Você está na página 1de 3

PERTANDINGAN FUTSAL PASCA PMR 2010

HASIL KERJASAMA KPSU DAN SMK TUNKU ABDUL RAHMAN (STAR)

1. PENDAHULUAN
Pertandingan Futsal PASCA PMR 2010 adalah salah satu program yang
dirancang khas bagi pelajar tingkatan tiga selepas mereka menduduki
peperiksaan PMR. Bagi menarik minat pelajar tingkatan tiga agar terus hadir
ke sekolah, adalah dicadangkan supaya sekolah merancang dan
melaksanakan program berbentuk riadah seperti ini. Bagi mengisi kehendak
mereka, maka perancangan untuk menganjurkan pertandingan serupa ini
bagi menarik lebih ramai remaja dan belia khususnya pelajar tingkatan tiga
seperti aktiviti menampilkan diri serta mengetengahkan bakat dan
kemahiran yang ada dalam pertandingan futsal.

2. TUJUAN
Tujuan program ini adalah untuk memastikan para pelajar yang tidak
hadir ke sekolah selepas menduduki peperiksaan tersebut terlibat dengan
pelbagai aktiviti yang kurang sihat serta cenderung melakukan jenayah.
2.1 Melahirkan generasi belia remaja yang aktif dalam bidang sukan di
Sarawak.
2.2 Menjalinkan hubungan dan interaksi dalam kalangan sesama pelajar
remaja dalam semangat berpasukan.
2.3 Memberi peluang kepada pelajar remaja yang mengisi masa terluang
mereka dengan sebaiknya.
2.4 Sebagai salah satu kaedah pendekatan ke arah pembentukan
semangat, ’Majulah Sukan Untuk Negara’.

3. GOLONGAN SASAR
Semua pelajar lelaki dan perempuan tingkatan tiga SMK Tunku Abdul
Rahman yang telah tamat menduduki peperiksaan PMR (256 orang).
Dianggarkan sebanyak 32 buah pasukan yang akan menyertai pertandingan
ini nanti.

4. TARIKH DAN TEMPAT


Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi dengan kerjasama
SMK Tunku Abdul Rahman amat berbesar hati untuk menjalankan program
ini seperti berikut:
Tarikh : 15 hingga 16 November 2010
Hari : Jumaat dan Sabtu
Tempat : Sports Planet Pending, Kuching.

5. PERLAKSANAAN
Bagi menjayakan program ini, satu jawatankuasa yang dipengerusikan
bersama oleh KPSU Bahagian Kuching dengan kerjasama SMK Tunku Abdul
Rahman ditubuhkan. Keahlian jawatankuasa adalah dalam kalangan
kakitangan KPSU dan guru-guru tingkatan tiga SMK Tunku Abdul Rahman.

6. ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk lampiran A.

7. KESIMPULAN
Diharapkan agar program ini akan dapat membentuk keperibadian
yang cemerlang serta mengasah bakat serta kemahiran dalam bidang
kesukanan terutama sekali dalam sukan permainan bola sepak ini. Justeru
itu, program ini akan dapat mewujudkan satu institusi sosial yang sihat serta
bebas dari gejala sosial. Semoga semua pihak berganding bahu untuk
mencapai objektif program ini dalam menuju ke arah merealisasikan
’Majulah Sukan Untuk Negara’.
Lampiran A.
ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM PERTANDINGAN FUTSAL PASCA PMR 2010
TARIKH : 15 DAN 16 NOVEMBER 2010

RM Tindakan
1. PENGANGKUTAN BAS (5 BUAH)
(daripada SMK Tunku Abdul Rahman 2000
KPSU
ke Sports Planet Pending) 2 hari.

2. TROFI, MEDAL DAN HAMPER


(tempat 1, 2, 3, dan saguhati) 960
KPSU

3. MAKANAN DAN MINUMAN


Sarapan (RM3 x 2 hari x 270 peserta & ajk) 1620 SMK
STAR
Tengah hari(RM5 x 2 hari x 270 peserta & ajk) 2700 SMK
STAR

JUMLAH BESAR ANGGARAN BELANJAWAN = RM 7280