Você está na página 1de 2

Apabila anda telah membuat keputusan untuk hamil, anda perlu tahu bilakah waktu subur anda.

Informasi waktu

subur anda yang tepat akan membantu anda memilih waktu yang tepat dan sesuai untuk melakukan hubungan

seksual yang sekaligus akan meninggikan kemungkinan untuk anda hamil.

Untuk mengetahui bilakah waktu subur, anda perlu memahami tentang kitaran haid anda. Untung pusingan haid

28 hari, ovulasi - aktiviti pengeluaran telur - berlaku sekitar hari ke 14. Jika telur tidak disenyawakan sehingga hari

ke 24, maka folikel (A follicle is the fluid-filled cyst that contains an egg) akan mengecut dan pendarahan akan

berlaku pada hari yang ke 28.

Anda berpotensi tinggi untuk positif hamil pada sekitar hari ke 14. Sekitar hari 21, telur yang telah disenyawakan

akan diimplantasikan ke dinding rahim. Wujud perubahan pada tahap hormon anda yang akan membantu

menyokong kandungan berkenaan.

Dalam sesetengah kes, mungkin boleh berlaku pendarahan kecil pada hari pertama haid anda lewat. Ini

disebabkan hormon yang mula meningkat tetapi tidak mencukupi untuk mencegah pendarahan dari berlaku.

Pendarahan kecil juga boleh berlaku pada bulan kedua dan ketiga kehamilan anda. Namun, jika paras hormon

terlalu rendah, keguguran boleh berlaku.

Bagaimana jika sebelum ini anda telah merancang kehamilan dan kini anda bersedia untuk mengandung? Berapa

lamakah tempoh kemungkinan untuk anda positif hamil?

Sebaik sahaja anda berhenti menggunakan alat atau rumusan pencegah kehamilan dan mula merancang untuk

hamil, maka peluang untuk anda hamil ialah:

* 25% dalam bulan pertama

* 60% dalam enam bulan

* 75% dalam sebilan bulan

* 80% dalam dua belas bulan

* 90% dalam lapan belas bulan

Jika selepas tempoh tersebut, anda masih belum mengandung, ada kemungkinan besar kerana faktor kesuburan,

maka dinasihatkan anda untuk berjumpa dan berbincang dengan Dr. pakar. Untuk mengetahuan anda,

dianggarkan 30% ketidaksuburan berpunca dari faktor lelaki dan 30% juga berpunca dari faktor wanita manakala

selebihnya kerana faktor kedua duanya dan faktor faktor lain yang harus diselidiki terlebih dahulu.

So, ringkasnya, anda harus tahu bilakah waktu subur anda;-)


Artikel dipetik dari MENGANDUNG

Kategori: Rahsia Anak

Você também pode gostar