Você está na página 1de 13

MENGGAPAI BINTANG

NUKILAN: MOHAMAD ZULKARNAIN RADZUAN

Matahari kian memancarkan cahayanya . Bahangnya semakin terasa . Azmi

masih meneruskan kerjanya mengaut pisang . Ada keringat berjatuhan ke tanah

saat dia leka dengan kerjanya . Peluhnya membasahi pakaian yang membaluti

tubuhnya . Sudah lima tahun dia mengerjakan kebun pisang milik arwah ayahnya .

Kebun pisang inilah menjadi sumber rezeki Azmi untuk menyara dirinya serta ibunya

. Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan . Ketika itu umur Azmi baru

menjangkau 15 tahun . Ayahnya dirempuh lori ketika melintas jalan di hadapan

Masjid Jamek Kampung Pisang iaitu masjid kampungnya . Ayahnya mati ditempat

kejadian .

Semenjak kematian ayahnya , dialah yang menguruskan kebun pisang ini . Azmi

adalah seorang pelajar yang pintar . Dia mendapat 7A dalam dalam peperiksaan

Penilaian Menengah Rendah (PMR) . Azmi ditawarkan untuk melanjutkan pengajian

ke asrama penuh , namun dia menolaknya kerana ingin menguruskan kebun arwah

ayahnya . Dia begitu sedih atas pemergian ayahnya , keputusannya yang cemerlang

tidak dapat ditunjukkan kepada ayahnya . Ayah dan ibu Azmi mendidik Azmi bagai

menatang minyak yang penuh . Dalam peperiksaan SPM , Azmi juga mendapat

keputusan yang cemerlang . Dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke

institusi pengajian tinggi awam . Namun , dia menolak tawaran itu kerana dia ada

rancangannya sendiri .

“Kau dah fikir masak – masak ke Azmi ?” tanya ibunya Mak Mah . Ibunya seakan –

akan tidak setuju dengan keputusan Azmi . Walaupun begitu , tidak pula dia

membantah keputusan anaknya itu . “Mak , jangan risaulah . Azmi tahu apa yang
Azmi buat . Azmi dah fikir masak – masak .” jawab Azmi lembut . “Kalau macam tu ,

tidak apalah . Mak harap Azmi berjaya dalam apa jua yang Azmi lakukan nanti .”

balas Mak Mah . Azmi gembira kerana ibunya tidak membantah keputusannya .

Ibunya faham benar dengan sikap anaknya . Azmi seorang yang begitu teguh

pendiriannya . Sangat sukar untuk mengubah pendiriannya. Sikapnya mengingatkan

Mak Mah akan arwah suaminya . Perangainya memang tidak ubah seperti ayahnya .

Azmi merancang untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Dari

pandangan Azmi, sektor pertanian mempunyai potensi yang sangat besar. Apatah

lagi kerajaan telah memberi galakan kepada masyarakat untuk mengembangkan

lagi sector pertanian. Perkara pertama yang Azmi ingin lakukan ialah

memperbesarkan lagi kebun arwah ayahnya. Setelah berjaya membuat pinjaman

bank , dia telah membeli tanah sekitar kawasan kebun arwah ayahnya . Azmi

mempelawa anak – anak muda kampungnya yang tidak mempunyai pekerjaan untuk

bekerja dengannya . Baginya , lebih baik membantu penduduk – penduduk

kampungnya sendiri daripada mengupah pekerja asing . Sekurang – kurangnya dia

dapat menolong anak bangsanya sendiri . Hasil pengeluaran pisangnya meningkat .

Keuntungan yang diperolehi digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan

Azmi .

Azmi merancang untuk membuka kilang yang menghasilkan produk berasaskan

pisang . Azmi merangka kertas kerja untuk membawa rancangannya itu selangkah

ke hadapan . Dia perlu membuat pinjaman untuk mengembangkan lagi

perniagaannya . Pengalamannya semasa di bangku sekolah tidak dipersiakna begitu

sahaja . Ketika Azmi dalam alam persekolahan dahulu , Azmi pernah terlibat dalam

merangka kertas kerja untuk suatu projek sekolah . Kertas kerja amat penting untuk

membuat pinjaman perniagaan . Pinjaman Azmi diluluskan pihak bank kerana pihak
bank yakin akan keupayaan Azmi . Azmi juga sering mendapatkan khidmat nasihat

dari agensi tertentu seperti Jabatan Pertanian , Bank Pertanian , dan berbagai –

bagai lagi untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci untuk membantunya

dalam perniagaan . Arwah ayahnya selalu berpesan supaya selalu merujuk kepada

mereka yang lebih tahu agar tidak tersilap langkah . Pesanan ayahnya selalu

diingati sebagai pedoman hidupnya .

Hasratnya untuk membuka kilang yang menghasilkan produk berasaskan pisang

akhirnya tercapai . Kilang Azmi menghasilkan kerepek pisang , kek pisang , aiskrim

perisa pisang , dan makanan sejuk beku pai pisang . Perniagaannya mendapat

sambutan hangat di pasaran tempatan . Permintaan produk keluaran kilang Azmi

kian meningkat . Namun langit tidak selalunya cerah , kilang Azmi terbakar akibat

litar pintas . Hampir keseluruhan kilangnya terbakar . Azmi mengalami kerugian

melebihi tiga juta ringgit . Walaupun begitu , Azmi tetap tabah menghadapi dugaan

yang menimpanya . Dia redha akan ketentuan Ilahi . Dia membangunkan semula

kilangnya yang mengalami kerosakan teruk dengan wang insurans yang

diperolehinya . Nasibnya agak baik kerana kilangnya dilindungi insurans kebakaran .

Azmi seorang yang berfikiran jauh , sebelum merancang sesuatu dia akan lihat pada

semua sudut . Semuanya bukan dalam jangkaan kita , kita hanya mampu

merancang namun tuhan yang menentukan segalanya . Semua stafnya dilindungi

insurans . Dia belajar daripada sejarah . Semasa dia dalam tingkatan dua , rakan

ayahnya telah terputus tangan akibat terkena mesin pemotong kayu . Rakan

ayahnya tidak mendapat pampasan kerana majikan rakan ayahnya itu tidak

menyediakan perlindungan insurans kepada pekerjanya .

Setelah kilangnya dibaik pulih sepenuhnya , Azmi merancang untuk

memperkasakan lagi perniagaannya . Jika dahulu produk keluaran syarikatnya


hanya menumpukan pasaran dalam negara , Azmi ingin memasarkan produk

keluaran syarikatnya ke peringkat global . Azmi menyertai delegasi Malaysia yang

membuat pameran Produk Keluaran Malaysia di Pasaraya Besar Carefour di

Perancis . Di sana , produk keluaran syarikatnya mendapat sambutan hangat . Pihak

pengurusan Carefour menawarkan kontrak kepada Syarikat Perigi Emas milik Azmi

untuk memasarkan produk syarikatnya di Pasaraya Carefour . Azmi tidak menoleh

ke belakang lagi . Azmi sudah maju setapak ke hadapan dalam perniagaannya .

“Azmi , mak gembira melihat kejayaan kau nak . Kalau ayah kau masih hidup , mesti

dia gembira dengan kejayaan yang kau kecapi sekarang . Tapi , satu je yang mak

bimbangkan .” kata ibunya .

“Apa yang mak bimbangkan ?” soal Azmi dalam keadaan terpinga – pinga .

“Yelah , kalo orang lain , orang yang umur macam kau ni dah ada anak dah . Tapi

kau , kahwin pun belum lagi . Mak takut tak sempat je nak tengok kau berkeluarga .

Maklumlah , mak kan dah tua .” kata Mak Mah .

“Belum jodohnya mak . Kalau ada , adalah .” balas Azmi .

Azmi diam seketika , merenung ikan – ikan yang berenang – renang mengelilingi

kolam di halaman banglonya . Banglo yang dibina hasil titik peluhnya untuk

keselesaan ibunya . Azmi mengakui kata ibunya . Kebanyakan rakan – rakannya

sudah berkeluarga . Azmi bukannya tidak mahu berumah tangga , tetapi kesibukan

yang dialaminya membuatkan Azmi tiada masa untuk memikirkan ke arah itu . Azmi

mungkin tidak sekacak Brad Pitt atau pelakon – pelakon kacak lain , tetapi

kemanisan wajahnya tetap ada . Bukan tiada gadis yang meminatinya , tetapi
kesibukan Azmi telah melupakan Azmi untuk membina hubungan kasih antara dua

insan .

Suatu hari kereta Azmi telah dilanggar oleh kereta lain dari arah belakang di

persimpangan lampu isyarat . Keretanya mengalami kerosakan yang agak teruk .

“Mintak maaf encik , saya tak biasa bawa kereta ni encik . Yang ini baru kali kedua

saya bawa kereta sejak saya dapat lessen memandu encik .” rayu pemandu wanita

muda itu . Kalau orang lain mungkin sudah memarahi wanita tersebut kerana sudah

terang lagi bersuluh wanita itu yang bersalah . Tetapi Azmi bukan seorang yang

mudah marah . Mungkin benar kata wanita itu fikirnya . “Takpelah , awak cuma perlu

bayar kos pembaikan kereta ni saja . Ini kad saya , nanti awak telefon saya sebab

saya nak cepat ni . Assalamualaikum .” kata Azmi dalam keadaan tenang lalu pergi

ke tempat kerjanya . Wanita itu terkejut melihat reaksi lelaki itu . Baginya , agak

sukar untuk menemui lelaki seperti itu . Fikirnya , jika orang lain mungkin sudah

membawa kes itu kepada pihak polis kerana memang jelas itu adalah

kesalahannya .

“Hello , ini Encik Azam ke ?” soal Ayuni .

“Ya , sapa ni ?” jawab Azmi .

“Encik Azmi , saya Ayuni , perempuan yang langgar kereta awak semalam . Saya

nak minta maaf sekali lagi . Saya nak bayar ganti rugi kat awak . Boleh kita jumpa ?”

tanya Ayuni kembali .

“Hmm , boleh . Tiada masalah . Petang ni saya free . Awak nak jumpa saya kat

mana?” soal Azmi kembali .


“Kalau kat Restoran Nasi Kandar Taman Desa pukul lima petang boleh ?” balas

Ayuni .

“Okey juga tu . Lagipun tak jauh dari rumah saya .” jawab Azmi kembali .

Setelah pertemuan demi pertemuan , mereka berdua saling jatuh cinta . Mereka

berdua serasi bersama . Mereka mempunyai minat yang sama iaitu dalam bidang

perniagaan . Ayuni ada mengusahakan sebuah restoran di pinggir kota bersama

rakannya dahulu namun terpaksa ditutup kerana rakan kongsinya itu telah

melakukan penyelewengan . Ayuni terpaksa menghentikan hasratnya untuk

membuka perniagaan semula kerana ibu bapanya tidak setuju untuk

membenarkannya kerana khuatir peristiwa lalu berulang kembali .

Setelah mereka mengenali hati budi masing – masing , Azmi nekad untuk

mengakhiri zaman bujangnya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya Ayuni .

Ibunya sangat gembira dengan keputusan Azmi . Apatah lagi gadis pilihan Azmi

memenuhi cita rasa ibunya . Ayuni seorang wanita yang cantik , lemah lembut ,

bersopan – santun , dan mempunyai didikan agama yang baik . Hasrat Mak Mah

untuk melihat anaknya berumah tangga tercapai .

Setelah mereka berkahwin , Azmi telah membuka sebuah restoran berasaskan

pisang khas untuk isteri tercinta . Restoran itu diuruskan oleh isterinya . Ternyata

isterinya memang berbakat menguruskan perniagaan . Dalam masa tiga bulan ,

restoran tersebut telah menyumbangkan 15 peratus kepada pendapatan syarikat .

Azmi dan isterinya memperkembangkan perniagaan restoran mereka secara

francais . Dalam masa dua tahun , mereka mempunyai 10 cawangan di seluruh

Malaysia dan dua lagi di luar negara .


“Apa nama yang kita nak beri kepada bakal bayi kita nanti ye ?” tanya Ayuni kepada

suaminya .

“Apa kata kalau kita letak nama Ahmad Pisang?” gurau Azmi .

“Ish! Apalah abang ni.” balas Ayuni sambil mencubit lengan suaminya .
PENYULUH HIDUP
NUKILAN : RATNA MALAR A/P NADASON

Fazli jalan ke hulu ke hilir. Jam dinding menunjukkan tepat pukul 2 petang.

“Mana dia ni”, rungut hati kecilnya. Dia segera melihat ke anjung rumahnya apabila

terdengar bunyi deruan kereta. Namum harapannya hampa. “Ayah, bila kawan ayah

nak sampai,” lari anak kecil berusia 3 tahun itu mendapatkan ayahnya. “ Ain sekejap

lagi sampailah, pergi main dulu,” Fazli menenangkan hati anak kecilnya. Walhal dia

sendiri tidak sabar untuk menjemput tetamu yang tidak bertemunya untuk kira –kira

7 tahun.

Fazli duduk di atas kerusi sofa dengan perasaan yang gelisah sambil

mencapai senaskah surat khabar. Fikirannya mula melayang kepada peristiwa yang

berlaku kira – kira 9 tahun yang dahulu. Tanpa tetamu yang bakal diundangnya

nanti, siapalah dia di dunia yang penuh dengan pancaroba ini.

“Mana Fazli? Kenapa sudah lima hari dia tak datang ke sekolah? Ke mana

perginya ?”, tanya Puan Mazlina guru kelas tingkatan 5 Mawar bertubi – tubi kepada

pelajar – pelajar lain. Tiada siapa yang mampu menjawab persoalan guru kelas

mereka. Masing – masing membisu seribu bahasa. Krrrrriiinng!!!!!! Loceng berbunyi

menandakan berakhirnya masa Puan Mazlina. Selepas mengucapkan terima, Puan

Mazlina meninggalkan kelas Tingkatan 5 tersebut.

Ah Meng dan Ramu segera ke belakang kelas untuk mendapatkan Alif.

Semua pelajar di sekolah tersebut tahu akan persahabatan Alif dan Fazli yang

memang rapat seperti isi dan kuku. “Mana kembar kamu, dah lima dua hari aku tak

nampak batang hidungnya,” tanya Ramu.


“Itulah yang aku risaukan ini. Saya cuba menghubunginya namum tak dapat.

Dahlah itu peperiksaan kita cuma tinggal beberapa bulan sahaja” kata Alif.

“Takkanlah kamu pun tak tahu apa dah terjadi dengannya”, tanya Ah Meng dengan

nada mengejek.

Betullah aku tak tahu. Nanti selepas sekolah aku ke rumahnya,” beritahu Alif dengan

muka masam.

Selepas itu, Ah Meng dan Ramu kembali tempat duduk mereka. Manakala alif

termenung jauh memikirkan tentang kawan karibnya yang semakin berubah

sikapnya. Hubungan mereka berdua sejak akhir – akhir ini semakin renggang dan

tidak mesra seperti dahulu lagi. Peristiwa yang berlaku kira – kira dua minggu yang

lalu masih segar di benaknya. Peristiwa itu memburukkan lagi hubungan mereka

apabila mereka berperang mulut. Perang mulut mereka berpunca apabila Alif tidak

memberikan wang yang diminta oleh Fazli.

“ Kenapa kau sangat kedekut ini. Takkanlah kamu tidak boleh tolong aku ini pun.

Aku bukannya minta banyak, cuma RM50,” tengking Fazli.

“Tak banyak kata kamu! Aku bukannya kedekut tapi cuma nak tahu apa kamu nak

buat dengan duit sebanyak ini?” tanya Alif sambil mendekati sahabatnya.

“ Alah bagi jer! jangan tanya banyak soalan. Aku tak ada masa ini, ” beritahu Fazli

separuh menjerit.

“Tak boleh! Kamu beritahu aku dulu. Setakat ini kau dah pinjam RM150, tapi tak

tahu mana pergi duit itu,”kata Alif.


“Sudahlah! jangan ingat aku tak ada orang lain yang nak bagi aku duit selain

engkau. Duit engkau itu nanti aku pulangkan! Benci aku melihat kamu. Benci!!!!!

Lamunan Alif terhenti apabila Encik Latif, cikgu Sejarah tingkatan 5 Mawar

masuk ke kelas itu. Alif menarik nafas sedalam – dalamnya. Jiwanya tidak tenteram

memikirkan Fazli, Apa yang dibuat oleh Fazli dengan duit yang banyak? Apa dah

terjadi dengannya? Pelbagai persoalan bermain di fikirannya.Peperiksaan cuma

tinggal beberapa bulansahaja lagi tapi Fazli seperti tidak berminat untuk belajar.

Namum dia bersyukur kepada Ilahi kerana hubungan renggangnya dengan Fazli

tidak disedari oleh sesiapa lagi termasuk orang tua mereka.

Selepas tamatnya waktu sekolah, Alif berbasikal ke rumah Fazli. Selepas

berbasikal kira – kira 25minit, tibalah Alif di hadapan rumah Fazli lalu memberi

salam. Selepas beberapa kali memberi salam, keluarlah Puan Salwah, ibu Fazli

sambil membalas salamnya.

“Alif! rupanya…Ingatkan siapa tadi. Apa khabar nak? tanya Puan Salwah dengan

penuh kemesraan.

“Khabar baik mak cik. Mak cik apa khabar?” tanya Alif yang teragak – agak untuk

bertanyakan tentang Fazli.

“Khabar baik. Masuk dulu nak, panas ini,” beritahu Puan Salwah.

“Tak apalah mak cik. Saya datang ini nak berjumpa dengan Fazli,” beritahu Alif

terus –terang.

Kenapa tak jumpa di sekolah sahaja,Alif, tanya Puan Salwah yang mula

menunjukkan muka risaunya. Alif dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada

pertanyaan Puan Salwah. Jadi,Fazli keluar dari rumah setiap pagi namum tidak ke
sekolah, tetapi ke mana destinasinya? Persoalan demi persoalan semakin

bermaharajalela di kotak fikirannya. Namum dia tidak menunjukkan sebarang reaksi

yang boleh meyedihkan Puan Salwah, malah dia terpaksa berbohong untuk

menyedapkan hati wanita puluhan tahun itu. Jelas sekali, Puan Salwah tidak

mengetahui berita Fazli tidak hadir ke sekolah selama 5 hari berturut - turut .

“ Tidak mak cik, saya ingin meminjam buku Matematik daripadanya. Saya terlupa

menanyakannya di sekolah tadi. Lagipun dia sudah keluar lebih awal dari saya dari

kawasan sekolah tadi, oleh itu saya datang berjumpa dengannya di sini makcik,”

berbohong Alif sambil menutup cerita sebenar.

Entahlah nak, mak cik agak risau memikirkan tentangnya sekarang ini, selalu balik

lewat. Memang jarang dia berada di rumah. Peperiksaan semakin hampir tetapi dia

tidak risau tentangnya, luah Puan Salwah dengan sedih.

“Jangan risau makcik, nanti saya nasihatkannya. Saya minta diri dulu, mak cik,”

beritahu alif yang ingin lekas meninggalkan tempat itu kerana takut memberitahu

Puan Salwah cerita sebenar jika perbualan mereka berlanjutan.

Alif segera berbasikal meninggalkan rumah Fazli. Dia semakin risau

memikirkan tentang sahabatnya itu.Pelbagai persoalan semakin bermain di

fikirannya. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku terhadap kawannya. Jadi,

pada keesokkan harinya,dia bertekad untuk mengintip Fazli untuk mengetahui punca

sahabatnya ponteng sekolah.

Pada keesokannya harinya, Alif bertolak lebih awal dan terus ke rumah Fazli

untuk mengintip kegiatannya. Alif menunggu di sebuah padang yang berhampiran

dengan rumah Fazli. Selepas 10 minit menanti, Fazli pun keluar dari rumahnya
dengan keadaan yang agak selekeh dan tergesa – gesa. Alif mengikuti sahabatnya

di belakang namum perkara tersebut tidak disedari olehnya. Selepas menunggang

basikal kira – kira 7 kilometer, Fazli memasuki sebuah kawasan yang terpencil yang

sunyi. Keinginan Alif untuk mengetahui kegiatan sahabatnya semakin menggunung

tinggi. Alif terus mengintip.

Alangkah!! terkejutnya apabila melihat Fazli sedang menyuntik sesuatu ke

lengannya. Alif terus memerhatikan Fazli dan secara sah dia mendapat tahu bahawa

sahabat karibnya sedang mengambil dadah. Dia berasa sangat terkejut namum dia

terus memikirkan langkah terterusnya untuk meyelamatkan kawannya. Dia terus

berbasikal ke sekolah untuk memberitahu perkara tersebut kepada gurunya. Dia

memberitahu perkara tersebut kepada guru tingkatan dan Puan Mazlina juga terkejut

apabila mendengar perkara yang memeranjatkannya itu. Hal ini adalah kerana Fazli

akan salah seorang pelajar yang baik dan tidak disangkanya Fazli akan terjebak

dalam peyalahgunaan dadah. Kemudian, Alif, bersama – sama dengan Puan

Mazlina dan pengetua sekolahnya pergi ke balai polis untuk melaporkan tentang

perkara tersebut. Mereka dengan ditemani dengan beberapa orang pegawai polis ke

tempat terpencil itu untuk menyelamatkan Fazli dari kancah negatif itu. Pihak polis

mengepong kawasan tersebut dan berjaya menangkap Fazli berserta- serta

beberapa orang lain. Selepas itu, Fazli dihantar ke pusat seranti untuk dipulihkan.

Fazli dapat dipulihkan dalam masa yang singkat sahaja kerana Fazli baru terlibat

dalam kancah negatif tersebut.

Selepas beberapa minggu, Fazli keluar dari pusat seranti tersebut. Fazli

sedar akan kesalahaannya itu. Ibu bapanya yang sedih memikirkan keadaan anak

mereka syukur dengan keadaan anak mereka yang sudah pulih. Mereka tidak kisah

dengan cacian yang diterima daripada jiran tetangga Mereka sangat berterima kasih
kepada Alif kerana atas usahanya anak mereka terlepas daripada najis dadah. Fazli

meminta maaf kepada kedua-dua orang tuanya dan dia juga sangat berterima kasih

kepada Alif yang menyelamatkannya daripada terjebak ke kancah najis dadah. Hal

ini adalah kerana Alif merupakan orang pertama yang dapat menghidu kegiatannya.

Selain itu, Alif juga merupakan orang yang banyak menolong dalam

pelajaran. Mereka bakal menghadapi peperiksaan getir dalam masa beberapa bulan

sahaja. Alif banyak memberi tunjuk ajar dalam pelajaran. Malah Alif juga sanggup

ke rumah Fazli semata – mata untuk mengulangkaji pelajaran bersamanya. Semasa

keputusan peperiksaan SPM diumumkan, Alif berjaya mendapat pangkat satu

manakala Fazli cuma berjaya mendapat pangkat kedua. Namum, dia sangat

bersyukur dengan keputusannya dan dia juga sangat berterima kasih kepada Alif.

Sekarang, atas bantuan sahabatnya itu, dia berjaya menjawat jawatan sebagai

seorang akauntan manakala kawannya hari ini akan bertandang ke rumahnya

selepas belajar selama tujuh tahun di luar negara dalam bidang perubatan. Aku

kagum dengan kawanku. Segala pujian yang aku terima sekarang, adalah buatkan

untuk kawanku, Alif.

Semasa sedang melayang ingatannya, dia terdengar bunyi deruan enjin di

luar rumahnya. Dia segera ke halaman rumah. Dia berasa sangat gembira untuk

melihat kawan karibnya di halamannya rumahnya. Sahabat karibnya itulah yang

mengubah nasibnya sekarang. Dia amat berhutang budi dengan sahabatnya itu lalu

terus memeluknya sambil menitis sebutir air mata.

Você também pode gostar