Você está na página 1de 3

Anjuran agar saling mendekatkan hati, saling bersaudara dan mencintai diantara sesama

kaum muslimin merupakan salah satu sisi keindahan Islam. Islam mensyariatkan perantaraan
yang dapat menyebabkan keakraban, mendamaikan dan menghilangkan kabut hati. Diantara
perantaraan itu adalah saling memberikan hadiah diantara sesama muslim.

Hadiah dapat melakukan apa yang tidak dapat dilakukan ucapan dan permintaan maaf. Ia
mampu menghilangkan kabut hati, memadamkan api permusuhan, menenangkan kemarahan
dan melenyapkan rasa iri hati dan kedengkian. Ia dapat mendatangkan kecintaan dan
persahabatan setelah sekian lama tercerai-berai.

Hadiah selalu memberikan kesan perdamaian, rasa cinta dan penghargaan dari si pemberi
kepada yang diberi. Kerana itulah Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan agar memberi dan
menerima hadiah. Beliau menjelaskan pengaruh hadiah di dalam meraih kecintaan dan kasih
sayang diantara sesama manusia;
" Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai." HR. Al-Bukhari
Beliau juga bersabda; " Penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak
hadiah..." HR. Ahmad dan Al-Bukhari

Mengenai hadith ini, Ibn Hibbân menjelaskan;" Dalam hadith ini, Nabi Muhammad
Shallallahu `Alaihi Wasallam mengecam tindakan menolak hadiah dikalangan sesama
muslim. Bila seseorang diberi sebuah hadiah, wajib baginya untuk menerimanya dan tidak
menolaknya. Saya menganjurkan orang-orang untuk saling mengirim hadiah kepada sesama
saudara. Sebab hadiah dapat melahirkan kecintaan dan menghilangkan rasa dendam."

Antara Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam Dan Hadiah


Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam menerima hadiah dan tidak menerima
sedekah. Dalam hadith Abu Hurairah radhiallahu `anhu, ia berkata;" Bila Rasulullah
Shallallahu `Alaihi Wasallam dihidangkan makanan, Dia selalu bertanya; Apakah ia hadiah
atau sedekah? Jika dijawab, 'Sedekah' maka Dia berkata kepada para shahabatnya, 'Makanlah
oleh kalian' sementara dia tidak ikut memakannya. Sedangkan bila dijawab, 'hadiah' maka
beliau mencuci tangannya lalu memakannya bersama mereka.'" Muttafaqun 'alaih

Hadith lainnya berasal dari 'Aisyah Radhiallahu` anha, ia berkata;" Rasulullah shallallahu
`alaihi wasallam menerima hadiah dan mendoakan pahala bagi (pemberi) nya." HR. Al-
Bukhari
Salah satu jenis hadiah yang tidak pernah ditolak Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi
Wasallam adalah wangi-wangian. Perkara ini sebagaimana hadith Anas Radhiallahu `anhu,
bahawasanya Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam tidak pernah menolak wangi-
wangian. " HR. al-Bukhari

Beliau (Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam ) juga bersabda;" Siapa sahaja yang
dihadiahi 'Raihan', maka janganlah menolaknya sebab ia ringan dibawa namun sedap
baunya." HR. Muslim Apa Yang Dilakukan Orang-Orang Ansar?

Orang-orang Ansar amat mengetahui betapa hajat Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi
Wasallam dan kesukaran hidup yang dialaminya. Kerana itu, mereka selalu mengirimkan
hadiah dan pemberian untuk beliau. Perkara ini diceritakan oleh 'Aisyah Radhiallahu `Anha
kepada 'Urwah Radhiallahu `anhu bahawa seringkali di rumah Rasulullah Shallallahu `Alaihi
Wasallam tidak dinyalakan api kerana tidak memasak. Lalu ketika 'Urwah bertanya apa yang
dimakan bila keadaannya demikian. 'Aisyah Radhiallahu `anha menjawab, "Hanya kurma dan
air."

Kemudian 'Aisyah Radhiallahu `Anha menceritakan bahawa sekalipun demikian, Rasulullah


Shallallahu `Alaihi Wasallam mempunyai jiran tetangga orang-orang Ansar yang selalu
mengirimkan hadiah, iaitu berupa air susu unta." Muttafaqun 'alaih Memberi Hadiah Jangan
Diukur Nilainya???? Anjuran Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wasallam agar saling memberi
hadiah walaupun sedikit tidak ditinjau dari sisi nilainya tetapi lebih kepada nilai maknawinya
sebagaimana yang telah diterangkan di atas. Perkara ini dapat dilihat dari sabda Rasulullah
Shallallahu `Alaihi Wasallam melalui hadith Abu Hurairah Radhiallahu `Anhu bahawa beliau
bersabda; " Wahai para wanita kaum muslimin, janganlah ada seorang jiran tetangga
meremehkan pemberian jiran tetangganya yang lain sekali ia ( pemberian tersebut ) berupa
hujung kuku ( teracak ) unta."HR.al-Bukhari

Padahal, apalah ertinya kuku yang tentunya hanya menyisakan sedikit daging. Dalam hadith
yang lain, Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam memberikan permisalan menarik
yang menunjukkan perlunya sikap tawadlu' ( rendah hati ) dalam menerima hadiah apa pun;
" Andaikata aku diundang untuk menyantap makanan ( yang berupa ) bahagian hasta atau
bahagian di bawah tumit, nescaya aku penuhi undangan itu, dan andaikata aku dihadiahkan
perkara yang sama juga nescaya aku menerimanya. " HR. Al-Bukhari

Bila kita renungkan lebih mendalam, apakah Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wasallam masih
memerlukan makanan dari orang lain? Jawapannya sudah pasti, tidak. Sebab sebagaimana
yang kita ketahui bahawa beliau diberi makan dan minum oleh Rabbnya akan tetapi perkara
ini merupakan pelajaran praktikal agar bersikap tawadlu' dan rendah hati terhadap kaum
muslimin apa pun kedudukan mereka.

Kehidupan para ulama Salaf juga sarat dengan perkara sebegini dimana mereka saling
memberi hadiah, sekecil apa pun bentuknya, terkadang ada yang hanya berupa kurma yang
belum masak, ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang
ditumbuk dan tetumbuhan yang wangi aromanya.

Saling Memberi Hadiah Diantara Suami-Isteri

Hadiah adalah sesuatu yang mengkagumkan, apalagi bila terjadi diantara suami-isteri. Ia
dapat menambah rasa kecintaan dan kedekatan hati antara keduanya, memperbarui ruh
kehidupan rumahtangga dan menghilangkan perselisihan yang sebelumnya dapat saja akan
bertambah meruncing bila kedua pasangan tidak menyedari apa yang dapat
menghilangkannya.

Seseorang isteri lebih mudah tersentuh oleh hadiah yang diberikan suaminya daripada
terhadap hadiah orang lain, demikian pula dengan si suami. Bahkan bila diinginkan, isteri
boleh memberikan sebahagian maharnya kepada si suami asalkan secara sukarela. Allah
Subhanahu Wata'ala berfirman;
" Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian
yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu
sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian ( yang halal ) itu
sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " Q.S An-Nisaa` : 4

Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan


1. Tidak boleh mengambil kembali hadiah yang telah diberikan kepada orang lain sebab
perkara ini sebagaimana makna sebuah hadith sama seperti anjing yang menelan lagi
makanan yang telah dimuntahkannya. Muttafaqun 'alaih

Akan tetapi, boleh mengambil kembali hadiah yang telah diberikan kerana alasan yang
bersesuaian dengan syariat seperti curiga bahawa ianya berasal dari hasil rasuah. Contohnya,
Ash-Sha'b bin Jatstsamah Radhiallahu `Anhu pernah memberi hadiah seekor keldai liar
kepada Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wasallam; namun beliau menolaknya kerana dia
sedang berpakaian ihram. Demikian pula, bila seseorang pegawai yang sudah memiliki gaji
diberi hadiah, maka dia tidak boleh menerimanya dan ini seperti yang berlaku kepada Ibn al-
Lutbiyyah dimana Rasulullah mengecamnya. Muttafaqun 'alaih

2. Hendaknya yang lebih diutamakan didalam memberi hadiah adalah keluarga terdekat;
kaum kerabat seperti orang tua pihak ibu dan ayah dan orang seperti mereka. Demikian juga
boleh mendahulukan orang yang di hati seseorang mendapat tempat yang dekat. Imam al-
Bukhari mencantumkan bab tentang siapa yang lebih dahulu harus diberi hadiah, lalu beliau
mengetengahkan dua hadith; yang pertama, beliau menyarankan kepada si penanya agar
diberikan kepada pakcik dari garis ibunya dan yang kedua ketika ditanyakan kepada beliau
mana diantara dua tetangga yang didahulukan dalam memberi hadiah, beliau menjawab,
"Yang paling dekat pintunya darimu."

Diposkan oleh This Mine di 01:24

Você também pode gostar