Você está na página 1de 2

Tajuk: Hubungan Usuluddin dengan isu-isu kontemporari

Kontemporari bermaksud pada masa yang sama,semasa atau sesama. Diantara isu-isu
kotemporari di Malaysia antaranya isu liberalism,sekularisme dan feminism.Liberal
bermaksud condong kepada kebebasan dam pemerintahan yang demokratik iaitu menentang
hak-hak istimewa kaum bangsawan,mereka berfahaman bebas,terbuka (tidak terkongkong
kepada sesuatu aliran pemikiran). Ini bermakna,golongan yang mengaku menganut fahaman
islam Liberal adalah golongan yang tidak terikat dengan mana-mana pandangan dan pendapat
serta aliran pemikiran yang terbuka dengan tidak merujuk mana-mana ulama’. Sekularisme
dalam Ensiklopedia Britania menyebut bahawa “sekularisme” adalah sebuah gerakan
kemasyarakatan yang bertujuan memalingkan dari kehidupan akhirat dengan semata-mata
berorientasi kepada dunia. Dalam Kamus Advanced,fahaman yang mempercayai bahawa
kehidupan duniawi ini tidak mempunyai kaitan dengan ajaran agama atau keagamaan. Antara
ciri-ciri Sekularisme ialah menyakini bahawa nilai-nilai islam harus dibezakan dari nilai-nilai
kehidupan dunia dalam seluruh aspek. Selain itu,mengangap bahawa segala istitusi politik
yang ada pada peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan tradisi, tidak
berhubungan nilai-nilai syar’i.malahan penerapan syariat islam akan merugikan pemeluk
agama non-muslim dan kerananya menjadi ancaman kepadanya. Selain itu,ia juga
menganggap bahawa syariat Islam itu terbelakang,primitif dan ketinggalan
zaman.Sekularisme juga bercirikan menyebar fahaman-fahaman keraguan terhadap islam
untuk kepentingan politiknya sendiri dan menggayang gerakan-gerakan kebangkitan Islam
dengan berbagai cara. Di dalam konteks Negara kita Malaysia,golongan yang ingin
menyamakan semua fahaman agama dalam satu platform atau wadah ialah “Rancangan
pembentukan dan penubuhan Interfaith Relegions atau lebih dikenali dengan nama IFC”.
Diantara tuntutan IFC ialah seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa tidak mengharuskan
secara terus menjadi orang Islam. Seterusnya orang bukan Islam yang telah memeluk agama
Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka(murtad) dan
tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Selain itu, sebarang kes pertukaran agama
orang Islam atau bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah Syariah tetapi
dikendalikan oleh mahkamah civil. Mereka juga menuntut supaya tidak perlu dicatatkan di
dalam kad pengenalan seseorang muslim bahawa dia beragama Islam dan berbagai lagi
tuntutan mereka yang dilihat lebih kepada meruntuhkan Islam. Manakala Feminisme pula
ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya
berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh kaum lelaki.Gerakan
feminisme di Malaysia kuat dipengaruhi oleh gerakan feminisme di Barat, lebih bermotif
reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini didukung oleh wanita elit dan
menengah atasan yang berpendidikan tinggi. Mereka begitu tertarik kepada gerakan
feminisme di Barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak
kemanusiaan, hak wanita, liberalisasi kaum wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat
pada kepentingan dan pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita.Fahaman feminisme
sudah muncul di Malaysia seperti kewujudan kumpulan Sister In Islam(SIS) yang dahulunya
didirikan oleh Amina Wadud kini telah mempengaruhi wanita dan tokoh-tokoh negarawan
Malaysia.

Kesimpulannya fahaman-fahaman liberalism,sekularisme dan feminism memberi kesan


kepada pemikiran masyarakat yang mana dapat melemahkan keimanan dan mengoyangkan
akidah. Selain itu memberi kesan kepada sosial menyebabkan berlaku keruntuhan
akhlak,berleluasa gejala negatif. Dan juga kesan kepada politik,ekonomi dan perundangan
negara dengan berlakunya penggantian undang-undang Islam kepada system perundangan
barat.

Você também pode gostar