Você está na página 1de 2

Tugasan 2

Kasih Sayang Adalah Unsur Terpenting Bagi Melahirkan Sebuah Keluarga


Bahagia

KELUARGA merupakan satu ikatan kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang
berkongsi kehidupan. Ia menjadi sumber akhlak bagi setiap manusia dan tunggak utama
untuk membina dan membentuk sikap dan keperibadian. Justeru pembinaan sebuah
keluarga merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kerangka pembangunan
kemanusiaan kerana keluarga membentuk suatu masyarakat kecil yang akhirnya menjadi
elemen penentu bagi acuan masyarakat yang bakal lahir.

Setiap ahli keluarga haruslah mengamalkan nilai kasih sayang terhadap


keluarga untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Nilai ini bermaksud
perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap
keluarga.

Pembinaan sebuah keluarga bukan sahaja bergantung kepada ibu bapa atau
penjaga tetapi merupakan kewajipan dan tanggungjawab setiap anggota
keluarga. Keluarga bahagia ialah keluarga yang sejahtera dan harmoni. Keluarga
bahagia memerlukan setiap anggotanya mempunyai sikap positif yang
bersesuaian dengan norma masyarakat.

Tambahan pula, ibu bapa atau penjaga banyak berkorban untuk mendidk dan
mengasuh anak-anak supaya menjadi insan yang baik dan dapat menyumbang
kepada masyarakat dan negara. Justeru, Hari Ibu dan Hari Bapa disambut pada
setiap tahun untuk menunjukkan kasih sayang dan menghargai jasa dan
pengorbanan ibu bapa.

Selain itu, setiap anggota keluarga haruslah memiliki nilai kasih sayang dalam
diri mereka. Definisi nilai ini ialah Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam
serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Nilai ini harus diamalkan
agar mereka dapat mencurahkan kasih tersebut kepada keluarga mereka
Umpamanya, setiap ahli keluarga haruslah saling memyayangi, saling membantu
tanpa mengharapkan ganjaran, menjaga perasaan sesama lain bagi menjalinkan
hubungan yang mesra dan akrab.

Konklusinya, keluarga bahagia ialah satu matlamat negara yang akan


membawa berkat kepada masyarakat kita. Oleh itu, setiap warga Malaysia
mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk mewujud dan mengekalkan
keluarga bahagia.
224

Você também pode gostar