Você está na página 1de 21

UNIVERSITY MALAYSIA SABAH

TP4053

Jelaskan maksud konsep Budaya Kerja Cemerlang. Sebagai seorang guru besar,
bagaimanakah anda dapat merealisasikan konsep ini dalam proses pengurusan dan
pentadbiran sejajar dengan maksud pengurusan kualiti dalam pendidikan?

1. PENGENALAN

1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘cemerlang’ dalam profesion keguruan?
Merujuk kepada petikan Buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang:

“Guru Cemerlang ialah Guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran
yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.”

Petikan ini member gambaran menyeluruh tentang peranan seseorang guru. Namun.
yang perlu diberi perhatian khusus dalam petikan ini ialah ‘cemerlang secara
berterusan’. Ini bermakana amalan kecemerlangan itu harus berterusan dan tiada titik
noktahnya. Kesinambungan amalan inilah yang menjadinya satu budaya kerja yang
boleh menyumbang kepada kejayaan pendidikan dalam Negara ini.

1.2 Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru, khususnya guru besar adalah antara
beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,
masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di
dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam
era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Guru
besar sebagai ketua dan pemimpin institusi sekolah yang disokong oleh golongan guru
hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke

1
semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi
Nasional.

1.2 Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang,
senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas
dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru dan guru besar ialah ketua pentadbir
sesebuah sekolah. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa
profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, adalah sama pentingnya. Inilah
intipati perbincangan ini.

2. INSTITUSI SEKOLAH SEBAGAI ENTITI UNTUK MERUBAH KEHIDUPAN


MASYARAKAT

2.1 Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting dalam
merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah
penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita
menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Dengan yang
demikian tidak hairanlah kalau isu pendidikan tetap dibincang oleh masyarakat, walau
apa pun bentuk dan taraf seseuatu masyarkat itu. Negara tidak akan maju tanpa sistem
pendidikan yang berkesan, bermula dari peringkat yang paling asas hingga ke peringkat
yang paling tinggi, dan dalam sistem ini kejayaan seseorang guru besar sebagai ketua
pentadbir sekolah amat bergantung kepada amalan konsep Budaya Kerja Cemerlang.
Misalnya kalau sistem dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya
lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh
kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Negara hanya
tinggal terukir di pejabat atau di bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah
semata-mata. Oleh yang demikian untuk menzahirkan wawasan pendidikan negara,
perlulah segenap pihak yang memikul tugas dan tanggungjawab menerima tugas
dengan penuh amanah dan ikhlas. Terutama sekali sebagai seorang guru besar yang
bertanggung jawab secara langsung di sekolahnya. Di sinilah timbulnya konsep Budaya
Kerja Cemerlang.

2
2.2 Hari ini ramai juga orang memperkatakan tentang kewibawaan guru besar di sekolah.
Macam-macam pendapat dan pandangan yang diberikan oleh mereka. Seolah-olah
seseorang guru besar sahaja yang memainkan peranan tanpa dikaitkan dengan
persekitaran dan sosio-budaya masyarakat setempat. Walaupun banyak elemen yang
berkaitan dengan perkembangan pendidikan seeorang pelajar, tetapi kalau masing-
masing mengetahui dan menginsafi tetang tugas dan tanggungjawabnya, Falsafah
Pendidikan Negara akan terlaksana dan sekolah dan negara akan dapat menuju ke satu
era kecemerlangan ilmu dan pembangunan negara akan berlaku secara seimbang di
antara, emosi, jasmani, rohani dan intelek. Untuk itu, aspek amalan budaya kerja
cemerlang adalah amat penting. Di sinilah juga tugas dan tanggungjawab seorang guru
besar dalam mencapai tugas dan matlamat itu dapat dinilai.

3. PERANAN GURU BESAR DALAM MEREALISASIKAN BUDAYA KERJA


CEMERLANG DI SEKOLAH

3.1 Sesebuah organisasi, termasuklah sesebuah sekolah, sama ada besar atau kecil saiznya,
perlu dibangunkan mengikut kemampuan sendiri. Tugas membangun amat memerlukan
kepada wujud budaya kerja cemerlang, kerana inilah yang akan menjadi salah sat factor
yang akan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah itu sendiri dan inilah juga sala
satu tanggungjawab seseorang guru besar sebagai ketua pentadbir dan juga sebagai
pemimpin. Budaya kerja cemerlang ini dapat diuku dengan membuat penilaian presatsi
guru-guru dan kakitangan sekolah. Ini amat bergantung kepada sumbangan setiap
individu di sekolah berkenaan kearah usha pencapaian matlamat utama pendidikan
Negara, sepertimana yang termaktub dalam Falsafah Pedidikan Kebangsaan (FPK) dan
dihuraikan dalam Dasar Pendidikan Negara (DPN). Prestasi individu akan memberi
gambaran sikap, amalan dan faktor lain yang mempengaruhi motivasi mereka untuk
berkhidmat lebih cemerlang.

3.2 Seseorang guru besar, tidak kira di mana juga ia ditugaskan, sama ada di kota atau di
desa haru melaksanakan peranannya sebagai ketua dalam sebuah entity pendidikan.
Kepelbagaian jenis dan keperluan sekolah dalam sistem pendidikan memerlukan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan pendekatan, piawaian dan
penanda aras yang berbeza dalam usaha untuk melonjakkan tahap kecemerlangan
sekolah. Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM akan meningkatkan kecemerlangan institusi

3
pendidikan tersebut dengan menjana kluster kecemerlangan pendidikan mengikut
bidang khusus (niche areas) sekolah masing-masing.

3.3 Seseorang guru besar haru memahami Dasar Pendidikan Negara. Ini ialah kerana bagi
melonjakkan lagi kecemerlangan sesebuah sekolah dalam sistem pendidikan negara,
dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang
lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang
ada. Peranan guru besar ialah untuk membantu KPM merealisasikan matlamat ini
melalui amalan konsep budaya kerja cemerlang di sekolah masing-masing. Ini
termasuklah sekolah-sekolah yang terletak di kawasan-kawasan luar Bandar dan di
kawasan-kawasan pedalaman di negeri Sabah dan Sarawak. KPM menyedari dalam
keadaan yang berbeza ini terdapat juga sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang
dalam pelbagai bidang seperti kepimpinan yang tinggi, pencapaian akademik yang
cemerlang, walaupun tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap,
persekitaran pembelajaran yang kurang atau tidak kondusif berbanding sekolah lain
dalam kelompok yang sama. Inilah antara faktor yang akan dapat membantu
pencapaian KPI (Key Performance Index) sesebuah sekolah tidak kira di mana juga
lokasinya. KPI perlu dicapai oleh guru besar dan guru penolong kanan serta semua guru
dan kakitangan di sekolah berkenaan.

3.4 Dalam sesebuah sekolah rendah terdapat seseorang guru besar mungkin berhadapan
dengan pelbagai sifat guru dan pekerja yang kurang membina. Beberapa jenis masalah
yang lazim dikenalpasti adalah seperti berikut:

 Kurang mengambil berat dalam tugas mereka


 Kurang memberi tumpuan kepada misi jabatan
 Kurang bersemangat dalam menjalankan tugas
 Tidak bersifat membantu rakan
 Cepat buntu dalam menyelesaikan masalah
 Bersifat negatif dan kurang yakin
 Tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan
 Kurang mahir dalam memajukan diri

4
 Tidak menggunakan daya pemikiran
 Tidak memenafaatkan kemudahan yang diberikan akibat salah faham

Melalui amalan konsep budaya kerja cemerlang masalah-masalah seperti ini, boleh
diatasi. Budaya kerja cemerlang di tempat kerja adalah impian seseorang pentadbir
seskolah. Amalan budaya kerja cemerlang akan membantu menjana persekitaran kerja
yang kondusif yang akan mendorong guru-guru dan kakitangan melaksanakan tugas
dengan seronok, selesa dan tidak banyak konflik. Mereka berkerja bukan kerana
keranah diarah, tetapi mereka sendiri yang ingin melakukannya.

3.5 Guru Besar adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Dia
adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang
pemimpin. Oleh kerana aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung
dengan kepempimpinan ketiga-tiga konsep perlu diahami dan dihayati dengan jelas.
Oleh itu, seorang guru besar sebagai ketua pentdbir yang berkesan hendaklah
melaksana pentadbiran dengan melibatkan sekumpulan pekerja di bawahnya dengan
cara yang disenangi. Ini bermakna konsep budaya kerja cemerlang harus diperkukuhkan
lagi dengan amalan konsep atau teori Perhubungan Manusia. Dalam teori ini, antara
faktor kejayaan guru besar sebagai seorang pemimpin adalah terdiri daripada
keupayaannya untuk memberi perhatian yang berat kepada tugasnya, dan mewujudkan
kerjasama dengan orang-orang bawahannya. Sekiranya seorang pemimpin itu tidak
menghargai pandangan dan usaha orang-orang di bawahnya maka tentunya kerjasama
tidak akan berlaku dan dengan itu nescaya tidak akan dapat melahirkan satu bentuk
kepemimpinan yang berkesan.

3.6 Dalam konteks sekolah, guru-guru di bawah seliaan guru besar mungkin mempunyai
pandangan dan idea yang lebih bernas. Oleh itu pandangan dan sifat kepemimpinan
seorang guru besar tidak sepatutnya bersifat autokratik. Sifat ini tidak akan melahirkan
corak kepemimpinan yang berkesan tetapi di sebaliknya akan lahir guru-guru yang
bersifat ‘kayu mati’ (dead woods) kerana mereka akan bosan dengan kerenah seorang
guru besar yang tidak mahu mendengar pandangan dan buah fikiran orang lain, kerana
menganggap dirinya adalah lebih bijak dan pandai daripada orang di bawah
kawalannya. McGregor pula telah memperkenalkan teorinya yang dipanggil teori X dan

5
teori Y. Dalam teori ini secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa sekiranya
seseorang pemimpin (guru besar) itu menganggap orang-orang bawahannya malas dan
tidak bertanggungjawab, maka lama-kelamaan mereka akan menjadi sebagai orang
malas dan tidak bertanggungjawab. Di sebalikya, jika pemimpin itu menganggap orang-
orang di bawahnya itu rajin dan bertanggungjawab, maka mereka akan lahir sebagai
seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Dalam teori ini konsep menghargai dan
meletakkan martabat orang-orangnya adalah juga sebagai penentu kejayaan sesuatu
kepemimpinan itu.

3.7 Terdapat satu lagi teori yang lebih menjuruskan kepada keadaan semasa. Teori ini
dipanggil teori Kepemimpinan Mengikut Situasi (Situational Leadership Theories).
Mengikut teori ini, keadaan yang berbeza memerlukan kepada corak kepemimpinan
yang berbeza. Melalui teori ini dapatlah kita rumuskan bahawa guru besar hendaklah
pandai dengan budaya dan suasana persekitaran. Setiap sekolah mempunyai iklim sosial
yang berbeza. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Bermula dari suasana dalam
sekolah, persekitaran di luar sekolah, budaya masyarakat setempat dan sebagainya.
Oleh itu, sesorang guru besar hendaklah bijak menggunakan daya kepemimpinan yang
ada padanya. Ia harus bijak supaya tidak timbul satu kejutan kepemimpinan yang boleh
menimbulkan ketegangan kepemimpinan oleh guru-guru dan masyarakat sekitar.

4. GURU BESAR CEMERLANG SEBAGAI MENTOR GURU CEMERLANG

4.1 Guru besar haruslah menjadi mentor kepada guru-guru dan kakitangan di skolahnya. Ini
dilaksanakan melalui amalan konsep Guru Cemerlang yang telah mula diperkenalkan
pada tahun 1994 berasaskan memorandum Kementerian Pendidikan Malaysia kepada
Kabinet bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan – Cadangan
Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang
Cemerlang” (April 1993). Sebelum tahun 1994, sistem kenaikan pangkat dalam
Perhidmatan Pendidikan hanya berasaskan satu model sahaja. Seseorang yang
dinaikkan pangkat dari DG41 (guru siswazah) ke DG48 misalnya, akan menjawat
jawatan baru seperti Pengetua atau Pegawai Pendidikan Daerah. Ia akan menjalankan
tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan tugas-tugas lama sebagai guru dan

6
pendidik. Dengan kata lain apabila seseorang guru itu dinaikkan pangkat, ia akan keluar
dari tugas perguruan ataupun “moving up is moving out”.

4.2 Kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Pendidikan sebagai satu perkhidmatan


profesional tidak semestinya berlandaskan satu model sahaja. Dalam perkhidmatan
profesional kenaikan pangkat harus juga memberi pertimbangan kepada perkembangan
profesion itu sendiri. Pegawai harus diberi laluan untuk boleh meningkatkan kerjaya
dalam profesion berkenaan tanpa meninggalkannya – “moving up need not necessarily
be moving out”.

4.3 Peluang untuk naik pangkat dalam jawatan yang sama akan dapat mempertingkatkan
kualiti profession. Apabila guru-guru dinaikkan pangkat dalam jawatan yang sama dan
terus mengajar, kebolehan dan kepakarannya dalam bidang pendidikan akan terus
dapat dimanfaatkan. Sebaliknya apabila guru-guru yang baik dan cermerlang dari aspek
di kelas dinaikkan pangkat ke jawatan “pentadbir” dan tidak lagi mengajar, kualiti
pendidikan akan terjejas. Dengan kata lain “Education loses when promotion begins”.

4.4 Dalam keadaan sekarang apabila pegawai pendidikan yang berkhidmat sebagai guru
menunjukkan perkhidmatan yang baik mereka akan dinaikkan pangkat menjadi Guru
Besar/Pengetua atau Penyelia, dsb. Potensi guru itu sebagai seorang guru yang unggul
akan terbantut. Ini merugikan kerana potensi guru itu mungkin lebih baik dan
cemerlang dalam aspek mendidik dan bukan mentadbir. Sebaliknya, oleh kerana tidak
ada jawatan naik pangkat sebagai guru, jika seseorang guru yang berpotensi tidak
dinaikkan pangkat sebagai pentadbir, maka guru tersebut akan tertinggal dalam tangga
kerjaya perkhidmatan pendidikan disebabkan kebolehan dan potensinya yang baik
sebagai pendidik. Ini seolah-olah “mendera” mereka yang berpotensi dalam pendidikan.

4.5 Bagi merealisasikan cadangan Kabinet, maka Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memperkenalkan perjawatan Guru Cemerlang PPPLD DGA32 dan Guru Cemerlang PPPS
DG48 pada tahun 1994.

o Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki:


o kecemerlangan peribadi,
o kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran,
o kecemerlangan kerja,

7
o kecemerlangan komunikasi, dan
o kecemerlangan potensi

Dari segi peribadi, Guru Cemerlang berkeyakinan diri, adil, bertimbangrasa, beramanah,
bertanggungjawab, kreatif, inovatif, sedia berkongsi, bekerjasama, bersikap terbuka dan
positif. Dari segi pengetahuan dan kemahiran, Guru Cemerlang adalah pakar rujuk
pengajaran dan pembelajaran; peka dan prihatin terhadap keperluan dan kebajikan
pelajar; bijak mengurus masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran;
dan mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar serta menyediakan program
tindak susulan. Dari segi kerja, Guru Cemerlang, Guru Cemerlang berupaya
meningkatkan hasil pembelajaran pelajar menerusi peningkatan minat dan penglibatan
pelajar; menerusi kebolehan dan kejayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di
luar waktu pengajaran; menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis; dan menerusi
penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran. Dari segi komunikasi, Guru Cemerlang adalah perintis sesuatu usaha
serta berjaya berinteraksi menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan baik secara
bertulis mahupun lisan. Dari segi potensi, Guru Cemerlang adalah guru yang
berwawasan; sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya; sentiasa terlibat dalam
kursus, seminar dan bengkel; serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke
arah kejayaan sekolah.

4.6 Tujuan mewujudkan perjawatan Guru Cemerlang:

 memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru yang istimewa, berdedikasi,


bermotivasi, mahir, berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang
tertentu;
 mengekalkan guru-guru ini mengajar di bilik darjah setelah dinaikkan pangkat tanpa
perlu ditukarkan ke perjawatan pentadbiran supaya kepakaran dan kebolehan
mereka dapat dimanfaatkan; dan
 dijadikan landasan untuk mengenalpasti dan memilih pegawai-pegawai yang
berpotensi untuk memegang jawatan-jawatan tinggi di masa akan datang melalui
Sistem “Fast Track”.

8
5. STAIL KEPEMIMPINAN GURU BESAR YANG MENJANA BUDAYA KERJA
CEMERLANG DI SEKOLAH

5.1 Sebagai seorang guru besar, sudah semestinya mahu menjadi seorang guru besar yang
berkesan. Seorang guru besar yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan pelajar
yang berkesan. Sifat guru besar yang menekankan kepada jenis kepemimpinan
demokratik merupakan asas kepada keberkesanan seorang guru besar. Seorangguru
besar yang mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan
mudah didampingi oleh guru. Dia mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta
idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya. Sifat menghargai dan sentiasa
membawa perbincangan dari idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah
satu cara yang amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Bukan sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang
ada. Bagi orang-orang di bawah kawalannya, mereka akan merasa amat gembira kalau
pemimpinnya menghargai idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap mereka yang
kuat dan rajin bekerja selaras dengan konsep budaya kerja cemerlang dalam sekolah
yang berkenaan

5.2 Sebagai seorang guru besar yang demokratik, seseorang itu hendaklah mampu
mempertingkatkan daya kreatif dan inovatif kakitangan di bawahnya. Dia adalah sumber
kepada mereka untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di bawahnya,
seorang pengetua hendaklah sentiasa dapat memotivasi, memberi dan menanamkan
minat guru-guru dan kakitangan yang lain supaya dapat menyumbangkan tenaga dan
idea dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini, guru besar itu seharusnya mempunyai
semangat kerja berpasukan yang tinggi, sanggup menyertai sama dalam satu kumpulan
kerja.

5.3 Sebagai seoarang guru besar yang mempunyai ciri-ciri demokratik, selain dari di atas
tadi, dia juga hendaklah menunjukkan ia adalah seorang yang mempunyai minat
berkomunikasi secara terbuka, seorang yang peramah mesra. Sentiasa menunjukkan
wajah yang disenangi oleh pengikutnya. Ia harus mempunyai komunikasi dua hala dan
tidak ada perasaan ego dan tidak menekankan kepada sifat autokratik. Guru besar
sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri professional, hendaklah menggunakan saluran
demokratik itu secara terpimpin, kalau demokratik tanpa batasan akhirnya akan lahir

9
satu bentuk kepemimpinan yang lain iaitu laissez-faire (bebas tanggungan). Teori
kepemimpinan Laissez-faire ini akan banyak memberi kuasa otonomi kepada
pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai ruang yang amat bebas untuk
membuat keputusan. Suasana sekolah akan menjadi pincang dan budaya kerja
cemerlang akan terjejas serta urusan pengajaran dan pembelajaran tidak akan
mencapai matlamat lagi.

5.4 Melalui bebarapa huraian ringkas di atas tadi menampakkan kepada kita bahawa, dalam
mengamalkan konsep budaya kerja cemerlang, guru besar adalah teras kepada
pengurusan pendidikan di sekolah. Kalau guru besar sudah tidak ada kredibiliti dan
karisma yang tinggi, sekolah sebagai tempat untuk menjana minda pelajar-pelajar akan
berjalan dalam suasana yang pincang. Sekolah adalah 'duta wawasan' yang merupakan
sebuah 'negara kecil' yang perlu segala-galanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah
sentiasa taat-mentaati dan harga-menghargai di antara mereka. Dengan wujudnya sifat
kepemimpinan yang berkesan maka pengurusan dan pentadbiran di sekolah akan
tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan.

6. KEPEMIMPINAN GURU BESAR DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

6.1 Peranan guru besar selaku ketua pentadbir sekolah untuk menggerakkan guru-gurunya
dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang ditekankan dalam usaha
pembinaan negara bangsa adalah amat penting. Peranan ini merangkumi usaha
memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan
serta membangun sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi
globalisasi. Oleh yang demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan
tanggunjawab masing-masing. Ini adalah kerana peranan dan tanggungjawab guru
sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu.

6.2 Dalam konteks pendidikan dan penjanaan budaya kerja cemerlang, seseorang guru
besar bersama-sama gurunya tidak boleh lari daripada memahami konsep dan teras
utama yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Rukun Negara,
Wawasan 2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Misi Nasionalnya.
Semua ini menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain
pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘first and foremost’ dalam
diri seorang individu yang bergelar guru. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru

10
dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi
lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang
terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan
keinginan manusia kepada Tuhan. Jadi dalam usaha membentuk pelajar yang memiliki
ciri-ciri yang mampu membina sebuah negara bangsa suatu hari kelak, guru haruslah
menjalankan peranannya dalam:

6.2.1 Memenuhi harapan masyarakat, khususnya para ibu bapa.

Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk dilaksanakan
oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka cemerlang
dalam pelajaran dan pada masa sama mengamalkan nilai murni. Tugas ini
memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika guru menjalankan tugasnya
sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar sebagai insan, maka tugas itu akan
menjadi mudah dan memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang dimaksudkan
dengan tugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.

6.2.2 Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku

Matlamat pendidikan negara ini antara lain termasuklah mendidik pelajar supaya
memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita
berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku
ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat. Kenapa perkara ini
berlaku? Antaranya mungkin kerana kita gagal membina konsep fitrah atau tabii
pelajar menjadi liar dan ganas sehingga mereka memilih tingkah laku negatif dan
tidak normal. Jika dibiarkan, tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar
dan persekolahan hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan.

Tugas guru besar dan guru-guru sekolah adalah untuk memastikan suasana
pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau
tabii pelajar supaya harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan
membina tingkah laku normal. Inilah etika guru yang diharapkan. Sekali lagi,
tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan

11
amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran
dan pembelajaran.

6.2.3 Pembangunan insan asas kualiti hidup

Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia dikaitkan dengan


kejayaan mencapai prestasi hidup melalui budaya kerja cemerlang yang tinggi
dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh status
yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini tidaklah
memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan
semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera dan sesuai dengan fitrah
insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap.

Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud kehidupan


yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang sentiasa harmoni
dengan tabii atau fitrah insan. Persoalannya bagaimanakah untuk membina
kualiti hidup menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukanguru besar dan
guru-guru yang dapat  menjalankan tugasnya dengan cemerlang, dan dengan
sendirinya mereka akan berminat untuk membangunkan insan. Insan itulah juga
yang akan digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan
terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara
harmonis. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain guru
besar dan guru-guru yang mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru )
akan dapat melahirkan pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya 
harmonis.

6.2.4 Budaya Kerja Cemerlang dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah


pembinaan negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti professional

Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru


tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi
kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh
itu, ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin
kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar

12
sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada
kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga
kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan
berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha membina budaya baru
iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat 
bersaing dan bertanding pada peringkat antarabangsa, pembinaan modal insan
turut menjadi teras dalam rancangan pembangunan Negara.

Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti disarankan dalam


RMK-9 sebelum ini seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik .
Sebab itulah kerajaan melabur secara besar-besaran  dalam bidang pendidikan
supaya mampu menghasilkan nilai tambah kepada negara dalam jangka
panjang. Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana utama.
Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna.  Dalam hal ini, warga
pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina
generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

6.2.5 Konsep Budaya Kerja Cemerlang Menjadi agen sosialisasi kepada


pelajar

Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi


pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses
sosialisasi pelajar-pelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk
dikendalikan oleh pihak sekolah. Menurut Durkheim, peranan guru pendidikan
moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai
kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu
kecil dan terlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan sistem
sosial. Juga, beliau mengganggapkan guru sebagai agen yang utama dan
merupakan pertalian yang kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan.

Guru besar juga perlu menjalankan peranannya sebagai individu yang paling
dekat dengan pelajar semasa pelajar berada di sekolah. Oleh itu guru besar
mestilah melaksanakan peranannya sebagai pengganti ibu bapa atau ketua
keluarga. Ini amat penting kerana hubungan yang rapat akan menerbitkan rasa
hormat pelajar kepada guru atau orang lain di sekolah. Pelajar akan rasai
dihargai dan diberi perhatian. Oleh itu tidak akan ada mana-mana pelajar

13
beranggapan kehadiran mereka di sekolah seolah-olah tidak disedari oleh orang
lain. Ini akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan vandalisme
dengan alasan ingin menarik perhatian rakan atau guru.

Oleh itu, usaha melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan
berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan mereka perlu
dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan bahawa
pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang berkesan. Modal lain
seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin sempurna jika tidak
ditunjangi dengan modal insan. Oleh itu, konsep pendemokrasian yang memberi
peluang adil dan sama rata kepada semua rakyat mendapatkan pendidikan
berkualiti wajar diteliti dan diberi perhatian.

7. PERANAN GURU BESAR DALAM PROSES PEMBANGUNAN INSAN YANG


CEMERLANG DAN CABARAN PADA ABAD KE 21

7.1 Pembangunan sumber tenaga manusia merupakan teras kepada kejayaan sesebuah
negara. Dengan tenaga manusia yang terdidik dan terlatih negara akan lebih mudah
menghadapi sebarang cabaran yang datang. Sektor pendidikan dan latihan adalah
penting bagi memastikan sumber tenaga manusia negara dilengkapi dengan pelbagai
ilmu dan kemahiran. Sudah terbukti negara boleh membangun dan maju jika ia
mempunyai sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Seawal-awal tahun 2001 lagi Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghasilkan satu
dokumen penting iaitu Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010 bag imencorak dunia
pendidikan pada masa depan. Dokumen ini memperjelaskan hala tuju dunia pendidikan
tanah air di samping menyediakan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Rancangan
Pembangunan Pendidikan ini mengatur strategi-strategi bersifat realistik dan futuristik
yang berteraskan peningkatan akses, ekuiti, dan kualiti pendidikan serta kecekapan dan
keberkesanan pengurusan pendidikan. Penstrukturan semula sistem pendidikan
kebangsaan adalah bertepatan dengan usaha untuk menghasilkan satu sistem
pendidikan yang setanding dengan negara-negara maju yang lain. Penghasilan dokumen
ini bertepatan dengan masanya bagi membantu negara mencapai agenda pembangunan
selaras dengan keperluan semasa dan akan datang. Usaha Kementerian Pendidikan ini

14
adalah sebagai pelengkap kepada Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga dan
Rancangan Malaysia Kelapan dan seterusnya, membantu merealisasikan Wawasan 2020.

7.2 Seseorang guru besar yang ditugaskan di kawasan pedalaman menghadapi pelbagai
cabaran yang boleh menjejaskan usaha untuk merealisasikan konsep budaya keja
cemerlang. Guru besar harus menyedari bahawa dasar pembangunan pendidikan
rendah KPM memberi tumpuan kepada usaha untuk memperluas kemudahan pendidikan
dengan membuka sekolah di kawasan pembangunan baru, menggantikan bangunan
sekolah yang uzur dan membaik pulih bangunan yang usang, dan menambah
kemudahan serta mengubah suai premis yang sedia ada mengikut keperluan pengajaran
dan pembelajaran. Usaha memperluas kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan air,
elektrik, dan telefon akan dipertingkatkan. Program sokongan yang disediakan oleh KPM
seperti asrama, buku teks, bahan pengajaran, pusat sumber, komputer, dan sebagainya
akan diperluas dan dipertingkatkan. Usaha ini secara langsung akan meningkatkan
penyertaan kanak-kanak 6+ hingga 11+ tahun di sekolah rendah. Peluasan dan
peningkatan akses kepada pendidikan rendah merupakan langkah utama ke arah
pelaksanaan pendidikan wajib. Inilah yang perlu dimanfaatkan oleh seseorang guru
besar, khususnya di kawasan pedalaman untuk merealisasikan konsep budaya kerja
cemerlang. Guru besar harus bersifat inovatif dan kreatif dan sentiasa berusaha untuk
menyediakan infrastruktur yang lengkap dan sesuai bagi pendidikan rendah. Ia juga
harus menyedari bahawa semua keperluan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta
kemudahan riadah perlu disediakan supaya pelajar dapat menikmati suasana
pembelajaran yang kondusif dan menarik untuk belajar. Sejajar dengan ini, matlamat
untuk mengurangkan keciciran pada peringkat awal dalam pendidikan akan dapat
dicapai.

7.3 Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang
lain masih relevan dalam era globalisasi . Ramai kalangan guru kekal pada takuk lama
kerana rutin kerja yang diamanahkan pihak ‘stake-holder’, demi melahirkan generasi
cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran. Namun, golongan guru
boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi,
bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang

15
membakar diri demi kebahagiaan orang lain dan pengendali lilin-lilin ini ialah guru
besar.

7.4 Guru besar sebagai peneraju profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di
dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru besar dan juga guru-
guru di bawah jagaannya ialah sebagai penyampai pengetahuan. Mereka lah yang
banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai
pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih
sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan,
murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu
pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang,
lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar
menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat.
Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan
ilmu dan maklumat yang betul.

7.5 Jasa dan budi guru besar dan guru-guru haruslah sentiasa dihargai kerana setiap
kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru. Meskipun mereka
tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, mereka harus bangkit
daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai
kejayaan cemerlang. Inilah satu lagi peranan guru besar dan guru-guru - sebagai
penjana pembangun negara. Ini kerana di bawah jagaan mereka adalah sekumpulan
manusia muda yang akan diasuh dan dididik supaya menjadi anggota masyarakat yang
bertanggungjawab dan berguna. Justeru, fokus guru besar dan guru-guru adalah lebih
daripada pembelajaran. Ia melibatkan pendidikan meliputi segala aspek meliputi
pembangunan mental, fizikal, emosi, sosial dan psikologi. Guru besar, sebagai pemimpin
harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar.
Peranan ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sekolah, sesebuah
dan juga negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar
adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran
tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya

16
memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru besar sehaarusnya juga adalah model
manusia berkelakuan baik. Ia mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit
daripada aspek bangsa, kelas, sosial, kedaerahan dan politik.

7.6 Seorang ahli psikologi Barat pernah menganalogikan seorang guru yang pintar ibarat
‘walking dictionary’ kerana peranannya memberi arah kepada orang yang ingin bertanya
sesuatu.Pun begitu, seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra
dengan sikap keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme
masing-masing.Seorang pelajar di Amerika Syarikat pernah dipetik sebagai berkata
bahawa guru yang baik ialah guru yang mengajar muridnya seperti mana dia mahukan
anak murid mengajarnya. Malah guru yang berpendirian profesional dalam tingkah
lakunya dengan memegang kepada nilai-nilai akhlak dan etika yang positif
berkemungkinan mampu mempengaruhi pelajarnya daripada ibu bapa mereka sendiri.
Bagi memantapkan profesionalismenya, adalah penting guru menjalani latihan sebelum
perkhidmatan. Pendedahan awal ini mendedahkan guru dengan pelbagai kaedah dan
kemahiran pengajaran yang perlu seorang guru miliki. Bagaimanapun, latihan tidak
terhad kepada sebelum perkhidmatan semata-mata. Dalam semua aspek keguruan, ilmu
pengetahuan adalah lebih luas dan mendalam hasil usaha penyelidikan dan diskusi
guru-guru pengetahuan.

7.7 Selain itu,dalam menghadapi cabaran keperluan pendidikan pada abad ke 21 ini, aspek
kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu ditimbangkan. Ini kerana
profesionalisme guru besar dan guru-guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan.
Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan
kadar pembangunannya, guru besar dan guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke
sekolah rendah. Memandangkan guru besar dan guru-guru memainkan peranan penting
dalam pembangunan negara, sifat kerja mereka yang begitu khusus memerlukan
mereka mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program
latihan sebelum dan semasa perkhidmatan. Justeru langkah Kementerian Pelajaran
Malaysia menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai
program dan galakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan
siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar,

17
anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran
merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru, khususnya guru besar.
Bagaimanapun dorongan ini perlu selari dengan insentif untuk terus menyuburkan minat
dan kompetensi mereka dengan menyediakan Hadiah Pergerakan Gaji umpamanya bagi
guru besar atau guru yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi seperti
sarjana, Phd dan sebagainya. Inilah cabaran utama guru besar pada abad ke 21.

7.8 Di samping itu, cabaran kini, guru besar juga perlu mempunyai dan mengamalkan sifat-
sifat tingkah laku yang positif. Di samping memperakui akan kepentingan guru,
penganugerahan status ini akan dapat menarik calon-calon yang lebih terpelajar dan
lebih berkelayakan memohon menjadi guru dan seterusnya akan membantu negara
memperoleh kejayaan yang lebih besar. Kita harus meletakkan profesion guru itu tinggi
darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat
hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu
kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga
orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam menghadapi krisis pendidikan dalam era
globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggung jawab yang
harus dipikul bagi memenuhi tuntutan semasa.

7.9 Cabaran guru besar masa depan lebih hebat. Guru besar harus berfikiran glokal dengan
mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu
pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-
hati. Guru besar masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru
besar harus bijak mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya. Bagi
rakyat, kurikulum yang menjadi intipati kemajuan dan perpaduan ialah integrasi antara
kaum. Bentuk kurikulum yang usang dan difikirkan kurang menyumbang kepada
kemajuan negara bangsa harus diberi nafas baru atau digubal semula agar
penampilannya lebih segar sebagai agen kemajuan dan pembangunan 2020

8. KESIMPULAN

8.1 Sebagai sebuah organisas, sesebuah sekolah rendah jugai memerlukan pekerja-pekerja
yang berkesan demi kejayaan misi dan visi organisasi. Guru besar khususnya

18
mempunyai peranan yang penting untuk memastikan produktiviti organisasi sentiasa
berada pada tahap yang tinggi dan tanggungjawab untuk mengendalikan pekerja serta
memimpin, memotivasi dan membimbing mereka diletakkan di bahu seorang penyelia.
Daya motivasi yang tinggi dan keyakinan pada diri membekalkan seorang penyelia
dengan kemahiran untuk bertindak secara positif di dalam apa jua keadaan. Guru besar
memainkan peranan penting dalam merealisasikan budaya kerja cemerlang di sekolah
agar tercapai aspirasi negara dalam mewujudkan insan yang berguna. Ia adalah
merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan Sebagai golongan pendidik para guru
besar memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah
bangsa dan negara.

HEADWAY
8.2 Keadaan di tempat kerja merupakan satu faktor yang menyumbangkan kepada
produktiviti sesebuah syarikat. Pembentukan budaya mengambil masa bertahun-tahun
lamanya menjadikan ruang kerja sebagai satu acuan hasil budaya yang dipupuk
ataupun tidak dipupuk tetapi timbul akibat pengaruh persekitaran, rakan sepejabat,
media massa, Sosio-ekonomi, pengaruh keluarga dan masyarakat. Persoalannya
adakah budaya kerja yang telah terbina sekian lama itu menyumbang kepada sesuatu
yang lebih baik, ataupun menyebabkan perlaksanaan sesuatu transformasi untuk
menjana keuntungan telah terbantut hasil kekangan minda dan budaya yang negatif
telah sekian lama melekat di hati sanubari pekerja. Antara budaya yang merosakkan
syarikat adalah, kurang produktif, malas, membuang masa, penangguhan, lambat ke
tempat kerja, ponteng, politik pejabat dan pelbagai lagi. Jika ia tidak dibendung maka ia
ibarat barah yang sedang menyerang sistem pengkalan pentadbiran, kilang, pejabat,
atau apa sahaja organisasi yang menunggu masa untuk mencapai tahap yang lebih
serius. Ini akan membawa ketidakberhasilan untuk organisasi, tetapi jika di bentuk dan
di bendung dengan betul akan terhasillah budaya kerja yang positif. Hasil kerja yang
produktif dan berkualiti lahir dari motivasi dan sikap mental yang positif. Berfikiran positif
dan motivasi diri adalah pemacu untuk mara kedepan. Kursus ini direka khusus untuk
organisasi yang ingin melakukan tranformasi minda kearah lebih baik untuk menjana
keuntungan yang lebih baik untuk kebaikan semua pihak.

8.3 Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Di antara perkara pokok yang perlu

19
dalam menanam atau menjana budaya kerja cemerlang ialah keperluan guru besar
sekolah untuk bergerak dan mengerakkan guru-guru dan kaitangan ke arah tahap yang
lebih tinggi selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan supaya murid-murid yang
bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Ini adalah usaha
melahirkan generasi muda yang baik dan ia juga merupakan cabaran yang kuat di
dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini dan
dalam abad ke 21.

8.4 Pada kesimpulannya, guru besar harus memahami tentang konsep profesion dan
nilaitaranya. Ia mengetahui bahawa sesuatu profesion seperti profesion perguruan
adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek,
latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati
otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai
tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.  Menurut Kamus Dewan
‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan
kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

8.5 Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas
konsep profesionalisme sebagai :

Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan
latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang
ditentukan oleh organisasinya.

Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh


organisasi supaya seseorang guru besar akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan
nilaitara perkhidmatan perguruan. Nilaitara ini menjadi garis panduan kepada guru besar
dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap guru, kakitangan dan murid
dalam mengamalkan konsep budaya kerja cemerlang. Inilah pendekatan seseorang guru
besar untuk merealisasikan konsep budaya kerja cemerlang.

20
International Law Book Services, Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran
(hingga 15hb April 2003), 2003, United Print Process Sdn Bhd, Shah Alam.
International Law Book Services, Arahan Perkhidmatan Bab “1” – Bab “8” (hingga
20hb Mac 2003), 2003, Direct Art Company, Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) , Pembangunan Pendidikan 2001-2020, AG
Grafik Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2001
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan,
2002, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003, Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd, Ampang.
Surat Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pind. 82)
EPRD MOE, Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafic Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.

21

Você também pode gostar