Você está na página 1de 12

ASSURE Model Instructional Plan/Design

TUNJANG : Literasi Sains dan Teknologi

TEMA : Haiwan

MASA : 1 jam
KELAS : Prasekolah 6 tahun

ANALYZE LEARNERS 1. Ciri umum :


(analisis murid)  Murid terdiri daripada kanak-kanak prasekolah
berusia 6 tahun.
 Terdiri daripada 16 orang murid, 8lelaki dan 8
perempuan
2. Latar belakang murid :
 Kebanyakan murid tinggal di kawasan pekan
atau bandar kecil di sekitar sekolah.
 Budaya hidup yang diamalkan adalah budaya
masyarakat Melayu.
3. Mempunyai 3 kelompok murid iaitu :
i) Murid cemerlang – 4 orang
ii) Murid sederhana – 11 orang
iii) Murid lemah – 2 orang
( Perkembangan Lewat – Kelewatan
bahasa dan pertuturan)
4. Gaya pembelajaran murid adalah seperti berikut :
i) Visual – 65%
 Murid belajar melalui penglihatan. Murid
mudah memahami dengan bantuan gambar, video,
slaid, dan edaran bahasa.

ii) Auditori – 20%


 Murid belajar melalui pendengaran. Mereka suka
mendengar muzik dan menghayati lagu.

iii) Kinestatik –15%


 Murid suka belajar melalui pergerakan, menyentuh
dan membuat aktiviti.

5. Pengetahuan sedia ada murid :


 Murid cemerlang dan sederhana sudah mampu
membaca dan bertutur dengan baik.
 Murid lemah belum berupaya betutur dengan
menggunakan frasa atau ayat pendek dan membaca
dengan baik.

6. Potensi murid :
 5 orang murid mempunyai minat dan kemahiran
dalam aspek bahasa.

STATE OBJECTIVES Pada akhir pembelajaran :


(menentukan objektif)
 Murid kelompok cemerlang dapat ;
i) Menggunakan dan menguruskan komputer
untuk menjawab soalan bertajuk “Kenali
Haiwan” tanpa bimbingan guru.
ii) Membezakan kesemua bunyi haiwan tanpa
bimbingan guru.
iii) Menyebut kesemua nama haiwan dengan baik
tanpa bimbingan guru.

 Murid kelompok sederhana dapat ;


i) Menggunakan dan menguruskan komputer
untuk menjawab soalan bertajuk “ Kenali
Haiwan “ tanpa bimbingan guru.
ii) Membezakan kesemua bunyi haiwan tanpa
bimbingan guru
iii) Menyebut kesemua nama haiwan dengan baik
tanpa bimbingan guru.

 Murid kelompok lemah dapat ;


i) Menggunakan dan menguruskan komputer
untuk menjawab soalan bertajuk “ Kenali
Haiwan” dengan bimbingan guru.
ii) Membezakan sekurang-kurangnya 3 bunyi
haiwan dengan bimbingan guru.
iii) Menyebut sekurang-kurangnya 3 nama haiwan
dengan bimbingan guru.

SELECT MEDIA,
MATERIALS, AND 1. Kaedah
METHODS  Kaedah demonstrasi dan main peranan dilaksanakan
(memilih media, bahan ketika set induksi dan penyampaian konsep isi
dan kaedah) pembelajaran.
 Kaedah soal jawab digunakan ketika set induksi
brtujuan untuk merangsang murid dan ketika penutup
bertujuan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

 Berpusatkan murid iaitu murid akan menggunakan


komputer untuk menjawab soalan yang diberikan
sama ada melalui bimbingan guru ataupun tidak.

2. Media
 Berdasarkan kriteria-kriteria yang ada pada murid,
bahan dan media yang digunakan ialah:
i) Audio bunyi haiwan ( kucing, ayam, kambing,
burung dan anjing) yang dimuat turun daripada
internet.
ii) Audio lagu “anak kucing comel” yang dimuat
turun daripada internet digunakan semasa set
induksi.
iii) Kad imbasan dihunakan bagi perlaksanaan
permaiankecil iaitu “kotak beracun” yang dibina
menggunakan kad manila.
iv) Topeng kucing yang dihasilkan dengan
menggunakan kad manila, warna, gunting dan
getah pengikat makanan.
v) Video hasil ubah suai movie maker dibina
dengan sumber-sumber yang telah diperolehi
daripada internet dan gambar daripada
kamera.
vi) 1 projektor LCD
vii)5 biji komputer/ komputer riba
viii) Lembaran kerja yang dibina menggunakan
power point untuk aktiviti peneguhan.

3. Bahan
 Kad manila
 Kad imbasan haiwan dan kotak beracun digunkan
ketika aktiviti permaina kecil.

UTILIZE MEDIA, 1. Kaedah


MATERIALS, AND  Kaedah demonstrasi dan main peranan dilaksanakan
METHODS bertujuan menarik minat murid dan merangsang
(menggunakan media, murid untuk bersedia menerima isi pembelajaran.
bahan dan kaedah)  Kaedah soal jawab digunakan ketika set induksi bagi
membolehkan murid menjana idea dan menggunakan
pengetahuan sedia ada sebagai pengukuhan awal.
 Kaedah solajawab juga digunkan ketika penutup
bertujuan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

2. Media
 Projektor digunakan untuk memaparkan video dan
memaparkan persembahan power point yang
digunakan untuk memainkan video yang telah
disunting, memasang audio dan untuk
mempersembahkan persembahan power point.
 Audio “bunyi haiwan “ dan “anak kucing comel”
digunakan sebagai daya penarik.digunakan bagi
membolehkan murid membezakan bunyi-bunyi
haiwan di sekeliling.
 Paparan video haiwan dipaparkan bagi memberi
pendedahan awal atau pengenalan isi pembelajaran
kepada murid. Semasa paparan video, penekana
konsep mengenai perbezaan bunyi haiwan
diterapkan.
 Kad imbasan yang diletakkan dildalam kotak ajaib
digunakan semasa aktiviti permainan kecill digunakan
sebagai pengukuhan mengenai isi pembelajaran
yang telah disampaikan.
 Perisian powerpoint lembaran kerja digunakan
sebagai pengukuhan dan penilaian guru mengenai
pemahaman murid terhadap isi pelajaran.

3. Bahan
 Kad manila digunakan bagi menydiakan alat bantu
mengajar sperti kad imbasan dan boneka topeng
kucing.

4. Penyediaan persekitaran
 Murid akan melakukan semua aktiviti di dalam kelas.
 Murid akan berada di kawasan “circle time” semasa
set induksi dan permainan kecil.
 Penggunaan komputer di kawasan ICT dalam kelas
semasa aktiviti interaktif ICT ( lembaran kerja ).

REQUIRE LEARNER a. Set induksi : ( 10 minit )


PARTICIPATION  Guru berada dihadapan kelas dengan
(penglibatan pelajar) memakai topeng kucing dan mengiau seperti
kucing.
 Guru memasang lagu “anak kucing comel” dan
menyanyi bersama murid.
 Guru meminta dan memanggil seorang murid
melakonkan watak Si Montel.
 Guru lebih merangsang penglibatan murid
yang mempunyai masalah perkembangan
lewat.
 Guru memberikan arahan yang tepat dan
ringkas kepada murid bagi membolehkan
murid melakonkan kaedah main peranan.
 Sesi soal jawab. Guru merangsang murid
dengan pelbagai soalan.
 Contoh soalan:

1. Siapa yang ada memelihara kucing?


2. Apakah warna kucing?
3. Bagaimana kucing berbunyi?

 Murid diberitahu akan mempelajari topik


pelajaran iaitu menegnal bunyi haiwan.

b. Perkembangan :

Langkah 1 ( 15 minit )
 Video “ haiwan” dipaparkan dengan
menggunakan projector LCD dan alat
pembesar suara.
 Paparan video akan mengandungi pelbagai
jenis bunyi haiwan seperti :
a) Berkokok
b) Berkicau
c) Mengembek
d) Mengiau
e) Menyalak
 Guru bersoal jawab dengan murid mengenai
video yang telah dilihat.
 Contoh soalan:
1. Apakah nama-nama haiwan yang terdapat dalam
video tersebut?
2. Bagaimana haiwan-haiwan tersebut berbunyi?
 Murid memberikan jawapan dengan
menyebut nama haiwan dan dapat
membezakan bunyi haiwan dengan betul
mengikut tahap perkembangan murid
( cemerlang, lemah, sederhana)

Langkah 2 ( 15 minit )
 Aktiviti “ Jejak Haiwan ”
 Murid berada dalam satu bulatan.
 Guru akan menyediakan sebuah kotak yang
mengandungi kad bergambar aneka haiwan
yang telah dipelajari.
 Guru memberikan arahan yang ringkas,jelas
dan tepat mengenai arahan permainan kepada
murid.
 Arahan aktiviti:
1. Apabila muzik dipasang, murid akan
mengedarkan kotak ajaib kepada
rakan-rakan mengikut arah jam.
2. Murid terakhir yang memegang
kotak ajaib ketika muzik berhenti
akan dikehendaki mencabut kad
bergambar di dalam kotak ajaib
tersebut.
3. Murid tersebut dikehendaki
membunyikan bunyi haiwan yang
telah dicabut.
4. Ulang langkah sehingga 1 sehingga
kesemua kad bergambar aneka
haiwan habis dicabut
 Berdasarkan aktiviti, murid perlulah dapat
melaksanakan aktiviti mengikut obejktif yang
ditetapkan iaitu:
a. Murid kelompok cemerlang dan
sederhanan dapat menyebut kesemua
nama haiwan dan mengenalpasti bunyi
haiwan dengan baik tanpa bimbingan guru.
b. Murid kelompok lemah dapat menyebut
sekurang-kurangnya 3 nama haiwan dan
mengenalpasti bunyi haiwan dengan
bimbingan guru.
Langkah 3 ( 15 minit )
 Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
 Pergerakan setiap kumpulan adalah seperti
pergerakan keretapi menuju ke meja kumpulan
masing-masing.
 Guru telah menyediakan sebuah komputer riba
yang mengandungi perisian powerpoint
lembaran kerja bagi setiap kumpulan.
 Guru memberi arahan kepada murid untuk
mencuba semua latihan yang terdapat di
dalam perisian tersebut.
 Murid menyelesaikan lembaran kerja
menggunakan perisian powerpoint.
 Guru memantau dan membimbing murid dari
satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain.

c. Penutup ( 5 minit )
 Guru bertanya secara rawak apakah murid
berasa seronok dengan pembelajaran.
 guru memainkan audio bunyi haiwan dan
memilih salah seorang murid meneka bunyi
tersebut.
 Guru membantu murid membuat rumusan dan
refleksi mengenai isi pembelajaran

EVALUATE & REVISE a) Penilaian pembelajaran


(gunakan media dan
bahan sumber) i) Adakah murid cemerlang dapat
 Menggunakan dan menguruskan komputer untuk
menjawab soalan bertajuk “Kenali Haiwan” tanpa
bimbingan guru?
 Membezakan kesemua bunyi haiwan tanpa
bimbingan guru?
 Menyebut kesemua nama haiwan dengan baik tanpa
bimbingan guru?

ii) Adakah murid kelompok sederhana dapat


 Menggunakan dan menguruskan komputer untuk
menjawab soalan bertajuk “ Kenali Haiwan “ tanpa
bimbingan guru.
 Membezakan kesemua bunyi haiwan tanpa
bimbingan guru.
 Menyebut kesemua nama haiwan dengan baik tanpa
bimbingan guru.

iii) Adakah murid kelompok lemah dapat


 Menggunakan dan menguruskan komputer untuk
menjawab soalan bertajuk “ Kenali Haiwan” dengan
bimbingan guru.
 Membezakan sekurang-kurangnya 3 bunyi haiwan
dengan bimbingan guru.
 Menyebut sekurang-kurangnya 3 nama haiwan
dengan bimbingan guru.

b) Penilaian pengajaran
i) Bahan
-Adakah bahan yang digunakan bersesuaian
dengan tahap kognitif serta fizikal murid?
ii) Murid
-Adakah murid seronok dengan sesi
pengajaran tersebut?
iii) Guru
-Adakah guru berjaya menggunakan
keseluruhan bahan dengan baik?
-Adakah guru mengalami masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran?

c) Keberkesanan ABM dan BBM


i. Adakah penggunaan video haiwan dan audio
lagu anka kucing comel dapat menarik
perhatian murid?
ii. Adakah muird tertarik dengan slaid lembaran
kerja yang digunkan?
iii. Adakah murid dapat menggunakan slaaid
lembaran kerja dengan baik?

Você também pode gostar