Você está na página 1de 6

KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

KPM menubuhkan KWAPM pada tahun 2003 untuk membantu pelajar supaya tidak
tercicir daripada alam persekolahan akibat kemiskinan selaras dengan pelaksanaan
Dasar Pendidikan Wajib peringkat rendah di bawah seksyen 29A Akta Pendidikan
1996 (Akta 550) yang mewajibkan ibu-bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai
umur enam tahun.

Tabung KWAPM ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan
menghantar anak ke sekolah. Bantuan KWAPM ini dihulurkan secara khusus kepada
pelajar miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dari
semua bangsa dan agama dengan harapan mengelakkan keciciran, meningkatkan
tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.

JENIS DAN KADAR BANTUAN :

Bantuan Am
Bantuan Bulanan
Pelajar Sekolah Persekolahan*
RM25/RM50 bagi seorang murid
Rendah RM 200 bagi seorang pelajar
untuk tempoh 10 bulan
setahun

Bantuan Am
Bantuan Bulanan
Pelajar Sekolah Persekolahan*
RM30/RM60 bagi seorang murid
Menengah RM 300 bagi seorang pelajar
untuk tempoh 10 bulan
setahun
*Nota:
Meliputi bantuan pakaian seragam / bantuan yuran / persekolahan / peperiksaan /
bantuan peralatan persekolahan dan bantuan kecemasan.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KWAPM

Kriteria kelayakan bantuan KWAPM adalah seperti berikut:

a) Pelajar warganegara Malaysia di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah


Bantuan Kerajaan;
b) Pelajar yang Ketua Isi Rumahnya (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan
dikategorikan sebagai Miskin atau Miskin Tegar;

1
*MISKIN *MISKIN TEGAR
WILAYAH ISI ISI
PERKAPITA PERKAPITA
RUMAH RUMAH
Sem. M’sia 720 180 430 100
Bandar 740 185 420 100
Luar Bandar 700 160 440 100
Sabah & Labuan 960 200 540 110
Bandar 970 200 540 110
Luar Bandar 940 190 540 110
Sarawak 830 190 520 115
Bandar 860 190 530 120
Luar Bandar 810 190 500 110

* Jadual : Menunjukkan Jumlah Pendapatan Keluarga di bawah Pendapatan


Garis Kemiskinan (PGK) Nasional (Sumber dari : ICU, JPM)

c) Pelajar bukan penerima salah satu bantuan berbentuk kewangan seperti


Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa Sukan (BS), Elaun OKU
KPM, biasiswa kerajaan negeri, biasiswa swasta dan yayasan; dan
d) Pelajar Orang Asli / Penan (yang bersekolah di sekolah Orang Asli /
Penan).

AGIHAN PERUNTUKAN KWAPM 2003-2010

Setiap tahun sumber utama bagi Tabung KWAPM adalah daripada peruntukan
daripada kerajaan yang disalurkan terus ke tabung ini. Di mana setakat ini jumlah yang
tertinggi yang diterima KPM adalah berjumlah RM 400 juta bagi tahun 2009 dan tahun

2
2010. Semenjak penubuhannya pada tahun 2003 seramai 3,809,032 juta orang murid
sekolah rendah dan menengah telah menerima manfaat daripadanya.

TAHUN BIL PELAJAR PERUNTUKAN JUMLAH


DILULUSKAN BANTUAN
(RM/JUTA) (RM/JUTA)
2003 30,833 50 87.70
2004 103,698 200 124.73
2005 357,310 100 102.87
2006 545,386 200 181.58
2007 621,108 200 326.82
2008 743,019 300 406.622
2009 821,395 400 385.079
2010 (sehingga 586,283 400 139.956
9 Jun 2010)

JUMLAH 3,809,032 1,850 1,755.357

* Jadual : Agihan Peruntukan Tabung KWAPM mulai tahun 2003 hingga 2010

Sumber kewangan kedua terbesar bagi Tabung KWAPM adalah daripada sumbangan
badan-badan korporat dan individu perseorangan. Oleh yang demikian pelbagai aktiviti
promosi telah dijalankan untuk tujuan menarik perhatian badan-badan korporat dan
individu perseorangan untuk tampil ke hadapan untuk menghulurkan sumbangan dan
pada masa yang sama berupaya memberikan kesedaran kepada masyarakart umum
mengenai pentingnya kewujudan Tabung KWAPM ini. Di antara aktiviti promosi yang
dijalankan adalah menyertai Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pelajaran
Malaysia, Karnival Pendidikan dan Kerjaya 2009 di Pagoh, Muar Johor, Perak
Education Expo 2009 di Ipoh Perak, menganjurkan Karnival Tabung Kumpulan Wang
Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2009 dengan kerjasama PUSPANITA dan MESCA
KPM dan yang terbaru adalah menyertai Karnival Pendidikan Melaka 2010 bertempat di
Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka.

3
*

Gambar sekitar program promosi Tabung KWAPM

Jumlah Kutipan
Bil Aktiviti
Dana (RM)
Majlis Perasmian Jaringan Keselamatan, di Teluk Intan
1 282.00
Perak pada 2 March 2009
Karnival Hari Bertemu Pelanggan KPM, di Perlis pada
2 552.85
24 March 2009
Perhimpunan UMNO di PWTC Kuala Lumpur pada 30
3 4,488.00
March 2009
Karnival Tabung Pelajar Miskin (KWAPM) Anjuran
19,850.00
4 Bersama Bkew dengan PUSPANITA KPM dan MESCA
pada 8 Ogos 2009
Karnival Hari Bertemu Pelanggan KPM, di Kuching
5 1,000.00
Sarawak pada 3 & 4 Oktober 2009
Perhimpunan Agung UMNO di PWTC Kuala Lumpur
6 7,341.25
pada 13 hingga 16 Oktober 2009
Karnival Pendidikan dan Kerjaya Edufest@Pagoh
7 Anjuran Sekretariat Pendidikan Pagoh di Muar, Johor 2,061.85
pada 24 hingga 25 Oktober 2009
Perak Education Expo 2009, di Stadium Indera Mulia
8 619.00
Ipoh, Perak pada 18 hingga 20 Disember 2009.
Kutipan Tabung KWAPM di Kolej Kejururawatan dan
9 Kesihatan Masterskill, Kampus Ipoh pada 20 Februari 654.00
2010
4
Jualan Barangan Terpakai KWAPM Sempena
10 Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA KPM pada 23 596.40
Februari 2010
Karnival Pendidikan Melaka 2010 pada 4 hingga 5 Mac
11 2010, di Melaka International Trade Centre (MITC), 2,054.90
Ayer Keroh Melaka.
Kutipan Tabung KWAPM @ Kaunter Khidmat Pelanggan
12 605.42
KPM pada 9 Mac 2010
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 40,105.67

* Jadual: Menunjukan aktiviti promosi Tabung KWAPM yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2009 hingga 2010

Setakat ini syarikat PETRONAS telah muncul sebagai antara syarikat yang konsisten
memberikan sumbangan kepada Tabung KWAPM dengan jumlah keseluruhan
sumbangan mulai 2007 sehingga ke hari ini adalah RM7 juta. Keprihatinan PETRONAS
dalam menghulurkan sumbangan bagi program-propgram berbentuk pendidikan pada
tahun ini telah berjaya menarik perhatian syarikat-syarikat lain untuk turut sama
membantu kementerian khususnya dalam usaha menambah dana Tabung KWAPM, di
mana sehingga Jun 2010 sejumlah RM 95,600.00 lagi berjaya dikutip bagi mengisi
dana tabung berkenaan. Antara syarikat yang tampil menghulurkan sumbangan adalah
Purnama Bersatu Sdn Bhd, Johawaki Sdn Bhd, Wadah Emas Sdn Bhd, Ramaco Sdn
Bhd, GITN Sdn Bhd dan ramai lagi.

5
*Gambar: Majlis Penyerahan Sumbangan PETRONAS kepada Tabung KWAPM sewaktu
berlangsungnya Majlis Perutusan Tahun Baru 2010 KPM di PICC, Putrajaya.

Você também pode gostar