Você está na página 1de 10

Ada apa pada AJL 24?

Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam
Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan
senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi
mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak
anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24,
mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu
kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya
menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan
anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak
kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi
‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website
www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;


piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?

Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan
salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu
yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan
firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan
sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka
fikiran anda dan fikirkan tentangnya…

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala
lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita
saksikan video ini.

youtube (The Arrivals. ap 13)

Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan
persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan
tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu
mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the
Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila
ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
di tali gitar
ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh
Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan
saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya
tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan
tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi
benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu,
anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa
apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin.
Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan
minda anda...

*penambahan:

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk
piramid. Lihat snapshot di bawah.
Sekadar penambahan. Terima Kasih.

Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib


B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

Você também pode gostar