Você está na página 1de 3

APAKAH HIV?

Human Immunodeficiency Virus (HIV)

HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan
badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV,
orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.

* Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini
menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)

AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia
berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya
melawan penyakit.

Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?

HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:

1. melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan
kondom lateks).
2. melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
3. melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.

HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau
cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis.
Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil
langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.

Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?

HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit
menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar
badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.

HIV tidak boleh dijangkiti melalui

 Pendermaan darah
 Berjabat tangan dan berpelukan
 Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
 Berkongsi makanan dan perkakas dapur
 Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
 Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
 Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
 Menjaga seseorang yang positif-HIV

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?

Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian
Antibodi HIV

Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?

Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan
menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas
jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan
berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan
orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa
juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai
yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk
mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda
telah melakukan aktiviti yang berisiko.

SEKS SELAMAT

Apakah seks selamat?

Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan
orang lain.

 Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks dan pelincir berasaskan air
seperti gel K-Y.
 Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak
tidak mempunyai luka atau ruam pada tangan mereka.

Cara-cara ini dipanggil "seks selamat" kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak
menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika
salah seorang pasangan adalah positif-HIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit
kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV
menjangkiti sel-sel badan.

MITOS & BENAR TENTANG SEKS DAN HIV

Yang Benar

1. Penggunaan kondom dengan betul adalah yang terbaik dalam menghalang jangkitan HIV
semasa hubungan seks kerana ia diperbuat dari lateks/getah.
2. Kondom juga boleh melindungi mulut, faraj, dubur dan zakar dari air mazi, air mani dan darah
yang mengandungi HIV serta penyakit-penyakit kelamin lain.
3. Jangan biarkan alkohol/dadah atau pasangan yang menarik mengalih perhatian anda daripada
amalan seks selamat.
4. Seks selamat adalah salah satu cara untuk menghalang jangkitan HIV.
5. Anda boleh dijangkiti HIV jika melakukan seks tidak selamat.
6. Masih tiada penawar untuk HIV/AIDS tetapi terdapat ubat anti HIV dalam pasaran yang boleh
memperlahankan kemaraan penyakit ini.
7. Anda tidak boleh dijangkiti HIV dengan berpelukan, berjabat tangan, bersentuhan, melancap
dan berciuman.

MITOS BENAR
Hanya kondom lateks sahaja yang boleh
1. Pil pencegah kehamilan boleh menghalang
menghalang jangkitan HIV dari seseorang yang
jangkitan HIV
positif HIV ke seseorang yang lain
Kalau bendalir seksual yang mengandungi HIV
2.Aktiviti seks oral adalah selamat dari jangkitan
masuk ke dalam mulut yang mempunyai luka,
HIV
risiko jangkitan masih boleh berlaku
Anda hanya boleh mengetahui status kesihatan
seseorang jika orang tersebut menjalani Ujian
3. Anda boleh mengetahui jika seseorang itu HIV+
Antibodi HIV
dengan melihat raut muka orang tersebut
 
Terdapat ubat anti-HIV di pasaran yang boleh
4. Jika anda dijangkiti HIV, anda tidak ada harapan mengurangkan kemaraan HIV dalam badan serta
lagi memanjangkandan memperbaiki kualiti kehidupan
seseorang yang positif HIV
Anda masih menghadapi risiko jangkitan kerana air
5. Semasa melakukan seks selamat mahupun seks
mazi mengandungi HIVdan mungkin juga terdapat
tak selamat, anda tidak akan dijangkiti HIV jika
tumpahan air mazi dari dalam kondom semasa
zakar sempat dikeluarkan
zakar dikeluarkan.

Anda boleh mengelak jangkitan HIV dengan mengamalkan 'seks selamat' atau tidak berkongsi jarum
suntikan yang tercemar.

Kita boleh melambatkan penyebaran epidemik HIV jikalau semua orang mempunyai maklumat tepat
dalam cara-cara pencegahan. Orang ramai sering bertindak secara prejudis dan penafian terhadap apa
yang mereka tidak difahami. Reaksi-reaksi ini menghalang program-program pencegahan dan
menyukarkan kehidupan orang-orang yang hidup dengan HIV/AIDS. KIta semua boleh membawa
perubahan dengan melawan sikap prejudis dan penafian tersebut serta meningkatkan kefahaman
mengenai HIV/AIDS.

Você também pode gostar