Você está na página 1de 3

 

19 Ogos 2010 201

VARIA

Dunia Orang Asli


Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my
Siapa kata, mereka ketinggalan? Sebenarnya anggapan itu tidak benar sama sekali
kerana kemajuan negara tidak penah sesekali mengabaikan nasib golongan Orang
Asli.

SELARI dengan pembangunan negara, masyarakat Orang Asli turut dibantu dari segi sosioekonomi.

MASYARAKAT Orang Asli masih lagi tidak tercicir atau dilupakan dalam agenda pembangunan
negara. Selari dengan kemajuan yang dikecapi, golongan itu telah mendapat pelbagai bantuan
oleh kerajaan khususnya dari segi penempatan, kesihatan, pembangunan dan sosioekonomi.

Penumpuan turut diberikan dalam aspek pendidikan dan latihan kemahiran kepada para
pelajar Orang Asli sebagai program jangka panjang. Ia adalah usaha untuk membantu
generasi muda Orang Asli melepaskan diri dan komuniti mereka daripada belenggu
kemiskinan.
Tahun lalu, seramai 26,990 pelajar Orang Asli mendapat pendidikan di peringkat sekolah
rendah manakala 10,725 pula telah berjaya meneruskan pengajian menengah.

Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), seramai 295 pelajar Orang Asli masih
menuntut dalam bidang masing-masing.

Para pelajar tersebut turut menerima insentif dan bantuan dari segi pengangkutan, wang
saku, peralatan persekolahan serta biasiswa untuk pelajar IPTA.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memberitahu,
menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah melaksanakan pelbagai program dan
projek pembangunan untuk pembasmian kemiskinan Orang Asli.

MASA depan Orang Asli tidak pernah diabaikan malah secara berterusan meningkatkan taraf hidup
mereka.

"Antaranya adalah berbentuk fizikal, sosial dan pembangunan insan yang memberi
tumpuan terhadap 27,841 Ketua Isi Rumah Orang Asli (KIR)," katanya ketika melancarkan
dokumentari Generasi Asli @ 1Malaysia di Damansara baru-baru ini.

Misalnya menerusi Program Penempatan Tersusun, sebanyak 17 buah Rancangan


Pengumpulan Semula (RPS) telah berjaya dibangunkan dan memberi manfaat kepada
4,466 KIR.
Dalam pada itu, sebanyak 217 buah kampung telah terlibat menerusi program
Penyusunan Semula Kampung (PSK) yang memberi kelebihan kepada 12,264 KIR.

Dalam pada itu, pelaksanaan Projek Bantuan Rumah (PBR) diperhebatkan lagi menerusi
Pakej Rangsangan Ekonomi 1 yang menyediakan sebanyak 2,230 unit rumah dibina
dengan peruntukan RM66.56 juta.

"Masa depan Orang Asli tidak pernah sesekali diabaikan malah kerajaan terus
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada Orang Asli untuk meningkatkan lagi
penglibatan mereka dalam arus pembangunan negara.

"Golongan ini sebenarnya mempunyai kreativiti yang bagus dalam mengusahakan


pelbagai produk seperti barangan kraf tangan dan perubatan tradisional. Jadi, kelebihan
mereka perlu diketengahkan," jelasnya.

Tonjol kehidupan sebenar


Program dokumentari itu, memaparkan suku kaum Orang Asli di negara ini iaitu Negrito,
Senoi dan Melayu Proto. Fokus dokumentari tersebut memaparkan kemajuan Orang Asli
di dalam sektor ekonomi termasuk perladangan, pertanian dan penternakan.

Tidak lupa juga aspek penekanan kesihatan kerana JHEOA sentiasa meningkatkan taraf
kesihatan masyarakat dengan memastikan kemudahan asas seperti balai rawatan, pusat
transit, klinik desa dan hospital.

Umum sudah mengetahui kesenian dan kebudayaan masyarakat Orang Asli memang
mempunyai keunikan tersendiri. Mereka merupakan salah satu ejen penyumbang kepada
kekayaan khazanah tanah air dengan kepelbagaian kaum, bangsa dan adat istiadat.

Selain itu, pusat kemahiran yang melatih generasi muda Orang Asli dalam pelbagai sektor
pembuatan turut dipaparkan. Pusat itu bertindak sebagai tempat mereka memahirkan diri
sebelum diserap ke alam pekerjaan.

Você também pode gostar