Você está na página 1de 9

BAB III

LATARBELAKANG TEORI

3.1 Pengenalan

Sistem maklumat dalam pengurusan pembinaan amat penting bagi memastikan


kelicinan dan kelancaran dalam industri pembinaan. Maklumat yang tidak tepat boleh
mendatangkan masalah dan melewatkan sesuatu proses dalam pengurusan pembinaan.

Kekurangan maklumat mengenai konsultan, kontraktor dan sub kontraktor, serta


pembekal yang terkini, akan menyebabkan kegagalan dan kelewatan dalam
menyempurnakan sesuatu projek pembinaan. Ini kerana klien atau pelanggan terpaksa
mencari sendiri maklumat mengenai konsultan, kontraktor dan pembekal bahan binaan
yang sedia ada, lebih-lebih lagi yang berhampiran dengan kawasan cadangan projek
bagi mengurangkan kos pembinaan. Ini telah melibatkan masa yang lama kerana pihak
klien terpaksa selidik profail atau latarbelakang sesebuah syarikat itu sendiri.
31

Selain itu klien juga terpaksa menanggung risiko berlakunya penipuan maklumat
oleh sumber-sumber tertentu. Ini kerana di dalam industri pembinaan ini telah dikesan
terdapat segelintir syarikat yang bersifat kolar putih. Mereka bersubahat dengan
beberapa syarikat tertentu dalam mendapat projek, lebih-lebih lagi yang melibatkan
projek yang besar.

Oleh itu, sistem maklumat berpangkalan data ini diwujudkan bagi membantu
pihak klien di samping dapat mempromosi atau memperkenalkan syarikat-syarikat
konsultan, kontraktor dan pembekal bahan binaan yang telah wujud. Seperti yang telah
diterangkan dalam bab pertama, pembatasan kajian adalah pada sekitar daerah Johor
Bahru sahaja.

3.2 Keperluan Permodelan Data

Setiap pembangun sistem perlu melalui fasa permodelan maklumat. Permodelan


maklumat merupakan suatu proses yang mewakili pengertian realiti dalam keadaan yang
paling mudah. Di dalam fasa ini, segala proses dan data yang terlibat di dalam sistem
akan digambarkan secara terperinci di atas kertas.

Fasa ini amat penting di dalam pembangunan sesebuah sistem. Ini kerana
melalui fasa ini, pembangun sesebuah sistem akan dapat lebih memahami proses
pembentukan dan keperluan sistem untuk beroperasi dengan lancar secara
keseluruhannya.
32

Di dalam pengurusan pembinaan, data dan maklumat yang terlibat adalah besar.
Oleh itu, sebelum sistem dibangunkan, proses permodelan maklumat perlu dilakukan
bagi memastikan tiada proses atau data yang tidak tertinggal. Terdapat dua jenis
pemodelan maklumat iaitu;

1. Model aktiviti
2. Model data

Namun begitu dalam projek ini, hanya melibatkan model data sahaja. Ini kerana
sistem yang dibangunkan tidak melibatkan entiti yang besar.

3.2.1 Model Aktiviti

Model aktiviti atau juga dikenali sebagai model proses dibuat bertujuan untuk
menstrukturkan proses yang terdapat di dalam sebuah sistem. Terdapat pelbagai kaedah
untuk tujuan teknik pemodelan ini. Namun begitu, kebiasaannya pembangun
mengunakan teknik Gambarajah Aliran Data (Data Flow Diagram, DFD). Ini kerana
teknik ini, mudah untuk difahami.

DFD adalah satu teknik bagi permodelan aktiviti yang menunjukkan input dan
output dalam proses yang diperhatikan dan juga memecahkan setiap proses utamanya.
DFD adalah penting dalam menganalisis sistem. DFD merupakan perwakilan secara
persembahan yang menunjukkan komponen yang aktif dan interaksi di antara data-
datanya. Komponen-komponen grafik yang biasanya terdapat di dalam DFD adalah
seperti aliran data, proses, stor data dan penyambungan (Lew Siow Chei, 2000).
33

Kebaikan penggunaan permodelan aktiviti dalam pengurusan pembinaan adalah


untuk memudahkan persembahan proses yang terlibat dan pembangunan aplikasi yang
seterusnya.

3.2.2 Model Data

Model data merupakan satu set konsep yang boleh digunakan untuk menjelaskan
struktur dan operasi pangkalan data. Model ini lebih menekankan kepada penstrukturan
data bagi suatu sistem yang dibangunkan. Model ini juga menjelaskan hubungan di
antara data di dalam sistem dengan terperinci.

Pelbagai teknik terdapat di dalam model data. Namun begitu, di dalam projek ini,
teknik yang digunakan adalah membina Gambarajah Hubungan Entiti (Entiti
Relationships Diagram, ERD)

3.3 Gambarajah Hubungan Entiti

Gambarajah Hubungan Entiti (Entity-Relationship Diagrams, ERD) mula


diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Peter Chen. Model perhubungan ini digunakan
untuk menggambarkan dan menerangkan komponen-komponen atau proses-proses yang
terlibat dalam merekabentuk sebuah pangkalan data yang efektif iaitu sebarang jenis
maklumat boleh dihubungkan antara satu sama lain (Liew Siow Chai, 2000). Model ini
34

adalah model logik berdasarkan perwakilan set simbol yang dikenali sebagai entiti dan
hubungan di antaranya yang mirip kepada aktiviti-aktiviti atau proses sebenar terhadap
sistem yang ingin dibangunkan.

ERD dibina bertujuan untuk memudahkan rekabentuk pangkalan data. Maka


keseluruhan struktur pangkalan data dapat digambarkan secara grafik melalui ERD.
Microsoft Visio digunakan dalam melukis ERD. ERD boleh dibahagikan kepada empat
komponen iaitu;

1. Entiti
2. Atribut
3. Hubungan
4. Penyambungan

Model rajah perhubungan entiti mestilah mempunyai sifat-sifat yang dapat


menyokong keperluan yang berbeza daripada pengguna. Komponen dalam model ini
bersifat tetap dan mewakili keadaan proses sebenar. Oleh itu bentuknya tidak perlu
diubah kecuali terdapat perubahan pada keadaan proses sebenar untuk sesuatu organisasi
(Liew Siow Chai, 2000).

3.3.1 Entiti

Entiti diwakili secara grafik dengan simbol segiempat tepat dengan nama bagi
entiti hanya terhad di dalam segiempat itu sahaja. Oleh itu ianya mestilah diringkaskan
seboleh-bolehnya (rajah 3.1).
35

Nama Entiti

Rajah 3.1 : Objek melambangkan entiti

3.3.2 Atribut

Setelah entiti dan hubungan antara entiti telah dikenalpasti, maka langkah
seterusnya ialah mewujudkan atribut. Atribut ialah sifat-sifat ataupun ciri-ciri sesuatu
entiti tersebut. Contoh atribut bagi kontraktor ialah kod kontraktor, alamat kontraktor
dan sebagainya. Atribut diwakili oleh simbol objek elips di dalam ERD dan diletakkan
bersebelahan dengan set entiti masing-masing. Nama bagi atribut akan diletakkan di
dalam objek elips tersebut (rajah 3.2).

Nama
Atribut

Rajah 3.2 : Objek elips mewakili atribut


36

3.3.3 Hubungan

Hubungan (relationship) merupakan set yang berada di antara entiti. Di dalam


ERD, hubungan boleh diwakilkan secara grafik dengan bentuk berlian dan nama
hubungan yang terlibat ditulis di dalam objek berkenaan. Namun begitu, hubungan yang
terlibat juga boleh ditulis di bawah garisan penyambungan sahaja (rajah 3.3).

Nama
Nama
Hubungan
Hubungan

Rajah 3.3 : Objek berlian menunjukkan jenis-jenis hubungan

3.3.4 Penyambungan

Penyambungan (link) merupakan satu garisan yang menghubungkan atribut


kepada set entiti masing-masing dan daripada set entiti kepada set hubungan. Secara
asasnya penyambungan diwakili secara grafik oleh objek garisan (rajah 3.4).

Rajah 3.4 : Garis lurus menunjukkan penyambungan

Walaupun begitu, masih terdapat empat jenis penyambungan lain yang boleh
digunakan di dalam rekabentuk ERD, yang mana setiap satunya akan menunjukkan jenis
hubungan di antara entiti. Hubungan-hubungan tersebut ialah;
37

1. Satu dengan satu (one to one) (rajah 3.5)

Rajah 3.5 : Rajah mewakili hubungan satu dengan satu

2. Satu dengan banyak (one to many) (rajah 3.6)

Rajah 3.6 : Rajah mewakili hubungan satu dengan banyak

3. Banyak dengan satu (many to one) (rajah 3.7)

Rajah 3.7 : Rajah mewakili hubungan banyak dengan satu

4. Banyak dengan banyak (many to many) (rajah 3.8)

Rajah 3.8 : Rajah mewakili hubungan banyak dengan banyak


38

3.4 Ringkasan Bab

Pembangunan sebuah sistem melibatkan entiti yang banyak. Dengan itu bagi
memastikan tiada berlakunya kekeliruan, kesilapan dan kelemahan dalam sebuah sistem
yang di bina, proses melakar bentuk sistem yang ingin dibangunkan perlu dibuat di atas
kertas secara manual terlebih dahulu.

Dalam pembangunan projek ini, lima entiti telah dikenalpasti bersama-sama


atributnya. Oleh itu dalam projek ini hanya melibatkan lakaran model data. Model data
yang direkabentuk ialah Gambarajah Hubungan Entiti (GHE) atau Entity Relationships
Diagram (ERD). Penerangan mengenai ERD sistem projek diterangkan di dalam bab
yang seterusnya.

Você também pode gostar