Você está na página 1de 3

"Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak

mengemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar."

Kalam Allah dalam ayat di atas bermaksud ahli-ahli neraka itu amat dahsyat
keadaannya. Meraka tidak akan memperolehi makanan yang enak-enak,
sebaliknya dihidangkan dengan nanah, darah dan buah-buah berduri yang
dipanggil buah zaqqum. Sudahkah diseksa demikian rupa, ahli-ahli neraka yang
kehausan ini dihidangkan dengan air minuman yang mendidih dan panas tak
terkata.
Bahawasanya Allah SWT telah berfirman wajah mereka yang menjadi ahli neraka
itu hitam legam, akal fikiran mereka lenyap, mereka tidak mati dan tidak pula
hidup. Setiap daripada mereka memiliki kulit yang satu kepada kulit y ang
lainnya berupa 70 lapisan dari neraka. Dalam perut mereka bergelumbang
berpuluh-puluh ekor ular yang berasal dari dalam neraka dan ular-ular ini
mengeluarkan suara yang amat menakutkan.
Mereka diikat, dirantai serta dipukul dengan besi, kemudian wajah mereka
diseret-seret. Alangkah sedihnya keadaan ahli-ahli neraka. Diriwayatkan juga
mereka ini dalam keadaan yang tersangat hina dan menakutkan. Mereka
meronta-ronta menjerit-jerit sambil berkata, "Wahai tuhan kami, semoga engkau
melindungi kami dari seksaan ini."
Sudah lah ditambat dalam neraka selama-lamanya dengan perasaan menyesal
dan mengalami seksaan yang begitu dahsyat, ahli-ahli neraka ini ditempatkan
dalam ruang yang begitu sempit dengan keadaan telanjang bulat. Badan mereka
berlumuran darah serta nanah, kulit jadi hitam kerana dibakar dengan api yang
panas tidak terperi.
Ketika itulah baru timbul penyesalan di hati mereka. Dalam kesakitan yang
mengazabkan itu ahli-ahli neraka merayu-rayu kepada tuhan supaya dilepasa
seksaan tersebut, sebagaimana yang difirman dalam al-quran;
Mereka berdoa, "Wahai tuhan kami, lenyapkanlah daripada kami azab itu (jika
Engkau telah melenyapkannya). sesungguhnya kami akan beriman. Ad-
Dukhaan:12)
Tapi sudah terlambat!
Bahawasanya Allah swt telah berfirman, dijadikan gunung-gunung untuk ahli
neraka. Lalu dikatakan kepadanya; "Dakilah!" Lalu mereka mendaki gunung itu
dengan wajah mereka selama 1000 tahun. Akn tetapi setelah samapai ke
pumcak, maka gunung itu melemparkan mereka ke dalam keraknya yang
jahanam.
Ahli-ahli neraka ini tersangatlah menderita dan apabila mereka meminta
daripada Allah untuk diturunkan hujan, maka dibukalah awan hitam. Mereka
gembira, tapi yang mencurah turun bukannya air sebaliknya batu-batu dari
neraka. Batu-batu panas itu jatuh di atas kepala mereka dan tembus melalui
dubur!
Mereka memohon lagi kepada Allah taala selala 1000 tahun agar diberi hujan,
maka mendunglah awan dan turunlah hujan. Namun hujan yang turun bukannya
air, tapi ular. Jika ular itu mengigit, satu gigitannya saja sakitnya takkan hilang
selama 1000 tahun.
Semiskin-miskin ahli neraka adalah yang sering merintih kepada malaikat Malik
selama 70,000 tahun. Namun rintangan mereka tidak dihiraukan. Oleh kerana
mereka mengadu; "Wahai tuhan kami bahawasanya Malaik langsung tidak
menghiraukan kami."
Lalu Allah swt berkata: "Wahai Malik, jawablah rintihan ahli neraka itu." Maka
Malik pun berkata: "Wahai orang yang dimurkai Allah, tetaplah kalin sebagai ahli
neraka."
Ahli-ahli neraka itu merayu lagi: "Wahai Malik, berilah kami air, kami akan
istirahat sambil minum. Api telah memakan daging-daging dan tulang-tulang
kami. Kulit kami jadi masak, tulang-tulang kami jadi koyak dan hati kami
terputus."
Maka Malik memberikan minuman kepada mereka berupa seteguk minuman
yang jika mereka memegang dan meminumnya, maka hancurlah jari-jarinya,
jika sampai ke perutnya maka putuslah usus-usus dan hatinya.
Bahawasanya ahli neraka ini, begitu mengkehendaki makanan yang enak-enak,
namun nanah, darah dan pohon berduri sahaja yang menjadi hidangan mereka.
Kerana tiada pilihan, mereka terpaksa memakan makanan yang dihidangkan,
namun bila sampai dalam perut, maka berkecailah segala isi hati dan kulit dari
tubuh mereka.
Ahli-ahli neraka ini diberikan pakaian daripada tembaga yang apabila dikenakan
pada tubuh, maka kulitnya akan terbakar.
Setiap yang lapar tentunya mengkehendaki makanan kecuali ahli neraka. Setiap
orang yan telanjang pasti memerlukan pakaian, kecuali ahli neraka. Dan setiap
mayat tentu menginginkan kehidupan, kecuali ahli neraka yang hanya
mengkehendaki mati.
Demikianlah dahsyatnya seksaan yang akan dihadapi oleh ahli-ahli neraka
seperti yang digambarkan al-quran, hadis dan pendapat alim ulama.

Você também pode gostar