Você está na página 1de 7

ASIMILASI (sebelum pejajahan)

Kepelbagaian budaya di Malaysia telahpun terbentuk semenjak dari Zaman Kesultanan


Melayu Melaka. Peranan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangasa telah membuka
ruang kepada kemasukan para peniaga dan pedagang asing ke Tanah Melayu. Kebanjiran
masyarakat asing di Tanah Melayu terus bertambah hasil daripada tindakan penjajah yang
membawa masuk imigran-imigran asing sebagai buruh, petani dan askar upahan.

Penjajahan Jepun mewujudkan kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum
hubungan kaum dan juga keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta pentadbiran. Semasa
Perang Dunia ke-2, terdapat 2 bentuk hubungan kaum iaitu hubungan kerjasama antara kaum
menentang penjajah Jepun (MPAJA)dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina
ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi terhadap etnik Cina .

Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan
perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh
dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja.Penambahan penduduk dan
peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar,jalan-jalan, rel-rel
keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah
menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar
bertambah besar.

Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang
mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk
mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang
getah.Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani.

Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas
kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan
keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi
masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-
19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimana
migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.

Nuramanina mazman / 2010253316 / AD2213A


Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap
pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Penindasan Jepun terhadap
orang-orang China telah menyebabkan mereka membuka kawasan-kawasan baru yang
dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.Ini membawa kepada
pertembungan dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi.
Pertembungan budaya ini telah membawa kepada perkahwinan kacukan di antara orang
melayu dan China telah melahirkan generasi masyarakat Baba dan Nyonya yang boleh kita lihat
banyaknya di negeri Melaka pada hari ini.

Penguasaan Jepun di Tanah Melayu menyekat kemasukan migrasi terutamanya dari


China disebabkan peperangan antara China dan Jepun. Pada 1947 sehingga 1953, telah berlaku
pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara itu migrasi dari India masih lagi
berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah.

Kini selepas 51 tahun merdeka, kesemua etnik utama seperti China dan India masih
mampu mengekalkan jati diri masing. Mereka masih lagi mengekalkan agama dan anutan
nenek moyang mereka. Malahan pusat-pusat keagamaan bagi agama Hindu, Buddha dan Sikh
bersilih ganti membawa masuk pengamal-pengamal agama atau sami-sami dari negara asal
mereka ke negara ini bagi memastikan kesinambungan ajaran nenek moyang mereka.

Walaubagaimanapun, evolusi terhadap ‘budaya kebendaan’ tetap berlaku. Kehidupan


bermasyarakat yang aman dan harmoni di antara orang Melayu dan bukan Melayu di negara ini
telah menjadi penggalak kepada berlakunya perkongsian budaya di mana budaya masyarakat
Melayu dan bukan Melayu ini telah diterima pakai dan diserapkan ke dalam cara hidup satu
sama lain.

References :

http://www.scribd.com/doc/13097947/Sejarah-Kewujudan-Masyarakat-Majmuk-Di-Malaysia

Continue…. >

Nuramanina mazman / 2010253316 / AD2213A


Cina Peranakan (Baba dan Nyonya)

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di
kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian
Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui
bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat
British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji
pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak
membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai
"Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi
Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di


persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara
kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya
memanggil mereka sebagai "Baba".

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi


penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik
yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila
Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka.

Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li
Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.
Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan.
Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi
bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik.
Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang
Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina
tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina
Muslim.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan
mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan
Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda
Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.

Nuramanina mazman / 2010253316 / AD2213A


Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah
daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka
yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang
Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang
Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.

Bagi perkahwinan pula, saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan
atau mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera.
Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang
bersinergi.

Hubungan politik pada zaman pendudukan kuasa Barat, kaum Baba Nyonya lebih
berada berbanding pendatang China yang baru. Kekayaan dan jalinan erat keluarga
membolehkan suku Peranakan membentuk sebuah golongan atasan berbangsa Cina yang amat
setia kepada kuasa British atau Belanda, sehingga sukar menerima kemerdekaan Malaysia dan
Indonesia.

Menjelang pertengahan abad ke-20, kebanyakan suku Peranakan menerima pendidikan


Inggeris atau Belanda, kesan penjajahan kepulauan Melayu oleh kuasa-kuasa Barat. Suku
Peranakan sanggup memeluk kebudayaan dan pendidikan Inggeris sebagai cara memajukan diri
mereka dari segi ekonomi. Oleh itu, jawatan-jawatan pentadbiran dan perkhidmatan awam
selalu diisi oleh orang Cina Peranakan terkemuka.

Ramai orang Baba dan Nyonya memeluk agama Kristian kerana menganggap agama itu
lebih berprestij dan amat rapat dengan kebudayaan sekutu mereka yang berbangsa British dan
Belanda. Justeru, masyarakat Peranakan menjadi amat berpengaruh di Melaka dan Singapura,
sehingga diberi gelaran King's Chinese kerana kesetiaan mereka kepada pihak British.

Hasil dari perhubungan mereka dengan pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan orang
Peranakan fasih berbahasa Cina, Melayu dan Inggeris. Antara kerjaya-kerjaya yang banyak
diceburi mereka termasuk saudagar, pedagang, dan orang tengah yang menguruskan
perhubungan antara China, Tanah Melayu dan kuasa-kuasa Barat yang amat dihargai oleh
British dan Belanda.

References :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya

Nuramanina mazman / 2010253316 / AD2213A


India Peranakan (Chetti)

Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chetti Melaka
adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklah
boleh disamakan dengan masyarakat chettier yang terkenal di bidang meminjamkan wang
tetapi ia adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-
orang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain.

Sejarah ada membuktikan bahawa saudagar India sering berulang-alik ke Melaka untuk
tujuan perdagangan kerana pada ketika itu Melaka amat sibuk sekali sebagai pusat
perdagangan dan sering menjadi tumpuan para pedagang yang sebahagian besarnya adalah
dari India Selatan. Oleh kerana terlalu ramai saudagar India tertumpu ke Melaka, pemerintah
Melaka ketika itu telah menyediakan suatu penempatan untuk mereka tinggal yang dikenali
sebagai 'Kampung Keling' untuk memudahkan saudagar terbabit berurusniaga. Menurut seperti
apa yang tercatat di dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan 'keling'
adalah berasal dari 'Kaling Gappatinam' atau 'Kalinggam' yang dikenali sebagai Benua Keling.

Berdasarkan faktor-faktor sejarah dan perkembangan ugama Hindu di Alam Melayu ini,
ciri-ciri kebudayaan dan kesenian masyarakat 'India Chetti' ini hampir merangkumi kebudayaan
di negara ini kerana mereka turut mengamalkan perkahwinan campur, adat menyambut
tetamu dan pakaian tradisional mereka. Sebagai contoh, pakaian tradisional mereka lebih mirip
kepada bangsa Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang
lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi
menutup kepala.

Oleh kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling dan pergaulan dengan
masyarakat tempatan, maka makanan harian mereka juga adalah seperti orang-orang Melayu
iaitu nasi. Namun terdapat juga makanan tradisi mereka yang biasanya dihidangkan pada hari-
hari kebesaran ugama atau perayaan. Makanan itu ialah tause dan itali. Kedua-dua makanan ini
diperbuat daripada beras yang direndam dan dikisar halus.

Nuramanina mazman / 2010253316 / AD2213A


Masyarakat 'India Chetti' ini menganut agama Hindu. Mereka adalah penganut agama
yang setia serta berpegang teguh kepada ajaran dan pantang larang. Antaranya ialah hari
Ponggol iaitu Hari Kesyukuran mereka kepada nenek moyang dan tuhan mereka. Adalah
dipercayai perayaan ini turut disambut oleh masyarakat India tetapi bagi masyarakat Chetti ia
bermula lebih awal. Sambutan perayaan ini bermula pada hari terakhir bulan Margli (13
Januari) yang bermaksud bulan berbunga dan pada hari itu dipanggil 'Paru' atau 'Bogi'
(bermulanya perayaan Ponggol).

References :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Chetty

Masyarakat India dan Cina Moden, dan Masyarakat Bukan Melayu Lain

Selain daripada masyarakat Baba Nyonya, Peranakan Cina Kelantan dan masyarakat
Chetty, pengaruh budaya Melayu juga terdapat di kalangan masyarakat bukan Melayu lain
seperti bumiputra Sabah dan Sarawak, dan juga masyarakat India dan Cina moden. Bezanya
pengaruh budaya Melayu di kalangan mereka sekadar melibatkan proses akulturasi dan
bukannya asimilasi.

Antaranya kita dapat melihat Bahasa Melayu digunakan sebagai medium komunikasi
utama di antara dua individu yang berlainan etnik. Bagi kaum wanita, sepasang dua baju
kurung sudah pasti ada di dalam senarai pakaian harian mereka ke pejabat. Begitu juga dengan
kaum lelaki yang tidak kekok mengenakan baju batik ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.

Di sekolah-sekolah pula, sudah menjadi satu kebiasaan bagi pelajar-pelajar Cina dan
India bahkan juga masyarakat bumiputra di Sabah dan Sarawak memilih baju kurung sebagai
pakaian sekolah sekolah. Senario ini dapat dilihat bukat sahaja di sekolah-sekolah kebangsaan
ataupun di sekolah-sekolah integrasi, tetapi juga di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Nuramanina mazman / 2010253316 / AD2213A


References (all article above):

1. http://id.wikipedia.org/wiki/Asimilasi_(sosial)
2. http://www.scribd.com/doc/11597420/Konsep-Hubungan-Etnik
3. http://www.scribd.com/doc/13097947/Sejarah-Kewujudan-Masyarakat-Majmuk-Di-
Malaysia
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Chetty
6. http://mohdhafiz.blog.friendster.com/2008/03/perkongsian-budaya-di-malaysia/

Nuramanina mazman / 2010253316 / AD2213A

Você também pode gostar