Você está na página 1de 5

Dasar Dalam Negara : Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia


tentu tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan
perpaduan. Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat
nasionalisme dan kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang menghadapi
masalah ini akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang keretakan
dan konflik perkauman di negara masing-masing. Di Malaysia, masalah yang
kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan ialah masalah polarisasi.

Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957,


namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan masih
menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para pengkaji
budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan,
terutamanya di kalangan para ahli politik, badan-badan dan pertubuhan-
pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan. Harapan negara
untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan kebangsaan adalah
tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup menerima kebudayaan
kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini.

Latar belakang Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan


menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama
oleh semua kaum. Ia juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat
dikenali oleh negara-negara luar. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah
menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur yang baik daripada
berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan
kebudayaan asli tempatan.
Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan

· Terdapat tiga prinsip :

1. Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan kebudayaan


rakyat asal rantau ini.

· Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah


berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini.

· “Rantau” membawa maksud alam Melayu, yakni warisan tradisi


kebudayaan Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri
daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain
lagi.

· Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini.

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima


menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

· Prinsip ini memberi pengakuan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain


yang sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan.

· Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zaman-


berzaman.

· Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi


terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi.
· Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan
perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera
China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit,
Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu. Tempatan.

3. Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan


kebangsaan itu.

· Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan


memang kena pada tempatnya.

· Ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat
dan diterima oleh Perlembagaan.

· Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan


kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam.

· Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat


tidaklah menjadi status kebudayaan kebangsann secara automatis.

· Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal


Islam.

· Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah


berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam.

Tujuan Kebudayaan Kebangsaan

1. Perpaduan Negara
· Tujuan ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan penduduk yang berbilang
kaum dan keturunan di negara ini.

· Masyarakat majmuk Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang dapt


dikongsi bersama.

· Nilai-nilai budaya yang suci ini akan membawa kepada titik-titik persamaan
dalam kehidupan masyarakat.

2. Membentuk keperibadian atau identiti Malaysia.

· Tujuan ini sangat wajar kerana setelah lebih 45 tahun merdeka,


masyarakat Malaysia masih belum mempunyai satu identiti kukuh.

· Semangat sayangkan bangsa, tanahair dan sebagainya masih kabur.

· Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat dikenalkan di kalangan


antarabangsa.

3. Meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang


seimbang dengan pembangunan sosioekonomi dan politik.

· Jika dua tujuan di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh meningkat.

· Peningkatan kehidupan bermaksud, setiap kaum sudah hilang perasaan


prejudis.
· Keadaan ini memberi peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi
pembangunan sosioekonomi dan politik yang seimbang.

Kesimpulan

Kebudayaan kebangsaan adalah budaya yang sama bagi masyarakat seperti


undang-undang, kesenian, falsafah, nilai sosiobudaya dan sebagainya.
Kebudayaan sukuan atau kaum pula adalah apa yang dijamin oleh
Perlembagaan dan Rukunegara sebagai yang boleh diamalkan oleh pelbagai
suku atau kaum ini boleh diserapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan
sekiranya ia tidak bertentangan dengan tiga tujuan dasar kebudayaan
kebangsaan.

Você também pode gostar