Você está na página 1de 14

1.0 ALKISAH.....

1.1 SEBELUM BIG

1.1.1 Taklimat Program & Perlantikan AJK


Seminggu sebelum program BIG Siri 1 (19 Julai-22 Julai 2010) dilaksanakan,
En.Mohd Arus bin Abdul Kudus telah memberi taklimat serba ringkas kepada
semua kumpulan KPLI-SR Ambilan Jun 2010. Kemudiannya, beliau turut
mengedarkan senarai peralatan yang perlu dibawa dan juga senarai keperluan
individu. Sesi taklimat ini juga telah membuka peluang kepada segelintir pelajar
KPLI yang masih tidak jelas tentang pelaksaan program ini. Setelah selesai taklimat
dari En.Mohd Arus, beliau mengarahkan supaya kumpulan KPLI berkumpul
mengikut kumpulan BIG masing-masing dan bermesyuarat untuk melantik ahli
jawatankuasa dalam kalangan pelajar kumpulan itu sendiri. En.Mohd Arus turut
mengingatkan kami bahawa kami hanya mempunyai masa seminggu sahaja untuk
melakukan segala persiapan untuk program BIG ini. Oleh yang demikian, beliau
meminta agar semua AJK yang telah dilantik menjalankan tugas sebaik mungkin
dan dikehendaki merujuk segala permasalahan kepada beliau atau pegawai-
pagawai HEP yang lain.

1.1.2 ‘Loading’ Barang


Pada hari Jumaat (16 Julai 2010), saudara Amin Reza selaku Quartermaster
(QM) kami, telah meminta kerjasama semua pelajar KPLI A & D untuk turun
ke stor peralatan IPG KBA. Saudara Amin Reza meminta kerjasama dari
semua ahli kumpulan untuk sama-sama mengeluarkan, membilang,
memeriksa dan menyusun peralatan-peralatan yang perlu untuk program
BIG nanti. Peralatan seperti khemah, alang, tiang, periuk, kuali dan
sebagainya diambil mengikut bilangan yang dikehendaki. Setiap peralatan
yang diambil, bilangannya dicatatkan oleh saudari Nuur dan saudari Nadiya.
Kerja kami pada petang Jumaat itu berjalan lancar dengan bantuan daripada
Ustaz Amiyamin dan juga En.Razman. Ustaz Amiyamin turut meringankan
tulang dengan membantu pelajar lelaki mengalihkan khemah-khemah
berlebihan yang menghalang laluan kami. Suasana petang itu bertambah
bising apabila jaket keselamatan yang akan kami gunakan sepanjang
program nanti melalui pemeriksaan ‘kualiti’ oleh beberapa rakan sekelas
kami. Ketika kami semua sibuk menguruskan peralatan tersebut, En.Razman
telah mengajukan satu soalan cepumas kepada kami, “Tak nak bawa First
Aid ke?”. Mujurlah En.Razman mengingatkan kami tentang kotak ‘First Aid’,
kami semua memang betul-betul terlupa. En.Razman turut mengingatkan
kami agar melengkapkan kotak ‘First Aid’ tersebut kerana kebanyakkan
peralatan di dalam kotak tersebut telah habis diguna. Selesai kami meyusun
peralatan yang diperlukan, En.Mohd Arus datang untuk memeriksa barang-
barang tersebut. Kami kemudiannya bersurai dengan perasaan tidak sabar-
sabar untuk menunggu ketibaan hari Isnin, 19 Julai 2010.

1.2 SEMASA BIG

1.2.1 Hari Pertama, Isnin, 19 Julai 2010

Pagi-pagi hari, kami semua berkumpul di Foyer IPG KBA atas arahan
En.Mohd Arus bin Abdul Kudus selaku Kem Komandan kami. Pelajar-pelajar
lelaki terus menuju ke stor peralatan sejurus sampai. Mereka perlu
memuatkan peralatan yang perlu ke atas lori yang telah pun menunggu.
Sebahagian daripada kami singgah sebentar di kafe untuk bersarapan
sementara menunggu kedatangan yang lain. Tepat jam 8.15 pagi, kami
semua telah siap sedia berbaris di foyer mengikut kumpulan masing-masing.
En.Mohd Arus kemudiannya memberikan takimat ringkas bagi upacara pagi
itu dimana setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua. Kemudian, ketua
setiap kumpulan perlu melaporkan kehadiran setiap ahli, samada kumpulan
tersebut cukup ahlinya atau tidak. Saudara Azli telah dilantik menjadi ‘Prep
Com’ pada hari itu. Selesai taklimat ringkas tersebut, En.Mohd Arus
meminta agar kami bersedia sementara beliau dan Ustaz Amiyamin
menjemput En.Giam Kah How.

1.2.1.1 Amanat...

Timbalan Pengarah IPG KBA, En.Giam Kah How telah mengambil


peluang pada upacara pagi itu untuk menyampaikan amanat beliau
kepada kami semua. Beliau turut menekankan betapa penting
sebenarnya program BIG ini kepada diri kami yang bergelar bakal
guru. Walaubagaimanapun, beliau turut mengingatkan dan
menasihati kami agar sentiasa mengutamakan keselamatan dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang program BIG ini.
1.2.1.2 Titian Perjalanan...

Selesai upacara ringkas pagi itu, En.Mohd Arus mengarahkan kami


untuk turun ke kawasan asrama bagi menunggu bas IPG yang akan
membawa kami ke destinasi BIG kami. Dek mendengar arahan dari
kem komandan, kami pun berbondonlah beramai-ramai menuruni
anak tangga dengan 1001 perasaan yang sukar dimengertikan.
Sementara menunggu bas sampai, kami menggunakan peluang
tersebut untuk merakamkan foto-foto yang menarik sebagai
kenang-kenangan dan juga untuk dilampirkan bersama laporan ini.
Kami mula bergerak meninggalkan kawasan kampus IPG KBA pada
lebih kurang 9.15 pagi. Hanya 45 orang sahaja peserta yang menaiki
bas, 3 orang rakan kami pula menaiki lori yang membawa peralatan
perkhemahan kami. Pada pukul 10.15 pagi kami berhenti di kawasan
rehat Seremban untuk makan tengahari. Pada jam 11.00 pagi, kami
menyambung semula perjalanan kami dan kami tiba di lokasi
perkhemahan kami lebih kurang pukul 12.20 tengahari.

1.2.1.3 Sebaik Tiba...

PUSAT PENYELIDIKAN SAINS MARIN, UPM, di sinilah kami akan


menghabiskan masa selama 4 hari 3 malam bagi memenuhi
kehendak program BIG ini. Setelah semua barang selesai diturunkan,
kem komandan mengarahkan semua peserta untuk membersihkan
kawasan perkhemahan sebelum mendirikan khemah. Daun-daun
yang kering hendaklah dikumpulkan setempat, ranting-ranting yang
mungkin akan mengganggu khemah nanti perlu dicantas dan
sebagainya. Sementara kami sibuk membersihkan kawasan untuk
kami dirikan khemah, beberapa orang dari kami pula sibuk
membersihkan dan mencuci ruangan dapur. Selesai aktiviti
membersihkan kawasan perkhemahan, kem komandan
mengarahkan agar kami semua berkumpul, beliau mahu
menunjukkan cara-cara mendirikan khemah. Kami semua
kemudiannya, diarahkan supaya berkerjasama untuk mendirikan
khemah. Proses mendirikan khemah bagi kumpulan kami agak
mudah ditambah pula dengan bantuan Ustaz Amiyamin. Usai
memastikan kekukuhan khemah-khemah yang kami dirikan, Ustaz
Amiyamin meminta semua peserta yang beragama Islam untuk
berada di surau untuk sama-sama mengerjakan solat Qasar & Jamak
secara berjemaah.

1.2.1.4 Taklimat Kem Komandan

Selesai bersolat, kami berkumpul bagi mendengar taklimat dari kem


komandan kami, En.Mohd Arus bin Abdul Kudus. Dalam taklimat
beliau yang serba ringkas itu, beliau membacakan peraturan-
peraturan yang akan berkuatkuasa sepanjang perkhemahan BIG ini.
Beliau turut menekankan ketepatan masa adalah penting sepanjang
program berlangsung, dan juga panggilan bagi jurulatih-jurulatih
yang terlibat perlu didahului dengan panggilan “Tuan..”.Contohnya,
“Assalamualaikum, Tuan Arus.” Selain itu, beliau turut menerangkan
tentang isyarat wisel yang akan beliau gunakan serta penggunaan
‘Password’ untuk kumpulan yang akan berjaga malam. Selesai
taklimat kem komandan, kami diberikan tempoh masa yang singkat
untuk menikmati minum petang sebelum aktiviti seterusnya.

1.2.1.5 WATER CONFIDENCE

‘Keyakinan Air’, itulah nama aktiviti yang kami lakukan pada petang
tersebut. Aktiviti ‘Water Confidence’ ini sebenarnya bertujuan untuk
membiasakan diri peserta dengan persekitaran air(laut) dan
memberikan keyakinan kepada peserta terutamanya yang tidak
pandai berenang dengan menggunakan jaket keselamatan. Hanya
segelintir sahaja peserta yang mempunyai kemahiran berenang,
walaupun mereka pandai berenang, mereka masih perlu
menggunakan jaket keselamatan. Apa yang kami lakukan
sebenarnya? Pada awalnya, kami diarahkan oleh jurulatih air kami,
Ustaz Amiyamin untuk masuk ke dalam air. Sampai ke kawasan yang
airnya di paras pinggang, kami semua telah pun dipasangkan
berdua-dua, kami diarahkan oleh beliau untuk menepuk-nepuk
permukaan air tersebut. Kemudian, beliau mengarahkan kami untuk
bermain-main dengan air, simbah dan percikkan ke rakan-rakan
kami. Kemudian, barulah ustaz menunjukkan beberapa gerakan
yang boleh dipraktikkan sekiranya sewaktu berkayak nanti, kami
terbalik. Untuk menceriakan lagi keadaan, En.Mohd Arus
kemudiannya mengarahkan semua peserta yang tidak pandai
berenang untuk membuat satu barisan melintang berdekatan
dengan pantai. Rupa-rupanya, beliau ingin kami berlumba berenang.
Pertandingan yang secara tak rasminya ini telah menjadi tidak sah
kerana ada sebilangan peserta yang mengelat. Usai tamat aktiviti
petang itu, semua peserta diberikan masa hingga pukul 7.50 malam
untuk menguruskan diri sendiri sebelum berkumpul di surau (bagi
pelajar Islam) dan di dewan bagi pelajar bukan Islam.

1.2.1.6 LDK 1 (ICE-BREAKING)

Tepat pukul 9.00 malam, sedang kami bersantai menikmati makan


malam kami, salah seorang daripada jurulatih kami, En.Azizi bin
Ahmad telah menghilangkan diri. Beliau kemudiannya didapati
sedang menanti kehadiran kami di dewan untuk sesi LDK 1 (ICE-
BREAKING). Rupa-rupanya kami telah terlewat 40 minit untuk slot
LDK 1 tersebut. Di mukadimah sesi beliau, En.Azizi telah mengambil
kesempatan untuk mengingatkan kami tentang ketepatan masa.
Kami kemudiannya melakukan beberapa aktiviti seperti bersalam-
salaman antara satu sama lain. Kemudiannya, penghulu dan
penghuluwati diminta oleh En.Azizi untuk membuat senarai
peserta-peserta dan menyusun mengikut bulan kelahiran. Kemudian
semua peserta diarahkan duduk mengikut bulan kelahiran masing-
masing. Sesi LDK pada malam itu diakhiri dengan setiap kumpulan
mencipta satu sorakan atau ‘cheer’ kumpulan masing-masing dan
kemudiannya persembahkan ‘cheer’ tersebut di hadapan semua.

1.2.2 Hari Kedua, Selasa, 20 Julai 2010

1.2.2.1 Kuliah Subuh & Senaman Pagi


Pada pukul 6.10 pagi, semua pelajar Islam dikehendaki berkumpul di
surau manakala pelajar bukan Islam diminta berkumpul di dewan.
Selesai melakukan solat Subuh berjemaah, Ustaz Amiyamin
menyampaikan kuliah subuh berkenaan peranan guru. Pulang dari
kuliah Subuh, kami bergegas menyalin pakaian sukan kerana tidak
mahu terlewat untuk senaman pagi. Pada pagi itu, kami diarahkan
untuk berlari satu pusingan kawasan COMMAS. Fuhh...letih, tapi
digagahkan jua kaki ini untuk menamatkan pusingan tersebut.
Selesai senaman pagi, kami menikmati sarapan yang disediakan oleh
AJK makanan kami.

1.2.2.2 LDK 2 (SWOT-Analyses)

Pada LDK 2 ini, kami masih dikendalikan oleh En.Azizi. Beliau


melafazkan pujian kerana adanya peningkatan yang positif dari kami
berkenaan dengan pengurusan atau ketepatan masa. Untuk LDK 2,
kami diminta oleh En.Azizi untuk membuat SWOT analyses bagi
kumpulan masing-masing. Jadi kami pun berkumpul dalam bulatan
untuk membuat SWOT analyses tersebut. Kami dikehendaki untuk
menyenaraikan ‘Strength’ (Kekuatan), ‘Weakness’(Kelemahan),
’Opportunities’(Peluang) dan ‘Threat’(Ancaman) program BIG ini
kepada kumpulan kami.

1.2.2.3 KEMBARA HUTAN

Seusai sudah slot LDK 2 itu tadi, kami dikehendaki berkumpul dan
mengambil perlatan-peralatan untuk kembara hutan. Kami
memulakan kembara kami di trek bersebelahan menara api Tanjung
Tuan. Sebelum kami memulakan perjalanan, kami diberi sedikit
masa untuk melakukan sesi urut-mengurut dahulu. Setelah
membaca doa barulah kami mula berjalan menuju ke pintu masuk
kawasan hutan simpan tersebut. Perjalanan pada awal kelihatan
biasa sahaja, maklumlah masih lagi cergas. Destinasi pertama
persinggahan kami ialah menara api Tanjung tuan. Kami dibahagikan
kepada dua kumpulan besar. Satu kumpulan bergerak ke atas
dahulu mengikut Ustaz Amiyamin, manakala satu kumpulan lagi
berada di bawah untuk mempelajari teknik menggunakan kompas
dari En.Mohd Arus. Ketika mempelajari cara-cara menggunakan
kompas dengan betul, kami telah diminta untuk mencari arah kiblat
dengan menggunakan kompas. Kemudian, apabila kami naik ke
kawasan menara api, kami betul-betul kagum dengan keindahan
pemandangan laut dari ketinggian yang sebegitu. Ustaz
menerangkan kepada kami tentang pusaran air dan sebagainya.
Selesai sahaja penerangan ustaz, kami beramai-ramai berkumpul di
cerun untuk sesi bergambar. Kemudian kami memulakan perjalanan
kami menuruni tangga-tangga yang menuju jauh ke dalam hutan
tersebut. Bukan saja jalan-jalan ya, kem komandan kami telah
mengarahkan kami mengutip sebanyak 7 helai daun yang berbeza
dan kami dikehendaki untuk membuat pembentangan tentang
daun-daun tersebut apabila kami tiba ke destinasi kami nanti.
Sesungguhnya memang banyak daun yang dikutip dan dijumpai, tapi
kebanyakkan daun tersebut tercicir sewaktu kembara tersebut.
Maka, yang tinggal cuma 3 jenis sahaja. Antara pokok-pokok yang
terdapat adalah pokok kedondong, pokok nibong, pokok tembusu,
pokok nipah dan sebagainya. Akhirnya, kepenatan berjalan terbalas
jua, apabila kami tiba di destinasi kami. Tempatnya cantik sekali,
airnya pun kelihatan bersih. Arahan pertama dari kem komandan
berbunyi “Baiklah, kamu masak maggi kamu masing-masing, bila
dah siap, panggil kami. Kami akan rasa.” Ada juga pertandingan
masakan di tengah-tengah hutan ini rupanya. Tapi, seronok juga
aktiviti ini, kerana sudah agak lama tidak melakukannya. Selesai
kami memasak, para jurulatih dating. Kami dikehendaki
mempersembahkan hidangan kami kepada barisan jurulatih.
Sebelum mempersembahkan hidangan tersebut, kami perlu ‘cheer’
dahulu. ‘Exotica de maggi Carea’, itulah nama yang diberi untuk
hidangan maggi kami. Apabila semua kumpulan telah selesai
mempersembahkan hidangan masing-masing, pembentangan pun
dimulakan. Di samping itu, kami turut diminta menyediakan satu
persembahan bertemakan alam sekitar bagi tujuan pembentangan
tersebut. Tiga kumpulan mempersembahkan sketsa untuk tatapan
semua yang hadir. Manakala 3 kumpulan lagi mempersembahkan
nyanyian. Hal yang paling mencuit hati para jurulatih ialah apabila
ada beberapa orang peserta telah menyatakan kegunaan yang tidak
tepat bagi daun-daun yang mereka berjaya perolehi. “Ok kak, bukan
itu kegunaannya ye.” Pergi kemana lagi selepas itu? Kami
kemudiannya dibawa melawat dua buah kubur lama yang tidak
diketahui siapa pemiliknya. Di batu nisan yang terpacak di atas dua
kubur tersebut ada tercatat tahun 1960, kemungkinan besar tahun
pemilik kubur tersebut kembali ke rahmatullah, wallahu’alam. Kami
kemudiannya memulakan perjalanan balik ke Ilham Resort tapi
menggunakan jalan yang berbeza, jalan laut. Dalam perjalanan balik
ini, laluan menjadi sedikit sukar kerana tiada tangga, dan kawasan
bukit yang dilitupi daun-daun kering itu licin apabila didaki. Kami
sempat singgah di satu kawasan yang diberi nama ‘Keramat” kerana
disitu terdapat satu bekas tapak kaki yang dikatakan tapak kaki Hang
Tuah namun diragui kesahihannya. Yang pastinya, air perigi di
‘Keramat’ itu memang sejuk dan menyegarkan. Perjalanan
diteruskan, kaki masih melangkah, bukit didaki, lurah dituruni,
akhirnya kami selamat sampai ke kawasan kami mula-mula
berhimpun tadi. Seperti biasanya, untuk kenang-kenangan, kami
merakam, bukan sekeping, dua keeping, tapi berkeping-keping foto
berbagai aksi. Kemudian, kem komandan mengarahkan kami
menaiki bas untuk pulang ke tapak perkhemahan.

1.2.2.4 Kuliah Maghrib

Pada kuliah Maghrib kali ini, ustaz berkata “Bila bau minyak angin ini
terasa dah tua dah kite ni.” Usai kuliah Maghrib,semua peserta dan
para jurulatih menikmati hidangan makan malam. Suasana sunyi,
yang kedengaran hanya bicara para jurulatih. “Pertama kali dengar
dorang diam ketika makan.” Begitulah kenyataan yang dikeluarkan
Ustaz Amiyamin. Memang pun semua peserta kelihatan letih dan
kebanyakkan hanya mendiamkan diri sahaja. Hendak menyuap nasi
ke dalam mulut pun ada yang terketar-ketar (gurau aje) apatah lagi
nak berborak sperti biasa.
1.2.2.5 LDK3 (Cikgu Sunan)

Pada sesi LDK 3 ini, kami sekali lagi mendapat pujian dari pihak
En.Azizi atas ketepatan masa kami. Slot LDK 3 ini merupakan slot
LDK terakhir yang kami ada, jadi kami menumpukan sepenuh
perhatian kepada apa yang En.Azizi sampaikan. Kami diberikan satu
cerpen yang mengisahkan tentang seorang guru. Kemudian
berdasarkan cerita tersebut, En.Azizi memberikan tugasan kepada
setiap kumpulan. Kumpulan kami diminta untuk menyenaraikan
samada watak guru di dalam cerpen terssebut memaparkan
‘accountability’ sebagai seorang guru atau tidak dan senaraikan.

1.2.3 Hari Ketiga, Rabu, 21 Julai 2010

1.2.3.1 Khemah ‘Bergoncang’

Pada pukul 4.30 pagi, kami dikejutkan oleh bunyi deruan angin
yang kencang dan keadaan khemah yang begoncang. Walau
bagaimanapun, masih ramai lagi rakan-rakan peserta yang lain lena
diulit mimpi. Keadaan angin yang kencang dengan hujan yang lebat
masih berterusan dan mulai berkurangan apabila waktu menginjak
ke waktu Subuh. Di kala bunyi-bunyi dengkuran bersahutan,
terdengar sayup-sayup bunyi wisel. Rupa-rupanya, En.Mohd Arus
dan Ustaz Amiyamin sedang meminta pelajar lelaki memindahkan
jaket keselamatan ke dalam khemah berhampiran. Kedua-dua
mereka kelihatan sedikit risau, mungkin risau kami kena terbangkan
angin agaknya. Tapi mengikut hemat pemikiran saya lah, sekiranya
betul khemah kami diterbangkan angin pun, mungkin masih ada
yang masih lena tidur ditimpa air hujan.

1.2.3.2 Kuliah Subuh & Senaman Pagi

Bacaan Yassin sewaktu dinihari membuka tirai hari ketiga kami di


COMMAS. Tidak dinafikan memang kebanyakkan peserta kelihatan
begitu khusyuk sekali (tersengguk-sengguk) ketika membaca Yassin.

Selesai bacaan yassin, ustaz mengambil peluang untuk berkongsi


nasihat dan pesanan. Kami kemudiannya bersarapan pagi.
1.2.3.3 Apa itu Kayak? Bagaimana berkayak dengan betul?

Taklimat kayak pada pagi ini disampaikan oleh jurulatih kayak,


En.Mohamad Tahir bin Kamaruzaman. Beliau mengambil
kesempatan terlebih dahulu untuk bertanyakan khabar kami
sebelum meneruskan dengan taklimat beliau. Beliau memulakan
taklimat dengan memperkenalkan kepada kami apa itu kayak dan
bahagian-bahagian yang ada pada sebuah kayak. Kemudian beliau
sempat berkongsi dengan kami sedikit petua-petua tentang keadaan
laut dan cara-cara berkayak yang betul. Kemudian kami diminta
berdiri dan beliau memasangkan kami secara berdua-dua (Buddy
System) untuk aktiviti berkayak.

1.2.3.4 KIRI..KANAN..KIRI..KANAN...

Kami memulakan aktiviti berkayak kami dengan agak sukar kerana


keadaan pantai yang agak bergelora. Walau bagaimanapun,
kesemua kayak dapat berlepas dan kami kemudiannya membuat
‘rafting’. Malang tidak berbau, ketika ingin membuat ‘rafting’ yang
pertama, ketika kami semua sedang terumbang-ambing di dalam
kayak masing-masing, kumpulan kayak kami dibantai oleh ombak
yang agak kuat menyebabkan kumpulan ‘rafting’ tersebut pecah.
Ketika kejadian tersebut, ada antara rakan-rakan peserta yang
mengalami kecederaan ringan dan ada juga kayak rakan yang
terbalik. Mujurlah, ada ‘penyelamat-penyelamat’(En.Mohd Arus dan
Ustaz Amiyamin) yang berwibawa dan sentiasa bersiap-sedia untuk
menghadapi sebarang kemungkinan. Keadaan laut yang agak
bergelora ketika itu mebuatkan kayuhan sedikit sukar dan bagi
sesiapa yang pertama kali berkayak dilaut pasti panik sakan
dibuatnya. Peluh tak usah dikiralah. Kami diarahkan oleh En.Tahir
untuk berkayak menuju ke arah Marina Bay. Ketika berkayak,
berkumandanglah jerit-pekik ‘Kiri, kanan, kiri, kanan’ oleh rakan-
rakan peserta yang lain untuk memastikan kayuhan depan dan
belakang adalah sama. Sesampai di Marina Bay, kami membuat
‘rafting’ lagi sekali, dan dengan selambanya En.Tahir mengarahkan
agar mereka yang duduk di bahagian belakang setiap kayak unyuk
turun masuk ke dalam air. Macam-macam bunyi kedengaran,
maklumlah mereka yang duduk di bahagian belakang kayak
kebanyakkan sihat-sihat belaka. Turun memang senang, naik nanti
yang dirisaukan. Seperti yang dijangka, apabila diarahkan untuk naik
semula ke kayak masing-masing, beberapa peserta mengalami
masalah, termasuklah saya. Mujur ada rakan-rakan yang sudi
membantu. Kami teruskan berkayak dan kemudian singgah berehat
di jeti Marina Bay. Kemudian kami memulakan kembara kayak kami
menuju ke arah Teluk Kemang, walau bagaimanapun, kami tidak
dapat meneruskan kembara kayak kami kerana jurulatih kami risau
akan keadaan laut yang tidak berapa sesuai. Tambahan pula,
En.Mohd Arus dan Ustaz Amiyamin mengalami masalah dengan bot
mereka. Jadi, dengan bilangan kayak sebanyak 23 kayak, En.Tahir
khuatir akan keselamatan kami semua. Kami berhenti rehat sekali
lagi di sebuah pulau kecil berdekatan pantai kami berlepas tadi.
En.Tahir memberi kebenaran kepada kami untuk merehatkan diri
dan bersukaria sebentar. Kami bergerak balik ke pangkalan tidak
lama kemudian sementara En.Tahir pergi menjemput ‘penyelamat-
penyelamat’ kami yang karam tadi. Sesampai kami di pangkalan,
penghulu menyamlpaikan amanat En.Tahir supaya semua kayak
yang digunakan tadi dibawa naik dan dicuci kemudian diletakkan
kembali di tempat asalnya.

1.2.3.5 REWANG..

Selesai semua pembersihan kayak, peserta diberi masa yang


secukupnya untuk menguruskan diri masing-masing sebelum
bersama-sama merewang untuk makan malam dan aktiviti ‘BBQ’
pada malam tersebut. Ada yang membasuh ayam, ikan, sotong dan
udang. Ada juga yang tolong mengupas bawang, lengkuas dan
sebagainya. Menu istimewa pada malam tersebut tentulah air
tangan kem komandan sendiri. Tidak sia-sia mengikut kumpulan BIG
Siri 1 kerana dapat merasa sendiri keenakkan nasi minyak dan
rendang minang En.Mohd Arus. Ustaz Amiyamin yang kebetulan
turut berada di dapur apabila diajukan soalan, berikut adalah
jawapan beliau. “Ustaz, tak tolong ke? Kita orang dah berpeluh nie.”
Ustaz menjawab, “Ustaz tolong la nie, tolong tengok.” Tidak lupa
juga, Pn.Juhana turut menunjukkan ‘skill’ beliau di dapur. Beliau
telah menyediakan sup sayur yang enak sekali dan juga tak lupa air
asam buat cicah ‘BBQ’, ‘sodap’.

1.2.3.6 Latihan Persembahan

Pada masa yang sama ketika sebahagian dari kami merewang untuk
jamuan makan malam tersebut, sebahagian lagi dari kami membuat
latihan bagi persembahan kumpulan. Walaupun, masa yang ada
singkat tapi setiap kumpulan menggunakan masa yang diberikan
dengan sebaik mungkin. Tiga kumpulan yang telah membuat latihan
kemudiannya bertukar peranan dengan tiga lagi kumpulan yang
masih belum membuat latihan. Latihan kemudiannya dihentikan
untuk memberi laluan bagi solat berjemaah dan kuliah Maghrib.

1.2.3.7 Kuliah Maghrib

Kuliah pada mala mini hanya serba ringkas sahaja. Berupa pesanan
serta nasihat seorang guru pada anak didiknya. Ustaz Amiyamin
kelihatan seperti sedang menahan sebak. Betulkah? Tidak lah,
bergurau sahaja. “Inilah malam akhir kita solat Maghrib dan Isyak
bersama.” Keheningan jelas terasa saat dan ketika itu.
Bagaimanapun, Ustaz cepat-cepat memecah kebuntuan dengan
menyuruh kami bersurai dan bersiap untuk acar malam tersebut.

1.2.3.8 Bila Larut Malam...

Jamuan makan malam dimulakan pada jam 9.00 malam. Semua


jurulatih telah pun berada di meja. Setelah kami selesai melapor diri
dan membaca doa, hidangan makan malam pun dihidangkan.Acara
seterusnya ialah persembahan kumpulan. Pengacara pada malam
tersebut ialah saudari Arniliana. Kumpulan ‘The BIG One’ telah
membuka tirai persembahan pada malam itu dengan gabungan dikir
barat yang unik dan menghiburkan. Persembahan tersebut menjadi
lebih menarik kerana kumpulan tersebut tampak bersemangat dan
mereka sendiri seronok dengan persembahan mereka. Kumpulan-
kumpulan yang lain turut memeriahkan acara malam tersebut. Aksi
yang bersahaja dan spontan dari setiap kumpulan menghangatkan
suasana malam. Gelak ketawa para peserta dan jurulatih-jurulatih
terutamanya En.Mohd Arus, Ustaz Amiyamin dan Pn.Juhana turut
menghiasi majlis dan kadangkala mengatasi gelak ketawa peserta.
Melalui persembahan yang bertemakan kegigihan seorang guru itu
juga, dapat kita lihat dan nilai sendiri, jalan yang manakah yang ingin
kita ikuti? Guru yang bagaimanakah ingin kita contohi? Kumpulan
yang terakhir membuat persembahan ialah kumpulan ‘SixPack’.
Kumpulan tersebut turut mendedikasi sebuah lagu ‘remix’ sebagai
hadiah buat jurulatih-jurulatih yang hadir. Selesai persembahan
setiap kumpulan, kem komandan mengambil–alih majlis dari
pengacara majlis. Beliau membuat satu kenyataan yang
mengejutkan. Ada antara kami yang akan gagal! Rupa-rupanya
semuanya gurauan semata-mata. Terpedaya sungguh kami dengan
lakonan ketiga-tiga jurulatih kami terutamanya Ustaz Amiyamin,
“Ustaz mintak maaf, ustaz memang tak tahu apa-apa tentang hal
ini.” Begitu sekali penangan jurulatih-jurulatih kami. Malam sudah
lewat, jurulatih-jurulatih sudah nyenyak tidur. Tapi kami, masih
berlegar-legar di sekitar kawasan perkhemahan. Masih ada antara
kami yang berbual-bual, maklumlah bukan senang nak dapat
berkumpul ramai-ramai kan? Akhirnya kami semua melelapkan
mata, membawa bersama perasaan yang bercampur-baur dalam
hati kami. Seolah-olah ‘terikat’, berat untuk kami tinggalkan tempat
ini.

1.2.4 Hari Terakhir, Khamis, 22 Julai 2010


1.2.4.1 Kuliah Subuh

Terasa sayu saja masa kuliah Subuh hari ini. Ustaz memberikan
pesanan terakhir dan kemudiannya kami bersurai.

1.2.4.2 Tutup Kedai..

Tiba masanya untuk kami mengemas apa telah kami dirikan. Tetapi,
sebelum itu, penghulu meminta semua peserta supaya mengemas
barangan peribadi dahulu, letakkan di dewan dan kemudian,
barulah meruntuhkan khemah serta mengemas kembali setiap
peralatan. Setelah selesai mengemas, penghul meminta kami untuk
berkumpul di dewan untuk refleksi bersama-sama para jurulatih
kami.

1.2.4.3 Refleksi Bersama

Setiap kumpulan menghantar wakil, membuat refleksi bagi


sepanjang BIG yang telah berlangsung. Kemudian, kem komandan
menyatakan refleksi beliau. Ustaz Amiyamin turut bersama dengan
kami pada pagi tersebut dan beliau turut menyatakan beberapa
pesanan.

1.2.4.4 Kami Pulang...

Usai sudah slot refleksi, maka naiklah kami semua ke atas bas yang
telah pun menunggu untuk membawa kami pulang. Sedih itu ada,
setiap pertemuan itu, ada perpisahan. Selamat tinggal...

1.3 SELEPAS BIG

Penat, letih, terbakar dek sinaran matahari, makin gelap, tapi semuanya BERBALOI.

Você também pode gostar