Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
Sebagai seorang guru prasekolah anda perlu mempunyai pengetahuan asas tentang
kekeluargaan bagi melicinkan tugas-tugas di prasekolah.
Soalan 1: Pengenalan
Keluarga adalah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,
perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Keluarga juga merupakan satu ikatan
kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Keluarga
merupakan lingkungan yang penting kerana pendidikan pertama bermula daripada
rumah yang terdiri daripada lingkungan keluarga.
Jenis-jenis Keluarga
1
(ii) Keluarga Luas
Keluarga luas pula terdiri daripada suami, isteri, anak, menantu dan cucu
serta saudara mara yang ada pertalian keluarga yang tinggal dalam
sebuah rumah atau rumah-rumah yang berdekatan. Hubungan
kekeluargaan antara seorang ahli keluarga dengan ahli keluarga yang lain
sangat rapat.
Ibu atau bapa tunggal adalah apabila salah satu pasangan tidak lagi
bersama menjalani kehidupan keluarga yang disebabkan sama ada suami
atau isteri telah meninggal dunia atau disebabkan berpisah hidup akibat
perceraian. Bagi mereka yang tidak berkahwin tetapi memelihara anak
angkat juga dikenali sebagai penjaga tunggal atau ibu / bapa tunggal.
Fungsi keluarga
2
(ii) Fungsi psikologi
Ibu bapa berperanan memberikan perhatian serta kasih sayang dan rasa
aman kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab
membentuk peribadi anak-anak serta mendidik mereka dengan identiti
keluarga.
3
Menurut Friedman (1998) pula, fungsi keluarga terbahagi kepada 4 fungsi
iaitu fungsi affective, fungsi sosialisasi peranan, fungsi reproduktif dan fungsi
ekonomi.
Bagi pendapat Friedman, fungsi keluarga dari segi fungsi affective adalah
ibu bapa bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang selesa dan
sihat dari segi mental, saling menghargai dan saling memerlukan antara
satu sama lain.
4
Pendekatan Keibubapaan
Pendekatan keibubapaan bermaksud cara didikan atau asuhan ibu bapa kepada
anak-anak mereka. Banyak pendekatan keibubapaan yang digunakan oleh
kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang.
Selain itu, ada juga pendekatan autokratik atau autoritatrian di mana ibu bapa
mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak dengan membuat
peraturan-peraturan, memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak-anak dan tidak
membenarkan anak menyoal tentang peraturan-peraturan dan nilai-nilai tersebut.
Corak asuhan ini mementingkan hukuman dan dendaan dalam bentuk fizikal kepada
anak-anak. Arahan ibu bapa harus dipatuhi tanpa sebarang alasan dan tingkah laku
anak-anak dibentuk berdasarkan undang-undang mutlak yang ditetapkan oleh ibu
bapa. Ibu bapa juga mempunyai harapan yang tinggi kepada anak-anaknya dan
mereka sentiasa mengongkong serta menghadkan pergerakan dan perlakuan anak-
anak. Ibu bapa yang menggunakan pendekatan ini selalu membuat kenyataan tanpa
perbincangan dengan anak-anak.
Pendekatan permisif pula merujuk kepada cara asuhan yang pasif. Ibu bapa
tidak mengawal tingkah laku anak-anaknya dan banyak memberi pilihan dan
tanggungjawab kepada anak-anaknya. Pendekatan permisif ini terbahagi kepada
dua iaitu permisif indulgen dan permisif negligen.
5
Pendekatan permisif indulgen adalah cara pembesaran bersifat corak
komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang menekankan tentang tingkah laku
anak-anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal tetapi tinggi dalam responsif.
Ada juga ibu bapa yang menggunakan pendekatan permisif negligen iaitu
gaya asuhan anak dicirikan dengan tiada langsung corak komunikasi terbuka antara
ibu bapa dengan anak. Ibu bapa mengambil langkah tidak terlibat atau mengabaikan
terus anak-anak. Dengan kata lain ibu bapa disifatkan tidak mengawal dan tidak
memberi respon terhadap anak-anak mereka.
6
(a) Kepentingan keluarga dari segi nilai dan budaya dari pelbagai sumber
Menurut Kamus Dewan (2005) ialah keluarga bemaksud saudara mara, sanak
saudara dan kaum kerabat. Keluarga juga didefinisikan sebagai semua orang yang
mempunyai keturunan antara satu sama lain yang terdiri dari suami, isteri, anak
serta keluarga angkat.
Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh
sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Koentjaraningrat
(2002) mendefinisikan budaya sebagai seluruh total dari fikiran, karya dan hasil
karya manusia yang tidak berakal kepada nalurinya dan yang hanya dicetuskan oleh
manusia sesudah sesuatu proses pembelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Van
Peursen (1988) di mana beliau menyatakan kebudayaan adalah sebagai proses
belajar yang besar.
7
Dari segi pendidikan, NAEYC menyatakan budaya adalah termasuk nilai
kaum, identiti ras, tahap ekonomi, struktur keluarga, bahasa dan agama serta
kepercaya politik keluarga di mana ia sangat mempengaruhi perkembangan anak-
anak dan hubungannya dengan dunia luar.
8
terbuka dalam kalangan ahli keluarga. Nilai ini penting bagi mewujudkan rasa kasih
sayang dan akan melahirkan anak-anak yang penuh kasih sayang dan bertimbang
rasa dalam kehidupan mereka. Kasih sayang juga akan menyebabkan anak-anak
berasa bahagia apabila berada dalam keluarganya. Anak-anak akan berasa seronok
apabila sentiasa berada dalam keluarga yang kaya dengan kasih sayang.
9
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni
iaitu baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang,
keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan mental dan fizikal, kejujuran,
kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan semangat
bermasyarakat yang boleh disemai dalam diri setiap anak-anak. Ini merupakan
tanggungjawab ibu bapa agar nilai-nilai murni ini dapat disemai dalam diri setiap
individu. Apabila anak-anak ini telah diterapkan dengan nilai-nilai murni yang telah
disarankan oleh PPK ini, tentulah generasi kita akan lebih berakhlak mulia dan
disegani oleh masyarakat dunia. Jika kita lihat dari 16 nilai-nilai murni yang telah
disyorkan oleh PPK ini, ia telah meliputi hampir semua faktor-faktor untuk
melahirkan individu yang baik. Nilai-nilai yang terkandung dalam 16 nilai-nilai murni
ini jika dipraktikkan agar melahirkan negara yang aman dan hormani.
10
(b) Cara-cara dan langkah-langkah seorang guru prasekolah mengukuhkan
nilai dan budaya yang positif dalam kalangan murid
Menurut Neuman, Hagedorn, Celano & Daly (1995), guru perlu memahami budaya
dan latar belakang keluarga bagi setiap murid-muridnya. Perilaku seseorang murid
akan dipengaruhi oleh budaya dan nilai yang diterapkan dalam keluarganya.
Perilaku juga akan dipengaruhi oleh latar belakang keluarga murid. NAEYC
mengenal pasti di mana individu yang mengendalikan kanak-kanak akan
menghadapi banyak masalah dengan nilai dan amalan budaya masing-masing. Oleh
itu, sebagai seorang guru prasekolah kita perlu mempersiapkan diri agar dapat
menghadapi masalah-masalah ini dengan baik.
Dengan terbinanya sebuah keluarga yang utuh dengan nilai dan budaya yang
baik, ia secara tidak langsung telah membantu guru prasekolah untuk mengukuhkan
nilai dan budaya yang positif kepada murid. Namun begitu, tidak semua keluarga
yang berjaya menerapkan nilai-nilai dan budaya yang positif dalam diri anak-anak
mereka. Ini menjadi tanggungjawab guru di sekolah agar menerapkan nilai-nilai
dalam diri murid-muridnya serta mengukuhkan nilai-nilai positif yang sedia ada pada
diri murid-murid.
Guru juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap diri anak-anak
murid melalui aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti aktiviti gotong-royong yang
menggalakkan nilai tolong-menolong dan nilai kebersihan, aktiviti lakonan pula boleh
menggalakkan nilai-nilai kesedaran, keberanian dan kasih sayang, dan aktiviti
11
lawatan juga boleh menggalakkan nilai kesedaran dan kasih sayang sesama
manusia, kasih sayang kepada makhluk lain dan kasih sayang kepada alam sekitar.
Selain itu, guru juga boleh mengadakan sambutan perayaan setiap kaum
seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, sambutan Perayaan Deepavali, sambutan Hari
Tahun Baru Cina serta sambutan perayaan-perayaan yang lain. Melalui sambutan
ini, guru boleh menimbulkan suasana perayaan sebenar seperti hidangan makanan,
pakaian dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan sesuatu perayaan tersebut.
Jika di rumah ibu bapa tidak mengamalkan budaya ini, sekurang-kurang murid-murid
dapat merasai pengalaman menyambut sambutan perayaan setiap kaum sama ada
perayaan kaum mereka sendiri atau kaum yang lain.
Melalui aktiviti bacaan juga nilai dan budaya dapat diterapkan dalam diri
setiap murid-murid. Aktiviti-aktiviti bacaan ini perlulah dipilih yang bersesuaian
dengan peringkat umur murid-murid dan mempunyai nilai-nilai murni yang ingin
diterapkan dalam diri murid-murid. Selain itu melalui aktiviti bacaan ini juga murid-
murid boleh diterapkan dengan nilai berkongsi dan nilai sabar serta nilai bantu-
membantu. Nilai berkongsi boleh diterapkan apabila murid-murid berkongsi bahan
bacaan mereka semasa aktiviti dijalankan. Nilai sabar pula boleh diterapkan apabila
murid-murid bersabar untuk meneruskan pembacaan mereka dan meneruskan
bacaan mereka bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kebolehan mereka.
12
Nilai bantu-membantu juga boleh diterapkan apabila murid membantu rakannya
yang lain untuk membaca bahan bacaan masing-masing. Ini adalah kerana setiap
individu berbeza dan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Oleh itu, nilai
bantu-membantu ini sangat penting dan boleh diterapkan melalui aktiviti bacaan.
(c) Peranan guru untuk membina hubungan dengan ibu bapa atau keluarga
murid
Sebagai seorang guru, membina hubungan dengan ibu bapa atau keluarga murid
adalah sangat penting. Banyak faedah yang boleh diperolehi apabila hubungan ini
terbina. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membina hubungan antara guru
dengan ibu bapa atau keluarga murid.
Menurut Rosazizi Abdul Rahim dan Mohd Sharani Ahmad dalam Panduan
Kurikulum Prasekolah, perjumpaan boleh dibahagikan kepada 3 kategori
iaitu di peringkat awal, pertengahan dan akhir. Peringkat awal perjumpaan
dilakukan pada sesi awal persekolahan. Melalui perjumpaan ini guru akan
menerangkan hal-hal berkenaan prasekolah, kakitangan, kurikulum yang
dijalankan dan pengurusan fizikal prasekolah. Di peringkat pertengahan,
ibu bapa dan guru boleh berbincang berkenaan perkembangan anak-anak
13
mereka berdasarkan penilaian secara berterusan yang dijalankan oleh
guru. Di peringkat akhir perjumpaan, aktiviti penyampaian sijil dan
sebagainya boleh dibincangkan.
14
kreativiti anak-anak dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan di prasekolah
dan aktiviti luar.
Cara lain untuk membina hubungan dengan ibu bapa atau keluarga murid
adalah dengan membuat lawatan ke rumah. Sememangnya, banyak
program seperti Parents as Teacher (P.A.T), rumah berasaskan Head
Start dan perkhidmatan intervensi awal adalah disampaikan secara
langsung melalui lawatan ke rumah.
15
Gambar 2: Lawatan guru ke rumah keluarga murid.
16
Soalan 2: Laporan Hasil Temubual dan Pemerhatian
Pemerhatian telah dibuat ke atas sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, isteri
dan empat orang anak, iaitu dua orang lelaki dan dua orang anak perempuan.
Pemerhatian dan dijalankan dari 3 September 2010 hingga 9 September 2010.
Manakala, temu bual pula telah dijalankan tidak mengikut ketetapan. Temu bual
dilakukan secara tidak formal dan perbualan berbentuk perbualan sesama ahli
keluarga.
Puan Janna dan suami bukanlah seorang yang berkelulusan tinggi. Oleh itu
perbualan dilakukan secara santai dan hanya berkisar tentang cara pasangan ini
mengendalikan anak-anak mereka. Laporan ini banyak tertumpu kepada hasil
pemerhatian yang dijalankan sahaja.
17
(a) Pendekatan Keibubapaan
Pendekatan keibubapaan bermaksud cara didikan atau asuhan ibu bapa kepada
anak-anak mereka. Banyak pendekatan keibubapaan yang digunakan oleh
kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang.
Bagi keluarga Puan Janna ini, pendekatan yang digunakan boleh saya kata
adalah pendekatan permisif. Namun, pasangan Puan Janna dan Encik Azlan
menggunakan pendekatan permisif indulgen. Pendekatan permisif indulgen adalah
cara pembesaran bersifat corak komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang
menekankan tentang tingkah laku anak-anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal
tetapi tinggi dalam responsif. Walaupun pasangan ini tidak mengambil berat tentang
tingkah laku anak-anak mereka, namun mereka tidaklah mengabaikan terus anak-
anak mereka.
Ini dapat dilihat melalui kesan pendekatan ini. Anak-anak Puan Janna suka
bergantung pada orang lain. Ini jelas apabila setiap perkara yang berlaku, anak-
anaknya terlalu bergantung kepada ibunya iaitu Puan Janna walaupun perkara itu
kecil sehingga seorang doktor yang pernah merawat anak sulung Puan Janna (Afiq)
merungut, “sikit-sikit ibu, sikit-sikit ibu!”
Selain itu, dari pelajaran, hasil daripada temu bual bersama kakak kepada
Puan Janna iaitu Puan Maria, Puan Maria mengatakan bahawa Puan Janna
mengambil ringan pelajaran anak-anaknya. Tiada langkah yang diambil ekoran
daripada masalah anaknya Afiq yang berusia 8 tahun, tetapi masih tidak pandai
membaca.
18
(b) Kawalan Disiplin Anak
19
(ii) Pesanan yang tidak terlalu panjang
Menurut Dr. Fazilah Kamsah, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita
menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini
demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan
daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak
perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada
perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-
anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik
supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat penting
agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus
pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.
20
Puan Janna dilihat seperti berat sebelah dalam menghukum anak-anaknya.
Puan Janna akan menghukum anak-anak yang kedua dan ketiga jika mereka
melakukan kesalahan. Namun apabila anak sulungnya melakukan kesalahan, Puan
Janna tidak mengambil sebarang tindakan. Beliau hanya membiarkan tingkah laku
anaknya itu tanpa menegah ataupun menerangkan akibat jika melakukannya.
Sebagai ibu bapa, mereka perlu mendengar anak-anak mereka apabila mereka
sedang berkomunikasi. Mereka perlu diberi peluang untuk berkomunikasi tentang
pandangan dan perasaan mereka. Kanak-kanak boleh berkomunikasi secara verbal
dan juga secara bukan verbal dengan bahasa tubuh mereka. Melibatkan mereka
bertanyakan soalan untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi kegembiraan dan
kesedihan mereka.
Sebagai orang dewasa juga, kita perlu bercakap dengan kanak-kanak seperti
mana kita memahukan orang lain bercakap dengan kita. Contohnya, jika kita
menginginkan orang lain bercakap sopan dengan kita, begitu juga kita perlu
bercakap dengan kanak-kanak. Untuk menyelesaikan sesuatu konflik kanak-kanak,
orang dewasa perlu menggunakan nada suara yang biasa tanpa meninggikan suara
atau mengeluarkan suara yang berbaur kemarahan. Tidak perlu menjerit, berkata-
kata manis atau berkata-kata kasar apabila berkomunikasi dengan kanak-kanak.
Ibu bapa dan guru juga perlu membina hubungan mata (eye contact) apabila
berkomunikasi dengan kanak-kanak. Jika kita mengkehendaki kanak-kanak
memahami bahawa kita tidak berpuas hati dengan tingkah lakunya, kita perlu
memastikan bahawa kanak-kanak benar-benar tahu bahawa kita sedang berkata-
kata dengannya.
21
Apabila berkomunikasi dengan anak-anak, ibu bapa perlulah menggunakan
bahasa dan ayat yang mudah agar mudah difahami oleh anak-anak. Ayat-ayat yang
panjang tidak memberi makna jika ia tidak difahami oleh anak-anak.
Untuk mengatasi konflik anak-anak, ibu bapa perlu memberikan arahan yang
positif dan bukan arahan yang berbentuk ayat negatif. Contoh arahan yang baik
adalah “Makan biskut itu” dan bukanlah arahan seperti “Ibu beritahu tadi jangan...”
arahan positif ini memberitahu kanak-kanak apa yang mereka perlu lakukan dan
bersesuaian dengan tahap perkembangan bahasa dan pemahaman intelek mereka.
22
REFLEKSI
23
banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Saya bersama rakan-rakan telah
pergi ke Perpustakaan Universiti Malaya untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan
termasuklah beberapa jurnal. Tidak banyak jurnal berkaitan dengan Pendidikan Awal
Kanak-kanak menyediakan rujukan kami agak terhad.
Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Saya banyak
mempelajari hal-hal keibubapaan serta peranan guru dalam membina hubungan
dengan ibu bapa. Ilmu-ilmu serta maklumat yang diperolehi sepanjang menyiapkan
tugasan ini boleh dipraktikkan pada masa akan datang apabila saya bergelar
seorang guru atau seorang ibu pada suatu hari nanti.
Sebagai seorang bakal guru prasekolah juga, tugasan ini sangat berharga
kerana banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan.
Saya telah memperolehi pengetahuan baharu tentang peranan guru prasekolah dan
cara-cara untuk mengendalikan konflik kanak-kanak. Selain itu, saya juga mendapat
banyak idea cara-cara untuk membina hubungan antara guru dan keluarga murid-
murid.
24
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
yang banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini
terutamanya kepada pensyarah pembimbing yang memberikan bimbingan serta
rakan-rakan sekuliah yang sentiasa memberi maklumat serta idea-idea bernas.
Sesungguhnya jasa dan budi baik kalian tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.
Semoga Allah saja yang dapat membalas segala budi baik kalian.
Sekian.
25
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
RUJUKAN
Patricia F. Heamon & Verna Hildebrand ( 2009). Guiding Young Children 8th Edition.
Upper Saddle River, NJ: Merill / Pearson Education Inc.
26
Henniger, M. (2005). Teaching Young Children: An Introduction. Upper Saddle River,
NJ: Pearson / Merill / Prentice Hall.
C.Stephen White & Mick Coleman (2004). Early Childhood Education. Upper Saddle
River, NJ: Merill / Pearson Education Inc.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum
Prasekolah. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ansary Ahmed & Mansor Fadzil (2007). Pendekatan dan Kurikulum dalam
Pendidikan Awal Kanak-kanak. Serdang: UNITEM Sdn. Bhd.
Marjorie V.Fields & Cindy Boesser (1998). Constructive Guidance and Discipline:
Preschool and Primary Education Second Edition. Upper Saddle River, NJ:
Pearson / Merill / Prentice Hall.
Ansary Ahmed, Mansor Fadzil & Abd Razak Habib (2007). Pengenalan Pendidikan
Awal Kanak-kanak. Selangor: UNITEM Sdn. Bhd.
Sue Grossman (2008 Spring). “I Just Don’t Like That Kid”: Confronting and
Managing Personal Feelings about Children. Childhood Education: Infancy
Through Early Adolescence, 147 – 149
Janice Patterson & Lynn Kirkland (2007 Fall). Sustaining Resilient Families for
Children In Primary Grades. Childhood Education: Infancy Through Early
Adolescence, 130 – 134
Rosnaaini Hamid, Suhanim Abdullah & Syahrul Faizaz Abdullah (2004, Disember).
Pendekatan Keibubapaan Berdasarkan Surah Luqman. Diperoleh dari
http://www.psb1.uum.edu.my/TESIS/Penyelidikan%20Print/2005/ROSNAAINI
%20HAMID,%20SUHANIM%20ABDULLAH%20DAN%20SYAHRUL%20FAIZAZ
%20ABDULLAH.pdf
27
Mashitah Ibrahim (1999, Oktober 14). Institusi Keluarga Membentuk Peribadi.
Diperoleh dari http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg01158.html
Saiful Ariff (2010, September 10). Penanaman Nilai Moral dalam Keluarga.
Diperoleh dari http://www.jelajahbudaya.com/keluarga/penanaman-nilai-moral-
dalam-keluarga.html
28