Você está na página 1de 11

AHMAD FAUZI BIN AHMAD HBAE1403

SMP MOD PEDALAMAN KOHORT 2

SOALAN TUGASAN (PEDALAMAN)

i. Penjelasan bagaimana penerokaan alat, media dan teknik sepanjang proses


menggambar dapat meningkatkan kreativiti murid berdasarkan ciri-ciri kreatif
yang dicadangkan oleh Viktor Lowenfeld.

Pengertian Kreatif
Apakah yang dimaksudkan dengan kreatif? Berdasarkan Kamus Dewan, kreatif
bermaksud satu kemampuan atau kebolehan untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu
idea asli serta mengembangkannya. Kreatif datang daripada bahasa Latin iaitu “creare”
yang membawa maksud “membuat”.

Ciri-ciri Kreativiti Individu


Terdapat pelbagai cara yang boleh dilaksanakan untuk melihat tahap kreativiti
seseorang murid. Berikut adalah beberapa ciri mengesan seseorang yang mempunyai
daya kreativiti yang tinggi. Sesebuah kreativiti itu boleh dilihat dengan melihat kepada
keupayaan seseorang untuk menghasilkan sesuatu idea yang baru dan asli. Idea-idea
kreativiti selalunya memperlihatkan keupayaan seseorang itu menjana idea yang biasanya
tidak masuk akal tetapi berguna.
Seseorang itu juga boleh ditakrifkan sebagai kreatif jika dia dapat membantu
dalam menyelesaikan masalah melalui cara yang dilihat sebagai alternatif. Orang yang
kreatif juga biasanya akan bersikap aneh kerana orang disekelilingnya tidak memahami
orang tersebut (orang yang kreatif).
Orang yang kreatif juga biasanya boleh meramal dan memikirkan kemungkinan-
kemungkinan yang akan terhasil daripada sesuatu tindakan. Contoh orang yang kreatif
adalah seperti orang yang pandai bermain chess. Selain daripada itu, orang yang kreatif
ini adalah orang yang dapat melihat sesuatu perkara luar daripada tabiinya. Ini adalah
kerana biasanya mereka mampu melihat sesuatu itu daripada sudut pandangan yang
berbeza dan memahami sesuatu perkara itu dengan lebih produktif.

~1~
AHMAD FAUZI BIN AHMAD HBAE1403
SMP MOD PEDALAMAN KOHORT 2

Penerokaan Bahan Dalam Kegiatan Menggambar


Victor Lowenfeld telah menjelaskan bahawa terdapat 4 komponen utama dalam
proses pengukuran daya kreativiti seseorang murid. Komponen pertama dalam teori
beliau adalah kelancaran (fluency). Murid yang kreatif biasanya dapat menghasilkan
idea-idea yang spontan kerana dia dapat mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang
lain. Selain daripada itu, murid tersebut juga dapat memikirkan pelbagai kemungkinan
terhadap idea yang dipertengahkan selain dapat mengintegrasi kemungkinan-
kemungkinan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni Visual melalui kegiatan menggambar, daya
kreativiti seseorang murid dapat dipertengahkan dengan pemberian tajuk yang akan
memetik daya kreativiti mereka. Tajuk-tajuk yang diberi perlulah ada perkaitan terhadap
keguanaa bahan dimana murid akan diminta untuk memikirkan bagaimanakah cara untuk
menghasilkan karya melalui penerokaan bahan dan alat. Sebagai contoh, guru
memberikan meminta murid melakukan aktiviti menggambar melalui tajuk titisan. Murid
adakan diberikan bahan seperti kertas dan kotak sebagai alat. Murid perlu menggunakan
kreativiti mereka untuk memikirkan cara untuk membuat titisan dengan menggunakan
kotak.
Komponen kedua adalah fleksibel (flexability). Daya kreativiti seseorang murid
perlu diselangi dengan sikap bertolak ansur serta semangat bertoleransi. Daya kreativit
dapat dibentuk jika sikap itu dapat dibentuk dengan baik kerana murid akan dapat melihat
idea-idea orang lain dan secara tidak langsung dapat mengintegrasikan idea mereka
sendiri dalam menghasilkan satu idea yang asli dan baru. Murid juga perlu dapt
menyesuaikan diri serta bersedia untuk menghadapi cabaran dengan fikiran terbuka bagi
membentuk daya kreativiti yang lebih global. Pengaplikasian alat dan bahan dalam
kegiatan menggambar melalui semangat toleransi seperti membuat pemerhatian yang
"total" terhadap aktiviti rakan mereka akan membawa kepada penghasilan idea atau cara
yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah.
Komponen berikutnya adalah keaslian (originality) . Melalui penerokanan bahan
dan alat, murid akan dapat mencari idea yang baru dan asli. P&P Pendidikan Seni Visual
akan membentuk idea yang kreatif melalui bahan-bahan yang digunakan kerana melalui
alatan dan bahan tersebut, murid akan dapat mengalami pengalaman yang beru dalam
pembelajaran. Ini banyak membantu dalam mengkonstruk idea yang bernas dan baik.
~2~
AHMAD FAUZI BIN AHMAD HBAE1403
SMP MOD PEDALAMAN KOHORT 2

Yang berikutnya adalah kepekaan (sensitivity) iaitu keupayaan terhadap daya


kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya. Kebergantungan ini melalui penggunaan
bahan dan alat dalam seni visual akan membantu murid dalam membentuk kreativiti
kerana murid akan dapat melihat kegunaan bahan oleh rakan mereka yang seterusnya
akan membentuk idea yang lebih baik atau baru. Murid perlu mempunyai daya kepekaan
yang tinggi untuk menghasilkan daya kreativiti atau idea yang baru. Murid perlu
menggunakan segala deria mereka untuk membuat pengamatan terhadap alat dan bahan
yang digunakan oleh rakan-rakan mereka dalam aktviti menggambar bagi membentuk
idea mereka sendiri.
Dalam Pendidikan Seni Visual melalui kegiatan menggambar, murid diajar untuk
berfikir secara kreatif dan kritis melalui beberapa proses berfikir dan bertindak seperti
mengenalpasti masalah iaitu menentukan keperluan, lakaran situasi atau masalah. Murid
juga per menjelaskan tentang perkara utama dan limitasinya serta persoalan yang perlu
dijelaskan. Daya kreativiti dapat diperlihatkan melalui idea dan cara penyelesaian iaitu
melalui lakaran beberapa idea dan penyelesaiannya. Kreativiti dapat diperkembangkan
dengan membuat perincian idea bersama lakaran dan huraian. Kemudian, dengan idea
yang telah dikenal itu cartakan aktiviti atau produksi diperlukan pada peringkat ini.
Representasi melalui foto atau lakaran visual akan menjelaskan persepsi kreativiti
tersebut. Kemudian, langkah yang berikutnya dalah dengan membuat dengan mengikuti
proses dan teknik, membuat percubaan dan penilaian bagi mendapatkan pembandingan
terhadap spesifikasi asal (senarai fungsi), membuat catatan permasalahan yang timbul,
mencuba lagi untuk mendapatkan kepastian dan seterusnya membuat rumusan.
Terdapat banyak pendapat menyatakan bahawa pendidikan yang berkesan
sepatutnya dilakukan secara bersepadu iatu dengan memenuhi tuntutan pembelajaran
murid mengikut urutan, analisis logik dan kemahiran mengaplikasi ilmu seni. Kaedah
P&P yang berlandaskan kepada suasana keriangan dapat membangkitkan semangat ingin
tahu dan ini akan membantu dalam pembentukan kreativiti. Alatan dan bahan adalah
sebagai alat bantuan dalam pembentukan tersebut. Melalui pendekatan yang terancang
dan tersusun serta yang berlandaskan objektif pencapaian , ekspresi kreatif, penggubahan,
penghasilan dan persembahan, persepsi estetik, pertimbangan estetik, warisan budaya
kraf, dan seni tampak akan dapat ditonjolkan dengan lebih baik dan berkesan. Lantas ini
akan membantu dapat merealisasikan objektiviti FPK melalui subjek Pendidikan Seni.
~3~
AHMAD FAUZI BIN AHMAD HBAE1403
SMP MOD PEDALAMAN KOHORT 2

Strategi Merangsang Kreativiti Individu


Terdapat pelbagai cara untuk meransang dayaykreativiti seseorang murid. Antara
cara yang dapat dilakukan adalah melalui kaedah sumbangsaran.Guru PSV boleh
mengunakan kaedah ini bagi mengalakkan pemikiran yang kreatif. Untuk mendapat
impak yang maksimum, guru perlu mengelak membuat sebarang penilaian semasa proses
awal dan semuaidea perlu diterima kerana ini akan dapat membantu memberi motivasi
secara instrinsik kepada murid. Idea tidak boleh dijadikan milikan seseorang atau
kumpulan. Jika ini berlaku, pembentukan idea yang lebih kreatif akan terbantut kerana
murid akan hilan gmotivasi untuk menjana idea mereka. Guru kemudian perlu
menjelaskan kepada murid bahawa idea yang baik boleh diperkembangkan menjadi lebih
baik daripada idea asal. Motivasi secara ekstrinsik juga perlu untuk memberi "push"
kepada murid untuk membentuk idea yang luar daripada kotak (out of the box thinking).

~4~
AHMAD FAUZI BIN AHMAD HBAE1403
SMP MOD PEDALAMAN KOHORT 2

SOALAN TUGASAN (PEDALAMAN)

ii. Huraian perbezaan dan keistimewaan TIGA tahap aktiviti cetakan yang boleh
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual sekolah rendah.

Terdapat 3 tahap dalam aktiviti mencetak. Ianya adalah Tahap Permulaan, Pertengahan
dan Lanjutan. Perbezaan tahap ini dapat dilihat daripada aktiviti-aktiviti, alatan atau
media yang digunakan dan juga keistimewaannya.

Pada Tahap Permulaan, antara aktiviti percetakan atau aktiviti cetakan yang boleh
dijalankan adalah cetakan jari, cetakan tumbuh, cetakan dari renyukan kertas, cetakan
dakwat, cetakan span dan cetakan krayon. Alatan atau bahan yang digunakan pada tahap
ini adalah seperti kertas lukisan, ‘stamp pad’ (biasanya untuk cetakan menggunakan jari),
daun, kayu (permukaan yang lembut dan berjalinan), bunga, sayur-sayuran, tisu, span,
krayon, pebagai warna (yang membolehkan cetakan) serta bahan-bahan ada permukaan
rata tetapi berjalinan. Keistimewaan bagi tahap ini adalah alat dan media ini sangat
mudah diperolehi. Kebanyakan barang yang digunakan dapat dicari atau dapat
diimprovasi kepenggunaannya. Bahan dan isi pengajaran ini dapat mempermudahkan
P&P bukan sahaja untuk murid tetapi untuk guru juga. Tahap ini dapat membantu murid
berasa lebih selesa dan berkeyakinan terhadap bahan yang digunakan.

Pada tahap berikutnya iaitu Tahap Pertengahan pula, cetakan yang terlibat adalah
cetakan tanah liat, cetakan plastisin, cetakan kentang, cetakan tali, cetakan blok getah,
cetakan duo, cetakan stensil serta cetakan mono. Cetakan-cetakan ini memerlukan murid
melakukan sedikit pemikiran yang kreatif bagi penghasilan karya cetakan yang cantik.
Alat dan media cetakan yang terlibat dalam tahap pertengahan ini adalah seperti tanah
liat, plastisin, warna cetakan (mural, poster, pastel) berus, kertas lukisan, tumbuhan yang
boleh diukir (kentang, ubi), pisau, kadbod, gam, tali, krayon, penggelek, dakwat, minyak
lino, dan lain-lain lagi. Bahan-bahan lain yang boleh digunakan perlulah bersesuaian
dengan tahap murid. Pada tahap ini, keistimewaannya adalah murid dapat melakukan
eksplorasi, memanipulasikan alatan dan kemahiran. Tahap ini juga dapat merangsang
daya kreativiti murid untuk menghasilkan karya yang mempunyai nilai estetika yang
tinggi.
~5~
AHMAD FAUZI BIN AHMAD HBAE1403
SMP MOD PEDALAMAN KOHORT 2

Pada Tahap Lanjutan pula, cetakan yang terlibat adalah cetakan lino, cetakan
skrin, atau stensil (yang lebih sukar) dan cetakan menggunakan blok kayu atau "printing
block". Sebelum membuat cetakan, manipulasi bahan amat penting kerana bentuk
cetakan yang ingin dihasilkan biasanya kompleks dengan menggunakan bentuk-bentuk
yang pelbagai. Alatan dan media yang digunakan adalah seperti foam polisterin (boleh
menggunakan polisterin "cutter" untuk memotong), pisau atau objek tajam, dakwat pekat,
kertas keras, blok kayu, silk skrin, item stensil, pemotong stensil dan lain-lain yang alat
yang bersesuaian untuk tujuan cetakan. Keistimewaan bagi tahap ini adalah murid dapat
membuat eksplorasi dan terhadap bahan yang digunakan bagi tujuan manipulasi
kemahiran. Selain itu, taha ini dapat membantu memperkembangkan tahap kreativiti
murid selain menghasilkan karya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

~6~
AHMAD FAUZI BIN AHMAD HBAE1403
SMP MOD PEDALAMAN KOHORT 2

SOALAN TUGASAN (PEDALAMAN)

iii. Analisis dua hasil karya berdasarkan skemata tampak kanak-kanak bagi
pembelajaran seni visual.

~7~
AHMAD FAUZI BIN AHMAD HBAE1403
SMP MOD PEDALAMAN KOHORT 2

~8~
AHMAD FAUZI BIN AHMAD HBAE1403
SMP MOD PEDALAMAN KOHORT 2

Berdasarkan skemata tampak di atas, seni ini adalah dikategorikan sebagai


kelompok peringkat skematik. Besar kemungkinan lukisan yang di lukis ini dihasilkan
oleh seorang kanak-kanak yag berumur antara 7-9 tahun kerana biasanya, kanak-kanak
akan melukis figura dirinya sendiri. Dia dilihat melukis gambar yang menarik
perhatiannya seperti gambar lori yang berwarna biru serta gambar seperti seekor ayam
sebagai binatang kesayangannya. Lukisan berbentuk geometri seperti bulatan pada roda
tayar masih tidak dapat digambarkan secara tepat lagi kerana faktor umurnya yang masih
diawal kanak-kanak. Selain daripada bentuk bulat, bentuk segiempat, segi tiga serta asas
jalinan-jalinan dapat dilihat. Kaki figura pada skemata itu juga kelihatan tidak berkasut.
Kanak-kanak ini mungkin cuba menunjukkan perlakuannya pada hari biasa.

Hasil
karya kedua
ini pula

memperlihatkan penghampiran peringkat realisme iaitu berkemungkinan lukisan yang


dihasilkan oleh seseorang yang berumur antara 9-12 tahun. Lukisan yang dihasilkan ini
kelihatan seperti abstrak dan ini berkemungkinan menunjukkan perasaan pelukis ini Pada
peringkat ini, kanak-kanak telah mula menyedari tentang kepentingan diri mereka serta
perasaan yang terkandung dalam dirinya. Cuba lihat 4 kotak yang terlukis seperti figura.
Berkemungkinan figura yang diperlihatkan ini adalah keluarga atau rakan-rakannya.
Ruang yang digunakan dalam seni tampak ini menunjukkan bahawa kefahamannya
terhadap ruang telah kelihatan. Tindihan objek dan jalinan kelihatan seperti tindih-
menindih. Objek tidak lagi diletakkan berselerakan tetapi ruang digunakan sebaiknya.

~9~
AHMAD FAUZI BIN AHMAD HBAE1403
SMP MOD PEDALAMAN KOHORT 2

Warna yang digunakan mungkin berdasarkan warna objek-objek sebenar seperti hijau
menggambarkan pokok, biru untuk air atau awan dan sebagainya.

BIBILIOGRAFI

http://zaman88.blogspot.com/

http://www.scribd.com/

http://sdpazizah.blogspot.com/

Zailani Yaacob & Azimah A. Samah. (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual.
Shah Alam : Fajar Bakti.

Herberholz, Donald & Herberholz, Babara. (2002) Artwork for elementary school
teachers: Developing Artistic and perceptual awareness, New Jersey: McGraw-Hill.

~ 10 ~
AHMAD FAUZI BIN AHMAD HBAE1403
SMP MOD PEDALAMAN KOHORT 2

~ 11 ~

Você também pode gostar