Você está na página 1de 2

Kau ampunkanlah dosa ku andai aku tersilap ya Allah,kerana diri ku ini serba kekurangan dan jauh

daripada ilmu Mu.Bisiknya dalam hati.Dia sedar dia serba kekurangan dan belum layak untuk
menasihati.Tetapi dia merasa dirinya menzalim teman itu kalau dia terus membisu.Ya Allah,semoga Kau
lindungilah diri ku yang lemah ini dari syaitan yang pandai menipu daya.Dalam hati dipanjatkan doa.Dan
dia bertafakur seketika,mahu menenangkan dirinya sendiri sebelum kembali berbicara.

“Kita ini mati itu pasti Boy,hidup ini insya’allah.Kenapa aku cakap macam tu?Sebabnya kau tahu ke yang
aku akan hidup esok?Kau tahu ke kau akan terus hirup udara Allah ni esok?Tak tahu kan?Mungkin masa
balik nanti tiba tiba aku kemalangan,dan pergi betemu Allah.Macamana?

Setiap yang hidup pasti akan mati Boy.Kalau Dia hanya berikan sehari lagi buat kita hidup dimuka bumi
ni,tak ada siapa yang boleh halang Boy.Tak ada.Bukan kau ataupun aku.”perlahan Qarin Nasuha
bersuara,dalam menasihati Boy dia menginsafi diri sendiri. Terlalu banyak kekurangan dalam dirinya.

“Berkata mahu berubah memang mudah Qarin.Tapi susah untuk aku menghadapinya sendirian.”bisik
Boy perlahan,tersentuh hatinya dengan kata kata teman itu.Sudah lama dia meninggalkan suruhNya
selama ini.

“Kembali pada Allah Boy,kembali pada Dia.Sesungguhnya kau tidak pernah bersendirian. Aku disisi kalau
kau mahu.Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu merubahnya sendiri.Dalam
erti kata lain,kau yang perlu memulakan langkah pertama Boy.Kita hambaNya,perlu merendah diri.

Siapa kita ni nak persoalkan apa yang Dia lakukan Boy?Kita tak ada hak.Apa yang Dia beri pada kita ini
pun adalah nikmat yang tidak terhingga.Kau yang harus meminta pada Dia Boy,memintalah dalam erti
kata sebenar.Merayulah pada Allah,dengan setulus hati, dengan penuh rasa rendah hati.Aku sayangkan
kau Boy,kau teman aku yang baik. Dan aku tak mahu kau terus sesat macam ni.

Hilang arah tujuan,sedangkan Allah sentiasa melihat kau,memerhatikan kau.Fahamlah Boy,Allah tidak
pernah melakukan kesilapan Boy.Tidak pernah.”tegas kata kata Qarin Nasuha.

“Sifat penyayang tu memang bagus Boy,bukan wanita saja yang bersifat penyayang. Allah sebenarnya
yang paling penyayang.Buktinya ada didepan matakan.Walaupun kita melupakan Dia bila diberikan
nikmat dunia tapi Dia tidak pernah merampasnya dari kita. Dia tak pernah melupakan hambaNya
Boy,cuma manusia macam kita ni yang selalu melupakan betapa agungnya arasy Tuhan tu.

Nabi Muhammad sendiri bersifat penyayang dan baginda adalah lelaki yang paling penyayang dan paling
lemah lembut dizamannya bahkan hingga akhir zaman sekalipun takkan ada tandingan Rasulullah s.a.w
itu.Rasul Allah itu dilantik dari kalangan orang lelaki kau tahu kenapa?

Kerana lelaki memiliki sembilan akal dan satu nafsu,tetapi perempuan pula sebaliknya memiliki sembilan
nafsu dan hanya satu akal.Itu adalah satu lagi contoh betapa tingginya darjat lelaki daripada kaum hawa
Boy. Lelaki yang menjadi pemimpin manusia.Kau patut berbangga kerana dilahirkan sebagai lelaki yang
menjadi pemimpin wanita sejak dulu lagi.Menjadi utusan Allah,menjadi khalifah yang memerintah dunia
ini berlandaskan syariat dan undang undang Allah.

Darjat seorang lelaki yang soleh dan bergelar suami adalah lebih tinggi dalam Islam Boy.Seorang isteri
itu tidak dibenarkan meninggalkan rumah tanpa izin suaminya walaupun kerumah ibubapanya sendiri.
Lihatlah betapa tingginya Allah mengangkat kaum adam Boy. Nabi contohnya,pernah dimaki dan dihina
oleh orang yang menentang ajarannya,tapi bila nabi kembali dengan kemenangan dia memaafkan
mereka. Sesungguhnya nabi adalah contoh paling baik buat kita Boy.

Kasih sayang nabi pada isteri dan anak anaknya lebih ketara Boy. Dirumah dia menjadi suami dan bapa
malahan datuk yang penyayang pada keluarganya.Bukan setakat itu Boy,nabi penyayang pada haiwan
waima tumbuhan sekalipun. Terlalu banyak untuk aku ceritakan segalanya. Lagipun banyak yang masih
belum aku tahu,aku pun masih belajar Boy.Masih hijau dalam ilmu mengenal Allah.” penuh sifat rendah
diri Qarin Nasuha berbicara.

Sesungguhnya saat itu teringatkan perbandingan betapa tingginya ilmu Allah itu,andai kamu mengambil
samudera dan dijadikan dakwat untuk mencatatkan ilmu Allah,maka keringlah samudera itu dan ambil
sekali lagi pun belum tentu cukup setitik saja ilmu Allah yang kamu tahu.

Aku hanya hamba Mu yang kerdil Tuhan,sesungguhnya hanya pada Mu aku berserah. Apa yang baik itu
adalah milikMu dan yang buruk itu adalah kesalahan dan kekurangan ku sendiri. Dengan penuh sifat
kehambaan Qarin Nasuha menginsafi diri yang serba kekurangan.
Nabi sendiri pernah bersabda,dalam diri umat manusia terdapat seketul daging,daging yang menjadi
telunjuk dalam kehidupannya.Kalau baik daging itu,maka baiklah manusia itu.Kalau buruk daging itu
buruklah manusia itu.Daging itu sebenarnya hati kita Boy,hati yang kotor mudah dimasuki syaitan yang
selalu mahu menyesatkan manusia yang lemah. Macam kau dan aku.”tenang bicara Qarin Nasuha.Dia
diam seketika,menantikan balasan yang keluar dari mulut Boy.Tapi lelaki itu masih berdiam diri.

“Macamana nak bersihkan hati?Basahkanlah mulut dengan zikrullah,berzikir pada Dia. Tenangkan hati
dengan menyebut namaNya tanpa jemu saban hari.Bermula dari celik mata kita hingga kita mahu
melelapkan mata.Insya’allah semakin kita mengingati Dia semakin Dia dekat pada kita dan semakin jauh
syaitan dari kita.Selebihnya semuanya bermula dari diri kita sendiri.

Você também pode gostar