Você está na página 1de 4

Antara pantang larang yang biasa kita dengar ialah seperti berikut:

1. Tidak boleh menuding jari ke arah pelangi sewaktu hujan renyai renyai, nanti jari putus

2. Tidak boleh bersiul di waktu malam, nanti hantu menjelma, sebab bersiul itu seperti
memanggil hantu

3. Tidak boleh menyapu di dalam rumah pada waktu malam, nanti rezeki tidak mahu datang

4. Tidak boleh tidur di waktu senja, nanti di “ganggu” oleh makhluk halus

5. Tidak boleh makan menggunakan periuk, nanti nasi “ruak” dan rezeki tidak mahu datang

6. Tidak boleh menyambut batu asah dengan tangan apabila seseorang memberikannya. Mesti
diletakkan di bawah dulu baru boleh dipegang/diambil.  Takut nanti “niyut”

7. Tidak boleh potong kuku pada waktu malam, kerana dipercayai menyumpah ibu bapa mati
awal

8. Jangan ketok senduk kat periuk sewaktu masak, nanti orang yang memakan makanan yang
dimasak dengan mengetuk akan menghidap penyakit untut kaki

9. Bila hari hujan lebat,guntur dan petir, tidak boleh ketawa, kalau ketawa kena bakar rambut
sikit

10. Kalau makan pais, kulit pais jangan terus dibuang tapi hendaklah dikoyak terlebih dahulu

11. Pantang larang selepas bersalin seperti tidak boleh makan pisang embun atau durian
belanda perlu dipatuhi seratus peratus kerana boleh mendatangkan musibah. Buah ini sejuk
dan boleh menyebabkan penyakit meroyan

12. Bila mencuci pinggan mangkuk tidak boleh melaga pinggan mangkuk tersebut, nanti orang
yang makan menggunakan pinggan mangkuk itu akan menghidap penyakit untut kaki atau gaut

13. Bila menggunakan lesung batu, lesung batu mesti dilapik dgn kain supaya bunyi menumbuk
dalam lesungi tidak terlalu kuat, takut nanti “ipuk” marah dan tuan rumah pendek rezeki

14. Tidak boleh bercermin pada waktu malam, takut nanti nampak hantu kat belakang

15. Tidak boleh bercermin bersama bayi, takut bayi itu diapa apakan semangat jahat

16. Sebelum berjalan jauh jamah dulu makanan, takut kempunan

17. Tidak boleh duduk atas bantal, nanti “bisul kabut”

18. Kalau hujan panas sewaktu berjalan di dalam hutan, letak rumput dekat kepala, supaya tidak
diganggu semangat jahat yang merayau pada hari itu

19. Kalau waktu hujan panas, letak penyapu kat tangga rumah supaya hantu tidak mengganggu

20. Semasa makan tidak boleh duduk betukar tukar tempat, nanti banyak bini
21. Anak dara kalau memasak di dapur jangan menyanyi, nanti dapat jodoh orang tua

22. Kalau membaca buku tak boleh waktu hampir senja, nanti mata kabur

23. Dilarang sama sekali mengira tembakan semasa jenazah turun untuk dikebumikan kerana ia
dipercayai menyumpah ibu atau nenek kita

24. Jangan buang sagu or bulu sembarangan nanti tumbuh bisul

25. Sekali sekala makanlah pakai tangan dan minumlah bekas air dalam pinggan itu, tanda kita
makan air tangan kita sendiri, supaya tidak mudah terkena buatan orang untuk jadi “bungun”

26. Jangan buang nasi/beras merata-rata, nanti semangat makanan marah

27. Jangan melangkah lesung nanti “niyut”

28. Tidak boleh melangkah batu asah, nanti “niyut”

29. Tidak boleh membuang air kecil pada batang pokok rumbia (tiada penjelasan)

30. Selepas rambut dipotong, rambut mesti mesti dilapik atau disimpan dalam plastik terlebih
dahulu sebelum dibuang (tiada penjelasan)

31. Jangan pukul orang dengan penyapu, nanti sial atau “bungun”

32. Jangan minta balik apa benda yang kita pernah bagi kat orang, nanti bisul kabut atau luka
kat siku

33. Jangan intai org mandi, nanti mata sepet

34. Jangan bagi kucing makan ikan pari (tiada penjelasan)

35. Kalau kucing buat lawak ‘kui’, jangan ketawa, nanti ‘litoh’ berbunyi and kita kena sambar
petir

36. Jangan pakai tali pinggang semasa berenang dalam sungai, nanti kena kejar ‘dipah tanak’

37. Kalau gigi tanggal, tidak boleh dibuang nanti ditukar oleh udang dan gigi kita macam gigi
udang

38. Semasa berkhatan, tidak boleh melangkah bendul, nanti ‘niyut’

39. Semasa makan ‘linut’ jangan ketawa, kalau ketawa kena tikam sikit kat ‘padung’, takut ‘buen
lau’

40. Kalau gigi sebelah atas tanggal, kena tikam atas ‘padung’ dan kalau sebelah bawah, tanam
aje

41. Jangan duduk dekat tiang dalam rumah masa hari guntur, takut melekat kat tiang

42. Jangan ‘tupa’ pendayung dalam perahu, nanti karam/mengundang petaka


43. Kalau masuk hutan, jangan buat bising atau menyebut perkataan yang tak senonoh, nanti
sesat

44. Semasa berada di atas jalan atau sungai, kalau terlihat benda yang pelik pelik, jangan
ditegur, diam aje (tiada penjelasan)

45. Jangan main penyapu, nanti ‘bungun’

46. Jangan tidur dalam gelap, sekurang kurangnya ada pelita, takut di’ganggu’

47. Jangan tidur dekat parang (tiada penjelasan)

48. Jangan duduk atas lesung/bantal nanti “niyut”

49. Alih sedikit tapak nasi/lauk bila ada orang hendak berjalan/keluar rumah semasa kita
makan (tiada penjelasan)

50. Jangan mandi sungai bila ada orang tengah makan, nanti kena ‘seno” terutama sekaliu
rumah dekat sungai

51. Letak tapak nasi atas kepala bila terkentut masa makan (tiada penjelasan)

52. Jangan ‘pijoh’ semasa makan, nanti “utud buduok’

53. Tidak boleh pukul air di sungai, nanti buaya datang

54. Wanita mengandung tidak boleh duduk atas bendul pintu, tidak boleh melilit kain atau tuala
di leher, nanti bayi susah nak keluar masa melahirkan

55. Tepak sireh tidak boleh diletak sembarangan di depan tetamu, kita mesti tahu arah mana
untuk mengalu alukan tetamu dan sebaliknya

56. Jika berlaku kematian keluarga terdekat, tidak boleh memakai pakaian yang berwarna
merah, tidak boleh mandi sehingga hari pengkembumian

57. Semasa kaul, tidak boleh melintasi depan motor yang membawa “serarang”, kalau
melanggar pantang larang ini harus kena denda

58. Kalau masuk rumah baru, tak boleh ada pelawat dalam masa 3 hari selepas berpindah
masuk, takut nanti ‘nasib’ rumah yg baru tu tak bagus. Dan dalam masa 3 hari tu juga, tak boleh
kekurangan apa apa pun barang makan, takut rezeki tak masuk ke dalam rumah baru

59. Kalau masuk rumah baru, tidak boleh kekurangan garam dalam masa sebulan (tiada
penjelasan)

60. Organ dalaman seperti hati atau telor yang masih lembut di dlam perut menjadi pantang.
Sebabnya organ dalaman seperti hati sebenarnya adalah tempat menapis racun justeru ia
kurang sesuai terutamanya untuk orang yang belajar dan boleh membantut perkembangan otak

61. Jangan memusingkan makanan, nanti orang yang makan pening kepala
62. Apabila terjadi kematian, setiap ahli keluarga si mati dilarang memakan “inut, si’et atau
buah yang bergetah”, takut nanti terjadi perkara yang sama dalam keluarga tersebut

63. Anak dara dilarang duduk di bendul tangga, takut lambat mendapat jodoh

Você também pode gostar