Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
Definasidefinasi
Mikropemproses(uP).
Satu litar terkamil logik (logik IC) yang mana dengan bantuan lainlain IC, ia akan dapat
melaksanakan fungsifungsi aritmetik, logik dan kawalan. Kebiasaannya, tanpa adanya lainlain
IC, mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan sewajarnya.
Mikrokomputer (uC)
Satu sistem digital yang lengkap mengandungi mikropemproses dan lainlain IC seperti RAM,
ROM dan lainlain, yang boleh diprogramkan untuk melaksanakan operasi logik, aritmetik dan
kawalan.
Mikrocontroler(pengawalmikro).
Satu sistem digital yang lengkap mengandungi mikropemproses, RAM, ROM, unit input/output
yang boleh diprogramkan untuk melaksanakan operasi aritmetik, logik dan kawalan yang terbina
diatas satu cip.
Persisian (peripheral)
Alat yang dipasang kepada sesebuah komputer dan tertakluk dibawah kawalan komputer
tersebut. Alat tersebut merupakan alat input/output, ingatan, termasuklah pencetak, pemplot,
kayuria, tetikus dan sebagainya.
Peranti(Device)
Perkakasan yang disambungkan kepada komputer atau peralatan yang merupakan sebahagian
daripada komputer. Misalnya pencetak ialah peranti input dan cakera keras adalah peranti storan/
ingatan.
Perkukuhan(Firmware)
Aturcara atau data yang disimpan secara kekal didalam ROM. Biasanya ‘operating system’
sesebuah komputer disimpan didalam ROM. ‘Operating system’ yang disimpan cara begini
dipanggil ‘firmware’. Aturcara yang disimpan didalam ROM akan kekal iaitu ia tidak akan
hilang walaupun bekalan kuasa diputuskan.
Perisian(Software)
Terdiri dari aturcara, rutin, prosedur dan dokumentasi yang boleh dilaksanakan oleh sistem
komputer. Perisian boleh ditulis dengan menggunakan bahasa paras tinggi atau bahasa paras
rendah. Ada sesetengah aturcara juga boleh ditulis dengan menggunakan kod mesin.
Perkakasan(Hardware)
Merupakan komponen fizikal sistem komputer, seperti unit pemproses pusat, pemacu cakera,
pencetak, terminal, kayuria, papankunci dan sebagainya.
Reka bentuk atau binaan sebuah mikrokomputer boleh dibahagikan kepada tiga (3) bahagian
utama iaitu:
1. UPP (CPU) Unit Pemproses Pusat/Central Processing Unit
2. Unit Memori (RAM/ROM)
3. Unit input dan output (I/O)
1. UPP(CPU) Unit Pemproses Pusat
Adalah hasil kombinasi daripada unit kawalan dan unit pemproses, yang mana ia merupakan
nadi kepada komputer. Ia merupakan pusat kawalan bagi komputer untuk mengawasi ataupun
mengawalselia seluruh operasi didalam komputer, UPP yang direka diatas satu silicon cip
dinamakan mikropemproses (uP) dan komputer yang menggunakan uP sebagai UPP/CPU
biasanya dikenali sebagai mikrokomputer.
2. Unit Memori RAM/ROM
Arahanarahan atau aturcara(program) dan data disimpan didalam unit memori. Datadata yang
disimpan akan diproses dan digunakan oleh mikropemproses. Kebiasaannya unit memori boleh
dibahagi kepada 2 jenis iaitu:
i. Memori Utama RAM/ROM
ii. Memori Skunder Disket, tape magnet, harddisk, CDROM, dan sebagainya.
3. Unit Input/Output (I/O)
Adalah merupakan satu unit peranti yang akan menghubungkan antara ‘dunia luar’ (external
world) dengan komputer. Disini pemindahan data dari ‘dunia luar’ kedalam sistem komputer
dilakukan. Contoh peranti input dan output adalah; papankunci, pembaca kertas pita, analog to
digital converter (ADC), digital to analog converter(DAC), magnetic disk unit, unit paparan,
pemplot dsbnya. Perhubungan diantara komputer dan peranti adalah dibantu dengan sebuah cip
pengantaramuka(interfacing devicce) yang biasanya dikenali sebagai ‘device controllers’
(pengawal peranti).
KONSEP BAS(BUS)
Istilah bas didalam sistem mikropemproses adalah merupakan satu kumpulan konduktor yang
menghubungkan mikropemproses dengan perantiperanti yang lain. Biasanya ia terdiri daripada
dawaidawai selari yang dikongsi oleh banyak peranti.
Bas sepunya (common bus) atau sistem bas boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
1. Bas data
2. Bas alamat
3. Bas kawalan
1. Bas Data
Bas data digunakan untuk membawa data dari unit memori atau unit input/output kepada
mikropemproses dan sebaliknya. Bas data adalah merupakan bas dua hala kerana pemindahan
data berlaku dari dan kepada mikropemproses. Talian bas data disambung secara selari, oleh itu
data dapat dihantar dan diproses serentak. Talian bas data ditanda dengan huruf ‘D’(D0 ~ D7).
2. Bas Alamat
Adalah untuk menentukan lokasi memori dan pelabuhan (port) input/output dan bahagian
bahagian lain yang terlibat dengan pemindahan data dari atau kepada mikropemproses. Jumlah
talian bas berbeza dan ianya bergantung kepada jenisjenis mikropemproses. Kebiasaannya,
mikropemproses 8bit mempunyai 16 talian alamat. Talian alamat akan menentukan jumlah
lokasi yang boleh dicapai oleh sesuatu mikropemproses. Semakin banyak talian alamat maka
semakin banyaklah ruangan alamat yang boleh dicapai. Talian bas alamat ditanda dengan huruf
‘A’ (A0 ~A15) dan ianya adalah talian sehala.
3. Bas Kawalan
Adalah merupakan talian untuk mengawal pemindahan data didalam sistem mikropemproses
supaya ianya segerak (synchronize). Isyarat bas kawalan boleh dikeluarkan samada oleh
mikropemproses ataupun dari komponenkomponen lain didalam sistem mikropemproses.
Contohnya seperti DMA (Direct Memory Acces Ingatan Capaian Terus). Bas kawalan juga
terdiri dari taliantalian yang digunakan untuk membuat ‘handshaking’(jabatangan) didalam
penghantaran/pemindahan data secara ‘tak segerak’(asynchronous).
Sejarah Perkembangan Komputer
Perkembangan komputer boleh di bahagikan kepada beberapa generasi iaitu:
Generasi Pertama:(1952 1958)
• zaman tiub vakum
• komputer bernama Univac direka oleh Mauchly dan Eckert
• menggunakan bahasa mesin(nombor perduaan) untuk membuat aturcara
• teras magnet digunakan sebagai bahan storan(memori/ingatan)
Generasi Kedua:(1959 1964)
• zaman transistor
• transistor direka oleh pakar sains makmal Bell iaitu J.Bardeen, H.W.Brattain dan
W.Shockley
• menggunakan bahasa FORTRAN (pertengahan tahun 50an) untuk menulis aturcara
• menggunakan bahasa COBOL (1959) untuk menulis aturcara
Generasi Ketiga:(1965 1979)
• zaman litar terkamil (IC) atau cip
• serpihan cip silikon bersaiz 1/8 inci persegi boleh memuatkan beratusratus komponen
elektronik, menggantikan teknologi transistor
• lebih boleh dipercayai, lebih kecil saiznya, lebih murah, lebih menjimatkan penggunaan
kuasa
• 1970 menggunakan teknologi LSI(Large Scale Integrated)
• 1975 menggunakan teknologi VLSI(Very Large Scale Integrated)
• sistem komputer IBM siri sistem 360
Mikropemproses(uP)
• satu litar terkamil logik yang mana dengan bantuan lainlain komponen (IC), ia akan
dapat melaksanakan fungsi aritmetik, logik dan operasi kawalan.
• kebiasaannya, tanpa adanya lainlain komponen(IC), mikropemproses ini tidak dapat
berfungsi dengan sewajarnya
• pada mulanya mikropemproses direka untuk mengendalikan 4bit data sahaja, tetapi
dengan berkembangnya teknologi komputer yang begitu cepat, mikropemproses direka
supaya dapat mengendalikan 8bit data, 16bit data dan 32bit data(sekarang ini
mikropemproses 64bit boleh juga didapati)
• keupayaan sesebuah komputer adalah pada asasnya bergantung kepada keupayaan
mikropemproses yang digunakan didalam komputer tersebut. Dengan kata lain kelajuan
(speed) sesebuah mikropemproses akan menentukan kelajuan sesebuah komputer.
Sebuah mikropemproses boleh melakukan banyak fungsi antaranya:
• menyegerakkan (synchronization) semua operasi didalam sistem mikrokomputer dengan
menggunakan 'control & timing section'.
• menyahkodkan arahan/suruhan
• melakukan operasi aritmetik seperti tambah, tolak, bahagi dan darab.
• melakukan operasi logik seperti AND, OR, XOR dan sebagainya.
• mengambil atau memungut(fetch) arahan dan data didalam memori.
• memindahkan data dari atau keperanti input dan output (I/O devices)
Mikrokomputer
• iaitu satu sistem digital yang lengkap mengandungi mikropemproses dan lainlain
komponen (IC) seperti RAM, ROM, EPROM dan lainlain yang boleh diprogramkan
untuk melaksanakan operasi aritmetik, logik dan kawalan.
• ia juga boleh didapati dalam bentuk satu litar terkamil yang dipanggil 'komputer diatas
cip' (computer on chip) dan juga dikenali sebagai 'microcontroller'(pengawalmikro).
Contoh pengawalmikro yang ada dipasaran adalah INTEL 8031/8051.
DATA MICROPROCESSOR
clock rate word size direct addressing number of
manufacturer part number
(MHZ) (bits) capability(bytes) pin
Intel 8080 2 8 64K 40
Commodore 6502 8 64K 40
Intel 8085 5 8 64K 40
Motorola 6800 2 8 64K 40
Motorola 6809 5 8 64K 40
Texas Instruments TMS7000 8 8 64K 40
Zilog Z80 4 8 64K 40
Intel 8086 10 16 1M 40
Motorola 68000 12 16 16M 64
Texas Instruments TMS99000 12 16 32K 40
Zilog Z8001 10 16 48M 48
TAMAT TOPIK A