Você está na página 1de 1

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah merupakan “sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti
guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk, dan
peruntukan masa pelajaran”1

Pengurusan bilik darjah merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan dengan kehidupan dalam
sekolah, khasnya melibatkan personaliti murid serta profesionalisme keguruan, termasuk
kemudahan-kemudahan. Secara amnya, pengurusan bilik darjah merupakan seni atau amalan
mengurus murid, kemudahan fizikal, dan aktiviti, demi membentuk suatu iklim alam belajar yang
kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah2.

Setiap kelas yang dikelolakan oleh seorang guru memerlukan perancangan yang teliti bagi
membolehkan sesi pengajaran disampaikan dengan berkesan. Suasana pembelajaran dalam
sesebuah kelas adalah bergantung kepada sikap dan nilai peribadi guru, peraturan-peraturan
yang dipersetujui antara guru dan murid ataupun peraturan yang sedia ada, kedudukan murid
dan guru di dalam kelas dan tempoh mengajar yang sesuai untuk sesuatu subjek.

Guru merupakan pengurus

1
Guey r. Lefroncis (1999), Psychology For Teaching,
2
Mok Soon Sang (2010), Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku, Perak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Você também pode gostar