Você está na página 1de 14

Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan

Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk


Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

Yahya Sedik.
Muyang Jami
Kamariah Jini
Kamaruddin Taib
Nor Bahar Mohd Azhar
Jamiran Salam
Khaw Ai Guat

Jabatan Sains, IPTAR

ABSTRAK
Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk meninjau kemudahan dan peralatan
keselamatan di makmal Sains, kekerapan penggunaan oleh guru Sains dan
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaannya di enam buah sekolah
rendah di sekitar Lundu. Tinjauan dilakukan dengan mengedar borang soal selidik
kepada semua guru yang mengajar Sains di sekolah tersebut. Dapatan menunjukkan
bahawa hanya dua kemudahan di makmal/bilik Sains iaitu penyimpanan rekod inventori
dan bahan/radas dibekalkan oleh pembekal pusat dipersetujui dan amat dipersetujui oleh
lebih dari 50.0% guru-guru Sains. Dapatan juga menunjukkan bahawa lebih 50.0%
guru-guru Sains bersetuju dan amat bersetuju bahawa peralatan keselamatan kecuali
alatan pertolongan cemas adalah lengkap. Untuk tinjauan kekerapan penggunaan
makmal / bilik Sains,, dapatan kajian menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan
makmal/bilik Sains yang tertinggi ialah satu hingga dua kali seminggu. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa peratusan responden yang bersetuju dan sangat bersetuju
dengan faktor galakan dari pihak sekolah sebagai mempengaruhi penggunaan
makmal/bilik Sains adalah paling tinggi iaitu 93.8%.

PENDAHULUAN
Matapelajaran Sains merupakan salah satu matapelajaran teras yang
diajar dari tahun satu hingga tahun enam di semua sekolah rendah di
Malaysia. Penekanan kurikulum Sains sekolah rendah adalah berfokus
kepada tiga aspek iaitu konsep Sains, kemahiran saintifik serta sikap
saintifik dan nilai murni (Kurikulum Sains Sekolah Rendah, PPK). Sains

137 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

adalah satu cabang ilmu berteraskan penyelesaian masalah secara


saintifik dan sistematik melalui pemerhatian atau pengukuhan untuk
menerangkan sesuatu fenomena secara logik dan rasional (Samsudin
Suip, 1999 & Wan Noor Izah, 2006). Pembelajaran Sains bukan semata-
mata menghafal fakta dan maklumat tetapi perlu memberi penekanan
untuk memperolehi maklumat melalui penyiasatan atau eksperimen.
Menurut Solomon (1980) dan Zol Azlan Hamidin(2000), kebanyakan
proses pengajaran dan pembelajaran Sains berlaku di dalam makmal
Sains. Melalui eksperimen dan ujikaji yang dijalankan di makmal Sains
pelbagai konsep Sains dapat difahami oleh murid dengan lebih mudah.
Kemampuan untuk menggunakan alatan atau radas dengan betul juga
dapat membantu murid mempelajari Sains dengan berkesan seterusnya
mampu menerapkan konsep sains secara tekal.

Walaubagaimanapun, berdasarkan maklum balas secara verbal, guru-


guru Sains dari sekolah rendah luar bandar dan guru pelatih semasa
menjalani praktikum, didapati guru-guru Sains jarang menggunakan
makmal / bilik Sains. Selain dari itu maklum balas yang diperolehi juga
menyatakan makmal / bilik Sains di kebanyakan sekolah rendah tidak
dibekalkan dengan peralatan Sains yang lengkap. Lantaran itu aktiviti
penerokaan ilmu Sains sukar dilakukan di makmal Sains oleh guru. Hasil
dapatan kajian Wan Noor Izah (2006) juga menyatakan terdapat sekolah-
sekolah yang tidak mempunyai peralatan Sains , bilik atau pun makmal
Sains.

138 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

Menyedari permasalahan ini, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk


meninjau kemudahan dan peralatan keselamatan di makmal Sains,
kekerapan penggunaan makmal/bilik Sains oleh guru Sains serta
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan makmal
Sains tersebut.

TINJAUAN LITERATUR
Sains adalah satu bidang ilmu yang memerlukan pemerhatian, penelitian
dan ujikaji yang teliti dan sistematik. Beberapa kajian yang telah
dilakukan untuk mengenalpasti kaedah pembelajaran Sains dalam
kalangan kanak-kanak mendapati ianya seringkali dikaitkan dengan
„constructivist view’ (Wellington, 1989). Melalui kaedah
konstruktivisme, pelajar memberi makna kepada maklumat dan peristiwa
baru sebagai hasil dari interaksi antara pengetahuan dan pengalaman lalu
individu tersebut dengan pemerhatiannya pada masa kini. Justeru kerana
itu, makmal Sains dijadikan sebagai tempat khusus untuk melaksanakan
aktiviti saintifik secara berterusan..

Kemahiran proses Sains lebih menjurus kepada laporan amali yang


ditulis oleh pelajar manakala kemahiran manipulatif menjurus kepada
penilaian terhadap aktiviti atau pengendalian alat atau bahan semasa
menjalani amali. Kedua-dua kemahiran ini saling berkaitan dan
merupakan aspek terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di
semua peringkat persekolahan di Malaysia terutamanya semasa menjalani
amali Sains. Dalam usaha untuk memantapkan kemahiran Saintifik

139 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

sebagai satu objektif kurikulum Sains, latihan praktis dalam kemahiran


ini amatlah diperlukan.

Dalam sistem persekolahan di Malaysia, makmal Sains di sekolah-


sekolah rendah dan menengah telah sekian lama memainkan peranan
yang penting dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains
(PPK, KPM, 1992). Walaubagaimana penilaian ke atas keberkesanan,
kekerapan penggunaan serta faktor-faktor yang dikaitkan dengan corak
penggunaannya kurang dijalankan secara komprehensif. Keberkesanan
penggunaan makmal sains bukan hanya terletak kepada guru-guru Sains
semata-mata bahkan juga melibatkan peranan yang dimainkan oleh Guru
Besar, Penolong Kanan dan Pembantu Makmal (EPRD, 1997).

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang boleh menimbulkan


minat dalam kalangan pelajar tidak dapat dipisahkan daripada ujikaji-
ujikaji serta pemerhatian yang sistematik. Penyediaan makmal-makmal
sains ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menjalankan
aktiviti amali mengikut apa yang terkandung dalam kurikulum.

Keberkesanan penggunaan makmal bergantung kepada faktor pengurusan


makmal, peralatan dan pemerolehan bahan-bahan ujikaji. Kajian oleh
EPRD (1993) mendapati kadar penggunaan makmal di sekolah-sekolah
bandar lebih tinggi di kalangan pelajar yang berprestasi tinggi berbanding
mereka yang berprestasi sederhana dan rendah. Secara perbandingan
juga, penggunaan makmal di sekolah bandar lebih tinggi daripada mereka
yang di luar bandar.

140 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

Kajian Wan Noor Izah (2006) dan Fong (1997) mendapati persekitaran
makmal Sains boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap Sains dan
seterusnya mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran
Sains. Dapatan kajian tersebut turut disokong oleh Zol Azlan Hamidin
(2000) yang mendapati bahawa suasana di dalam makmal yang kurang
formal berbanding dengan keadaan di dalam bilik darjah akan dapat
menggalakkan interaksi antara pelajar dan antara pelajar dengan guru.
Menurut Solomon (1980), pengalaman pertama keluar dari kelas formal
ke situasi makmal yang ada kelainan serta menarik, akan merangsang
keseronokan dan perasaan ingin tahu murid-murid.

Walau bagaimanapun, keadaan makmal / bilik Sains yang lengkap serta


kondusif belum dapat menjamin pengajaran dan pembelajaran Sains yang
berkesan. Oleh itu guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan bilik
/ makmal Sains secara efektif dan optimum. Kejayaan pengajaran dan
pembelajaran Sains bergantung kepada kejayaan aktiviti amali yang
dijalankan. Kanak-kanak sangat teruja untuk menyentuh dan
menggunakan peralatan-peralatan makmal serta menjalankan amali yang
menakjubkan (Solomon, 1980). Kejayaan aktiviti amali dalam makmal
Sains pula bergantung kepada kecekapan guru merancang serta
menguruskan kerja amali, penguasaan teori serta kemudahan makmal
yang mencukupi (Rashidi Azizan & Abd Razak Habib, 1995). Ini
bermaksud guru-guru perlu selalu menggunakan makmal Sains bagi
menjamin pengajaran dan pembelajaran Sains yang berkesan.

141 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

Untuk mencapai Wawasan 2020 dan memenuhi keperluan sumber tenaga


manusia dalam bidang sains dan teknologi, serta dasar Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk penyertaan 60:40 (pelajar sains berbanding
bukan sains). Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menggalakkan pelajar
memilih elektif sains. Sejajar dengan matlamat ini, kualiti pendidikan
sains perlu dipertingkatkan dengan memperlengkapkan kemudahan,
peralatan dan sokongan pengajaran pembelajaran sains serta memastikan
penggunaan makmal sains dilakukan secara maksimum dan berkesan.

METODOLOGI
Kajian ini dilakukan di enam buah sekolah rendah sekitar Lundu iaitu SK
Stungkor, SK Bumiputra, SK Sebiris, SK Rambungan, SK Siar
Campuran dan SK Stunggang Melayu. Justifikasi pemilihan sekolah-
sekolah tersebut ialah lokasi sekolah tersebut di kawasan luar bandar dan
mempunyai makmal Sains. Tinjauan dikendalikan dengan mengedar
borang selidik kepada semua guru yang mengajar Sains di sekolah-
sekolah rendah tersebut. Analisis data dilakukan dengan menggunakan
perisian SPSS.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Demografi
Jadual 1 menunjukkan bilangan guru yang mengajar sains di 6 buah
sekolah tersebut. Demografi responden dalam Jadual 2 menujukkan
bahawa tiga guru mengajar sains di kelas tahap satu dan dua, selebihnya
mengajar hanya kelas satu tahap sahaja. Kelayakan akademik tertinggi
adalah ijazah sarjana muda iaitu berjumlah 2 orang. Ini diikuti oleh 2
orang yang berkelulusan STPM dan selebihnya adalah berkelulusan

142 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

SPM. Demografi juga menunjukkan hanya 2 orang guru yang


mempunyai kelulusan ikhtisas beropsyen sains.

Jadual 1 : Bilangan guru yang mengajar sains di sekolah-sekolah


sekitar Lundu yang mempunyai makmal / bilik Sains

Sekolah – sekolah sekitar Lundu Bilangan guru Sains

SK Stungkor 3
SK Bumiputera 4
SK Sebiris 3
SK Rambungan 2
SK Siar Campuran 2
SK Stunggang Melayu 2
JUMLAH 16

Jadual 2 : Bilangan guru yang mengajar sains di sekolah-sekolah


sekitar Lundu mengikut kategori

Kategori Bilangan

Dua Tahap ( Satu dan 3


Tahap yang Dua)
diajar Satu Tahap (Satu atau 13
Dua)
JUMLAH 16

Ijazah Sarjana Muda 2


Kelulusan STPM 2
SPM 12
JUMLAH 16

Opsyen Sains 2
Opsyen Bukan Opsyen Sains 14
JUMLAH 16

143 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

Kemudahan dan Peralatan di Makmal/Bilik Sains


Jadual 3 menunjukkan peratusan persetujuan responden terhadap
kemudahan yang terdapat di makmal / bilik Sains. Skala 1, skala 2, skala
3, skala 4 dan skala 5 masing-masing menunjukkan peratusan tidak
bersetuju, kurang bersetuju, tidak pasti, bersetuju dan amat bersetuju.
Dari Jadual 3, 93.8% dari responden bersetuju terdapat rekod inventori
yang disimpan manakala 6.2% kurang bersetuju tentang penyimpanan
rekod inventori. Separuh dari bilangan responden tidak pasti yang bahan
dan radas adalah dibekalkan oleh pembekal pusat. Hanya 43.8%
responden bersetuju sementara 31.2% tidak bersetuju radas yang
digunakan adalah berkualiti. Sebanyak 62.6% responden juga tidak
bersetuju radas yang digunakan berfungsi. Selain dari itu 62.5% dari
responden juga tidak bersetuju radas yang ada dalam Makmal/bilik Sains
mencukupi. Lebih ramai responden tidak bersetuju dan kurang bersetuju
bilangan kerusi dan meja mencukupi (68.8%) serta berkeadaan baik
(68.8%). Selain dari itu lebih separuh responden (56.3%) tidak bersetuju
dan kurang bersetuju tentang keselesaan keadaan makmal/bilik Sains
untuk proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Dapatan kajian ini
menggambarkan bahawa kemudahan di makmal/bilik Sains di sekolah-
sekolah rendah masih belum lengkap. Dapatan ini selari dengan dapatan
Wan Noor Izah (2006).

144 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

Jadual 3 : Peratusan tinjauan kemudahan di makmal / bilik Sains

Kemudahan Peratusan (%)


1 2 3 4 5
1. Penyimpanan rekod 0.0 6.2 0.0 93.8 0.0
inventori
2. Bahan dan radas dibekalkan 0.0 0.0 50.0 37.5 12.5
oleh pembekal pusat
3. Radas berkualiti 12.5 18.7 25.0 37.5 6.3

4. Radas berfungsi 6.3 56.3 18.8 12.5 6.3

5. Radas mencukupi 12.5 50.0 31.3 6.3 0.0

6. Kerusi meja mencukupi 37.5 31.3 18.8 12.5 0.0

7. Kerusi meja berkeadaan baik 18.8 50.0 18.8 12.5 0.0

8. Keadaan untuk p&p sains 12.5 43.8 18.8 25.0 0.0


selesa

Peralatan Keselamatan di Makmal/Bilik Sains


Walaupun dapatan menujukkan peralatan dan kemudahan yang ada di
makmal/bilik Sains kurang lengkap dan memuaskan tetapi peralatan
keselamatan boleh dikategorikan sebagai agak memuaskan. Dapatan
kajian seperti dalam Jadual 4, menunjukkan sebanyak 68.8% dari
responden bersetuju dan sangat bersetuju yang makmal/bilik Sains telah
dilengkapi dengan peralatan untuk memadam api serta mempunyai label
“Jagalah Keselamatan Anda”. Hanya 43.8% responden bersetuju dan
sangat bersetuju yang makmal/bilik Sains mempunyai alatan pertolongan
cemas.

145 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

Jadual 4 : Peratusan tinjauan peralatan keselamatan di makmal /


bilik sains

Peralatan keselamatan Peratusan (%)


1 2 3 4 5
1. Mempunyai pemadam api 0.0 18.8 12.5 50.0 18.8

2. Mempunyai alatan pertolongan 6.3 25.0 25.0 31.3 12.5


cemas
3. Mempunyai label “JAGALAH 6.3 12.5 12.5 43.8 25.0
KESELAMATAN ANDA”

Kekerapan Penggunaaan Makmal / Bilik Sains


Jadual 5 menunjukkan peratusan kekerapan penggunaan makmal / bilik
Sains dalam tempoh seminggu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kekerapan penggunaan makmal/bilik Sains yang tertinggi (50%) ialah
satu hingga dua kali seminggu. Hanya 6.2% responden yang menyata
makmal/bilk Sains digunakan tiga hingga empat kali seminggu. Dapatan
kajian seperti yang dipaparkan dalam Jadual 5 juga menyatakan sebanyak
25% dari responden mengakui makmal/bilk Sains tidak pernah digunakan
sepanjang minggu.

146 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

Jadual 5 : Peratusan kekerapan penggunaan makmal / bilik sains se


minggu

Kekerapan dalam seminggu Peratusan (%)

Tidak pernah 25.0

Satu hingga dua kali 50.0

Tiga hingga empat kali 6.2

Lebih dari empat kali 18.8

Jumlah 100

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Makmal / Bilik


Sains

Dapatan dalam Jadual 6 menunjukkan peratusan responden yang


memberi respons terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan
makmal / bilik Sains. Skala 1, skala 2, skala 3, skala 4 dan skala 5
masing-masing menunjukkan peratusan tidak bersetuju, kurang
bersetuju, tidak pasti, bersetuju dan amat bersetuju. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa peratusan responden yang bersetuju dan sangat
bersetuju dengan faktor galakan dari pihak mempengaruhi penggunaan
makmal/bilik Sains adalah paling tinggi 93.8%. Ini diikuti peratusan yang
bersetuju dan sangat bersetuju (81.3%) dengan aktiviti amali / “hands on”
mempengaruhi penggunaan makmal/bilik Sains. Peratus yang bersetuju
bahawa faktor-faktor keadaan yang selesa (43.8%), suasana kondusif
(56.3%) dan murid suka belajar dimakmal (50%) mempengaruhi

147 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

penggunaan makmal/bilik Sains adalah agak sederhana. Selain dari itu


hanya 18.8% yang bersetuju dan sangat bersetuju faktor kesukaran
menggunakan makmal/bilik Sains disebabkan ianya sentiasa dikunci.
Dapatan yang diperolehi dari kajian ini adalah selari dengan dapatan
kajian Solomon (1980), Fong (1997) ,Wan Noor Izah (2006) dan Zol
Azlan Hamidin (2000).

Jadual 6 : Peratusan tinjauan faktor-faktor yang mempengaruhi


penggunaan makmal / bilik sains

Faktor-faktor yang Peratusan (%)


mempengaruhi
penggunaan makmal / bilik 1 2 3 4 5
sains
1. Sukar menggunakan sebab 12.5 62.5 6.3 12.5 6.3
sentiasa dikunci
2. Galakan pihak sekolah 0.0 6.3 0.0 68.8 25.0

3. Murid suka belajar di 0.0 18.8 31.3 37.5 12.5


makmal
4. Keadaan selesa 6.3 37.5 12.5 37.5 6.3

5. Suasana kondusif 6.3 31.3 6.3 50.0 6.3

6. P & P menjadi berkesan 0.0 25.0 12.5 56.3 6.3

7. Mempunyai LCD 6.3 12.5 12.5 50.0 18.0

8. Ada aktiviti amali / “hands 0.0 12.5 6.3 68.8 12.5


on”

148 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

IMPLIKASI DAN CADANGAN


Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat banyak sekolah
yang tidak mempunyai makmal/bilik Sains yang lengkap. Selain dari itu
wujud juga masalah ketidak kecukupan kemudahan dan peralatan di
makmal/bilik Sains. Ketidakcukupan peralatan ini mengganggu proses
membuat amali Sains dengan berkesan. Dari aspek kekerapan
penggunaan, dapatan menunjukkan penggunaan makmal/bilik Sains tidak
digunakan secara optimum. Antara faktor utama yang mempengaruhi
kekerapan penggunaan makmal/bilik Sains ialah galakan dari pihak
sekolah. Jika sekolah tidak menyokong dan memberi galakan kepada
guru matapelajaran Sains untuk menggunakan makmal/bilik Sains maka
penggunaannya tidak akan dapat dibuat dengan berkesan.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan modal insan dalam


nisbah Sains kepada Sastera 60:40, adalah dicadangkan tambahan
peruntukan diperlukan untuk memperbaiki kemudahan dan peralatan
keselamatan di makmal / bilik sains sekolah rendah di luar bandar. Guru-
guru Sains yang tidak pernah menggunakan makmal / bilik Sains
dicadangkan untuk menghadiri Kursus Pengurusan Makmal dan
kepentingannya kerana faktor – faktor seperti pengajaran & pembelajaran
Sains menjadi berkesan, suasana kondusif, murid suka belajar di makmal
dan keselesaan perlu dipertimbangkan.

149 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tinjauan Terhadap Penggunaan Makmal / Bilik Sains Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Sekolah Rendah

RUJUKAN

EPRD, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Kajian Keberkesanan


Penggunaan Makmal Sains Di Sekolah Menengah. Kuala
Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan

Fong L.C. (1997). Form Two Students’ Perception Of Science


Laboratory Environment: Its Relationship With Science
Achievement, Attitude Toward Science And Gender. Kertas projek
sarjana pendidikan yang tidak

PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Huraian Sukatan


Pelajaran Sains Tambahan Tingkatan V. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Rashidi Azizan & Abd Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik
darjah, Kaedah dan Strategi. Kuala Lumpur: Masa Enterprise.

Samsudin bin Suip (1999). Persepsi guru dan pelajar terhadap tujuan
dan kepentingan Amali Fizik di Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM). Kertas projek sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Solomon J. (1980). Teaching Children In The Laboratory. London:


Croom Helm Ltd.

Wan Noor Izah ( 2006). Perkaitan Antara Persepsi Pelajar Terhadap


Persekitaran Makmal Sains Dengan Pencapaian Dlam Sains
Bagi Pelajar Tingkatan Dua. Kertas projek sarjana pendidikan
yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Wellington, J. (1989). Skills And Processes In Science Education.


London: Routledge.

Zol Azlan Hamidin (2000). Strategi Pengajaran, Pendekatan Sains,


Teknologi Dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Prentice Hall, 142-
200

150 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Você também pode gostar