Você está na página 1de 18

Melayu?

bangsa Melayu?
bahasa Melayu?
salasilah bahasa Melayu?
tinjauan dari sudut etimologi

- kajian asal usul


- sejarah sesuatu perkataan

 sehingga kini, asal usul bahasa Melayu masih


kabur
 perlukan kajian berterusan secara lebih
mendalam
 dikaitkan dengan kerajaan dan kawasan
 malaikurram atau malayakolam (perkataan
Sanskrit), iaitu Tanjung Kuantan (M.Ptolemy)
 dalam kitab Hindu purba zaman Gautama
Buddha, Purana, wujud istilah Malaya dvipa,
sebuah tempat bernama Pulau Sumatera.
 pada zaman Dinasti T’ang 644 – 645 M wujud
istilah Mo-lo-yu atau Mo-lo-yue sebuah
kerajaan di Jambi di dalam daerah Palembang
– utusan persembahkan hasil pertanian kepada
raja China
 berdasarkan catatan rahib Buddha (I-Tsing)
dari Canton ke India dalam tahun 675 M
 Jambi ialah jajahan takluk Sriwijaya
 bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam pengajaran bahasa Sanskrit dan agama
Buddha
 bahasa Melayu jadi bahasa rasmi Sriwijaya
 dalam kerajaan Sriwijaya, bentuk bahasa
Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno
atau K’un-lun (merujuk kepada hamba abdi di
China) atau bangsa yang tinggal di Pulau
Kundur
 perkataan “Melayu” juga tertulis di belakang
sebuah patung yang dijumpai di Padang
Rocore, Sumatera Selatan pada 1286 M
 dalam buku Sejarah Melayu, bukti “Melayu”
dikaitkan dengan Sungai Melayu di Palembang
 ada kajian menunjukkan perkataan “Melayu”
dipinjam daripada bahasa Jawa kuno, iaitu
mlayu (mengembara) – orang Melayu
berpindah dari Yunan ke kawasan selatan
 wujud perkataan Malayapura (Kota Melayu atau
Kerajaan Melayu) pada Batu Bersurat Bukit
Gombak Satu di Sumatera Barat
 rumusan oleh Abdullah Jumain bahawa istilah
“Melayu” bermula di Jambi yang
kemudiannya berkembang pada zaman
kerajaan Sriwijaya
 perkembangan tersebut menjadi semakin
meluas pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka dalam pentadbiran dan adat istiadat
 menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153,
istilah “Melayu” merujuk kepada seseorang yang
dapat menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ibunda, mengamalkan adat istiadat Melayu dan
menganut agama Islam
 dengan tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka kira-kira
1400 M, konsep kerajaan atau kawasan telah berubah
kepada orang di dalam daerah dan penggunaan bahasa
 nenek moyang orang Melayu berasal dari Asia Tengah
dikenali Melayu-Deutro dan Melayu-Proto
 Melayu ialah penduduk asal di Nusantara
 pada abad ke-17, istilah “Melayu” digunakan
secara lebih meluas yang mencakupi suku
bangsa serumpun di Nusantara
 pada tahun 1972, UNESCO memberikan
pengertian terhadap istilah “Melayu” yang
merujuk kepada suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia,
Filipina dan Madagaskar
 bangsa Melayu tinggal di seluruh kawasan
Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah
(termasuk berdekatan Brunei), Sarawak
(Bahagian Pertama dan Kuching), Brunei,
Singapura, sepanjang pantai Kalimantan Barat,
Selatan dan Timur, pantai timur Sumatera,
kepulauan Melayu Riau, Bangka, Banda,
Belitung, Natuna dan Lingga, selatan Thailand,
terutamanya di Pattani, selatan Filipina serta
gugusan Pulau Sulu dan Palawan, Champa di
selatan Indo-China dan kawasan-kawasan
penghijrahan bangsa Melayu seperti di
Madagaskar, Sri Lanka dan Afrika Selatan
 beberapa kajian telah dilakukan oleh ahli
arkeologi dan linguistik untuk memperoleh
kepastian tentang asal usul penutur bahasa
Melayu
 terdapat dua teori asal usul, iaitu kawasan Asia
Tengah dan Nusantara
kawasan ASIA TENGAH
 berdasarkan teori ini, orang Melayu berasal

dari selatan China atau Yunan atau Burma


melalui dua kelompok perpindahan dari utara
ke selatan, iaitu Melayu Proto (P. Sarasin dan F.
Sarasin) dan Melayu Deutro – diperkuat oleh
kajian Von Heine Geldern pada tahun 1932
 ini dibuktikan dengan terjumpanya beliung-

beliung batu bersegi panjang di Sungai Hwang


Ho, Sungai Yangtze, Sungai Salween, Sungai
Irrawady dan Sungai Brahmaputra. Bentuk
beliung-beliung sama seperti yang dijumpai di
Nusantara
 J. R. Logan, pengkaji budaya dan adat resam
berpendapat wujud persamaan antara adat
resam orang Melayu dengan kaum Naga di
Assam, Burma yang disokong oleh G. K.
Nieman dan R. M. Clark
 Hendrik Casper Kern mendapati bahasa Melayu
mempunyai persamaan dengan bahasa Filipina,
Madagaskar dan Taiwan
 Van Der Tuck (1916), H. Kern (1965) dan J. L.
Brandes (1884) yang mengkaji fonetik bahasa-
bahasa Austronesia mendapati ada persejajaran
bunyi dalam kelompok bahasa di Nusantara
kawasan NUSANTARA
 orang Melayu tidak datang dari luar, tetapi

memang sedia ada di Nusantara


 buktinya ialah bahasa Melayu mempunyai

kekerabatan dengan bahasa Polinesia,


Melanesia dan Mikronesia – persamaan dari
segi bentuk kata dan struktur bahasa (William
Marsden)
 C. A. Mees juga mendapati bahasa dari

rumpun Austronesia mempunyai banyak


persamaan dari segi tatabahasa, sistem
imbuhan dan susunan tatabahasa
 John Crawfurd mendapati tanah asal orang
Melayu adalah di Sumatera dan Jawa
berasaskan perkembangan kebudayaan yang
sangat menonjol berbanding kawasan-kawasan
lain di Nusantara
 pencairan glasier menyebabkan beberapa
wilayah terpisah yang menyebabkan
perpindahan kelompok masyarakat dari satu
daratan ke satu daratan – buktinya ialah
pemisahan Pentas Sunda (Nusantara) dengan
Pentas Sahul (Australia dan New Guinea)
 bukti daripada kajian tengkorak
tengkorak Pithecanthropus Mojokerta di
Nusantara berusia 670 000 tahun; tengkorak
Pithecanthropus Trinil berusia 600 000 tahun
BERBANDING
tengkorak Sinanthropus Pekinensis (Manusia
Peking) hanya berusia kira-kira 550 000 tahun

Você também pode gostar