Você está na página 1de 51

Pendahuluan

Perpaduan merupakan matlamat yang amat penting bagi semua


negara bebas, merdeka dan berdaulat. Menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal
daripada kata akar 'padu' , yang bermaksud bergantung, bersatu, bercampur untuk
menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-
sungguh. Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kita
bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan.
Bagi kita rakyat Malaysia, yang pelbagai bangsa dan fahaman ini, perpaduan
bermaksud kita semua mestilah bersatu, bermuafakat, bekerjasama, dan berunding
untuk menjadi satu bangsa yang kuat.

Perpaduan merupakan perkara yang menjamin keutuhan sesebuah


negara itu sendiri. Bagi negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti
Malaysia perpaduan adalah suatu perkara yang penting. Terdapat lebih 80 kaum di
seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bahasa
paling utama iaitu Melayu, India, dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep
masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama
disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula
terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah
masayarakat majmuk membawa maksud satu kumpulan manusia yang terdiri
daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya
dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu
kumpulan yang bersatu padu. Proses terjadinya masyarakat majmuk adalah
berpunca daripada kemasukan migran. Setelah kemasukan migran daripada luar,
bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti
sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza
fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian

Malaysia merupakan sebuah Negara yang kompleks, bukan sahaja


daripada pemerintahanya tetapi juga dari segi pendudknya yang berbilang kaum.
Oleh itu tindakan untuk mewujudkan perpaduan di antara kaum adalah amat
penting. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi dapat
dipertingkatkan lagi supaya taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan di samping
mewujudkan keadaan politik yang stabil, kamajuan bidang pendidikan, keharmonian

1
kebudayaan dan agama. Berbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi
mewujudkan perpaduan di dalam masyarakat majmuk yang begitu sinonim dengan
masyarakat Malaysia. Namun masa kini telah banyak isu perpaduan yang timbul.
Malah perkara ini telah terjadi semenjak zaman sebelum kemerdekaan lagi. Bukan
mudah untuk menyatukan masyarakat yang mempunyai agama, budaya dan cara
hidup yang berbeza menjadi satu rumpun. Setiap bangsa mencuba untuk
memelihara kepentingan diri masing-masing. Sikap prejudis yang tertanam dalam
diri masyarakat terhadap bangsa yang berlainan, menyukarkan lagi keadaan untuk
mencapai perpaduan yang betul-betul berkesan.

Pembentukan masyarakat majmuk dalam masyarakat tradisional.

Proses kemasukan migran telah berlaku semenjak abad ke-15 lagi


iaitu semasa zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Negeri ini telah
menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari pelbagai wilayah di Asia dan Eropah.
Pada pertengahan abad ke-15 kawasan Selat Melaka menjadi sebuah Kerajaan
Melayu dan pusat perdagangan yang unggul. Selama 100 tahun, Melaka menjadi
pelabuhan entrepot yang telah menguasai laluan perdagangan Asia dan
menghubungkan pedagang-pedagang Cina, India, Arab dan Eropah. Disebabkan itu,
banyak pedagang asing yang datang ke Melaka untuk berniaga dan ada juga yang
singgah untuk mendapat bekalan makanan dan memperbaiki kapal mereka. Melalui
proses ini ada terdapat juga perdagang-perdagang itu yang berkenan dengan
keindahan Melaka dan terus menetap di Melaka dan ada di antara mereka yang
berkahwin dengan wanita tempatan dan terus menetap di Melaka. Setelah
kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan
India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya
yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi
bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan
penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah
campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain.

Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima


buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan
Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham Sultan telah menahan
beberapa pedagang Potugis yang datang berdagang.Demi membebaskan para

2
banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar
utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar
gantirugi .Keengganan baginda sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan
kehadiran 800 orang Portugis dan 600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400
orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada
pada ketika itu.Pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.

Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada


tahun 1606 - Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan
selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.Pada tahun
1636 kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya
Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel
de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne
Williemson Kaartokoe. Daripada peristiwa ini dapat dilihat pertambahan masyarakat
berbilang kaum yang terdapat di Melaka.

Melaka menjadi sebuah negeri yang mempunyai masyrakat berbilang


kaum yang terdiri daripada pedagang-pedagang yang menetap di Melaka dan juga
kedatangan penjajah yang menguasai Melaka. Malah kesan itu masih dapat dilihat
sehingga ke hari ini dan menjadi tarikan kepada para pelancong untuk singgah ke
negeri Melaka apabila mereka datang melawat Malaysia. Sebagai contoh
masyarakat Baba dan Nyonya dan juga perkampungan portugis. Namun, budaya
asal mereka semakin dilupakan seiring dengan arus pemodenan yang berlaku.

Penjajahan British sebelum perang dunia kedua

Tahun 1800 hingga 1900 merupakan titik tolak penting dalam sejarah
Tanah melayu. Dalam lingkungan tempoh masa ini, Tanah melayu mengalami
banyak transformasi dalam bidang politik sosial dan ekonomi. Perubahan politik
telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah
dan getah telah membawa kedatangan orang Cina dan india ke Tanah Melayu.
Kedatangan imigran Cina dan India di Tanah Melayu telah bermula sejak zaman
kegemilangan melayu Melaka lagi. Kedatangan mereka pada masa hanya itu adalah
bertujuan untuk berdagang sahaja dan tidak berniat untuk menetap di Tanah Melayu
dalam tempoh yang lama.

3
Pergolakan di Tanah Melayu bermula dari pergolakan politik dan
perebutan takhta yang berlaku di Perak dan Johor sehingga beberapa negeri di
Tanah Melayu telah menjadi milik British. Selepas perjanjian Britih-Belanda 1824,
kedudukan British semakin kuat di Tanah Melayu ekoran dari permintaan bahan
mentah untuk industry barat. Britiah telah menggunakan segala hasil yang terdapat
di Tanah Melayu. British telah membawa masuk imigran Cina dan india ke Tanah
Melayu untuk menampung masalah kekurangan tenaga kerja. Tindakan itu telah
membuat jumlah imigran Cina dan India di Tanah Melayu semakin meningkat secara
mendadak. Kemasukan imigran telah membawa banyak kelebihan kepada British
contohnya mereka berkemahiran dalam mengendalikan aktiviti perlombongan dan
pertanian yang mampu member keuntungan kepada mereka.

Kesan daripada tindakan itu kedua-dua imigran ini menguasai dua


sumber ekonomi yang berbeza sehingga terbentuk pola-pola ekonomi terhadap
masyarakat. Penambahan penduduk dan peningkat kegiatan ekonomi secara tidak
langsung mendorong pertumbuhan Bandar, jalan-jalan raya, landasan keretapi dan
pembahagian kelompok kaum mengikut sektor.

Kesan kemasukan imigran ke Tanah Melayu

Apabila british membawa masuk kaum Cina dan India ke Tanah


Melayu, mereka melaksanakan dasar “Pecah dan perintah”. Kedatangan imigran
telah membentuk masyarakat majmuk di Tanah Malayu. Selain itu, kedatangan
imigran telah membawa kepada pertambahan penduduk secara mendadak dalam
masa yang singkat. Dengan pertambahan penduduk yang ramai ini telah mengubah
pola kependudukan dan sosio-politik di Tanah Melayu pada masa itu. Namun begitu
pola kependudukannya berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Malalui
perlaksanaan dasar ini, pihak british telah memecah penduduk Tanah Melayu
kepada beberapa bahagian dengan tujuan untuk memudahkan usaha untuk
memerintah, menumpukan perhatian kepada mengeksploitasikan hasil bumi dan
supaya penduduk Tanah melayu tidak bersatu dan bangkit menentang British. Pihak
British sengaja menetapkan status dan peranan yang berbeza bagi orang melayu
China dan India. Penduduk melayu dibiarkan bekerja dikawasan pedalaman untuk
mengerjakan sektor pertanian tradisional, kaum Cina ditempatkan di bandar dan
lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan, manakala kaum

4
India diletakkan die stet untuk menjaga lading-ladang british. Oleh kerana
penempatan yang berbeza di antara ketiga-tiga kaum utama ini.

Kesan terhadap sistem politik.

Kedatangan imigran mempengaruhi sistem politik Tanah melayu.


Golongan pendatang ini telah menyuarakan pelbagai tuntutan sebagai penduduk
tetap negeri-negeri melayu termasuk hak-hak dalam politik. Masyarakat pendatang
ini dengan secara terbuka menyatakan hasrat untuk terus kekal di Tanah melayu
dan menjanjikan taat setia yang tidak berbelah bahagi pada negara.

Kegiatan ekonomi eksport yang menguntungkan penjajah iaitu british


telah menguntungkan juga golongan imigran. Proses pembandaran wujud di pusat-
pusat tumpuan ekonomi eksport. Hal ini menyebabkan kaum imgran juga boleh
berperanan sebagai penggerak yang bertindak sebagai buruh dan usahawan di
kawasan bandar. Di kawasan eksport seperti di kawasan lombong bijih timah dan
lading getah telah wujud kelas buruh dan pekerjanya terdiri daripada imigran Cina
dan India. Sebahagian besar penduduk bumiputera pula dikekalkan taraf sebagai
petani sara diri dan nelayan miskin. Walaupun aristocrat Melayu diberi peranan
dalam pentadbiran tetapi ia adalah terhad dan hanya sedikit bilangannya.

Kesan dari segi politik juga, dapat dilihat melalui kewujudan


masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk ini telah menyebabkan timbulnya fahaman
politik dan parti politik yang berbeza. Orang Melayu menunjukkan taat setia mereka
pada Tanah Melayu , orang Cina pula menunjukkan taat setia bangsa kepada
negara China. Ideologi politik orang Cina jelas sekali berkiblatkan negara asal
mereka. Gerakan reformasi dan gerakan revolusiner di Tanah besar merupakan
faktor yang membentuk mereka pemikiran mereka di Tanah Melayu. Pada masa
yang sama masyarakat India juga menunjukkan taat setia bangsanya kepada
negara tanah air asal mereka. Hal ini menunjukkan perbezaan yang ketara dalam
kegiatan dan perjuangan mereka. Oleh itu, perpaduan sukar dibentuk kerana
masing-masing mahu menegakkan ideologi masing-masing. Hal ini menyebabkan
masing-masing tidak boleh bergaul dengan baik kerana mempunyai perbezaan
fahaman.

5
Kesan terhadap ekonomi.

Kedudukan ekonomi masyarakat tempatan terancam kesan dari


kedatangan imigran Cina dan India. Dasar utama British dalam ekonomi telah
merugikan masyarkat tempatan malahan tidak memberi sebarang kemajuan kepada
penduduk bumiputera. Dasar-dasar yang telah dilaksanakan British dalam bidang
pertanian, pemilikan tanah, dan pekajaran tidak mengutmakan kepentingan kepada
penduduk bumiputera. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat member kelebihan kepada
imigran untuk menguasai punca-punca ekonomi.

Kesan daripada dasar British juga menyebabkan setiap kaum


dibahagikan mengikut kegiatan ekonomi. Orang Melayu terlibat dalam bidang
pertanian dan kegiatan penanagkapan ikan. Orang Cina pula mendominasikan
kegiatan perlombongan dan perdangangan. Manakala orang India mengusahakan
lading getah dan perusahaan lain. Selain itu, kegiatan ekonomi juga ini terpisah
mengikut petempatan. Orang melayu tinggal di kampung-kampung dan kawasan
berdekatan pertanian dan juga pinggir laut. Orang Cina pula tinggal di kawasan
bandar yang berkembang, hasil daripada kegiatan perlombongan yang dilakukan
oleh mereka. Manakala orang India tinggal die estet-estet dan kawasan kelapa
sawit. Kedatangan mereka telah membuka lebih banyak tanah untuk mengusahakan
getah iaitu pada tahun 1987, sejumlah 345 ekar tanah telah dibuka.

Perkara ini mewujudkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan


masyarakat. Masyarakat melayu yang merupakan penduduk asal Tanah melayu
ditindas dalam bidang ekonomi. Mereka terpaksa merempat di bumi sendiri.
Manakala kaum Cina dan India semakin mengaut keuntungan terhadap kegiataan
yang dilakukan. Sikap Brtisish yang tidak berlaku adil terhadap ketiga-tiga kaum
telah menyebabkan perasaan tidak puas hati terhadap sesama kaum.

Kesan terhadap sosial

Kesan dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India turut
member kesan terhadap interaksi sosial di Tanah melayu. Dasar penajajah
mengasingkan imigran dan penduduk tempatan telah membawa masalah terhadap
pergaulan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Pengasingan tempat tinggal
dan kerja telah menyebabkan masing-masing mempunyai pemahaman sendiri

6
terhadap kaum lain. Wujud pelbagai tanggapan sterotaip antara mereka. Selain itu,
wujud juga jurang antara kaum yang luas apabila terdapat orang terlalu kaya dan
orang yang miskin. Kesannya, keseimbangan dari segi ekonomi tidak berlaku.
Namun begitu, kehidupan kaum imigran adalah semakin baik kesan daripada
ekonomi yang terus berkembang di Tanah melayu. Kebudayaan boleh diertikan
sebagai keseluruhan cara hidup yang mencakupi antara lain kepercayaan, resam
agama, bahasa, ekonomi dan sebagainya yang diwarisi oleh anggota masyarakat
dari semasa ke semasa dan dari satu generasi ke satu generasi. Terdapat pelbagai
budaya dalam masyarakat majmuk yang wujud dan merangkumi pelbagai aspek
seperti upacara perkahwinan dan keagamaan.

Kedatangan imigran Cina dan India yang ramai pada awal abad ke-19
ini juga telah menimbulkan fenomena baru dalam masyarakat tempatan. Pada
peringkat awal penghijrahan. Semangat kesukuan Cina telah dijelmakan dalam
aktiviti kongsi gelap. Pergaduhan sering berlaku antara merwka pada tahun 1860
terutama di perak. Keadaan ini dapat dikawal oleh pembesar-pembesar melayu
yang berkenaan. Selain itu, ketidakseimbangan imigran lelaki dan wanita telah
menyebabkan kegiatan pelacuran menular di bandar-bandar terutamanya kawasan
perlombongan. Penagihan candu juga merupakan masalah yang kronik dalam
sesetengah imigran. Budaya imigran ini agak terasing dengan budaya kehidupan
masyarakat tempatan dan memberi impak yang negatif kepada perkembangan
masyarakat tempatan.

Kesan Terhadap pendidikan

Semasa zaman pemerintahan British di bawah dasar Pecah dan


Perintah telah diwujudkan lima jenis sistem persekolahan yang diwujudkan iaitu
Sekolah Melayu, Sekolah Inggeris, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan juga Sekolah
Agama. Sekolah-sekolah ini wujud secara terasing di antara satu sama lain. Setiap
jenis sekolah yang diwujudkan hanya terhad terhadap satu kaum sahaja. Contohnya
Sekolah Cina hanya untuk orang Cina dan Sekolah India hanya untuk orang India
sahaja. Kedudukan sekolah-sekolah vernakular didirikan mengikut kedudukan
geografi dan taburan penduduk. Sekolah melayu didirikan di kampung-
kampung,Sekolah-sekolah Cina di kawasan perlombongan, Skolah-sekolah Tamil di
kawasan estet getah, manakala sekolah-sekolah Inggeris didirikan di bandar-bandar

7
besar. Sekolah-sekolah ini juga tidak ditetapkan bahasa pengantar yang khusus
dan juga kurikulum yang sama. Setiap jenis sekolah boleh menggunakan bahasa
masing-masing untuk menjadi bahasa pengantar dan juga menggunakan kurikulum
daripada negara asal masing-masing.

Sistem pendidikan yang tidak diselaraskan ini menyebabkan setiap


kaum menggunakan kurikulum dari negara asal mereka. Oleh itu, semangat
cintakan negara asal mereka semakin bertambah. Ideologi mereka juga berbeza
oleh itu, semangat cintakan Tanah Melayu hanya terdapat kepada Orang Melayu
sahaja.Selain itu, penggunaan bahasa pengantar yang berbeza juga menyukarkan
komunikasi di antara kaum. Orang Cina menggunankan bahasa Cina, manakala
Orang India menggunakan Bahasa Tamil dan Orang Melayu menggunakan Bahasa
Melayu. Impaknya, mereka tidak boleh berkomunikasi disebabkan mereka tidak
memehami percakapan di antara satu sama lain. Oleh itu, akan wujud perasaan
prasangka terhadap penduduk yang berbilang bangsa ini.

Pendudukan jepun

Kebangkitan kuasa jepun dibawah pembaharuan Meiji sebagai kuasa


imperialis di rantau Asia memperlihatkan pendudukan jepun di Tanah Melayu pada
tahun 1941. Kehadiran jepun ini adalah sama seperti imperialis lain iaitu
mendapatkan bahan-bahan mentah unutk ekonomi negara Jepun. Berbekalkan
slogan Asia untuk Asia dan mengahapuskan Imperialisme Kuasa-kuasa Barat
perjuangan jepun pada awalnya dilihat murni oleh masyarakat setempat kerana
melambangkan kebangkitan masyarakat Asia. Malahan orang Melayu dan India
mengalu-alukan kedatangan orang Jepun yang melihat Jepun sebagai penyelamat
dan penghalau British. Penyerangan ke atas Tanah Melayu dilakukan pada 8
Disember 1941 di Kelantan menjelang 15 Februari 1942, pentadbiran British di
Tanah Melayu dan Singapura telah menyerah diri. Maka secara rasminya
bermulalah zaman pendudukan jepun di Tanah Melayu.

Jepun telah mengamalkan dasar yang berbeza-beza mengikut kaum di


Tanah Melayu. Kaum Cina dikatakan sebagai kaum anti-Jepun akibat peperangan
jepun dengan Cina dan kaum India dilihat lebih focus terhadap perjuangan di negara

8
India. Kaum melayu pula dikatakan masih mengamalkan tradisi mereka sendiri. Oleh
itu, Jepun telah menjalankan dasar berlembut dengan orang Melayu untuk
mendapatkan sokongan dan bantuan menentang kerajaan british tetapi sebaliknya
pada kaum Cina, Jepun telah bertindak kasar dan kejam. Hal ini ditambah dengan
keyakinan Jepun bahawa orang Cina di Tanah melayu telah member bantuan
kerajaan China semasa perang Jepun-China. Sikap Jepun yang yang kejam
terhadap orang Cina telah menyebabkan orang Cina terpaksa melarikan diri ke
hutan dan menubuhkan MPAJA. Kekejaman pihak Jepun terhadap orang Cina
terbukti dengan pengenalan dasar Sook Ching iaitu dasar pembersihan yang telah
menyebabkan beribu-ribu orang Cina mati yang diperkenalkan secara ssistematik
pada 21 Februari oleh Kawamura-Oishi. Malahan Jepun membuat penindasan yang
kejam dengan merompak, membakar rumah dan kampong, mengambil barang-
barang orang Cina, merogol gadis-gadis Cina dan sebagainya. Contoh kekejaman
Jepun yang paling ketara ialah apabila Jepun menajalankan operasi Sook Ching ke
atas orang China di Bakar kapur, Sungai Petani kedah pada Februari 1942. Mangsa
telah disuruh mengorek lubang kubur terlebih dahulu sebelum dibunuh. Sehingga
Mei 1940, seramai 40000 orang Cina termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh.

Hal ini menyebabkan orang Cina sangat membenci Jepun dan orang
Melayu kerana menganggap orang melayu sebagai penyokong Jepun terutama
PETA. Oleh itu, selepas pemerintaha jepun berakhir, telah wujud permusuhan kaum
antara kedua-dua kaum yang sangat hebat selama 14 hari sebelumkedatangan
British kerana tidak ada pemerintah sah. Gerila Bintang Tiga telah bertindak
membunuh orang Melayu dengan kejam di Muar dan Batu Pahat (Johor), Sungai
Manik (Perak), Titi (Negeri Sembilan) dan beberapa kawasan lain di perak dan
Selangor. Pergaduhan kaum berlaku amat hebat apabila orang Melayu bangkit
menentang Bintang Tiga. Hal ini membuktikan pendudukan jepun telah membawa
kesan negative terhadap perhubungan kaum antara masyarakat dan menjejaskan
perpaduan tetapi positifnya ialah perpaduan dan kesatuan yang wujud dalam
masyarakat Melayu yang mula bangun mempertahankan kedudukan mereka.

Pembentukan Malayan Union

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang


Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-

9
Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.
Rasional untuk pembentukan Malayan Union

Seawal 1943, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan


Tanah Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah
Melayu selepas Perang Dunia II bertamat. Unit perancangan tersebut
mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri
Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang, dan Melaka menjadi Malayan Union,
sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.

Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu


tanah jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang
Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan
tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah
Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan
mereka. Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar
kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin
Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar. Bagaimanapun,
kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan
tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh.

Salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan Malayan Union


ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap
kemerdekaan. Sebagai salah satu daripada penandatangan Piagam Atlantik pada
14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan hak negara-negara untuk penentuan diri,
Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Bagaimanapun, banyak orang mempercayai bahawa rancangan itu hanya
menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi
sebuah tanah jajahan British.

Rancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat,


tetapi tidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan
Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-
sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing dan terus
memerintah bersama dengan sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor

10
tersebut, tetapi kedaulatan dipindah kepada Kerajaan British. Baginda-baginda akan
mengekalkan kuasa hanya dalam hal-hal yang berkenaan dengan agama Islam
sahaja. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri
Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-
sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya
Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya
bertanggungjawab kepada Gabenor.

Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang


memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah
Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-
kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara
Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk
penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir sekali, kewarganegaran Tanah
Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi ras dan kepercayaan.

Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward


Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama
kali di Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga
dimasukkan dalam rancangan yang asal tetapi pemasukan itu kemudian dikeluarkan
daripada cadangan yang terakhir kerana merumitkan cadangan Union yang sudah
cukup susah.

Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold


MacMichael, seorang yang pernah menjadi penjaga kepada beberapa putera
Melayu, untuk mengetuai perwakilan ke Tanah Melayu selepas peperangan untuk
memperoleh perjanjian baru daripada sultan-sultan untuk membentukkan Malayan
Union. Pada 3 September 1945, ketika pihak British sedang menjalani pendudukan
semula di Tanah Melayu, Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah
Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.

Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah


seperti yang dijangka. Mac Michael memaksakan sultan-sultan untuk menerima
cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masa untuk baginda-
baginda berunding dengan majlis masing-masing, malah Sultan yang enggan

11
menandatangani perjanjian tersebut diugut akan diganti di atas tuduhan
bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia II. Pada 21 Disember, setiap
Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian yang baru. Bagaimanapun,
sebilangan daripada sultan-sultan itu menyatakan keraguan terhadap syarat-syarat
perjanjian itu, tetapi disebabkan peranan baginda-baginda semasa pendudukan
Jepun di Tanah Melayu telah dikritikkan, sultan-sultan itu berhasrat benar untuk
menunjukkan kesetiaan kepada pihak British. Semua perjanjian terdahulu yang
mengakui hak kedaulatan sultan-sultan Melayu dimansuhkan. Dengan itu, kepura-
puraan pihak British bahawa mereka cuma membantu sultan-sultan Melayu untuk
memerintah dihapuskan.

Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkan rancangan


Malayan Union dalam suatu Kertas Putih pada lewat Januari 1946.

Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang


biasanya bersikap tidak peduli, bangun bersama-sama untuk membantah skim yang
baru itu. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan juga mengkritikkan
sesetengah peruntukan. Pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam Tanah
Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu mengetuai bidasan terhadap rancangan
Malayan Union, dan menuduh MacMichael kerana menggunakan 'cara-cara ugutan'
untuk memperoleh persetujuan sultan-sultan Melayu terhadap perjanjian-perjanjian
baru. Lobi Tanah Melayu lama di Parlimen bergabung dengan bekas pegawai-
pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang terkenal seperti Frank
Swettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence
Guillemard untuk menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan untuk merayu
kepada Perdana Menteri United Kingdom. Kegiatan seumpama ini mewujudkan
tanggapan bahawa terdapat penentangan yang hebat terhadap Malayan Union dan
akhirnya berjaya untuk menyebabkan pemansuhan skim itu.

Sultan-sultan Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh perasaan anti


Malayan Union dan membantah terhadap cara yang digunakan oleh MacMichael
untuk memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-
sultan tersebut menolak rancangan Malayan Union dan mencadangkan suatu
perwakilan ke London untuk memansuhkan rancangan itu. Bagaimanapun, sudut
pandangan orang Melayu telah dimajukan dengan lebih berkesan oleh suatu kuasa
12
politik baru yang termuncul untuk meyalurkan bantahan Melayu terhadap Malayan
Union.

Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu


(Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala
Lumpur. Disertai oleh kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan,
kongres itu membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen
terselaras untuk menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk
mendraf perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO).

Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2


diadakan di Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan
Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres itu
juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan
mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.

Meskipun penentangan Melayu yang begitu hebat, kerajaan British


enggan menarik balik pelakasanaan rancangan Malayan Union. Sebaliknya,
kerajaan British mendesak bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera
supaya Pentadbiran Tentera British yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir
Pendudukan Jepun dapat dibatalkan.

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent


merupakan Gabernor yang pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap
Malayan Union adalah begitu berkesan sehingga rancangan itu tidak pernah
dikuatkuasakan. Malah pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabernor yang
pertama dipulau oleh kesemua orang Melayu sepenuhnya. Akhirnya,Malayan Union
dibatalkan pada keseluruhannya pada 1 Februari 1948 ketika Persekutuan Tanah
Melayu dibentukkan. Penggantian konsep Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu
dengan skim Malayan Union yang tidak popular dicapai, terutamanya melalui
perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu dan UMNO.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu


kemenangan untuk orang-orang Melayu tetapi disambut dengan kecewa oleh

13
golongan-golongan etnik yang lain. Bagaimanapun, mereka yang menentang
cadangan Persekutuan tidak mempunyai sokongan di tanah air serta lobi Parlimen
yang kuat ataupun penyokong-penyokong di London yang telah membantu dalam
pembatalan skim Malayan Union. Terutamanya, orang-orang Cina berasa dikhianati
kerana mereka menganggap bahawa mereka telah membuat pengorbanan yang
lebih besar dan merupakan golongan yang paling setia kepada pihak British
sepanjang peperangan. Sesetengah daripada orang Cina yang tidak puas hati kini
memperlihatkan Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk
mencapai sebuah masyarakat yang adil. Oleh itu, banyak serangan gerilla yang
dilakukan oleh pihak komunis bagi menuntut hak mereka. Ramai orang Melayu
dibunuh kerana perasaan tidak puas hati terhadapa masyarakat Melayu yang
berjaya mematahkan usaha mereka untuk menjadi rakyat tetap di Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Sejak rancangan Malayan Union dicadangkan, seterusnya diumumkan


dalam satu kertas putih pada akhir Januari 1946, pelbagai pihak terutamanya orang-
orang Melayu telah bangkit menentang dengan kuatnya skim baru itu, anggota-
anggota perkhidmatan awam Inggeris yang telah bersara dan pemimpin-pemimpin
Melayu turut berganding bahu menentang rancangan union tersebut kerana syor-
syornya yang jelas dilihat bakal memberikan kesan buruk kepada institusi
pemerintahan beraja serta nasib masyarakat Melayu itu sendiri. Orang-orang Melayu
mula sedar akan kerugian dan bencana yang akan mereka terima jika Malayan
Union dilaksanakan. Malah, rancangan tersebut juga turut mendapat kritikan
daripada orang-orang Cina dan India.

Usaha penentangan dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah tindakan


memulaukan majlis-majlis berkaitan Malayan Union serta tindakan berkabung oleh
orang-orang Melayu. Justeru itu, pada bulan Julai 1946, suatu jawatankuasa kerja
telah dilantik yang terdiri daripada wakil-wakil Umno, wakil-wakil Raja-raja negeri
Melayu dan wakil –wakil Kerajaan Inggeris untuk merangka suatu perlembagan yang
baru bagi menggantikan Malayan Union. Hasilnya, perlembagaan Malayan Union
yang diperkenalkan pada 1 April 1946 itu terpaksa dimansuhkan oleh Kerajaan
Inggeris pada 31 Januari 1948 dan digantikan dengan Perlembagaan baru iaitu
Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948.
14
HALANGAN DAN TENTANGAN

Umumnya, di samping usaha dan rundingan yang dijalankan bagi melaksanakan


penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, terdapat juga beberapa halangan
dalam mencapai matlamat tersebut. Hal ini dapat dilihat melalui penentangan
terhadap rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang kelihatan sejak
awal lagi dengan kewujudan pihak yang tidak bersetuju terhadap rancangan
tersebut. Mereka terdiri daripada sesetengah pihak terutamanya mereka yang bukan
berketurunan Melayu seperti orang Cina.

Selain itu, di kalangan orang Melayu juga wujud PKMM atau Parti
Kebangsaan Melayu Malaya yang secara jelas dipengaruhi PKM atau Parti Komunis
Malaya yang menentang rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Bagi
bukan Melayu, hasil daripada rasa tidak setuju ini telah direalisasikan dengan
penubuhan AMCJA atau All Malaya Council of Joint Action setelah Kesatuan Cina
Melaka yang ditubuhkan oleh Tan Cheng Lock tidak begitu berpengaruh dalam
politik sebelumnya.

Pada peringkat awal, badan ini turut disertai oleh badan-badan Melayu yang
tidak bersetuju dengan rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu tetapi
telah keluar dari AMCJA. Pada Januari 1947, badan-badan pertubuhan Melayu yang
telah keluar dari AMCJA termasuklah PKMM telah bergabung menubuhkan
PUTERA atau “Pusat Tenaga Rakyat”. Kedua-dua badan politik ini akhirnya telah
bergabung dalam menentang Perjanjian Persekutuan yang dilakukan dalam
pelbagai sudut termasuklah usaha membangkitkan perasaan orang ramai

Walaupun pelbagai penentangan dilakukan, Persediaan untuk meggubal


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu rancak dijalankan oleh jawatankuasa yang
dianggotai 12 orang wakil Raja-raja, UMNO dan pegawai-pegawai British dan
akhirnya Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah berjaya ditubuhkan bagi
menggantikan Malayan Union dan merupakan satu kejayaan hebat yang disambut
oleh pelbagai etnik. Namun kejayaan ini turut diratapi oleh sesetengah pihak seperti
AMCJA, PUTERA dan sebagainya terutamanya orang-orang Cina yang berasa telah
tertipu kerana merasakan mereka lebih setia kepada British semasa peran

15
Pemberontakan Parti Komunis Malaya

Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8


Disember 1941 telah member peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk
memperkuatkan organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20
April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui
Malayan People Anti Japanese Army atau dalam bahasa Melayu Tentera Anti-
Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat
pada 8 Disember 1940.

PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan


politik yang berhaluan kiri. Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan,
bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun
kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah
apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa
berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah
dilatih untuk berperang. Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan
Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut
adalah dalam bentuk perang gerila.

Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah


mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa
siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah
Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orangorang
Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga,
seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya
British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat
menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh
mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan
gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera
MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-
gerila terbabit. Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan
mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah

16
mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh
Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA)
berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai
PKMM melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin
Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin dan Abdullah C.D.
PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat
kemerdekaan pada 1949.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948


merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah
diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula
mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas
dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja,
dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga. Pihak komunis Bintang
Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan
serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu
pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak
telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila
keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh
negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh
angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk *Senoi Praaq (pasukan polis hutan)
bagi menentang komunis.

Perkara ini berlaku kerana pihak komunis ingin mambalas dendam


terhadap penduduk tempatan kerana mereka menuduh penduduk tempatan
bersubahat dengan tentera Jepun. Mereka membunuh penduduk tempatan yang
dituduh bersubahat dan yang bekerjasama dengan pihak Jepun. Mereka
mengadakan perbicaraan sendiri sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap
seluruh penduduk di Tanah melayu. Hanya dengan memerintah selama tiga minggu
pihak komunis telah berjaya menghuru-harakan penduduk Tanah Melayu.
Kekejaman mereka terhadap penduduk tempatan menzahirkan rasa kebencian yang
menular dalam diri mereka terhadap penduduk tempatan iaitu Orang Melayu. Hal ini
berpunca oleh layanan yang tidak samarata semasa pendudukan Jepun dan

17
menjadikan mereka berdendam dengan penduduk tempatan sehingga tiada rasa
belas di hati mereka untuk membunuh sesuka hati mereka.

Usaha Kerajaan dalam membentuk kerjasama antara kaum.

Tindakan Parti Komunis Rakyat (PKM) melancarkan pemberontakan


bersenjata mendatangkan kesan terhadap hubungan kaum di Tanah Melayu. Bagi
membendung perkara berikut dari berterusan, para pemimpin di Tanah
melayuberusaha untuk mencari jalan membendung perkara ini. Pada bulan
Disember 1948, satu perjumpaan diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bharu
yang diketuai oleh Sir Malcom Mcdonald, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara

Bagi membentuk kerjasama antara kaum di Persekutuan Tanah


Melayu, kerajaan kerajaan British telah membenarkan Orang Cina menubuhkan
Malayan Chinese Association dan telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan
Kaum pada tahun 1949.

a)     Malayan Chinese Association (MCA)

Sewaktu kejadian Darurat di Tanah Melayu, kerajaan British telah


mengubah polisi mereka terutama sekali terhadap parti-parti politik China seberang
laut (foreign Chinese political parties).  Polisi yang lebih liberal telah diperkenalkan di
Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke Dua iaitu ke arah Malayanisasi politik
masyarakat Cina di negara ini.   Sehubungan dengan itu pelbagai parti politik Cina
seberang laut telah diharamkan serta dimansuhkan oleh kerajaan British kerana
mereka menganggap parti-parti politik ini mempunyai risiko yang bahaya terhadap
keselamatan dalam negeri di Tanah Melayu dan Singapura rentetan dari
perkembangan parti komunis di negara China.

            Dalam salah satu laporan yang diterima oleh Sir Henry Gurney dari
Eastern Department berkenaan pengabaian kerajaan British di Tanah Melayu
terhadap masyarakat Cina telah menyebabkan mereka merancang untuk
menubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) yang antara lain bertujuan untuk
memastikan kebajikan masyarakat Cina.  Hal ini disebabkan mereka tidak berpuas
hati mengenai sistem pembayaran wang perlindungan yang dikenakan ke atas

18
mereka, justeru itu hal ini telah disampaikan kepada Henry Gurney oleh para
pemimpin masyarakat Cina tempatan di Tanah Melayu.  Henry Gurney sendiri tidak
menafikan bahawa kebajikan masyarakat Cina telah diabaikan oleh kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu, oleh itu langkah yang paling wajar ialah dengan
menamatkan pertubuhan perlindungan masyarakat Cina atau Chinese  Protectorate
bagi  mewujudkan  konsep Malayanisasi di Tanah Melayu.  Justeru itu beliau telah
bersetuju mengenai cadangan penubuhan MCA yang diharapkan agar dapat
meningkatkan mutu kebajikan masyarakat Cina dan hubungan mereka dengan
kerajaan Tanah Melayu.  Walau bagaimanapun diawal cadangan ini dikemukakan,
Henry Gurney tidak dapat memberi jaminan reaksi daripada masyarakat Melayu
termasuk Dato Onn memandangkan beliau masih keliru antara orang Cina yang
setia pada Tanah Melayu atau sebaliknya.  Oleh itu syarat kewarganegaraan Tanah
Melayu yang dikenakan berdasarkan undang-undang ke atas orang Cina masih lagi
ketat.

            Prinsip yang terkandung dalam MCA iaitu untuk memberi kebajikan
bukan setakat kepada masyarakat Cina sahaja malah meliputi semua kaum
termasuk masyarakat Melayu telah menguatkan penubuhan MCA dengan adanya
sokongan dari masyarakat Melayu di negara ini.  Walau bagaimanapun, Henry
Gurney menasihatkan agar penubuhan MCA hendaklah lebih kepada menasihati
pihak kerajaan terutamanya mengenai perkara yang berkaitan dengan Darurat di
Tanah Melayu.  Oleh itu menurut beliau lagi, MCA perlu meletakkan diri mereka
sebagai orang perantara dalam pembinaan komunikasi antara masyarakat Cina
dengan kerajaan, bukannya sebagai medan untuk meluahkan kritikan atau
persaingan yang tidak sihat.  Henry Gurney berpendapat adalah wajar sekiranya
MCA dan kaum Melayu dapat bersatu untuk menentang darurat sebelum dapat
memikirkan perkara-perkara lain yang lebih lanjut.

            Malayan Chinese Association (MCA) telah dilancarkan pada 27hb.


Februari 1949 yang disaksikan oleh masyarakat cina dan juga kehadiran segelintir
masyarakat Melayu.  Tan Cheng Lock telah dilantik sebagai pengerusi sementara
untuk tempoh tiga bulan pertama dalam MCA atas nasihat dari MacDonald kepada
Henry Gurney.  Macdonald banyak memainkan peranan dalam menasihati
kepimpinan dalam MCA.  Manakala dari segi penubuhan MCA ini secara jelasnya 

19
Henry Gurney merupakan individu yang memainkan peranan penting ke arah
mempercepatkan penubuhan MCA.

            Usaha-usaha yang telah dijalankan sewaktu darurat oleh MCA seperti
penempatan semula masyarakat  Cina ke tempat baru serta pengambilan ahli MCA
sebagai anggota polis dan askar bagi tujuan membenteras komunis di Tanah
Melayu telah dihargai oleh British.  Namun begitu apa yang telah disumbangkan
oleh MCA serta kerjasama yang diberikan kepada kerajaan masih belum
menampakkan konsep kerjasama kaum seperti yang dilaung-laungkan oleh para
pemimpinnya.  Prinsip dalam MCA yang bertujuan untuk menyalurkan kebajikan
kepada semua kaum tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna, menurut Henry
Gurney dalam laporan beliau kepada pihak Tanah Jajahan di London, MCA masih
lagi menumpukan kebajikan tehadap masyarakat Cina sahaja dan mengenepikan
kaum lain sewaktu darurat.  Di samping itu masih lagi terdapat masyarakat Cina di
Tanah Melayu yang dipengaruhi oleh konsep nasionalis negara China, oleh itu
keadaan ini boleh memperlambatkan proses kerjasama kaum di negara ini
berperanan sebagai `buffer’ di antara pihak kerajaan British dan masyarakat Cina di
Tanah Melayu.

            Perkembangan yang tidak sihat ini telah menyebabkan pihak British
terutamanya MacDonald mengambil satu lagi langkah ke arah kerjasama antara
kaum iaitu dengan memanggil pemimpin masyarakat Melayu dan pemimpin
masyarakat Cina bagi membincangkan rancangan jangka panjang ke arah
kerjasama dan perpaduan antara kaum di Tanah Melayu melalui penubuhan
Jawatankuasa Hubungan Kaum atau lebih dikenali sebagai Communities Liaison
Committee (CLC).

b)      Communities Liaison Committee (CLC):

Langkah kedua yang dilakukan oleh kerajaan British ke arah


mewujudkan kerjasama antara kaum serta memantapkan strategi politik di Tanah
Melayu ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Kaum atau
Communities Liaison Committee (CLC).  Jawatankuasa Hubungan Kaum ini

20
merupakan badan perundingan antara kaum yang tidak rasmi, namun begitu ia
mempunyai kepentingan terutamanya dari segi penentuan politi kerajaan (policy
making) bagi pemerintahan British di negara ini.  Ide bagi membentuk jawatankuasa
kerjasama antara kaum ini telah dikemukakan oleh beberapa pemimpin utama
masyarakat seperti Dato Onn Jaafar, Tan Cheng Lock dan Roland Bradell, seorang
peguam British.  Walau bagaimanapun MacDonald memainkan peranan penting
bagi merealisasikan ide penubuhan jawatankuasa ini.  Kedudukan beliau sebagai
Pesuruhjaya Jeneral pada waktu itu serta pengalaman yang diperolehi dalam 
bidang diplomasi membolehkan beliau mendapat sokongan serta kepercayaan dari
pemimpin pelbagai kelompok di Tanah Melayu.  Penentangan terhadap prinsip
kewarganegaraan dalam Malayan Union seterusnya dalam Persekutuan Tanah
Melayu amat membimbangkan MacDonald terhadap perpaduan kaum di negara ini. 
Oleh yang demikian perjalanan Jawatankuasa Hubungan Kaum ini sentiasa diawasi
oleh kerajaan British dari segi panduan serta nasihat mengenai sebarang
perundingan yang akan dijalankan.  Hal ini sejajar dengan hasrat yang telah
disampaikan oleh MacDonald, Pesuruhjaya Jeneral kepada pihak Pejabat Tanah
Jajahan di London bahawa: Hakikatnya cadangan yang telah dikemukakan oleh
MacDonald ini merupakan suatu helah politik kerajaan British untuk mengeksploitasi
ekonomi di Tanah Melayu dengan cara menyatukan masyarakat di negara ini bagi
mencapai tujuan tersebut.  Oleh itu saya berpendapat cadangan penubuhan
jawatankuasa ini lahir dari fikiran politik beliau sendiri tanpa sebarang pengaruh
samada pemimpin Melayu atau pemimpin Cina.

            Untuk melancarkan perjalanan Jawatankuaa Kerjasama Antara Kaum


ini, pihak Pejabat Tanah Jajahan di London telah mengatur beberapa siri
perbincangan dengan pemimpin Melayu terutamanya Dato Onn serta Tan Cheng
Lock, pemimpin utama masyarakat Cina bagi mencapai tujuan penubuhan
jawatankuasa ini.  Ternyata MacDonald telah berjaya menarik hati kedua-dua
pemimpin tersebut ke arah mencapai kata sepakat mengenai tujuan perbincangan
dalam jawatankuasa ini dan seterusnya mempengaruhi kerjasama antara kaum di
Tanah Melayu dan Singapura.  Pada awal penubuhan jawatankuasa ini ia lebih
dikenali sebagai Sino-Malaya Goodwill Committee memandangkan keahliannya
terhad kepada pemimpin kaum Melayu dan pemimpin kaum Cina sahaja. 
Sehinggalah keahlian jawatankuasa ini dibuka kepada para pemimpin masyarakat

21
bukan Melayu yang lain, barulah namanya ditukar kepada Communities Liaison
Committee.

            Pertemuan CLC yang pertama telah diadakan di rumah Dato Onn
Jaafar pada 29hb. Disember 1948 dan telah dihadiri oleh beberapa pemimpin utama
masyarakat Cina seperti C.C. Tan, S.Q. Wong, Lim Han Hoe, Thio Chan Bee, Lee
Kong Chian, Tan Chin Tuan, Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin dan Khoo Teik Ee.  
Dalam pertemuan yang seterusnya pula, seramai lima orang pemimpin Melayu dan
lima orang pemimpin Cina telah dilantik dalam jawatankuasa ini bagi memantapkan
perbincangan mengenai kerjasama kaum di negara ini.  Sehubungan ini Dato Onn
telah dilantik untuk mengetuai atau mewakili para pemimpin Melayu.

            Masalah utama yang dihadapi pada awal penubuhan jawatankuasa ini
ialah dari segi kepimpinan, iaitu siapakah yang paling layak untuk mempengerusikan
badan ini.  Para pemimpin Melayu dan pemimpin Cina telah mencadangkan agar
MacDonald dilantik untuk mempengerusikan majlis ini walau bagaimanapun beliau
menolak dengan alasan beliau bukanlah ahli yang sah dari segi komitmen dalam
majlis ini, hanyalah sebagai pemerhati sahaja.  Kemudiannya ahli-ahli jawatankuasa
telah mencadangkan agar Dato Onn dilantik sebagai pengerusi, namun begitu
cadangan ini ditolak oleh beliau dengan alasan sekiranya beliau menjadi pengerusi,
suaranya hanya terhad kepada mendengar perbincangan, bukannya mengambil
bahagian secara serius dalam  perbincangan yang dijalankan.  Akhirnya ahli-ahli
jawatankuasa telah melantik E.E.C. Thuraisingam untuk mempengerusikan majlis ini
dan beliau sendiri telah menerima perlantikan tersebut.  Sehubungan dengan itu
MacDonald mencadangkan agar jawatankuasa ini dibuka kepada pemimpin kaum
yang lain selain dari kaum Melayu dan Cina untuk menyertai jawatankuasa ini. 
Justeru itu nama Sino-Malay Goodwill Committee telah diubah kepada Communities
Liaison Committee.  Terdapat tiga agenda utama yang dibincangkan dalam
beberapa pertemuan CLC, iaitu persoalan mengenai ekonomi orang-orang Melayu,
kewarganegaraan bangsa asing, pendidikan serta politik di Tanah Melayu. 

Proses ke arah berkerajaan sendiri

22
D
w
G
3
T
F
L
K
A
C
O
N
U
c
2
jB
S
,M
Io
4
5
9
1
u
p
lb
th
y
is
g
n
-P
a
rd
m
e
k
.f
J Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli
yang bertujuan member pendedahan awal kepada pemimpin tempatan dalam hal
ehwal pentadbiran negara. Ciri-ciri Siatem Ahli ini adalah untuk memberi
pendedahan dan latihan kepada pentadbiran tempata, beberapa orang ahli todak
rasmi Majlis Undangan Persekutuan diberi tanggungjawab untuk mengetuai jabatan-
jabatan kerajaan dengan kedudukannya disifat sebagai seorang menteri. Dan juga
setiap ahli bertanggungajawab kepada Persuruhanjaya Tinggi. Para pemimpin yang
dilantik di bawah sistem ini ialah Dato’ Onn Jaafar (Hal Ehwal dalam Negeri), E.E.C
Thuraisingham (Pelajaran), Dr. Lee Ting Keng (kesihatan), Tunku Yaacob ibni Al-
Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (pertanian dan perhutanan) dan Dato’
Mahmud bin Mat (tanah, perlombongan dan perhubungan)

Pilihan raya diperkenalkan.

23
Plihan taya umum di peringkat penguasa tempatan 1951-2

1) Selepas sistem ahli, pilihan raya di peringkat tempatan diperkenalkan bagi


memilih ahli majlis tempatan. Pilihan raya ini adalah untuk melatih penduduk
tanah melayu memilih pemimpin sendiri sebagai langkah untuk berkerajaan
sendiri.
2) Pilihan raya di peringkat tempatan yang pertama diadakan pada disember
1951 bagi memilih anggota majlis perbandaran pulau pinang. Parti radikal
memenangi enam dari 9 kerusi yang dipertandingkan.
3) Peringkat yang kedua pula pada Febuari 1952 bagi Majlis Pembandaran
Kuala Lumpur.Kali ini umno dan mca berpakat untuk bekerjasama bagi
mengelak bertanding sesame sendiri.
4) Kerjasama ini mendorong kemenangan kepada mereka memenangi 12 kerusi
dari 15 yang dipertandingkan.
5) Kemenangan ini mendorong umno dan mca untuk terus bergabung untuk
kerjasama dan pada 1955 mic juga menyertai parti perikatan

Pilihan raya umum pertama,1955

1) Pilihan raya umum pertama diadakan pada 27 julai 1955 bagi merebut 52
kerusi.
2) Dalam pilihan raya ini parti pimpinan tunku abdul rahman mempertandingkakn
52 buah kerusi,pari negara 33, Pas 11 dan calon bebas 18.
3) Dalam pilihan raya ini parti menutarakan manifesto yang bertemakan ‘Menuju
kea rah kmerdekaan’.
4) Antara kandungan isi ialah mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh empat
tahun, mempertahankan dan melindungi kedudukan raja – raja Melayu ,
menjadikan sebahagian besar perkhidmatan awam bercorak Tanah Melayu,
menamatkan darurat secepat mungkin.
5) Parti perikatan mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya dengan 51 kerusi
dari 52.
6) Kemenangan parti perikatan ini membolehkan pembetukan kerajaan dan
tunku abdul rahman menjadi ketua menteri persekutuan tanah melayu.

rundingan kemerdekaan.

24
1) Pada ogos 1955, tunku abdul rahman sebagai pemimpin menghantar satu
memorandum di London bagi rundingan kemerdekaan.
2) Dalam memorandum tersebut beliau meminta dua perkara iaitu
mempercepatkan proses kemerdekaan dan penubuhan suruhanjaya bebas
bagi menggubal perlembagaan tanah melayu.
3) Raja melayu pula memberi persetujuan meminda perlembagaan persekutuan
bagi usaha ke arah kemerdekaan.
4) Pada November 1955, wakil raja melayu dan parti perikatan berunding bagi
mencapai kata sepakat.
5) Pada 1 januari 1956 rombongan kemerdekaan bertolak ke London.
6) Rundingan ini dipengerusikan oleh setiausaha negara british, alan lennox
boyd .
7) Melalui rundingan tersebut, tekah berjaya memperolehi kemerdekaan pada
31 ogos 1957, tanah melayu kekal dalam lingkungan komenwel yang
mengamalkan sistem demokrasi, rakyat tempatan mengambil alih jawatan
penting, pihak british dibenarkan menempatkan tentera mereka di tanah
melayu dan sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal perlembagaan
baharu tanah melayu.

Suruhanjaya perlembagaan.

1) Pada jun 1956 sebuah suruhanjaya dibentuk bagi merangka Persekutuan


Tanah Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid yang dipengerusikan oleh
Lord Reid dan beberapa orang lagi.
2) Suruhanjaya ini telah membuat beberapa tinjauan bagi mendapatkan
pandangan pelbagai pihak.
3) Suruhanjaya ini turut menerima 131 memorandum secara bertulis dari
pelbagai pihak berkenaan satu perikatan murni.
4) Pakatan murni in mengandungi dua perkara penting iaitu mengekalkan empat
unsur utama dalam perlembagaan dan warganegara mengikut prinsip jus soli
kepada kaum bukan melayu.

Ciri – ciri perlembagaan 1957

1) Terdapat empat cirri utama struktur kerajaan yang dicadangkan iaitu ketua
negara yang dipertua agong dipilih daripada Sembilan orang rajamelayub

25
dalma tempoh lima tahun. Ketua kerajaan oleh perdana menteri yang dilantik
dikalangan parti yang mendapat usra terbanyak dalm dewan rakyat. Perdan
menteri akan melantik cabinet bagi mengubal dasar kerajaan. Sebuah badan
perundangan pula dipanggil parlimen terdiri daripada dewan rakyat dan
dewan negara. Ketua perlembagaan di peringkat negeri adalah raja atau
gabenor.
2) Pemberian taraf warganegara antaranya adalah seperti mereka yang menjadi
warga persekutuan sebelum merdeka dan pemilihan dua kerakyatan adalah
tidak dibenarkan kecuali memiliki kerakyatan komenwel.
3) Peruntukan tentang bahasa ialah bahasa melayu dijadikan bahasa pengantar,
pembelajaran mengunakan bahasa asing secara umum dilarang dan bahasa
ingeris boleh digunakan dalam urusan rasmi.
4) Agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu ialah Islam adalah
agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan dan kedudukan
istimewa orang melayu dijamin oleh perlembagaan..

Pengisytiharan Kemerdekaan.

1) Perjanjian persekutuan tanah melayu ditandatangani pada 5 ogos 1957 uang


mengekalkan sebahagian besar struktur perjanjian persekutuan 1948.
2) Pada 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957 bendera Union Jack diturunkan
sebagai tanda berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu.
3) Pada 31 Ogos 1957 Ratu Elizabeth menyerahkan dokumen pengisytiharaan
merdeka kepada Tunku Abdel Rahman selaku Perdana Menteri yang
pertama.
4) Ucapan bersejarah ini disaksikan oleh Yang Di – Pertuan Agong dan
disaksikan oleh warga asing. kabinet persekutuan tanah melayu ditubuhkan
pada hari yang sama.

Isu Perpaduan Selepas Kemerdekaan

Penubuhan Malaysia

26
Pada tahun 1955, Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan
dalaman di bawah Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi
Ketua Menterinya yang pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai oleh
Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party-PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan
Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di Sarawak
pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959.
  
Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun
1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas
merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei
dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh
penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di
kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut
dibantah oleh Filipina yang telah membuat tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan
ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu langkah
untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.

Cadangan ini bagaimanapun mempunyai kesan langsung dalam


mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah dan Brunei.
Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962.
Satu suruhanjaya kerjasama British-Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh
bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan Sarawak
pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong
penubuhan Malaysia. Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada
Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963, yang turut melaporkan bahawa
pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia.

Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya


dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia.

27
Pemisahan Singapura

Sejak Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan yang timbul


antara Kerajaan Singapura dan Kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan
ini menjadi semakin rumit dan melibatkan banyak isu yang tiada akhirnya. Antara isu
yang menjadi pertikaian di antara Kerajaan Singapura dan Kerajaan Persekutuan
ialah masalah perkauman. Hubungan UMNO dan PAP menjadi renggang akibat
beberapa peristiwa di Singapura. Setelah menyertai Malaysia orang Melayu di
negara itu terasa diri mereka diabaikan dan kerajaan Singapura tidak mengambil
tindakan untuk membaiki kedudukan mereka.
Beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu menemui
Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkra itu. Keadaan menjadi semakin rumit
selepas setiausaha Agong UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP, Lee
Kuan Yew cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu Singapura. Pemimpin
PAP menuduh Syed Jaafar Albar yang bertanggungjawab menyebabkan
tercetusnya rusuhan kaum di Singapura pada Julai dan September 1964.
Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysian
Solidarity Convention sebagai satu pakatan parti pembangkang dengan slogan A
democratic Malaysian Malaysia untuk menandingi parti perikatan. Beliau menyeru
diwujudkan satu persamaan hak bagi semua melalui satu ideology politik, sosial dan
ekonomi yang sama untuk semua kaum. Kedudukan negeri-negeri Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia juga ditimbulkan oleh
para pemimpin Singapura. Mereka menggalakkan negeri-negeri tersebut
menimbulkan persoalan perbezaan taraf ekonomi dan prinsip-prinsip perlembagaan
yang telah dipersetujui sehingga sesetengah pemimpin di Sarawak, Sabah dan
negeri lain bertindak balas.
Memandangkan sebahagian besar pihak pembangkang tersiri daripada
kaum bukan Melayu, keadaan ini seolah-olah mencerminkaqn penentangan mereka
terhadap orang Melayu yang menguasai kerajaan. Keadaan yang berlaku bukan lagi
berbentuk pertikaian antara PAP dengan UMNO, tetapi lebih menjurus rebutan
kuasa politik antara kaum Melayu dan bukan Melayu. Isu-isu seperti ini merupakan
isu sensitif yang boleh mengancam keharmonian yang telah wujud. Kerajaan yang
baru dibentuk seharusnya tidak boleh dicemari isu-isu seperti ini. Hak orang Melayu
sebagai penduduk asal tidak boleh dipertikaikan. Ini akan mewujudkan perasaan
28
tidak puas hati terhadap kaum-kaum lain dan perpaduan akan sukar untuk
diwujudkan. Tunku Abdul Rahman bimbang dengan keadaan ini. Oleh itu pada 9
Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan
membentang rang undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang itu
diluluskan dan tiada penentangan . Keputusan diambil tanap dihadiri perwakilan
Singapura.
Pemisahan ini telah menyelesaikan pertikaian politik di antara Kerajaan
Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Sekiranya pertikaian ini tidak diselesaikan,
akan mendatangkan mudarat kepada Malaysia. Tidak mustahil boleh terjadinya
rusuhan kaum dan pertumpuhan darah. Tunku Abdul Rahman tidak mahu perkara
seperti ini terjadi dalam memimpin sebuah negara baru.

Isu perpaduan selepas kemerdekaan

Rusuhan etnik 13 Mei 1969 dan kerajaan darurat

Pilihanraya Persekutuan pada tahun 1969 dipertarungkan atas isu-isu


yang penuh emosi mengenai pendidikan dan bahasa, yang seterusnya melindungi
rasa cemas yang lebih mendalam mengenai peranan setiap kelompok etnik dalam
negara Malaysia baru. Semenjak merdeka, negara ini telah berhadapan dengan
pelbagai ancaman dari dalam dan luar. Keputusan pilihanraya itu merupakan
pukulan yang teruk kepada Parti Perikatan. Meskipun masih memegang majoriti
kerusi dalam Dewan Rakyat, jumlahnya telah jatuh merosot sekali daripada 89 pada
tahun 1964 kepada 66, dan jumlah undi merosot dari 58.4% pada tahun 1964
kepada 48.5% pada tahun 1969. Parti Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 kerusi
sementara Pas memenangi 12 kerusi, dan dengan itu Parti Perikatan telah hilang
majority 2/3 dalam Dewan Rakyat yang bermakna kerajaan tidak boleh memnida
Perlembagaan mengikut sesuka hati.

Ketika peristiwa 13 Mei iaitu tiga hari selepas pilihanraya ini berlaku 
keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum terjadi kerana suasana
tegang. Penyokong Parti Pergerakan dan DAP bersorak menjelajahi jalan-jalan raya
di Kuala Lumpur merayakan kemenangan mereka. Perarakan balas yang dilakukan
oleh penyokong UMNO pada 13 Mei bertukar corak merebak menjadi ganas Bagi

29
meredakan ketegangan ini kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di
bawah Artikel 150 dari Perlembagaan di seluruh negara. Tujuannya ialah pertama
untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa
kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka.
Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.

Isu Hindraf

Perhimpunan Hindraf 2007 telah diadakan secara haram di Kuala


Lumpur, Malaysia pada pagi Ahad, 25 November 2007. Perhimpunan dianjurkan
oleh pertubuhan NGO, Hindraf iaitu Gerakan Tindakan Hak Asasi Hindu. Hindraf
dikatakan disertai 30 pertubuhan NGO Hindu di Malaysia.

Pemimpin-pemimpin Hindraf cuba mengadakan perhimpunan 100,000


penganut Hindu di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Britain di Jalan Ampang,
Kuala Lumpur dengan memohon permit perhimpunan dari balai polis berdekatan.
Hindraf cuba mematuhi peraturan sedia ada dan bekerjasama dengan polis dengan
cara memohon permit perhimpunan di Balai Polis Cheras dan Ibu Pejabat Kontinjen
Polis Kuala Lumpur.

Pemimpin Hindraf adalah peguam-peguam yang handal di Malaysia .


Mereka berikrar perhimpunan ini akan berjalan dengan aman. Beberapa keping
poster Mahatma Ghandhi dibawa ketika perhimpunan.

Polis PDRM memutuskan untuk tidak membenarkan perhimpunan ini


diadakan berikutan bimbang kejadian rusuhan akan berlaku dan boleh menjejaskan
ketenteraman masyarakat majmuk di Malaysia. Dari pengalaman di Malaysia dan
peringkat antarabangsa, jelas sekali perhimpunan 100,000 orang akan bertukar
menjadi ganas. Jika tidak dibendung ada di antara mereka mungkin akan membawa
senjata seperti bom buatan sendiri, molotov koktail, pisau dan lain-lain

Hindraf menganjurkan perhimpunan ini kerana hendak menyerahkan


memorandum 18 perkara kepada Suruhanjaya Tinggi Britain dan seterusnya kepada
Ratu Elizabeth II berhubung nasib malang bertimpa-timpa yang dialami oleh
penganut Hindu di Malaysia semenjak zaman penjajahan British lagi.

30
Saman itu difailkan oleh Hindraf di Britain pada 30 Ogos 2007 bagi
menuntut 4 trilion paun (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain sebagai pampasan
kepada masyarakat India kerana membawa mereka masuk ke Malaysia sebagai
buruh murah. Setelah Malaysia dimerdekakan , masyarakat India ditinggalkan begitu
saja di Malaysia. Nasib dan masalah mereka diserahkan bulat-bulat kepada
Malaysia yang baru merdeka.

Hal ini disebabkan oleh sikap tidak puas hati masyarakat India
terhadap hak istimewa orang Melayu. Hindraf meminta ganti rugi kepada Kerajaan
Britain kerana merasakan hak mereka diperlekehkan. Perkara seperti tidak
sepatutnya dilakukan dalam bentuk rusuhan. Cukuplah sekadar menghantar wakil
untuk berbincang dengan pihak kerajaan.

Isu Namewee

Namewee merupakan seorang rakyat Malaysia yang menyambung pelajaran


di Taiwan. Namawee berasal dari Muar. Wee Meng Cheng atau lebih dikenali
`Namewee' yang mengulangi perbuatan biadapnya dengan menerbitkan klip video
yang boleh menyemarakkan api perkauma

Namewee telah menggemparkan rakyat Malaysia dengan


memperlekehkan lagu Negara ku. Kemudian mencerca TNB. Seperti yang kita tahu
lagu Negaraku merupakan lagu rasmi Malaysia dan setiap rakyat Malaysia haruslah
menghormati lagu Negaraku. Tindakan Namewee yang mengubah lirik lagu
Negaraku dengan menghina Orang Melayu dan Islam telah membangkitkan
kemarahan dalam kalangan orang Melayu dan Umat Islam. Dia mencipta lagu ini
selepas mendengar kenyataan seorang pengetua melayu yang didakwanya telah
mengeluarkan kenyataan perkauman di sekolah.

Berikut adalah lirik lagu Negaraku yang telah diubahsuai oleh Namewee

Negaraku, Negarakuku (kuku dlm bahasa cina maksud 'zakar')

aku cinta negaraku, ada negara ada keluarga,

ada keluarga baru ada aku, berdiri di sini nyanyi kuat padamu, kau jangan takut...

31
walaupun setiap kali aku cakap kesat, tapi kata2 aku penuh duri (sindiran) macam durian,

cuma samada kau boleh bukak durian dan lihat isi sebenar ke tak...

isi boleh jadi busuk, jugak boleh jadi wangi, cuma bergantung ape jenis hidung yang kau
ada,

polis kitorang panggil MATA (dlm kantonis maksud polis), sebab mata diaorang sangat cilik,

masa Raya sampai, diaorang akan bertungkus rumus, wlaupun diaorg pegang pen tapi
jarang bukak bill (saman),

sebab diaorg kata tekak dahaga, perlu belanja minum teh

ataupun kopi-O, tanya kau nak tambah gula (duit rasuah) tak, kalo tambah gula mulut diaorg
pun senyum manis,

masa kau pergi dari situ, diaorg (polis) berucap 'tata' selamat tinggal kat kau...

Negaraku, tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup, bersatu dan maju (bakcup vocal:
negaraku, negarakuku)..

rangkap baru:

fenomena begini, tak perlu diubah. tak perlu dikuatkuasa, sebab secawan kopi (rasuah)
selesai semua masalah...

aku suka, sekurang2 balik rumah tak kene bayar saman,

kalo tak ayahku pasti maki hamun, pasti tak bagi kereta kat aku,

kali nih teruk lah... tak ada kereta kuar jalan2, tak boleh buat sex dgn teman wanita dalam
keretalah.. tak ada kereta macam mane aku nak tengok pondan,

negara nih, aku sangat suka.

pagi pukul 5, ade morning call (Azan subuh) kejut aku bangun,

kekadang beberapa (masjid) nyanyi (azan) sama2,

dengar macam tengah syok berduet,

bunyi (suara azan) bertukar2 macam nyanyi R&B,

walaupun diaorg kekadang nyanyi sampai lari nada,

ataupun kekadang sampai pecah tekak,

ade jenis suara (azan) teruk macam ayam jantan, tapi bangun lebih awal daripada ayam
biasa,

macam nih, barulah boleh aku bangun dan pergi kerja atau bersekolah,

tak perlu hairan, sebab kerajaan hanya tahu jaga bumiputra,

32
tak perlu hairan, sebab kite memang tak dilayan adil,

macam nih baru boleh buktikan kitorang cina sanggup keje keras,

macam nih baru boleh buktikan kitorang boleh berjaya,

jangan ingatkan kitorang pelik, sebab kitorang akan jadi terer,

tak ade budak yg dimanja dan tak perlu bergantung kat orang lain,

kalo tak kenapa ade orang (bumiputra) tak putus2 susu ibu lagi,

Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan...

raja kita, selamat bertakhta,

Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan...

raja kita, selamat bertakhta.

rangkap baru:

org yg keje dgn kerajaan lagi terer,

diaorg boleh keje dgn perlahan2,

sampai org beratur berurusan pun marah2,

tapi hati diaorg (pekerja kerajaan) masih tenang ceria,

sampai sempat menjamu kuih kekadang,

diaorg (pekerja kerajaan) makan kuih nyonya diaorg, org lain masih beratur,

smpai org lain marah2 pun tak pe,

sebab pak guard kat dalam pun sempat tidur lagi,

dia takkan peduli kau punya laaa...

diaorg (muslimat) bungkus kepala (pakai tudung), jalan perlahan2, lintas jalan pun
perlahan2,

kalo kau tgh bawak kereta pun kene beri laluan kat diaorg nih,

yg penting, hidup ceria hidup senang,

jangan mcm org cina, selalu keje keras...lebih susah.

semangat nih kitorang (org cina) tak boleh mengalah,

sebab nih mmg dah jadi sikap diaorg (melayu) (backup vocal: sikap, sikap)

lagu aku nih, aku cakap benar tau,

33
aku percaya org2 yg benci aku pasti suka lagu nih,

dunia aman, penuh harapan,

tiada org mati, tiada luka,

kau(melayu) taraf tinggi, kau anggun,

tahi wangi, takkan marah kesat punya,

korang paling high class, korang dengar lagu Guang Liang (penyanyi cina tempatan),

tapi dia (Guang Liang) pun dah lari ke taiwan...

lepas org bukan bumiputra habis sekolah menengah,

nak masuk universiti local pun susah,

sebenarnya perkara nih kitorang (bukan bumiputra) tak perlu benci,

sbb ini merupakan rancangan kerajaan yg berjasa,

diaorg (kerajaan) nak kita kuar negara cari rezki dan harapan,

lepas habis belajar bolehlah balik ke malaysia utk berbalas jasa,

rancangan nih mmg bagus sampai tak terkata,

kat dunia merata org lain pun jumpe kite,

macamlah kita nih org perlarian,

tahun 2007 malaysia nak promosi negara,

tapi nak guna budaya cina utk promote,

kat belakang, budak2 cina skolah menengah pun tak dipedulikan,

sijil kitorang bolehlah buang kat longkang, mcm aku lah...

lpas abis belajar nak sambung kat taiwan,

bila dah belajar benda baru bolehlah balik ke malaysia utk berbalas jasa,

aku main gitar tepi jalan Taipei,

tapi mulut aku, masih nyanyi lagu nih:

rahmat bahagia, tuhan kurniakan

raja kita, selamat bertakhta........oh~~~

34
Daripada lirik yang dinyanyikan oleh Namewee jelaslah dia tidak
berpuas hati dengan sistem perlembagaan yang ada di Malaysia yang melebihkan
Orang Melayu. Dia juga telah menghina Islam. Walaupun ada di antara liriknya
adalah menggambarkan realiti sebenar masyarakat Melayu masa kini, namun cara
yang digunakannya untuk memprotes adalah salah. Dia tidak seharusnya mengubah
lagu Negaraku dan menghina agama orang lain.

Pembunuhan A.Kugan

Kugan 22 tahun, yang ditahan kerana disyaki sebagai pencuri kereta,


mati pada 20 Feb selepas lima hari di tahanan polis. Polis mendakwa hasil dari
bedah siasat menunjukkan bahawa A. Kugan mati akibat paru-paru berair.
Kematiannya telah mencetuskan bantahan awam menyebabkan keluarganya
menangguhkan pengkebumiannya untuk melakukan bedah siasat kedua.
Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia
didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan
bedah siasat menunjukkan kematiannya akibat paru-paru berair tetapi kecederaan
yang terdapat pada tubuh mangsa menunjukkan mangsa dipukul

Akibat daripada kejadian itu, pelbagai rusuhan telah dibuat kerana


tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis yang memukul A.Kugan sehingga
mati. Masyarakat India membuat perarakan yang bertujuan untuk membela nasib
A.Kugan dan memaksa pihak polis mengambil tindakan terhadap anggota polis yang
terlibat.

Walaupun pihak polis tidak mengelaskan isu ini sebagai isu


perkauman, namun kreadibiliti masyarakat India menganggap ini adalah satu
penindasan terhadap Orang India. Kalau tidak mereka tidak akan melakukan
rusuhan secara besar-besaran. Sekiranya perkara ini berlarutan tidak mustahil
tragedi pertumpahan darah akan dan rusuhan kaum akan berlaku. Mereka akan
menjadikan isu ini sebagai platform untuk membangkitkan isu-isu sensitif dan hak
istimewa orang Melayu mula dipersoalkan oleh itu, perpaduan akan mula goyah.

35
Usaha-usaha yang diambil bagi membentuk perpaduan

Bagi mengatasi masalah perpaduan ini kerajaan telah mengambil


beberapa langkah yang dirasakan perlu bagi menjamin keamanan negara. Pelbagai
program dan dasar yang telah dijalankan khusus untuk memastikan perpaduan yang
terjalin di dalam negara Malaysia akan berkekalan. Walaupun pelbagai cabaran
yang harus dihadapi namun kerajaan telah mengambil langkah bijak dalam
menagani isu perpaduan. Dasar-dasar dan program yang telag dibuat oleh kerajaan
terbahagi kepada tiga iaitu ekonomi,pendidikan, sosial dan politik .

a) Ekonomi

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat
serampang dua mata iaitu:

Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum

Melalui dasar ini kerajaan telah bertindak bagi merapatkan jurang


kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana
ketidakseimbangan kekayaan berlaku terutamanya antara kaum hanya akan
mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu
sama lain. Justeru itu bagi menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah
memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil,
penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
 

Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah


seperti menyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian subsidi dan
kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun
dan menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih
kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta
bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang diberikan kepada
pekebun kecil. Selain itu, menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi

36
kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan
yang perlu dan lebih berguna, melaksanakan rancangan pembukaan tanah baru
yang membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya
skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga
Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) serta melaksanakan
penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah bekalan air dan
elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi
kumpulan berpendapatan rendah.

Penyusunan Semula Masyarakat

Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan


untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat
ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini
kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan
perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi
kaum Bumiputera pada tahun 1990. Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB
kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan
pelaksanaan DEB seperti meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang
berupaya, menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu,
menyusun semula pemilikan ekuiti, melatih dan membentuk para usahawan dan
pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera, menambahkan kuota
pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk
pelajar Bumiputera serta menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan
ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta.

Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan


turut menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan
instrumen DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu
kerajaan meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah:

1. Permodalan Nasional Berhad (PNB).


2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

37
4. Bank Negara.
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
6. Skim Amnah Saham Bumiputera.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).

Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990.

Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat


DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya contohnya
pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun
begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai antaranya seperti purata
pendapatan isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat
dikurangkan serta pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi juga telah
berkurangan.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah diumumkan oleh Datuk


Seri Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN telah
dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung
dalam  Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun
1991-2000.
Dasar ini masih mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan
untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini ialah bagi membentuk perpaduan
kaum. DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti mewujudkan
keseimbangan yang optimum di antara  matlamat pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang saksama, memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-
sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor

38
bagi mengoptimumkan pertumbuhan, mengurang dan akhirnya menghapuskan
keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara
untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang
diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.

Selain itu dasar ini menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional


dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan
ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar.
Ia juga turut membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua
rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai   nilai-nilai
sosial dan kerohanian yang positif  serta menghayati perasaan bangga dan cintakan
negara. Selain itu, turut memajukan pembangunan sumber manusia termasuk
mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan
kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri
melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan
semula masyarakat, menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting
dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha
membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan
berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses
membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden dan memastikan bahawa
dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu
diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi
memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

Melalui DPN ini juga terdapat empat perkara yang telah digariskan
kepada pendekatan strategi ekonomi DEB iaitu mengalih tumpuan membasmi
kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan
relatif, menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat
perdagangan dan perindustrian Bumiputera, meningkatkan penekanan kepada
sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat
dan memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk
sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbhan ekonomi dan pengagihan
yang saksama.

39
DPN adalah kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi DEB dan
bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan  sentosa

b) Pendidikan

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan hasil daripada Akta


Pelajaran 1961 yang berdasarkan laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib
1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini
bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa
dan keturunan di bawah satu sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan
kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah
yang telah diambil ialah penggunaan bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah
rendah dan Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah menengah.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah
diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan di
sekolah rendah tahun 1970 tetapi mulai  tahun 1983 semua kursus tahun pertama di
peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu.

Objektif  utama sistem pelajaran kebangsaan ini ialah untuk memenuhi


keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi
dan politiknya. Antara matlamat lain dasar ini ialah untuk menghasilkan masyarakat
yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Selain itu ia turut menggalakkan
perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja khasnya dalam
bidang sains dan teknologi, menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan
politik negara, membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling
memahami antara satu sama lain, mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat
terlalu ramai murid yang keciciran dari alam persekolahan pada usia yang muda
hingga mengurangkan potensi kerja negara dan juga mendemonstrasikan
pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil
dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yag kurang bernasib baik dan
kawasan luar bandar.

40
Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum dan
peperiksaan yang sama di semua sekolah, memperkenalkan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 yang berdasarkan kemahiran 3M iaitu
Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan. Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (KBSM) pada 1988.
Selain itu, ia turut mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan,
menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan
serta memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan
kemudahan pelajaran.

Langkah-langkah yang dilakukan amat penting bagi memupuk


perpaduan terutamanya apabila langkah yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar yang utama. Ini  dapat memberikan  kefahaman dan rasa saling
memahami sambil dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana
mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan  satu bahasa tunggal iaitu Bahasa
Melayu dan akan mudah difahami. Melalui aktiviti ko-kurikulum pula ia dapat
melahirkan insan generasi yang dapat menghargai perpaduan dan bermoral tinggi
agar tidak akan berlaku lagi ulangan kepada peristiwa 13 Mei 1969. 

Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan negara yang telah


ditetapkan iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi  potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Jika
diteliti falsafah pendidikan negara ini nyatalah bahawa dasar pendidikan negara
adalah satu dasar yang diwujudkan bagi menyemai rasa cinta kepada negara yang
secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan dan mengukuhkan
perpaduan antara satu sama lain agar tragedi 13 Mei 1969 tidak akan berulang
kembali.

41
c) Sosial

Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

Setelah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 kerajaan


menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak. Turut juga menganggotai
MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan
dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan
Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad
Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan
Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.

MAGERAN berfungsi sebagai mengembalikan keamanan dan undang-


undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan
mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum  di Malaysia.
Dengan adanya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan
semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan
berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.

Menubuhkan Majlis Perundingan Negara

Majlis perundingan  Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari  1970


untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara
telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-
wakil menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN, Kerajaan-kerajaan Negeri,
Parti-parti Politik, Sabah dan Sarawak, Kumpulan-kumpulan Agama, Badan-badan
Profesional, Perkhidmatan Awam, Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan,
Wartawan, Persatuan Guru-guru,KumpulanMinoriti.
Fungsi utama  Majlis Perundingan Negara ini adalah untuk meneliti isu-isu
perpaduan negara dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang
melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN

42
mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi
kaum di Malaysia.

Pembentukan Majlis Muhibah

Majlis Muhibah telah ditubuhkan arahan MAGERAN. Majlis ini diketuai


oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu
peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Tujuannya untuk memastikan
matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia. 
Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan
pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan
keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat
peristiwa hitam 13 Mei 1969

Dasar  Kebudayaan Kebangsaan

Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa,


kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya antara
satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat digunakan bagi
membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan
satu keperibadian rakyat Malaysia.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah dirangka berteraskan atas tiga


prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971
iaitu Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat
asal rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam
pembentukan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Dasar ini juga amat penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dan mempunyai kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat memberi
kefahaman tentang  budaya masing-masing agar perasaan prasangka antara satu
sama lain dapat dihindar kerana dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak

43
sesuai daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia.
Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah membantu  mencapai perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia, memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan,
memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia serta menanam
sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia.

Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah
tentang pelaksanaan kerana ia perlu di laksanakan dalam keadaan yang nyata dan
bukan sekadar hitam putih di atas kertas sahaja. Perlaksanaan inilah yang penting
kerana jika berjaya merancang tetapi gagal dijalankan maka tiada gunanya dasar ini
dibentuk. Begitu jua dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah
dilaksanakan seperti di bawah agar matlamatnya tercapai iaitu memperbanyakkan
dan mengembangkan lagi pertunjukan kebudayaan di peringkat negeri dan
nasional, memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan,
meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita, memupuk
kesedaran kebangsaan, memenuhi keperluan sosiobudaya negara.

Dasar Wawasan Negara (DWN)

Dasar Wawasan Negara adalah gabungkan teras kritikal dasar


pembangunan yang lepas, iaitu antara Dasar Ekonomi Baru dan juga Dasar
Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional.
Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan
pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu
kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada
Malaysia untuk menjadi negara maju dengan sepenuhnya menjelang 2020.

Secara khususnya, DWN adalah gabungan semua usaha


pembangunan yang lepas bagi tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu
padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni, aman dan

44
damai serta ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani cabaran yang
dihadapi ini, bagi negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut
acuan sendiri, penekanan harus diberi kepada pembinaan negara yang berdaya
tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk
memastikan perpaduan dan kestabilan sosial.

Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal


seperti berikut iaitu membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk
perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik,
membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat
dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi selain itu
turut menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian
kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam
kumpulan etnik serta wilayah,mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi
dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat
serta pengurusan ekonomi makro mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi
cabaran globalisasi dan liberalisasi.

DWN juga turut membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan


sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua
sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat mengukuhkan
pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap,
produktif dan berpengetahuan; dan juga meneruskan pembangunan alam sekitar
yang mampan untuk meneguhkan
pertumbuhan jangka panjang negara.

Sogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang


diperkenalkan di negara Jepun. Bagi mencapai taraf sogoshosha, sesebuah syarikat
perdagangan mestilah ada tiga ciri penting iaitu mempunyai rangkaian
antarabangsa, mengendali barang dagangan yang banyak serta memainkan
peranan utama di bidang perdagangan luar. Di negara Jepun 'Sogoshosha' adalah
merupakan satu gelaran yang diberikan kepada beberapa syarikat perdagangan am
yang terkenal yang telah mencapai pusingan sebanyak US$20 billion setahun.
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa peranan yang dimainkan oleh sogoshosha
45
telah diiktirafkan sebagai satu dari sebab negara tersebut mencapai kejayaan yang
cemerlang di bidang perdagangan luar. Pengalaman negara tersebut telah memberi
inspirasi kepada beberapa buah negara membangun termasuk negara Malaysia,
demi menubuhkan sogoshosha masing-masing sebagai institusi bagi memajukan
ekspot mereka.

Rasionalnya ialah berdasarkan jangkaan kadar pertumbuhan di


negara-negara perindustrian dan juga perdagangan antarabangsa yang agak
lembab serta langkah perlindungan yang semakin meluas, Malaysia perlu ada
strategi baru di bidang perdagangan luar. Pada yang sama, usaha-usaha
mempercepatkan perkembangan ekonomi negara. Pencapaian matalamat ini
memerlukan Malaysia untuk memulakan strategi menggalakkan serta mengekspot
keluarannya secara besar-besaran. Oleh itu, strategik pemasaran barang untuk
diekspot mestilah dirangka dengan teliti bagi mengatasi halangan dan sekatan yang
ada. Penubuhan sogoshosha ini diharapkan sebagai satu daripada strategi
membantu negara dalam pemasaran barang ekspot. Sogoshosha ini juga akan
menjadi alat untuk mendapat maklumat strategik mengenai pasaran-pasaran ekspot
dan kontrak kerja di luar negeri menerusi rangkaian antarabangsa.

Sebagai institusi yang akan membantu Malaysia di bidang


perdagangan antarabangsa, sogoshosha Malaysia ditubuhkan dengan objektif-
objektif berikut seperti menggalakkan ekspot tradisional ke pasaran bukan
tradisional dan juga kepada pengguna-pengguna baru termasuk dipasaran
tradisional, menggalakkan ekspot bukan tradisional. Selain itu ia dapat
mengembangkan peluang-peluang antarabangsa dari segi menggalakkan pelaburan
secara usahasama di sektor industri di Malaysia untuk keperluan pasaran dalam dan
luar negeri, menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi baru dan
menggalakkan ekspot tak ketara (invisible) Malaysia di luar negeri.

Strategi pelaksanaan konsep sogoshosha ini adalah dilakukan secara


menyeluruh selaras dengan dasar-dasar baru kerajaan seperti Persyarikatan
Malaysia. Malah sogoshosha ini dianggap sebagai peringkat permulaan bagi

46
pencapaian matalamat Persyarikatan Malaysia. Kerajaan sedang merangka satu
definasi tetap mengenai sogoshosha dan peraturan-peraturan mengenainya.
Beberapa kemudahan-kemudahan dan bantuan adalah dalam pertimbangan untuk
diberi kepada syarikat sogoshosha tanpa menggangu atau mengenepikan syarikat
perdagangan am yang lain.

Pertimbangan sedang dibuat supaya galakan-galakan cukai dan


kewangan diberikan kepada syarikat yang terlibat, yang mana diantara lainnya ialah
Galakan Kredit seperti diberikan kepada syarikat tempatan yang menghadapi
masalah kewangan untuk melaksanakan kegiatan ekspot di luar negeri. Bagi
Galakan Cukai pula seperti elaun galakan ekspot dan lain-lain pengecualian cukai di
bawah Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1977 dan Akta Eksais 1976.
Lain-lain Galakan Serta Khidmat Sokongan seperti penglibatan Pejabat Perusahaan
Perdagangan Malaysia di luar negeri dan sebagainya.Dalam menyediakan galakan
di atas, ianya akan diberikan kepada syarikat yang berjaya membuktikan keupayaan
mereka untuk meningkatkan ekspot barangannya dan juga berjaya mempelbagaikan
ekspot, terutama ke pasaran bukan tradisional.

Bagi mencapai kejayaan dalam pelaksanaan dasar ini di masa depan,


Malaysia harusi bekerja keras bagi menghadapi cabaran-cabaran dan mengatasi
masalah yang timbul. Sekiranya berjaya, kesan yang diperolehi daripada penubuhan
sogoshosaha ini pasti dapat membantu mempertingkatkan perkembangan
perindustrian dan ekonomi negara. Dalam melaksanakan strategi sogoshosha ini,
perhatian hendaklah diambil agar kelonggaran cukai dan bantuan kewangan tidak
bercanggah dengan peraturan yang dikenakan oleh GATT dan negara-negara
pengimpot luar.

Memperkenalkan Rukun Negara.

Apabila menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak


mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan memperkenalkan rukun negara
untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di

47
Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk
mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa
dan agama. Konsep rukun negara yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya 
ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang
telah pun ada dan juga boleh dijadikan  pegangan masyarakat Malaysia.

Antaranya ialah:
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama.
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi.

Konsep rukun negara  terbahagi kepada lima iaitu :


1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara..
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan

d) Politik
Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional)

Setelah berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik


mula menyedari akan pentingnya bersatu dalam satu barisan yang
menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang
lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat
peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia
(MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik.
Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan
perpecahan politik serta sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971.

48
Rombakan politik ini  telah berjaya menampakkan hasil yang cukup
memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami
kepentingan perpaduan kaum.

Kesimpulan
49
Isu perpaduan tidak akan pernah selesai selagi Malaysia
merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Perbezaan
agama, budaya dan cara hidup yang berbeza akan menjadi satu penghalang
untuk mendekatkan jurang di antara satu kaum dengan kaum yang. Kita
sebagai rakyat Malaysia haruslah cuba untuk mendalami budaya setiap kaum
dan menjalankan hubungan yang erat supaya tidak ada jurang. Jangan
jadikan perbezaan sebagai penghalang untuk kita mencapai sebuah
perpaduan yang erat.
Kita haruslah bangga menjadi anak Malaysia. Bersatu dan
jadilah sebuah bangsa Malaysia yang gah di merata dunia. Jangan
mementingkan diri sendiri sehingga memalukan nama Malaysia yang kita
cintai ini.
Pihak kerajaan pula haruslah mengambil inisiatif untuk
membentuk perpaduan yang kukuh di Malaysia. Dasar kerajaan ini haruslah
dikuatkuasakan dengan serius dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam
sahaja. Usaha yang dilakukan haruslah menepati dengan masyarakat
mengikut peredaran masa. Hal ini bertujuan untuk memastikan perjuangan
pemimpin kita pada masa lampau dalam meraih kemerdekaan tidak menjadi
sia-sia.

50
51

Você também pode gostar