Você está na página 1de 3

Persoalan

t Kecekalan menghadapi ujian Tuhan


Dalam menjalani kehidupan seharian, manusia akan menghadapi pelbagai ujian dan cubaan daripada Tuhan. Haidi
terpaksa menerima hakikat bahawa adik kesayangannya, Tina telah meninggal dunia. Dia perlu menerimanya
dengan hati yang tabah.
2 Penderitaan pesakit,jantung berlubang Pesakit jantung berlubang sentiasa berhadapan dengan maut, namun mereka
tabah dan menjalani kehidupan seperti insan yang lain. Kemiskinan hidup menyebabkan Sutina tidak mendapat
rawatan awal untuk mencegah penyakitnya. Segala penderitaan hidup Sutina berakhir dengan kematian.
3 Sikap prihatin masyarakat
Masyarakat seharusnya lebih prihatin dan menolong insm yang berada dalam kesusahan. Sekiranya ada sikap
prihatin golongan masyarakat terhadap Sutina, iaitu dengan memberi bantuan untuk merawat penyakitnya,
nescaya penyakit tersebut dapat diatasi dari awal lagi.
4 Usaha gigih membuahkan kejayaan
Untuk mencapai kejayaan seseorang itu perlu berusaha dengan gigih dan terus mencuba. Haidi yang berhasrat untuk
berkenalan dengan Pelajar baru di sekolahnya, iaitu Kursiah akhirnya berjaya. Kursiah memiliki rupa paras
seperti arwah adiknya, Sutina.
5 Semangat kesukanan
Semangat kesukanan ditunjukkan oleh Haidi apabila dia metnberikan sokongan moral kepa da Kursiah yang
mengambil bahagian dalam acara lari jarak jauh 5000 meter.

Watak dan perwatakan

Haidi (Watak Utama)


(a) Abang kepada Sutina.
Seorang pengawas sekolah.
Amat mengambil berat terhadap adiknya. Menyayangi adiknya, Sutina. Menghadapi tekanan perasaan selepas kematian
adiknya, Sutina. Cuba berbaikbaik dengan Kursiah, Pelajar bani di sekolahnya yang juga seiras dengan wajah arwah
adiknya.
2 Sutina (Watak Utama)
(a) Panggilan rnanjanya 'Tina'.
(b) Adik kepada Haidi.
(c) Menghidap penyakit jantung berlubang.
(d) Meninggal dunia sewaktu dalam per
jalanan ke hospital.
Menderita dengan penyakit yang tidak mampu dirawat oleh keluarganya.
(f) Tabah dan amat menyayangi abangnya. 3 Kursiah (Watak Pembantu)
(a) Pelajar baru di sekolah Haidi.
(b) Wajahnya mirip wajah Sutina.
(c) Seorang atlet dalam acara lari 5000 meter
(d) Pengsan sewaktu menamatkan larian. 4 Mamat (Watak Sampingan)
(a) Rakan Haidi dan Sutina di kampung.
(b) Suka bermain layang-layang.
(c) Dikejar oleh Sutina sewaktu melarikaa
layang-layangnya.
5 Cikgu Amir (Watak Sampingan)
(a) Guru rumah sukan Tuk Janggut.
(b) Hairan rnelihat tingkah laku Haidi semasa
Kursiah terjatuh.
(c) Seorang guru yang bertanggungjawab

Plot
1 Permulaan /Eksposisi
Cerita dimulakan dengan cerita HA berjumpa dengan Kursiah. Kursiah pelajl baru di sekolahnya yang memiliki
wajahyapl seiras dengan wajah arwah adiknya. Sutina.
2 Perkembangan
Kehadiran Kursiah menyebabkan Hai6 teringat tentang kisah lalunya, iaitu perisplt dia dan adiknya bermain layang-layagy
Mereka saling menyayangi sehinggalW adiknya itu

3 Konflik
Perkenalan dengan Kursiah menyebabkan Haidi semakin mengingati arwah adiknya. Dia cuba menggantikan
Tina dengan Kursiah untuk menghilangkan perasaan rindunya terhadap Tina.
4 Klimaks
Kursiah yang mengambil bahagian dalam acara lari 5000 meter tiba-tiba jatuh dan pengsan. Haidi amat
cemas dan bimbang jika kejadian yang menimpa adiknya dahulu akan berulang sekali lagi.
5 Peleraian
Haidi berdoa agar Kursiah akan selamat dan menganggap bahawa Kursiah dapat menggantikan Tina dalam hidupny

1 Latar Tempat

(a) Di dalam bilik darjah sewaktu Haidi mengikuti pelajaran Geografi

(b) Di anjung rumahnya, iaitu di Kampung Perenggan, sewaktu Haidi berehat di situpada waktu petang.

(c) Di kantin sekolah, sewaktu pelajar membeli makanan.

d) Padang sekolah, sewaktu acara sukan tahunan sekolah.

2 Latar Masa
(a) Waktu petang - ketika Haidi berehat di anjung rumahnya dan latihan rumah sukan.
(b) Waktu pagi - waktu kelas bermula, waktu
rehat dan hari sukan tahunan.
(c) Waktu dahulu - ketika Tina masih hidup
dan bermain-main dengan Haidi.
3 Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang dikelaskan kepada
golongan pelajar sekolah (remaja).
(b) Masyarakat kampung yang susah con
tohnya penduduk Kampung Perenggan. (c) Masyarakat yang prihatin.
(d) Masyarakat yang kuat pegangan agama.

Gaya Bahasa

SudutPandangan
1 Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang pertama. Buktinya penggunaan kata ganti nama diri `aku'.
2 Dengan menggunakan kata ganti nama `aku', pengarang melibatkan diri secara langsung dalam cerpennya ini.

Teknik Pencerifaan
1 Teknik imbas kembali
Teknik ini digunakan oleh pengarang sewaktu dia rnengingat kembali peristiwa manis semasa dia dan adiknya,
Sutina bermain layang-layang di Kampung Perenggan.
2 Teknik dialog
Teknik ini paling banyak digunakan khususnya apabila pengarang berjumpa dengan kawankawannya.
3 Teknik monolog dalaman
Teknik ini berlaku semasa pengarang berdoa agar Kursiah yang pengsan selamat

Q Nilai Murni
1 Kasih sayang
Nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh Haidi terhadap adiknya Sutina merupakan ikatan kasih sayang
yang ikhlas dan murni, iaitu kasih antara abang dengan adik. Perasaan kasih sayang itu dipanjangkan kepada
Kursiah yang mempunyai wajah mirip adiknya, Sutina.
2 Setiakawan
Semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Haidi terhadap kawan-kawannya seperti Hamid dan Kursiah.

Gigih
Nilai kegigihan yang ditunjukkan oleh Haidi
yang berusaha untuk mendekati Kursiah yang
pada awalnya agak tidak suka akan Haidi.
Namun, dengan kegigihannya Haidi berjaya
melembutkan hati Kursiah.
4 Tolong-menolong
Semangat tolong-menolong antara satu dengan I yang lain patut diamalkan. Sekiranya sikap pri- ~ hatin dan tolong-
menolong ini diamalkan sepenuhnya, maka penyakit Sutina dapat dirawat lebih awal. Keadaan yang
sebaliknya bedaku kerana keluarga Sutina tidak mampu membiayai kos rawatan perubatannya dise • babkan oleh
kemiskinan.

Pengajaran
1 Kita hendaklah menyayangi antara satu den gan yang lain dengan ikhlas.
2 Jangan suka mementingkan diri sendiri.
3 Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dalam apa jua keadaan dengan sebaik mungkin.
4 Kita hendaklah tabah menghadapi ujian Tuhan. 5 Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan

Você também pode gostar