Você está na página 1de 32

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Diterbitkan oleh:

Unit Penerbitan SaifulSham.com


Email: iklanberkesan@saifulsham.com

Web: http://www.SaifulSham.com

Hak Cipta © 2005 oleh Unit Penerbitan SaifulSham.com

Cetakan Pertama 2005

Ilustrasi Kulit
Syamim

Typography/Reka Bentuk
Unit Penerbitan SaifulSham.com

Hakcipta terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi,
isi kandungan buku ini, dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa cara pun
sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik , rakaman atau lain-lain,
sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia – Data – Mengkatalog – dalam – Penerbitan


SaifulSham.com
Petua Pengiklanan Berkesan/ SaifulSham.com

ISBN 111-222-333-444-5555-0

1.Malay Non Fiction


2.Business Entreprise
3. Internet Advertising
222.333
Percuma

Buku ini Bukan Untuk Dijual

Dicetak oleh
Adobe Acrobat Professional 7.0

Buku ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang
dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan atau konsultansi
profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat
menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Pengarang serta penerbit tidak bertanggungjawab atas
apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan
dan aplikasi kandungan buku ini, secara langsung ataupun tidak langsung.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Buku ini kami dedikasikan buat keluarga, guru-guru, rakan-rakan serta insan-insan istimewa dalam hidup
kami yang tidak jemu-jemu menjadi inspirasi dan memberi dorongan untuk memperjuangkan apa yang
kami percaya.

Kami percaya bahawa kami mampu untuk merubah atau pun setidak-tidaknya memulakan perubahan dlm
landskap keusahawanan di Malaysia dan seterusnya di dunia.

Terima Kasih Semua

-Wan Mohd Syazwan & Sabri

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

SEKALI IMBAS

Dalam buku ini anda akan membaca mengenai:

18 PETUA MENGHASILKAN JUALAN DARI IKLAN ANDA

PENGUNAAN SAIZ DAN WARNA YANG MENINGKATKAN RESPONS

MENGAPA IKLAN ANDA GAGAL “MENJUAL”

BAGAIMANA MEMBUAT BAKAL PELANGGAN MEMBERI


PERHATIAN PADA IKLAN ANDA…….BIAR MEREKA BACA SEMUA
IKLAN ANDA!

ELEMEN-ELEMEN YANG MAMPU MEMBUATKAN PEMBACA


BERTINDAK MENGIKUT KEMAHUAN ANDA!

Sedikit tips, usah habiskan membaca buku ini secepat yang anda boleh.
Sebaiknya jika anda kurang selesa menghadap komputer, cetak buku ini
menggunakan printer, cari tempat yang selesa dan mula membaca.
Jangan berpindah ke petua berikutnya sebelum anda benar-benar
faham petua sebelumnya, dan sudah mempunyai idea-idea kasar untuk
mengaplikasi ke dalam aktiviti bisnes anda. Jika perlu, berhenti rehat!

TAMBAHAN: Jangan lupa! Kami juga menyediakan platform untuk anda


mengasah dan mempraktikkan kebolehan anda menulis iklan. Silalah ke
SaifulSham.com Classified (http://iklaneka.saifulsham.com/) untuk anda
menyiarkan iklan-iklan secara percuma.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

KANDUNGAN

Kata Pengantar……………………………………………………………………6
Pengenalan………………………………………………………………………..7
Petua 1……………………………………………………………………………..9
Petua 2…………………………………………………………………………….10
Petua 3…………………………………………………………………………….11
Petua 4…………………………………………………………………………….12
Petua 5…………………………………………………………………………….13
Petua 6…………………………………………………………………………….14

Rehat (Lawak Jenaka)….………………………………………………………..15

Petua 7……………………………………………………………………………..16
Petua 8……………………………………………………………………………..17
Petua 9……………………………………………………………………………..18
Petua 10……………………………………………………………………………19
Petua 11……………………………………………………………………………20
Petua 12……………………………………………………………………………21
Petua 13……………………………………………………………………………22
Petua 14……………………………………………………………………………23
Petua 15……………………………………………………………………………24
Petua 16……………………………………………………………………………25
Petua 17……………………………………………………………………………26
Petua 18……………………………………………………………………………28

Jalan Pintas………………………………………………………………………..29

Pesanan Penaja.………………………………………………………………….30

Biodata Penulis.…………………………………………………………………...32

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Kata Pengantar

Pengguna hari ini adalah pengguna yang bermaklumat. Terutamanya pengguna


di alam maya. Segala maklumat mengenai kehebatan dan kecacatan sesuatu
produk berada di hujung jari mereka. “Brand” memainkan peranan penting,
namun tidak sepenting 10 tahun dahulu. Pengguna sekarang lebih bijak
menggunakan segala kemudahan maklumat yang ada untuk kepentingan
mereka sendiri.

Namun sebagai usahawan, kita tidak boleh menyerahkan periuk nasi kita secara
bulat-bulat kepada pembeli. Usahawan harus pintar merebut peluang dan
memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk menarik pelanggan.
Apakah yang bakal pelanggan cari? Bagaimana untuk meyakinkan mereka?
Semua ini akan dilupas secara terperinci dalam buku ini.

Tips-tips di dalam buku ini, adalah melalui pemerhatian kami melalui iklan-iklan
yang berjaya, dan juga iklan-iklan yang kurang berjaya di SaifulSham.com
Classified. Selama mentakrif iklan-iklan tersebut, kami mendapati iklan yang
berkesan mempunyai sekian ciri-ciri yang berbeza dibandingkan dengan iklan-
iklan yang kurang berjaya.

Oh ya, dalam buku ini, penekanan diberikan kepada iklan-iklan online samaada
untuk digunakan di laman-lama web mahupun di laman-laman bidaan. Namun,
kami percaya, prinsip-prinsip petua yang diberikan masih relevan dalam
pengiklanan menggunakan medium berbeza.

Diharapkan, kita sama-sama dapat memanfaatkan panduan-panduan di dalam


buku ini untuk memantapkan lagi bisnes kita.

Benih Di Semai, Hasil Di Tuai,

Wan Mohd Syazwan b. Wan Sukri,


Sabri Hassan Assa’ari
Penulis Petua Pengiklanan Berkesan,
Pengasas SaifulSham.com

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

PETUA MENINGKATKAN JUALAN DARIPADA IKLAN

“Segala jenis iklan sebenarnya BOLEH DIPERBAIKI.Begitu juga promosi, ia


BOLEH MENGHASILKAN JUALAN YANG LEBIH BAIK” .

Melihat pernyataan di atas, umumnya kita mengetahui, soal bagaimana ia harus


dilakukan adalah kunci kepada persoalan di atas. Ia sudah tentu persoalan yang
paling sukar. Jadi, apakah kaedah sebenar bagi menambahbaik iklan dan
promosi agar ia boleh ditukarkan kepada nilai ringgit?...

Tidak diragui lagi, anda harus melakukannya….anda harus meningkatkan jualan


anda kerana:

“99.9 peratus kejayaan bergantung kepada keupayaan anda untuk


menjual produk atau perkhidmatan anda”

Seperti kata Donald Trump, pengendali rancangan reality tv popular, The


Apprentice:

“Dalam dunia bisnes, tidak ada gunanya jika anda mempunyai produk
terbaik di dunia, atau anda memikirkan semua orang memerlukan
produk anda. Walau apa jua pun pemikiran anda, jika anda gagal
menjual, anda tetap seorang yang gagal.”

Baiklah, jika anda adalah golongan yang gagal (saya harapkan tidak begitu;)),
mari merubah situasi itu!

Jika diteliti, semua iklan dan pemasaran yang berjaya bergantung kepada
beberapa kaedah. Ia berfungsi menurut syarat-syarat asas dan bukannya
peluang.

Kaedah dan syarat ini dihasilkan selepas Claude Hopkin menghabiskan masa 36
tahun mencuba dan mengkaji kempen pemasaran ke atas lebih ratusan jenis
produk berlainan. Beliau menganalisa keputusan dari ribuan iklan, tajuk utama
(headlines), cetakan(copy), dan kaedah-kaedah menjual(selling methods).

Dan 17 dari 18 kaedah hebat dari buku ini adalah jawapan dari percubaan,
kajian, dan analisa beliau.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

18 Petua Pengiklanan Berkesan

Gunakan ia sebaik mungkin dalam bisnes anda dan lihatlah kesan pada bisnes
anda! Kami pasti ia mampu memberikan pulangan yang positif.

1) Lebih banyak penerangan, lebih peluang untuk dijual.

Secara ringkasnya ia bermaksud, lebih banyak maklumat yang diberikan kepada


pelanggan anda, lebih cerah peluang anda menghasilkan jualan.

Anda perlu menceritakan kepada mereka segala-galanya. Beritahu mereka apa


yang dapat dimanfaatkan jika membeli produk anda. Beritahu mengapa mereka
perlu membeli daripada anda. Yang lebih penting, mengapa mereka perlu
membayar anda!

Berikan keseluruhan informasi

Anda harus memastikan anda memberikan keseluruhan informasi setiap kali


iklan anda disiarkan.Tetapi, harus diingat, bakal pelanggan tidak akan membaca
iklan anda seperti mereka membaca buku! Dan mereka juga tidak akan menanti
akan kemunculan iklan anda yang bersiri!Sama sekali mereka tidak akan
mempedulikan iklan bersiri.

Selepas anda berjaya mendapatkan perhatian pembaca iklan anda, anda mesti
memberikan segala sebab musabab mengapa mereka perlu membeli produk
atau perkhidmatan anda pada waktu itu juga! Tidak pada masa akan datang
kerana bakal pelanggan yang membaca iklan anda pada waktu itu melalui
kajiannya 95 peratus daripada mereka tidak akan menjumpai iklan anda untuk
tempoh yang lama, mungkin berbulan atau bertahun atau selama-lamanya!

Secara analoginya. anda tidak akan menghantar jurujual terbaik anda kepada
bakal pelanggan anda dan beritahu mereka “Ingat nama bisnes kami, slogan
yang hebat kami, dan hubungi kami”. Apakah begitu matlamat utamanya?
Sudah tentu tidak. Yang pasti, sudah tentu anda mahukan mereka membeli dari
anda – maka anda perlu berikan mereka segala sebab musabab perlunya
mereka membeli dari anda.

Dan begitulah juga fungsinya iklan, berikan mereka segala-galanya. Ingat


perkara ini, iklan anda merupakan jurujual anda.

Segala iklan diibaratkan sebagai seorang jurujual dalam bentuk cetakan atau
apa jua medium pengiklanan yang anda pasarkan contohnya: tv, radio, internet.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

2) Gunakan tajuk utama untuk menarik bakal pelanggan sasaran.

Anda boleh meningkatkan kadar iklan anda dibaca sebanyak 19 kali dengan
menggunakan tajuk utama/ kepala tajuk yang tepat.

Tajuk utama/ kepala tajuk adalah iklan sebenar kepada iklan anda! Ia mampu
menarik perhatian pembaca untuk membaca keseluruhan iklan anda. Realitinya,
lebih 80 peratus kejayaan iklan bergantung kepada tajuk utama/ kepala tajuk
yang anda siarkan.

Contoh yang mudah adalah anda sendiri akan membaca berita didalam akhbar
yang mempunyai tajuk utama/ kepala tajuk yang menarik?Bukankah begitu.
Kajian mendapati kadar pembaca membaca tajuk utama/kepala tajuk adalah 5
kali lebih daripada membaca keseluruhan teks. Jadi, gunakan peluang ini untuk
menarik bakal pelanggan sasaran anda dengan tajuk utama/kepala tajuk yang
“membunuh”!(buat mereka baca seluruh iklan anda)

Gunakan berbagai-bagai jenis tajuk utama/kepala tajuk dan akhirnya anda


menemui tajuk yang paling hebat ibarat seorang jurujual terbaik anda. Tajuk
utama/ kepala tajuk itu dikatakan hebat apabila bakal pelanggan anda
memberikan respond an menyatakan minat mereka. Jadi gunakan ia seperi anak
panah yang mengenai sasarannya- gunakan kepada sasaran pelanggan anda.

Baiklah, mari kita lihat 2 contoh tajuk utama/ kepala tajuk untuk iklan sebuah
kamera:

• Nikmati kemeriahan hari perkahwinan anda. Kami abadikan kenangannya


selama- lamanya.
• Tangkaplah gambar yang jelas dengan cepat dan senang setiap masa!!

Baiklah, jelas sekali tajuk utama/kepala tajuk pertama langsung tidak menarik
perhatian seseorang yang berminat dalam bidang fotografi. Tajuk utama/kepala
tajuk kedua lebih menarik perhatian bakal pelanggan anda!

Kesimpulannya, gunakan tajuk utama/ kepala tajuk yang tepat dalam iklan anda.
Saya jamin anda akan meraih sesuatu yang positif.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

3) Jual faedah bukan isi kandungan.


Isi kandungan adalah perkara yang terdapat dalam produk anda. Faedah pula
adalah perkara yang menawarkan sesuatu berguna kepada bakal pelanggan
anda.

Contohnya:

Proton Gen.2 mempunyai kendalian berteknologi Lotus. Faedahnya ialah teknologi Lotus
menawarkan pemanduan yang lancar.

Sekarang anda tahu apakah perbezannya! Anda perlu menekankan iklan anda
pada faedah produk anda dan bukanlah isi kandungannya. Bagaimanapun jika
anda masih merasakan isi kandungan juga sesuatu yang tidak harus
dipinggirkan, pastikan ia sentiasa diikuti oleh faedahnya.

Contohnya:

Proton Gen.2 mempunyai pemanduan yang paling lancar dalam kelasnya, terima kasih
pada kendalian berteknologi Lotus yang terdapat padanya.

Jika ini anda inginkan cara ini, anda perlu mengiklankan faedah dahulu barulah
pada isi kandungannya. Ini kerana, bakal pelanggan hanya berminat kepada
manfaat yang diperolehi mereka. Mereka ingin mengetahui, “Apakah produk ini
mampu beri pada mereka”. Mereka tidak melayan sebarang cerita indah ciptaan
anda kecuali ia membawa makna kepada mereka dahulu.

Saya pernah menerima iklan di peti surat yang menyatakan seseorang telah
mula membuka kedai cermin mata di kawasan saya. Iklan tersebut menceritakan
kejayaan orang berkenaan berjaya membuka cawangan yang kesepuluh
dikawasan saya dan dinyatakan lokasinya. Diakhir perenggan barulah
dinyatakan diskaun 50 peratus yang ditawarkan.

Siapa peduli? Sememangnya saya tidak berminat sama sekali akan iklan
tersebut. Dan saya juga yakin, majoriti dari anda hanya akan membuang iklan
tersebut. Sudah tentu anda tidak akan membaca sehinggalah perenggan akhir
untuk mencari-cari apakah faedah yang diberikan pemilik kedai tersebut.

Sentiasa ingat perkara ini:

Faedah mampu menjual sedangkan isi kandungan tidak sama sekali.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Jika anda masih sukar mencari faedah pada produk anda, lakukan perkara
mudah ini. Senaraikan segala isi kandungan pada produk anda pada sehelai
kertas dan anda sendiri mencari jawapannya dengan bertanya pada setiap isi
kandungan: “Apakah yang dapat ditawarkan pada anda, apa yang anda dapat,
apa yang ia boleh bantu?”.

Jawab lagi soalan ini: “Apakah kegunaannya pada anda?” Jawapan anda sudah
tentu faedahnya!

Maka, oleh itu anda dengan mudahnya dapat menyiarkan faedah pada iklan
anda!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

4) Jual penawar bukan pencegahan


Sebenarnya, ramai orang tidak akan melakukan apa-apa untuk mencegah
masalah mereka berlaku, bermaknanya mereka tidak bersedia langsung.

Tetapi mereka ini akan berusaha sedaya upaya untuk mencari penawar apabila
masalah melanda mereka.

Contoh yang mudah adalah diri kita sendiri. Adakah kita akan mengambil vitamin
atau ubat atau pergi menemui sendiri doktor jika kita sihat walafiat?

Tidak bukan! Tetapi apabila kita ditimpa sakit, dengan pantasnya kita akan
menemui doktor dan mencari segala penawar yang ada. Haha, sememangnya
begitulah lumrah diri kita.

Apabila kita tidak mempunyai sebarang masalah, kita tidak akan berbuat apa-
apa untuk mengelak masalah itu berlaku. Tetapi sebaik sahaja masalah itu
melanda, kita segera mencari penawarnya. Ibarat kata pepatah sudah terhantuk
baru hendak terngadah.

Begitulah juga pada strategi pemasaran anda. Ia perlu …..

Tetapkan masalah pelanggan

Contohnya:

Jual pencuci menghilangkan karat adalah lebih baik dari menjual pencuci mencegah
karat! Atau jualkan ubat menghilangkan kedutan adalah lebih baik dari ubat mencegah
kedutan. Atau tawarkan khidmat sebagai kaunseling penceraian rumah tangga adalah
lebih baik dari kauseling menjaga hubungan rumah tangga.(Orang selalunya
mendapatkan kaunseling ketika diambang penceraian dan jarang apabila masih
berumahtangga!)

Sudahkah anda mendapat ideanya? Saya pasti anda tentu mendapatnya. Yang
pentingnya, anda harus mencuba dan selesaikan segala permasalahan
pelanggan anda. Tidak mengapa jika mereka risau atau tidak akan masalah
mereka, tetapi iklan yang anda siarkan mestilah menyelesaikan masalah
mereka. Sebenarnya, secara tidak langsung mereka akan sentiasa tahu akan
permasalahan yang mungkin dihadapi dan mereka tahu dimana mencari
penyelesaianya nanti. Sudah tentu anda penyelesaiannya!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

5) Gunakan fakta sebenar bukannya fakta umum.

Untuk mengatakan “akan bertahan lama” atau “digunakan oleh lebih 900 orang”
atau “lebih 500 untuk dipilih dari” atau “servis hebat” atau “hamper 500,000
terjual” atau “mencuci lebih baik” sebenarnya tidak memberi sebarang kesan
kepada bakal pelanggan anda. Kerana mereka tidak akan mempercayai anda!

Ikhlas saya katakana, perkara-perkara diatas adalah sesuatu yang umum. Bakal
pelanggan tidak mahu sesuatu yang umum, mereka mahukan fakta sebenar atau
gambaran sebenar. Selalunya, mereka beranggapan sesuatu yang umum
selalunya rekaan – tetapi jika ianya fakta sebenar ianya adalah benar.

Berikan bakal pelanggan anda fakta dan keputusan sebenar dan mereka akan
lebih mempercayai anda. Jadi, jika sedemikian, anda mampu menghasilkan lebih
jualan.

Berikan fakta sebenar dari memberi fakta umum. Contohnya “Kami menawarkan
pilihan 1392 warna” atau “Kami mempunyai 163 stail untuk dipilih daripada” atau
“Ia berfungsi 32.6 peratus lebih baik dari produk X” atau “Ia tahan 27.3 peratus
lebih lama” atau “4875 sudah terjual” atau “selepas 68 kali basuhan ia tidak
mempunyai sebarang kesan”.

Harus diingat, apabila anda memberikan fakta yang spesifik, bakal pelanggan
akan mempercayai anda. Mereka akan berfikir anda sememangnya mengira
jumlah warna atau anda telah melakukan perbandingan ujian untuk mengira
berapa lama ketahanan produk anda!

Apabila anda melakukan perbandingan, pastikan anda menyatakan apa yang


anda bandingkan. Ini kerana jika anda mengatakan 46 peratus lebih baik sahaja
bakal pelanggan akan bertanya “Lebih baik dari apa? Mungkin lebih baik dari
tidak menggunakan apa-apa produk☺.

Jadi, berikan fakta sebenar dan gambaran. Hidupkan iklan anda –jadikan ia lebih
dipercayai. Saya pasti anda mampu membuat jualan.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

6) Iklankan perkara positif sahaja


Jangan sekali-kali anda mengiklankan perkara negatif pada produk anda,
walaupun ia mungkin hanya satu kelemahan. Ibarat anda mengambil tali gantung
dan diikat pada leher sendiri. Anda hanya perlu mengiklankan perkara yang
positif sahaja. Itu sahaja.

Tunjukkan kepada bakal pelanggan anda keputusan positif hasil pengunaan


produk anda atau servis. Lihatlah mana-mana iklan profesional sekalipun, tidak
seinci pun mereka menceritakan perkara-perkara negatif akan produk mereka.

Contoh;

Lihat contoh kebiasaan iklan kereta.

Ia memaparkan sebuah keluarga yang bahagia keluar bersiar-siar, kelihatan anak-anak


kecil bermain-main pada kerusi belakang yang menggambarkan suasana selamat. Kedua
ibu-bapa yang berada dihadapan pula gembira melihat telatah anak mereka. Ia
menunjukkan seolah-olah jika anda memiliki kereta tersebut, hidup anda sekeluarga
penuh ceria.

Tidak pernah sekali-kali mereka memaparkan hidup sehari tanpa kereta jika ia
sedang diservis! Ataupun kos penyelenggaraan yang tinggi, atau kereta tersebut
menggunakan minyak seperti air mengalir atau kekecewaan semasa
terperangkap dalam kesesakan lalulintas!

Anda perlu balik kepada lumrah alam, manusia ini secara asasnya mahukan
dirinya popular, cantik, kaya, sihat dan selamat. Jadi, anda perlu menunjukkan
kepada mereka bagaimana mereka boleh memperoleh apa yang diinginkan
melalui produk atau perkhidmatan anda.

Berikan gambaran yang baik bukannya gambaran yang tidak elok.

Jika anda menjual peralatan kesihatan, anda akan menggambarkan kesan


badan seseorang yang berotot dan sihat bukannya lemah longlai tidak bermaya!
Jika anda menjual pencuci muka, anda akan menggambarkan wajah seseorang
bertukar menjadi berseri-seri ibarat seorang puteri kayangan bukannya wajah
yang bertompok-tompok hitam walaupun sebanyak 0.01 peratus!

Bagaimana? Sudahkah anda mempunyai idea? Bagus!

Ingat! Iklankan perkara positif sahaja, jangan sekali-kali menambah perkara


negatif!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Rehat 5 Minit Santaikan Minda Anda

Hooking Up and Business: A Comparison

1)You see a beautiful girl at a party. You go up to her and say, "I'm a great lover."

That's Direct Marketing.

2)You're at a party with a bunch of friends and see a beautiful girl. One of your friends
goes up to her and, pointing at you, says, "He is a great lover."

That's Advertising.

3)You see a beautiful girl at a party. You go up to her and get her telephone number. The
next day you call and say, "I'm a great lover."

That's Telemarketing.

4)You're at a party and see a beautiful girl. You get up and straighten your tie. You walk
up to her and pour her a drink. You say "May I?" and reach up to her hair, brushing your
hand lightly against her arm, and then say, "By the way, I'm a great lover."

That's Public Relations.

5)You're at a party and see a beautiful girl. She walks up to you and says, "I hear you're a
great lover."

That's Brand Name Recognition.

6)You're at a party and see a beautiful girl. You talk her into going home with your
friend.

That's a Sales Rep.

7)Your friend can't satisfy her so he calls you.

That's Tech Support.

8)You're on your way to a party when you realize that there could be beautiful girls in all
these houses you're passing. So you climb onto the roof of one situated toward the center
and shout out at the top of your lungs, "I'm a great lover."

That's SPAM!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

7) Kupon dan talian bebas tol

Kajian menunjukkan apabila kupon disertakan pada iklan anda, respon pada
sesuatu iklan akan meningkat.

Ini kerana bakal pelanggan selalunya menangguhkan tindakan mereka ke atas


tawaran yang anda berikan kerana merasakan tidak terlalu memerlukannya.
Mereka akan lupa kemudiannya dan besar kemungkinan mereka tidak akan
menemui anda lagi. Tetapi dengan adanya kupon. Mereka akan menyimpan
kupon tersebut dan dibawa bersama mereka ke mana-mana mereka pergi.
Apabila mereka terjumpa lagi iklan anda, dan mereka menginginkan produk
anda, mereka akan teringat kembali pada kupon tersebut dan ada kemungkinan
mereka membeli dari anda.

Selain itu, dengan pengunaan kupon, anda boleh memantau respon ke atas iklan
anda.

Dengan mengadakan tawaran hanya jika seseorang itu mempunyai kupon, anda
mampu mengira dengan tepat berapakah jualan yang terhasil dengan mengira
jumlah kupon yang diterima kembali.

Talian bebas tol pula akan meningkatkan rangsangan bakal pembeli untuk
menghubungi anda kerana ianya percuma bagi mereka (cara ini jika anda
berkemampuan sahaja)

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

8) Gunakan saiz normal: 8,10, atau 12

Kebanyakan pembacaan kita adalah daripada akhbar atau buku dan selalunya ia
dicetak dalam saiz 8, 10 atau 12. Jadi,iklan anda juga harus begitu!

Jika anda menambah saiz teks iklan anda, ia hanya menambah kos pengiklanan
anda. Mempunyai saiz yang besar tidak membuat bakal pembeli membacanya.

Berikan mereka saiz yang menjadi kebiasaan bagi mereka. Jika mereka hendak
membacanya, mereka akan membacanya dan ianya menarik perhatian mereka
bukan kerana saiz cetakannya yang besar.

Baiklah, jika anda mempunyai keraguan akan cara ini, cubalah iklankan produk
anda dalam 2 versi, satu dalam saiz biasa dan satu lagi dalam saiz yang besar.
Anda hanya akan mendapati…..

Saiz yang besar tidak meningkatkan jualan tetapi meningkatkan kos

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

9) Elakkan menggunakan HURUF BESAR

Kebanyakan pembacaan normal kita adalah kombinasi dalam huruf kecil dan
besar. Itulah yang kita lihat dan baca hampir setiap hari dan apa yang kita biasa
gunakan dalam penulisan kita sendiri. Adakah anda menulis surat cinta dalam
huruf besar? jika ya, sedih sama sekali.

MENAIP SESUATU KESEMUANYA DALAM HURUF BESAR AKAN


MENYUKARKAN PEMBACAAN….lihatlah contoh yang ditunjukkan ini.

Jika anda menaip dengan huruf besar, anda tidak akan mendapat banyak
pembaca pada iklan anda, ini bermakna jualan anda akan berkurang.

Dalam iklan anda tidak perlu menjadi hero, anda hendak mengetengahkan
sesuatu yang baru tetapi anda sendiri tahu anda melanggar cara hidup
normal.Ikutilah sahaja cara pengiklanan normal. Berikan bakal pelanggan anda
apa yang mereka sudah biasa, iaitu kombinasi huruf besar dan kecil.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

10) Elakkan menaip tulisan putih berlatarbelakang kehitaman.

Adalah diakui tulisan putih yang berlatarbelakang kehitaman masih boleh dibaca
tetapi ianya sudah tentu lebih sukar.

Ini hanya mendatangkan risiko pada anda, anda akan kehilangan pembaca
kerana kesukaran yang anda timbulkan sendiri pada iklan anda.

Ingatlah, anda perlu membuat bakal pelanggan merasa selesa dan senang untuk
membaca iklan anda, jadi taiplah sahaja dalam hitam berlatarbelakangkan
keputihan, elakkan pengunaan semua huruf besar dan hanya gunakan saiz yang
normal!

Bakal pelanggan tidak sesekali membaca iklan yang menyusahkan mereka. Jadi
jika mereka tidak membacanya, peluang anda menghasilkan jualan sudah tidak
ada sama sekali.

Berbalik pada kata Donald Trump:

“Dalam dunia bisnes, jikalau anda gagal menghasilkan jualan, anda adalah
seseorang yang gagal!”

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

11) Gambar tidak semestinya membantu meningkatkan jualan

Bergantung pada produk anda, anda mungkin menghasilkan jualan yang lebih
baik tanpa meletakkan gambar.

Ini kerana dalam kebanyakan kes, iklan anda hanya memakan kos yang lebih
besar jika diletakkan gambar. Samalah kesnya dengan menambah saiz
iklan.Selalunya ia tidak meningkatkan jualan sebaliknya kosnya lebih besar dari
jualan yang dijana.

Tetapi, dalam beberapa kes, gambar mampu mendatangkan jualan yang lebih
baik. Tetapi saya lebih untuk mengatakan ianya hanya dalam kes-kes tertentu.

Seperti biasa, satu-satunya kaedah berkesan untuk mengetahui sama ada iklan
bergambar lebih baik atau sebaliknya adalah dengan mencuba kedua-duanya.

Anda akan mendapati yang mana mendatangkan lebih jualan untuk anda.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

12) Berikan sampel secara PERCUMA!

Kadangkala, ia adalah sesuatu yang sukar menjual produk anda terutamanya


dalam cetakan.

Ini kerana semua orang tidak akan membayar kepada sesuatu yang tidak seperti
mereka ingini dan fikirkan.

Jika anda mahu berjaya dalam bisnes anda, lakukan sedikit pengorbanan
berikan sampel produk atau servis anda secara percuma kepada bakal prospek
anda. Ini memberikan mereka peluang untuk merasai dan menggunakan produk
anda. Biarkan mereka merasai sendiri bagaimana produk anda mampu
memberikan sesuatu yang mereka ingini.

Jika anda menjual produk yang rendah kosnya seperti makanan dan minuman
atau produk-produk lain dan mempunyai kadar ulangan jualan yang tinggi,
berikan bakal pelanggan anda sampel percuma!

Tetapi jika anda mempunyai produk yang tinggi kosnya dan kadar ulangan jualan
yang rendah, berikan bakal pelanggan anda tempoh penggunaan secara
percuma.

Memberikan sampel percuma akan membina perniagaan anda dengan


cepat dan murah, dan anda juga menghasilkan jualan yang tinggi daripada
iklan anda.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

13) Berikan lebih dari jangkaan, jangan sesekali dibawah nilai.


Dibawah nilai bermaksud produk atau servis yang anda tawarkan tidak seperti
yang anda iklankan.

Lebih nilai pula bermaksud memberikan produk atau servis lebih dari apa yang
anda tawarkan daripada iklan anda.

Pelanggan anda akan berasa gembira dan mereka akan kembali lagi membeli
daripada anda jika anda memberikan lebih dari jangkaan mereka!

Peringatan: Jika anda memberi kurang dari apa yang anda tawarkan, anda
sengaja menempah masalah besar bagi anda, bukan hanya dari pelanggan anda
tetapi juga undang-undang. Anda mungkin dikenakan saman atau denda kerana
menipu pelanggan, dan yang lebih menyedihkan, anda sudah pasti kehilangan
pelanggan untuk selama-lamaanya kerana publisiti buruk yang anda terima.

Begitupun, saya yakin ANDA seorag yang bijak dan mempunyai etika bisnes
yang baik. Pemilik perniagaan seperti ANDA tidak sesekali menggunakan taktik
yang menyalahi undang-undang. Bukankah begitu!;)

Hanya mereka yang tidak tahu etika bisnes sahaja yang sanggup melakukan
perkara yang menjejaskan reputasi mereka sendiri.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

14) Tambah nilai jualan (add-on)


Menambah nilai jualan (add-on) adalah kaedah yang paling mudah untuk
membuatkan bakal pelanggan anda membeli lebih dari apa yang dirancang
mereka. Sedar atau tidak, kita selalu melihat kaedah ini digunakan di kaunter
bayaran terutamanya di restoran-restoran makanan segera.

Saya sendiri pernah mengalaminya, ketika mengunjungi restoran Mc Donald,


saya suka menempah hidangan McValue Big Mac bersaiz biasa. Dan selalunya
jurujual kaunter akan bertanyakan “Anda mahukan yang besar atau biasa, kalau
yang besar anda Cuma tambah 50 sen sahaja!”. Tidak sampai 5 saat, saya terus
menukarkan pilihan kepada Mc Value Big Mac yang besar!

Anda mungkin tidak membeli apa yang mereka cadangkan tetapi sesetengah
orang ya! Lihat seperti saya yang sememangnya fanatik Big Mac!. Begitupun
harus diingat, bakal pelanggan tidak akan membeli sesuatu yang lebih kecuali
mereka ditanya.

Kelebihan tambah nilai jualan( add-on)….

Anda tidak perlu mengeluarkan sesen pun kerana soalan yang ditanya
tidak memerlukan sebarang kos. Yang lebih membahagiakan, anda
mungkin menambah nilai jualan!

Produk yang selalu dijadikan tambah nilai( add-on) adalah produk yang sesuai
dengan produk yang dibeli pelanggan anda.

Contohnya: Kedai kasut seharusnya juga menjual stokin. Kedai cat seharusnya
juga menjual berus. Kedai bunga seharusnya juga menjual pasu dan baja.

Senarai diatas akan terus berkembang dan berkembang.

Apa yang perlu anda lakukan untuk mencari produk tambah nilai (add-on) adalah
anda perlu duduk berfikir dan bertanya diri anda sendiri “Apakah lagi yang
diperlukan dengan produk ini? Jawapannya adalah anda berjaya memperolehi
produk tambah nilai (add-on).

Kaedah ini bukan sahaja boleh dipraktikkan di kedai, anda boleh


mempraktikannya di talian atau dalam kotak e-mel. Apabila seseorang
menempah produk anda, mengapa tidak cadangkan mereka produk tambah
nilai? Ianya mudah dan tidak langsung membebankan anda!

Jadi, jika anda masih tidak menggunakan kaedah ini, apa kata anda
mencubanya. Anda mungkin menambah jualan tanpa sebarang kos tambahan!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

15) Up-sell menambah keuntungan


Kaedah ini hampir sama dengan kaedah tambah nilai (add-on) tetapi anda
membuatkan pelanggan membeli sesuatu yang lebih mahal. Kaedah ini adalah
gabungan dari kaedah tambah nilai( add-on).

Jurujual computer adalah antara yang hebat dengan kaedah ini. Contohnya,
anda membeli computer dengan ciri-ciri asas dan anda menambah CD ROM,
skrin yang lebih besar, RAM yang lebih, motherboard yang lebih laju dan
beberapa program tambahan. Selepas anda menambah, tunggu! Mereka akan
datangkan anda dengan komputer yang berkuasa tinggi dalam satu pakej.

Mereka berjaya membuat up-sell dan anda menambah RM1000 lebih dari apa
yang dirancang pada awalnya.

Begitu juga dengan penjual kereta, anda membeli model kereta asas tetapi
mereka akan menyakinkan anda untuk menambah beg udara, penahan cahaya
matahari, sistem abs dan sebagainya. Anda tentu berbangga memiliki kereta
yang lengkap cirinya bukan!

Kehebatan kaedah ini adalah pelanggan sanggup membayar lebih untuk produk
yang lebih hebat pada pandangan mereka. Ini bermakna, anda membuat
keuntungan yang lebih pada produk yang mahal. Sekali lagi….

Membuat pelanggan membayar lebih untuk kaedah ini tidak langsung


mendatangkan kos kerana bertanya tidak memerlukan nilai ringgit!
Kaedah ini juga boleh dilakukan bukan sahaja di kedai, tetapi di talian, atau
kotak e-mel.

Kaedah ini telah terbukti berkesan terutama jika anda mempunyai perniagaan
sendiri. Jual produk yang mahal memberikan lebih kentungan kepada anda.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

16) Mencuba segala-galanya.


Anda mesti mecuba segala-galanya untuk mengetahui yang mana satu
kaedahkah yang memberi respon terbaik di pasaran.

Anda mungkin mendapati kesemua kaedah yang dinyatakan diatas mampu


menarik perhatian bakal pelanggan anda untuk membaca iklan anda, yang
akhirnya memberikan lebih jualan kepada anda.

Tetapi anda tidak akan tahu yang mana satukah yang benar-benar memberi
pulangan yang lebih lumayan sehinggalah anda mencuba dengan berbagai-
bagai cara.

Contohnya: Iklan bergambar dengan tidak bergambar , tajuk utama/kepala tajuk


bersaiz besar atau normal, dan kesemua yang telah dibincangkan di atas.

Cuba kesemua contoh diatas kerana dengan sedikit perubahan pada iklan anda
ia sebenarnya memberikan kesan yang besar pada jualan dan keuntungan anda!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

17) Tiada yang terbaik


Anda harus menyedari, tiada satupun penetapan pada iklan seperti manakah
yang terbaik. Iklan yang mendatangkan pulangan lumayan pada hari ini mungkin
tidak mendatangkan pulangan pada tahun hadapan. Iklan juga berubah mengikut
masa.

Apa yang tidak berubah adalah sifat-sifat kemanusian. Oleh kerana ia tidak
berubah, kaedah dan syarat juga tidak berubah. Perkara-perkara asas akan
sentiasa kekal sama.

Kerana tiada penetapan yang manakah terbaik, anda perlu mencuba segala-
galanya.

Cuba segala-galanya, perhatikan dan analisa keputusannya.

Biarkan pasaran memberitahu yang mana satukah terbaik untuk iklan anda

Jangan sesekali mengandaikan anda tahu apa yang pasaran mahukan, iklan
manakah yang terbaik! Lebih baik jika mencuba dan mendapat kepastian sendiri.

Mencuba adalah satu-satunya cara menentukan yang manakah iklan yang


terbaik dan yang kurang baik.

Baiklah, jika anda masih beranggapan anda tahu yang manakah yang terbaik
dan mencuba hanya membuang masa anda, bacalah ini:

Sebuah panel pakar pengiklanan dipilih untuk mengundi beberapa siri iklan yang
ditulis oleh sekumpulan pakar pengiklanan yang lain. Mereka harus memilih iklan
terbaik sahaja. Dalam banyak siri iklan tersebut, hanya satu sahaja iklan yang
memberikan pulangan lumayan dan yang lainnya adalah sama. Selepas undian
dilakukan, sebanyak 50 peratus dari panel pakar pengiklanan ini memberikan
jawapan yang salah!
Jika panel yang pakar pun salah, adakah anda masih mengatakan anda tahu
iklan manakah yang terbaik?

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Baiklah, Cuba anda mencuba sendiri teka-teki ini, jangan melihat pada
jawapannya dahulu ;).( dari setiap soalan pilih jawapan Sama ada A atau B)

1) A: Untuk semua wanita yang meminati karier pereka hiasan


dalaman.
B: Bolehkah anda membezakan 7 kesilapan hiasan?

2) A: Bagaimana menukar pemanduan berhemah anda kepada wang


ringgit.
B: Insurans kereta yang rendah jika anda pemandu yang cermat.

3) A: Iklan ini dibatalkan 3 bulan lepas kerana kami kehabisan stok.


B: Beg kulit hanya RM30. Iklan yang terdahulu kami kehabisan stok
dalam 24 jam.

4) A: Bagaimana membuat puding coklat dalam 6 minit.


B: Sediakan hidangan malam ini dengan puding coklat.

5) A: Apakah nasib si dia jika sesuatu berlaku pada anda.


B: Pelan pendapatan persaraan.

6) A: Kot hujan berfesyen klasik pada harga yang juga klasik!


B: Tidak boleh hilangkan kot hujan ini kerana ada nama padanya.

7) A: Gadis….Mahukan kecantikan sejati?


B: Masihkah teman lelaki anda berkata…. “Anda seorang yang
cantik”?

Inilah keputusannya:

1. B ( 250 % lebih baik)


2. B ( 1200 % lebih baik)
3. A (300 % lebih baik)
4. B (66 % lebih baik)
5. B ( 500 % lebih baik)
6. B ( 74 % lebih baik)
7. A (220 % lebih baik)

Jadi, dimanakah anda berada? Saya rasa ianya mencukupi untuk mengetahui
yang manakah iklan terbaik. Yang penting, cuba, perhati dan analisa – dapatkan
iklan manakah yang berfungsi dengan baik, dan anda akan melihat bisnes anda
berkembang. Lakukannya!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

18) Hubungi kami!

Kaedah kelapan belas dan terakhir untuk menghasilkan jualan daripada iklan,
hubungi kami!

Petua ke 18 adalah Rahsia Besar! Hanya dengan satu petua ini sahaja, anda
mampu merubah perniagaan anda kearah keuntungan yang berlipat kali ganda!

Mahu Tahu? Hubungi kami untuk petua yang terakhir!

Kami akan memberikan khidmat nasihat secara percuma selagi iklan anda tidak
mendatangkan jualan!

Kami tidak mengenakan caj walau sesen pun jika anda gagal menghasilkan
sebarang jualan dari iklan anda.

Tetapi sebelum anda menghubungi kami, ada sesuatu yang perlu anda tahu,
anda perlu bersungguh-sungguh melakukannya. Kami tidak menjalankan bisnes
dengan seseorang yang hanya berangan atau hanya suka-suka.

iklanberkesan@saifulsham.com

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

JALAN PINTAS

Cabar Kami!

Baiklah, sekarang ilmu di tangan anda, kami percaya anda akan menggunakannya untuk
memperbaiki status hidup diri anda sendiri. Kami di sini tidak rugi apa-apa jika anda sendiri tidak
mencuba.

Oh ya, jalan pintas untuk anda menguji petua-petua yang kami perturunkan, setelah anda berlatih
di SaifulSham.com Classified, mengapa tidak anda pergi ke Lelong.com.my dan Ebay.com.my.
Cuba anda menjual apa-apa produk yang mempunyai audien sendiri (jangan jual produk lapuk!),
letakkan harga yang berpatutan, dan buat 2 penyenaraian.

Satu penyenaraian, descriptionnya menggunakan segala petua yang kami beri dan satu
penyenaraian lagi descriptionnya di buat sesedap hati sahaja. Mengikut pengalaman kami, di sini
la terletaknya perbezaan antara “sales pitch” (iklan) yang berkesan dan tidak. Produk yang
mempunyai penerangan dan description yang mantap akan lebih mudah menarik pembeli!

Ya, mari kita tengok, produk mana yang akan lebih mendapat sambutan!

Anda rasa? ☺

Sekian saja dari kami, Selamat Berjaya!

Kami mengalu-ngalukan maklumbalas anda semua. Anda boleh emailkan segala respons anda
ke alamat iklanberkesan@saifulsham.com

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

PESANAN PENAJA

RAKAMAN AUDIO

Tempahan:

Jika anda memerlukan rakaman audio, “Keusahawanan Berkesan” di mana kami


menerangkan dengan lebih terperinci, satu persatu petua di dalam buku ini, anda
juga boleh memesannya dari kami.

Sila email kami dengan subjek “Pesanan untuk Rakaman Audio”

Format email:

To: iklanberkesan@saifulsham.com
Subject: Pesanan untuk Rakaman Audio”

Rakaman tersebut adalah dalam bentuk mp3, dan boleh di dengar menggunakan
semua pemain mp3, komputer, pemain cd, vcd dan dvd yang menyokong format
ini.

Penghantaran:
-Jika dihantar secara digital (email/download) ia berharga RM 10
-Jika dihantar di dalam bentuk CD ke rumah anda menggunakan POSLaju ia
berharga RM25

Cara Bayaran:
-Bank In Maybank & BCB (digalakkan)
-Wang Pos/Kiriman Wang

Sila emel kami terlebih dahulu untuk mendapatkan arahan lengkap, alamat dan
juga no akaun bank kami.

Dengan rakaman ini, anda bukan sahaja boleh mendengar secara berulang-
ulang petua-petua di dalam buku ini, tetapi juga dapat mendengar setiap
penjelasan, contoh kes dengan lebih terperinci lagi.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

PESANAN PENAJA
E-Kursus Berbahasa Melayu Pertama di Dunia!
Daftar segera di SaifulSham.com!

Jika anda telah mendapat sedikit-sebanyak ilmu daripada buku ini, mengapa
tidak anda mendaftarkan diri anda untuk kursus-kursus singkat SaifulSham.com
pula? Kami telah menyediakan beberapa kursus pendek yang boleh diikuti
secara elektronik oleh sesiapa sahaja yang ingin mendalami bidang tersebut.

Tidak ada peperiksaan, tidak ada homework, tidak ada assignment juga! Jika
anda ingin maju, maka anda sendiri yang perlu memanfaatkan segala ilmu yang
dicurahkan. Semuanya di sediakan PERCUMA!

Yang mudahya, anda boleh belajar mengikut kemampuan anda sendiri! Pantas
atau perlahan, anda lah yang menentukannya. Sebelum kami terlupa,
sukacitanya kami mengingatkan bahawa, kursus-kursus kami dihasilkan bukan
sahaja untuk dipelajari oleh seorang professional yang baru bergraduasi, bahkan
juga sesuai untuk seorang pesara berumur 65 tahun! Oleh itu, anda akan
mendapati sesetengah topik adalah mudah untuk difahami, manakala
sesetengah lagi lebih sukar.
Namun, kami percaya anda semua pasti mendapat sesuatu yang berharga.

Unutk mendaftar, sila klik link di bawah untuk ke laman web pendaftaran

KURSUS PEMASARAN INTERNET


http://www.saifulsham.com/pemasaraninternet.html

KURSUS PENGIKLANAN BERKESAN


http://www.saifulsham.com/pengiklananberkesan.html

KURSUS KEUSAHAWANAN TERBILANG


http://www.saifulsham.com/keusahawananterbilang.html

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

BIODATA PENULIS

Wan Mohd Syazwan b. Wan Sukri mendapat pendidikan di merata


Malaysia. Sedang ditaja oleh Petronas, menuntut di dalam bidang
Kejuruteraan Mekanikal di UTP. Menjadikan beberapa tokoh korporat
sebagai idola, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan
berjaya.

Sudah didedahkan dengan keusahawanan sejak kecil, Beliau menerajui


unit R&D rangkaian SaifulSham.com. Kini, di samping menguruskan
beberapa perniagaan internet miliknya beliau turut bertanggungjawab menyelia aktiviti-
aktiviti keusahawanan rangkaian SaifulSham.com

“Opportunity is a game of statistic. Numbers never lies…” menurutnya.

Sabri b. Hassan Assa’ari merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan


Elektrik dan Elektronik tajaan Petronas di Universiti Teknologi
Petronas.

Beliau bertanggungjawab memantau dan memastikan aspek-aspek


teknikal operasi rangkaian SaifulSham.com bergerak lancar.
Walaupun tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang
teknologi, beliau memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang
diperlukan dalam operasi secara hands-on.

Namun, sejak akhir-akhir ini beliau banyak meluangkan masa untuk membantu usaha-
usaha promosi dan pemasaran rangkaian perniagaan SaifulSham.com secara teknikal di
Internet.

Katanya, “Don’t panic if you are clueless. In this modern world, it’s not how much you
know that matter, what you do with the little that you know that count. The more failures
you have, the closer you are to success…“

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Você também pode gostar