Você está na página 1de 2

Ambil keris

pembelah manggis
Buat rambutan lekang sendiri
Lautan kering
Pulau menangis
Ikan dipantai menghempas diri

Bukan lah sesuatu keputusan yang mudah untuk meninggalkan pkg tetapi saya selalu pujuk hati saya

Asap api embun berderai


Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu

Mana Manggung, mana Periaman


Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi

Lihat kain lipat baju


Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi mu tuan

Sayang serawak sungainya sempit


Buah nanas lambung – lambungan
Hendak ku bawa perahu ku sempit
Tingal tuan tinggalah junjungan

Sungai disusur sehari-hari


Dalam gelap menangkap ikan
sembah disusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Dari mana hendak ke mana


Tinggi rumput dari padi
Hari mana bukan mana
Dapat kita berjumpa lagi

Bintang barat terbit petang


Bintang timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
Laju – laju perahu laju
Laju mari ke indera giri
Lupakan kain lupakan baju
Tapi jangan lupakan kami

Você também pode gostar