara sukarela
untuk menjalani kehidupan serta mencari kekayaan. Kehidupan di Tanah Melayu yang
berlandaskan kebebasan dan tanpa paksaan telah mewujudkan interaksi yang mesra
dengan penduduk tempatan.

Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada


zaman itu. Mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan secara sukarela. Ini
dapat dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina dan masyarakat tempatan yang
melahirkan masyarakat Cina Baba. Walaupun perkahwinan campur telah berlaku
antara mereka tetapi mereka masih lagi mengamalkan budaya kehidupan orang
Melayu. Selain itu, budaya dan adat resam yang dibawa olah mereka juga turut diterima
oleh penduduk tempatan dengan hati yang terbuka.
Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza
dengan zaman sebelumnya. Ini dapat dilihat daripada imigrasi penduduk Cina dan India
ke Tanah Melayu yang digalakkan oleh British untuk kepentingan ekonomi mereka.
Oleh kerana tujuan kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperuan ekonoi
British, maka interaksi antara kaum tidak berlaku. Mereka hanya menjalankan
kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing.

Namun begitu, kehidupan yang harmoni tetap wujud di mana mereka tetap
menjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara
satu sama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini.

Você também pode gostar