Você está na página 1de 8

Fatamorgana dan Cinta

Oleh : Kerol Lumampou


Kali ini izinkan saya menulis tentang cinta orang tua. Mungkin ini berguna bukan hanya untuk
orang tua, tetapi juga orang muda. Sejak
kebelakangan ini  terasa benar usia telah senja.
Ketika melihat dan mengurut badan ayah yang
telah tua baru-baru ini, saya mudah letih.

Barulah saya sedari bahawa yang mengurut (saya


sendiri) rupa-rupanya telah tua. Ya Allah, semakin
tawar kemanisan dunia di lidah, mata, telinga dan
seluruh panca indera ku. Jemputan untuk pulang
mula mengimbau…

Inilah hakikat dunia. Yang halalnya dihisab, yang


haramnya diazab. Segalanya bagaikan
fatamorgana jika tidak dijadikan ibadah dan dijadikan alat untuk meraih taqwa.
Kemanisannya… sebentar cuma.

Bagaikan semalam keremajaan ku yang telah berlalu. Bagaikan sedetik keindahan yang diburu
dulu. Ya Allah, kurniakan kami hati yang mudah dibawa kepada MU. Jangan bebankan kami
lagi dengan ujian keindahan-keindahan fatamorgana yang telapun menipu kami berulang-
ulang kali.

Ya Allah kami menyerah pasrah. Jangan dibiarkan pengawasan dan pemantauan diri ini
kepada diri kami sendiri. Jangan, jangan walaupun sekelip mata wahai yang Maha Pengasih.
Mungkin tulisan ini akan lebih lama bertahan daripada penulisnya. Entah yang dibaca lebih
lama berkekalan daripada pembacanya.

Namun, detik yang ada ini aku ingin berkongsi rasa. Rasa yang datang daripada melihat dan
mendengar… Janganlah hendaknya kita  MEMBURU CINTA FATAMORGANA...

15
Kecuali mati dan tua, itu sahaja yang tidak boleh dielakkan oleh manusia. Keduanya pasti datang
dalam hidup kita. Semua manusia pasti mati. Tetapi tidak semua manusia berkesempatan
mencecah usia tua. Jika dilihat kepada jumlah keseluruhan manusia di dunia, ramai yang muda
daripada yang tua. Itu petanda apa? Ya, ramai yang tidak sempat tua, masih muda tetapi sudah
mati. Jadi kalau kita sempat tua, bersyukurlah, Allah telah mengurniakan kita nikmat yang jarang
diberikan kepada manusia lain.

Walaupun tua, kita tetap punya hati. Dan selagi kita punya hati, selagi itulah ada cinta. Dalam satu
hati tidak boleh ada dua cinta, setua mana pun kita pasti ada satu cinta yang bersemi dan
mendominasi di dalam hati. Apakah cinta yang seharusnya ada di dalam hati wanita atau lelaki
tua? Tentulah cinta Allah. Sebab semakin tua ertinya semakin dekat perjalanan kita menuju Allah.
Kematian itu ertinya pulang menemui Allah. Dan itu juga pulang menemui cintanya yang sejati
dan abadi.

Justeru, apabila usia telah tua, semua nikmat yang bersifat lahiriah dan fizikal mula dicabut
sedikit demi sedikit dan secara beransur-ansur. Nikmat makan, nikmat sihat, nikmat tidur,
nikmat melakukan hubungan seks dan lain-lain lagi menjadi semakin menurun. Walaupun cuba
dipertahankan dengan ubat, makanan tambahan, rawatan, senaman dan usaha-usaha yang lain,
tua tidak dapat dielakkan. Ia hanya dapat diperlahankan. Ini sunnatullah yang tidak dapat
diubah-ubah.

Mengapa Allah takdirkan begitu? Tentu ada hikmahnya. Segala kemanisan dan kelazatan dunia
mula dicabut perlahan-lahan menjelang usia tua agar manusia beransur-ansur beralih kepada
kelazatan rohaniah pada episod-episod terakhirnya dalam hidup. Seolah-olah manusia ‘dipaksa’
menumpukan fokus hatinya untuk mencintai Allah. Semua ‘kesayangan’ kita sudah diambil, maka
usah berpaling lagi daripada Allah. Rebut dan nikmati cinta-Nya sebagai bekalan di akhirat nanti.

Apabila kelazatan dunia semakin hambar dan tawar, itu petanda detik berpindah ke
akhirat sudah dekat. Sediakan bekalan dengan cepat!

Inilah sudut pandang yang patut ada di dalam setiap hati orang tua. Kita segala-galanya menjauh,
datanglah mendekat kepada Allah. Kau tidak ada apa-apa lagi, kuatkan pecutan hati mu menuju
Ilahi. Jangan dilalaikan lagi oleh cinta-cinta yang lain.

Namun malang sekali kalau di usia senja masih memburu cinta fatamorgana. Ada yang kembali
memburu cinta yang tidak sampai pada usia mudanya dahulu. Sudah beranak, telah bercucu,
15
tetapi hatinya si datuk dan si nenek ini kembali mengimbau nostalgia cinta hampa pada zaman
remaja. Dulu kononnya terpisah kerana berbeza darjat, disekat oleh orang tua, berpindah tempat
dan sebagainya… lalu masing-masing bertemu dengan jodoh masing-masing. Bercinta,
berkahwin, beranak dan bercucu.

Tiba-tiba kekasih lama muncul semula. Mungkin menerusi pertemuan yang tidak disangka dan
dijangka. Atau setelah bersungguh-sungguh ‘search’ lewat laman sosial Face Book, Twitter dan
sebagainya. Dan cinta berbunga kembali. Uban di kepala si datuk dilihat bagaikan mahkota oleh si
nenek. Kedutan wajah si nenek dilihat manis dan memikat oleh si datuk. Lalu berlakulah antara
mereka hubungan cinta terlarang. Keduanya jadi mabuk cinta dan ada yang terjerumus ke lembah
cinta yang curang dan haram.

Cucu-cucu tidak dihiraukan lagi. Anak-anak terpinggir. Ini semua gara-gara memburu cinta
fatamorgana pada usia senja. Nostalgia lama diputar kembali untuk membuahkan realiti masa
kini yang penuh cinta. Nenek dan datuk jadi asyik maksyuk. Ah, malu sekali bila mereka
mengambil kesempatan ‘berdating’ sewaktu sama-sama menghantar cucu di sekolah atau
berbalas-balas pesanan ringkas (sms) secara maraton di tengah malam atau menjelang dinihari.

Sungguh bijak syaitan menipu. Angkara dan strateginya tidak pernah berhenti. Sentiasa kaya
dengan inovasi dan kreativiti. Hanya bermodalkan cinta yang ‘dikitar semula’ dia masih memburu
untuk menyesatkan manusia. Mata si datuk yang seharusnya sudah merasakan kesejukan wuduk
dan ketenangan solat, sudah dilekakan untuk mengerling si nenek kekasih lamanya. Masa untuk
menatap al Quran semakin luput apabila asyik berpaut di skrin telefon bimbit untuk membaca
‘ayat-ayat’ cinta yang masih berbisa.

Ini bukan cerita yang diada-adakan. Tetapi cerita yang benar-benar berlaku bahana cinta
sumbang pada usia senja. Cucu-cu jadi resah. Anak-anak menggelengkan kepala. Namun, nenek
atau datuk ini, tidak menyedarinya atau telah sedar, tetapi kerana cinta semuanya tidak
dipedulikan lagi. Memang cinta itu buta… bukan sahaja pada remaja yang matanya masih terang,
tetapi juga untuk si tua yang matanya hampir buta!

Dunia menipu. Cinta memperdaya. Apa yang dilihat indah hanyalah umpama fatamorgana. Panas
yang membahang disangka air. Lalu kita berebut-rebut mengejarnya. Nampak indah dari jauh,
tetapi bila didekati kosong makna, kontang rasa. Begitulah cinta terlarang pada usia senja.

15
Pada yang mendapatnya (tentu sahaja terpaksa membeli dengan harga yang mahal – yakni
dengan meninggalkan isteri, anak-anak dan cucu-cucu), terasa sia-sia. Ah, pesona cinta tetap
sama. Jika diburu berdasarkan nafsu percayalah… selagi belum dapat memang indah, tetapi bila
sudah dapat, segala-galanya akan pudar. Apa yang diburu akan menjemukan bila sudah dalam
genggaman.

Bila terjadi demikian hendak berpatah balik? Ah, air tempayan sudah dicurahkan tetapi guruh
yang kedengaran berdentam-dentum sebelumnya, tidak langsung menurunkan hujan seperti yang
dijangkakan. Pada waktu itulah jiwa yang lara akan menyebabkan diri menjadi lebih tua daripada
sebelumnya. Kaki yang menggeletar yang tidak dirasakan dulu (semasa dilamun cinta) jadi
tambah kronik. Langkah jadi capik. Semuanya menjadi kendur dan luntur semula. Paras cinta
menurun, paras gula dan kolesterol yang sedia ada pula naik memuncak.

Pada yang muda jangan tersenyum. Ini bukan cerita mereka yang telah tua sahaja tetapi juga
untuk anda yang muda. Ingat, kebaikan yang mampu kita lakukan pada usia tua hanyalah
momentum yang dibina sejak usia muda. Dan begitulah dengan kejahatan. Siapa yang rajin
beramal ibadah sewaktu muda, kerap-kali akan mewarisi tabiat yang baik itu apabila telah tua.
Jadi rajinlah dan istiqamahlah dengan membuat kebaikan, mengerjakan solat, membaca al Quran
sekarang, agar hati itu terisi… bukan sahaja kini tetapi nanti. Jangan ‘disantau’ oleh cinta
fatamorgana pada usia tua.

Bagi remaja yang asyik memburu cinta terlarang sekarang ini, beringat-ingatlah. Jangan kita
terpaksa memburu cinta palsu hingga ke akhir hayat. Kita akan diletihkan, ditipu dan
dihancurkan oleh cinta itu berkali-kali. Usia muda terbuang, usia tua tersia-sia. Jangan begitu,
orang mukmin tidak akan jatuh dalam lubang sama dua kali. Jika anda terus dibuai cinta palsu
dan konon ‘bahagia’ dengan itu, insya-Allah anda akan disengat bisa cinta fatamorgana dua kali.
Syaitan akan menggunakan senjata yang sama untuk memperdayakan kita kerana di situlah
kelemahan yang kita suburkan sejak pada usia remaja lagi. Manusia tidak akan lebih memburu
cinta. Itu hakikatnya. Alangkah malangnya jika yang diburu tanpa jemu itu hanya kebatilan?

Jika ditanya, mengapa ada cinta yang sehodoh dan sebodoh ini? Jawabnya mudah, cinta itu
mengikut keadaan hati seseorang. Lebah akan menyeri sari pati bunga. Lalat akan menghurung
bangkai. Jika hati itu terisi dengan cinta Allah, ia akan mencari dan memburu kebaikan. Tetapi
jika hati itu terbiar kosong atau terisi oleh kebatilan, maka ia akan memburu kejahatan.

15
‘Retua’ yang memburu cinta terlarang adalah mereka yang kosong jiwanya. Di dalam hatinya
belum ada kemanisan iman. Lalu ia mencari dan terus mencari. Allah tidak mengumpulkan dua
cinta dalam satu hati. Akhirnya kekosongan itu diisi oleh cinta palsu. Bila makanan yang lazat
tidak lagi memberangsangkan, bila tidur sudah diganggu insomnia, bila rangsangan naluri seksual
tidak bergetar lagi, hati yang kosong akan bertambah kosong. Sunyi, sepi, sayup-sayup ada suara
yang berdetak di hati, “ah, rumah kata pergi, kubur kata mari…”

Ah, tidak sudi dia ke sana. Takut dan benci mati. Lalu dalam keadaan terpinga-pinga syaitan
membisikkan cinta lama. Ke sana kau, burulah kebahagiaan itu selagi usia masih ada! Lalu
dengan mata yang kabur, uban yang bertabur dan tenaga yang sudah mengendur itulah si tua
terus memburu cinta dengan keinginan yang membara dan menyala-nyala. Tanpa disedari yang
diburunya itu hanyalah tipuan syaitan pada minit-minit terakhir dalam hidupnya!

Bila usia telah tua… ertinya Allah telah memanggil. Bersedialah untuk pergi. Pergi bukan untuk
berpisah tetapi untuk bertemu-Nya. Di sana ada cinta yang lebih bahagia dan lebih sempurna.
Jangan terkesima lagi dengan cinta fatamorgana!

15
Antara dua cinta Mimpi itu terasa 1001 malam lamanya
Mimpi cinta. Cinta. Dan cinta
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan Aku, mimpi, impian, dan fatamorgana cinta

Nikmat yang dikecap Aku dan Cintaku

Baru kan terasa bila hilang Berdua di taman nirvana

Apa yang diburu timbul rasa jemu Dimulai dr cerahnya mentari

Bila sudah di dalam genggaman Di akhiri dgn terbenamnya Fajar


Berputar sprti itu tujuh kali
Dunia ibarat air laut Hanya Aku dan Cintaku
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fata morgana di padang pasir Fatamorgana cinta
Panas yang membahang disangka air Ilusi impian di dlam mimpi
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang Begtu indahnya dirasa
Dilihat ada ditangkap hilang Berharap aku tidur selamanya
Agar aku tidak meninggalkan cintaku
Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hati ku
Impian
Kerana di situ tidak ku mampu
Utuk mewujudkan mimpi itu
Mengumpul dua cinta
Tp rasanya seperti api dan air

Hanya cinta Mu yang ku harap tumbuh Aku tidak bsa memaksakan impianku

Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh Seperti menggenggam pasir


Jgnlah trlalu kuat, pasir itu akan tumpah dr
Mimpi tanganmu
Mimpi indah dlm tdur yg nyenyak Sabar, Tegar, kucoba utk mewujudkan impian itu
Mimpi dan sebuah impian
Mimpi dgn sebuah cinta
Fatamorgana Cinta
Aku dan Impianku
Aku bermimpi bersama cinta
Berada dalam mimpi
Indah sekali
Terasa hangat di hati Ku ingin tidur selamanya
Membawa tawa kesana kesini
Harum nya cinta mengharumi hati dan skitarnya

Mimpi itu sangat indah

15
Generasi Bangkit

Tak malukah kau anak muda?

Berteriak merdeka, tapi tak punya rasa

Lihatlah keluar...

Alih-alih merdeka, kita malah merana

Terlena harta, menutup mata

 Kita terjajah, kawan...

Oleh kemiskinan dan kebodohan

Terbuai tahta, ambisi tiada tara

Padahal bencana melanda, korupsi merajalela

Masa depan cerah menanti kita

Generasi muda, generasi bangkit

Yakinkan pada jiwamu:

Indonesia maju di masa depan!

Indonesia bangkit, sekarang!

Kita punya angan

Walau tak sedikit rintangan

Kita punya semangat

Meski hidup semakin berat

15
Aku, generasi muda

Berbekal cita, mengejar asa

Bertekad satu, bangkit Indonesia!

15

Você também pode gostar