Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
SOLAT adalah ibadah utama dan istimewa dalam Islam. Solat juga tiang agama dan amalan
yang paling awal dihisab di yaumil mahsyar kelak. Ia berdasarkan hadis sahih bermaksud:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat ialah
sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah
dia, dan jika sembahyangnya tidak diterima (ditolak), maka kecewa dan rugilh dia..." (Hadis
riwayat at-Tirmizi)
Allah tidak membebankan manusia dengan kewajipan solat. Manusialah sebenarnya yang
memerlukan solat kerana manusia memerlukan Allah. Menerusi solat, manusia dapat selalu
berinteraksi dengan Allah sehingga sentiasa ingat dan dekat dengan penciptanya.
Lebih jauh lagi, tujuan Allah menyuruh solat supaya seseorang itu menjadi baik dan berperibadi
unggul. Jadi, bukanlah bermakna, kalau solat sudah ditunaikan, gugurlah kewajipan sehingga
tidak melihat kesan daripada hasil pelaksanaan ibadat itu.
Dengan sentiasa mengingati Allah menerusi pelaksanaan solat lima kali sehari semalam yang
dilaksanakan secara baik dan sempurna akan mampu membendung pelakunya daripada segala
kejahatan dan kemungkaran. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu (yang
sempurna) mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar." – (Surah al-Ankabut, ayat
45).
Dalam buku al-Mufradat fi gharibil Qur'an karangan Raghib al-Asfahany dijelaskan maksud
kejahatan (al-fahsya') itu ialah perbuatan yang sangat keji sama ada berbentuk perkataan atau
perbuatan. Kemungkaran pula bermaksud sesuatu perlakuan buruk yang tidak
dibenarkan/diterima oleh akal dan hati nurani.
Bentuk dan ciri perbuatan jahat itu diperincikan lagi oleh ahli tafsir kepada lima iaitu kejahatan
yang dilarang oleh hukum dunia; perbuatan yang tidak dibenarkan oleh syarak dan sunnah; sifat
bakhil; perbuatan zina dan maksiat.
Berdasarkan huraian itu, jelas bahawa kejahatan dan kemungkaran itu tergolong dalam kategori
budi pekerti buruk yang boleh membawa kerosakan terhadap peribadi dan masyarakat.
Justeru, bagaimana peranan dan proses solat dalam usaha membendung kejahatan dan
kemungkaran?
Menjadi naluri manusia, tidak akan membuat sesuatu kejahatan jika dia benar-benar insaf dan
menyedari bahawa perbuatan itu adalah larangan Allah. Segala kejahatan itu, pasti dijauhinya
lantaran takut melanggar peraturan dan bimbang terhadap akibat buruk (dosa) yang akan
menimpanya.
Solat yang dilaksanakan secara tekun dan teratur, menghayati hikmat, nilai dan segala bacaan
yang diungkapkannya, tentu akan berpengaruh terhadap jiwa dan sikap hidupnya. Bermula dari
ucapan takbir hingga kepada ucapan salam, dia mengadakan hubungan dengan Allah dalam
bentuk dialog langsung.
Menerusi bacaan dalam solat, dia mengikrarkan bahawa gerak-gerinya, nafasnya yang naik
turun, hidup dan matinya serta sebagainya adalah untuk berbakti kepada Tuhan, mentaati segala
perintah dan menjauhi semua larangan-Nya.
Perintah itu tentulah supaya berbuat kebaikan, manakala larangan pula ialah menjauhi kejahatan
dan kemungkaran. Pengakuan itu diikuti pula oleh jeritan hati nurani dan permohonan semoga
Allah memberinya petunjuk, mengampuni segala kesalahan, memeliharanya daripada kesesatan
dan sebagainya.
Semua ungkapan itu apabila lahir dari hati yang tulus, pasti mempunyai psikologi ke dalam
jiwanya, meresap ke dasar hati nuraninya, lalu dapat mempengaruhi sikap hidupnya.
Dia menyedari bahawa setiap ketika dalam pengawasan Allah. Orang yang benar-benar solat
dan menyedari kehadiran Allah di mana saja berada, pasti tidak berani atau malu melakukan
kejahatan. Dengan demikian, solatnya akan mampu membentuk keperibadiannya menjadi insan
berbudi pekerti mulia dengan menjauhi segala perlakuan keji dan mungkar.
Namun, seseorang yang solat tetapi masih melakukan kemungkaran, bermakna solatnya belum
betul dan sempurna lagi. Solatnya itu tiada nilainya di sisi Allah.
Memang ada orang yang lantaran kurang kefahaman atau imannya, melaksanakan solat secara
sambil lewa, tidak khusyuk, lalai dan lengah serta tanpa kesedaran dan pengertian sama sekali.
Solat sedemikian tidak membawa apa-apa pengaruh, malah mungkin membawa kecelakaan
kepada pelakunya.
Firman Allah bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat. Iaitu orang yang lalai
daripada solatnya dan orang yang riak." (Surah al-Ma'un, ayat 4-6
Imam al-Ghazali pula menyatakan bahawa orang yang solatnya tidak khusyuk adalah dianggap
sia-sia belaka kerana tujuan solat itu selain untuk supaya selalu ingat kepada Allah, berfungsi
sebagai alat pencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
INFO
Adab makmum ketika solat
Makmum hendaklah 'mendahulukan' segala perbuatan dan bacaan imam. Mendengar atau
membiarkan segala bacaan imam atau perbuatannya.
Makmum hendaklah menegur apabila imam terlupa atau tersilap dengan membaca:
"Subhanallah" bagi lelaki dan menepuk tangan kanan ke belakang tangan kiri bagi wanita
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
> ~ InsyaAllah,Allah
> > lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa,
> depends on apa yg kita
> > hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all
> of our wish & InsyaAllah,
> > kita akan work towards it (ada semangat) di
> keesokan harinya.
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri &
> family. Usia Dunia sudah
> > terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's
> good if we can remind
> > each other because in Rasulullah's last sermon,
> baginda pun did
> > mention that all those who listen to him (on that
> day) shall pass on his
> > words to others, and those to others again; and
> may the last ones understand
> > his words better that those who listen to him
directly...Yang baik datang dari
> > Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do
> impart this knowledge & you'll
> > lose nothing.
>>
> > Wallahualam.
Sambungan semalam
PERKARA YANG KETIGA dibangkitkan Lukman al-Hakim dalam wasiatnya ialah mengenang
budi ibu bapa.
Lukman mendidik anaknya supaya mengenang budi dan berterima kasih di atas susah payah
dan jerit perih ibu bapa membesarkan anak dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan.
Tunaikan hak kedua-duanya terutama kepada ibu kerana ibu bersusah payah bermula dari
proses mengandung sehingga melahirkan anak, menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya
penyusuan selama dua tahun, membelai dan mendidik siang malam.
Ketaatan kepada ibu bapa (walaupun berlainan agama) adalah wajib kecuali apabila disuruh
mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan Islam.
Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini di mana terima kasih
kepada ibu bapa datang selepas syukur kepada Allah.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 14, surah Lukman bermaksud: “Dan kami wasiatkan
(perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya
mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu
dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali.”
Lukman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya daripada mentaati ibu bapa yang
mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah dan perbuatan maksiat yang dilarang-Nya.
Namun, sebagai anak, ibu bapanya harus dilayani, ditemani dan digauli dalam suasana penuh
kebahagiaan dan kasih sayang.
Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal
kewangan, menghormati dan berkhidmat kepada mereka.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15, surah Lukman bermaksud: “Dan kalau kedua-duanya
memaksa engkau supaya menyekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui, janganlah dituruti;
dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut.”
Lukman menasihati anaknya supaya melalui jalan yang dilalui orang salih iaitu mereka yang
kembali bertaut kepada Allah dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus.
Mereka yang kembali kepada Allah adalah daripada kalangan rasul, nabi, orang benar dan
sesiapa saja yang mengikuti mereka dengan keikhlasan dari kalangan orang mukmin.
Inilah yang diterangkan ayat 15, surah Lukman bermaksud: “Dan turutilah jalan orang yang
kembali kepada-Ku.”
Lukman berpesan kepada anaknya supaya melakukan ‘pemerhatian’ hari kiamat dan arahan
menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Lukman bermaksud: “Nanti kamu akan kembali
kepada-Ku dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang kamu kerjakan.”
PERKARA KETUJUH, setiap amal (tersembunyi atau terserlah) akan dihisab oleh Allah Maha
Mengetahui.
Lukman menerangkan kepada anaknya akan syumul ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah
bebas melakukan apa saja tanpa ada halangan, mendatangkan sesuatu yang diinginkan-Nya
daripada segenap tempat yang tidak mampu dibuat makhluk.
Sesuatu kebaikan, kejahatan, kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji
sawi walaupun tersembunyi jauh dalam batu, di hujung langit atau terbenam sedalam di dasar
bumi akan didatangkan Allah pada hari kiamat untuk dihisab dan diberi ganjaran dosa atau
pahala.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 16, surah Lukman bermaksud: “(Kata Lukman): Hai anakku!
Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tersembunyi) dalam batu, di
langit atau di bumi, itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal yang halus)
dan Cukup Tahu.”
Kejahilan punca kejahatan, undang malapetaka
Oleh Ibrahim Abdullah
ALLAH banyak menjelaskan di dalam Al-Quran terhadap bahaya kejahilan dan kesyirikan.
Antaranya:
Allah menceritakan mengenai kaum Nabi Musa dalam firman-Nya bermaksud: “Mereka (bani
Israel) mengatakan: Wahai Musa, buatlah untuk kami sebuah sesembahan (berhala) seperti
mereka memiliki berhala. Musa menjawab: Sesungguhnya kamu adalah kaum yang jahil." (Surah
al-'Araf, ayat 138).
Al-Imam Asy-Syaukani mengatakan: "Allah menyifatkan bani Israel dengan kejahilan kerana
mereka mengetahui bukti kekuasaan Allah, yang mesti hal itu tidak menjadi penghalang bagi
mereka untuk memohon sesuatu yang hanya mampu dilakukan Allah tidak kepada yang lain.
Tetapi mereka terkenal angkuh dengan sifat kedegilan mereka, kuat kejahilannya dan orang yang
tidak memiliki pendirian." (Fathul Qadir, halaman 586).
Allah berfirman lagi bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang musyrik itu,
sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah, patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja
yang lain daripada Allah wahai orang yang jahil?" (Surah az-Zumar: 64).
Di dalam ayat ini Allah memerintahkan Rasulullah SAW memberitahu orang jahil mengenai
perkataan mereka yang sesat. Perintah orang kafir kepada Rasulullah SAW untuk menyembah
selain Allah itu didasarkan oleh kejahilan. Jika mereka berilmu mengenai Allah Yang Maha
Sempurna nescaya mereka tidak akan memerintahkan Rasulullah SAW melakukan hal demikian.
Masih banyak lagi ayat seumpama yang menjelaskan bahawa kejahilan adalah sumber
kejahatan, malapetaka dan bencana.
Al-Imam Ibnu Qayyim mengatakan: "RUKUN KEUFURAN ada empat iaitu sombong, hasad,
marah dan syahwat. Sifat sombong akan mencegah seseorang untuk patuh, tunduk atau taat.
“Sifat hasad menghalang seseorang untuk menerima nasihat. Sifat marah akan menghalang
untuk berbuat adil dan manakala sifat syahwat akan menghalang seseorang untuk khusyuk
dalam beribadat.”
Mereka yang membiarkan keempat-empat rukun kekufuran itu pada dirinya, maka dia membuka
pintu kejahatan pada dirinya.
Perkara itu akan menyebabkan seseorang terhalang untuk tunduk atau patuh, ikhlas, bertaubat,
menerima kebenaran, menerima nasihat daripada saudaranya dan tawaduk di hadapan Allah.
Al-Imam Mujtahid dan lainnya mengatakan: "Setiap orang yang bermaksiat kepada Allah baik
sengaja atau tidak, dia adalah orang jahil sampai dia bertaubat."
Allah dan rasul-Nya memperingatkan kita supaya berhati-hati dengan orang jahil dan
tindakannya. Bertemankan mereka menjerumuskan diri kita ke lubang kemaksiatan walaupun
kita mengetahui hukum-hakam perbuatan itu.
Orang jahil lebih dekat kepada iblis dan mudah menyimpang jauh daripada jalan Allah. Mereka
sendiri adalah tentera iblis. Apabila mendekati mereka, pasukan iblis akan bergerak untuk
menipu diri, agama, harta bahkan nyawa kita.