Você está na página 1de 2

Adab belajar mengikut Imam Al Ghazali

1.    Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda
penghormatan- ikut jantina
2.    Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3.    Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4.    Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5.    Jangan menyangkal kata-kata guru
6.    Jangan mengumpat pelajar lain
7.    Jangan berbisik di hadapan guru
8.    Jangan berpaling kiri dan kanan
9.    Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10.    Berdiri apabila guru bangun
11    Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12    Rujuk guru dalam memilih ilmu

13    Jangan duduk tempat guru


14.    Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15.    Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16.    Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17.    Muliakan anak-anak guru
18.    Selalu berhubung dengan guru
19.    Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20.    Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

   
Elakkan makan makanan
1.    Jajan
2.    Air atau makanan ada semut padanya
3.    Makanan fast food seperti nuggets, burger, sosej
4.    Makanan yang masam seperti jeruk
5.    Otak ikan
6.    Makanan yang berajinomoto
7.    Makanan yang berbau busuk seperti- petai, jering dan bawang mentah
8.    Air yang terlalu manis seperti air berkaibonat –air coke , pepsi,f&n
   
    Kerap makan makanan
1.    21 kismis sehari  ( 7 biji 3x sehari ) – sekurang-kurangnya 9  biji ( 3 biji 3 x sehari ) / 3
biji sekali
2.    Air kacang soya sekali sehari
3.    2 biji kurma
ADAB BELAJAR DAN MENUNTUT ILMU.

Allah Taala yang maha pengasih telah menjadikan ilmu sebagai penyuluh kehidupan
manusia. Manusia yang ingin cemerlang di dunia dan di akhirat perlu menjadikan ilmu ini
sebagai lampu dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Tanpanya, kita pasti gagal melihat
dan melalui jalan yang benar. Sebagai seoarng pelajar dan pencari ilmu, kita perlulah
menjaga adab-adab tertentu agar ilmu yang kita pelajari tersebut akan memberi manfaat
kepada kita. Antara adab-adab tersebut ialah :

1. Sentiasa beristighfar, memohon keampunan kepada Allah setiap hari kerana dosa adalah
kegelapan dan ilmu adalah cahaya. Cahaya tidak akan menembusi hati yang gelap. Jadi,
jernihkanlah hati ini dengan perbanyakkan istighfar.

2. Berwudhuk dan merbersihkan diri, persekitaran dan pakaian.

3. Perbetulkan niat, belajar hanya kerana Allah, untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
menghilangkan kejahilan di dalam diri yang mampu menghalang kita mendapat redha dan
rahmat Allah.

4. Membaca surah Fatihah, selawat dan doa-doa penerang hati sebelum dan selepas belajar
dan mengulangkaji.

5. Mendengar dan memberi sepenuh tumpuan kepada pengajaran guru. Apabila kita
menunaikan hak mendengar, Allah memudahkan kepada kita 3 perkara iaitu :
a) Allah memudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
b) Allah memudahkan kita memahami apa yang kita dengar.
c) Allah memudahkan kita bercakap tenteng ilmu tadi apabila diperlukan.

6. Selalu merujuk kepada guru.

7. Sentiasa bersifat sukakan ilmu dan rendah diri.

8. Memberi tunjuk ajar apabila diminta

Você também pode gostar