Você está na página 1de 2

Adab Pergaulan

Berbicara dengan orang perseorangan atau awam sama ada secara langsung atau
melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik dan lain-lain mempunyai tatacara
dan adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang
menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu
yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang
besar pahalanya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna
bagiya.'
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan
tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.

Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya:
'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam
solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.'
(Surah al-Mukminun : 1-3)

Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka
daripada kuda liar yang dibiarkan diam.

Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu
kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin
engkau akan selamat daripada dosa.

Kedua: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui


saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting
baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-
hal yang memalukan.

Ketiqa: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga
dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan
menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti
hatimu.

Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau
sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin
dimaafkan olehnya.

Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan
mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu
Abi Dunya).
Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah
yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa
kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan
adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Allah.

Sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?
name=Forums&file=viewtopic&t=15074

Você também pode gostar