Você está na página 1de 3

Apa itu Tanah Runtuh?

Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering
berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian
tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu
kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh
tarikan graviti. Sekiranya ia berlaku secara kecillan dan perlahan, ia mungkin
kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar
dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan
kematian pada sesuatu kawasan.

Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang
disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Ia merupakan masalah utama yang
dihadapi oleh beberapa negara terutama di kawasan tanah tinggi dan di kawasan
yang berisiko gempabumi dan gunung berapi (volkano).

1.2 Konsep

Beberapa konsep asas tentang tanah runtuh dapat dinyatakan. Pergerakannya


adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun akibat
tindak balas terhadap daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan
agen pembawa seperti aliran air ataupun tidak.

            Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia adalah
seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan
lain. Pergerakan runtuhan tanah boleh diklasifikasikan secara asas sebagai
jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau
lumpur dan gelinciran ais (avalanches). Bukit-bukit ditarah untuk pembinaan
jalanraya ataupun bangunan-bangunan.

Selain itu, permulaan pergerakannya juga boleh berpunca dari gegaran gempa
bumi, letusan volkano atau pengaliran air bawah tanah. Ia adalah proses
semulajadi di mana tekanan menyebabkan bahan tanah perlu bergerak untuk
mengalami penstrukturan semula supaya menjadi lebih stabil.

1.3 Komposisi

            Komposisi runtuhan tanah boleh terdiri daripada sedimen bersaiz


lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Bahan
batuan yang bercampur tanah disebut debris atau puing. Bahan-bahan ini
dipercayai mengalami kegagalan akibat beberapa faktor penyebab. Kandungan
bahan gagal ini boleh mencapai jumlah yang besar sehingga 1,000,000 meter padu
dan mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada kawasan sekitarnya.

1.4 Risiko
Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh
akibat ketakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata.
Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia.
Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan insfrastruktur, pengangkutan
dan merosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh
kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih
mendalam dan kesedaran di kalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi
mengurangkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku dengan lebih teruk lagi.
 

 
Contoh

Tanah Runtuh di Rawang,


Selangor
Lanjut

Tanah Runtuh di Taman


Hillview, Ulu Kelang .
Lanjut

 
 
 
[

Você também pode gostar