Você está na página 1de 8

01 October 2006

Wasiat Rasululullah s.a.w


ADAB UZ-ZIFAF

Ahmad telah menceritakan :


“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-
Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi
Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)
tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka
sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 )
jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat
yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai
setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i)
dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu
daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama
perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya :


“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”

Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara
(makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah
adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya :


“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu
pertama perkahwinan).”

Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih
selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan


menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu
berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari
pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan.
Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan
anaknya.”

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya


jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu
itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata
juling.”

4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah


s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka
anak itu tidak selamat daripada bisu.”

5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu
sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat


terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci
dan hina.”
7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran,
maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit
yang membakar kamu berdua.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu
tuala dan pada isterimu satu tuala.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala,
nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada
yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan
kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka
sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur
seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”

11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri
(Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ deng! an isterimu pada malam ‘Aidil
Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi
seorang yang berjari enam atau empat.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya
matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu
mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa
hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu
yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,
nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang
bengis,”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan
dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah
mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan
darah.”

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil
kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan
bakhil tangan.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan
(Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada
muka dan rambutnya.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan
(yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang
sentiasa perlu meminta-minta.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat
terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya
kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi
penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat
kebinasaan kepada manusia.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu
berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu
hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang
tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina
kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya
bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang
pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam,
maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang
tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”

ANJURAN BERJIMA’

24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma
Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu
kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan
terhadapnya selama-lamanya.”

25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin
maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan
menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha
terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”

26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah
s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid
sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan
Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin,
mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada
mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.”

27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah
s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang
alim,di kalangan orang-orang yang alim.”

28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah
langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di
hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah
s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”
!
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan
nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”

30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas
Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”

31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas
Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang
abdal (terkemuka),”

“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH


MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”…..1*

(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.


Petua Untuk Gadis

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi
kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi


penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor
dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.


Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah
dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada


liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.


Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau
tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.


11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala
kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang
terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami


keletihan,
malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak
'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan
liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung.
Badan
dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit
& tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang
terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai
penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif ..

posted by perkahwinan @ 9:06 PM 0 comments links to this post

Você também pode gostar