Você está na página 1de 1

PERTANDINGAN JORAN BANYAK BERASASKAN JUDI

Setelah diteliti didapati kebanyakan pertandingan joran yang sekarang begitu meluas dalam
negara ini berasaskan ‘judi’ atau qimar. Malangnya, pertandingan joran yang berasaskan prinsip
perjudian ini begitu telah membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan,
majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain.
Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam
kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Untuk itu beberapa perkara berikut perlu
disebutkan;

1. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar. Qimar atau
judi bermaksud ‘setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari
yang kalah’. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan
tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini. Wang
pertaruhan yang dinamakan ‘yuran penyertaan’ yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang
menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta. Pembayaran wang
penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya
sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata
pancing yang digunakan. Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan
penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih
lumayan hadiah.

2. Sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan


kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka
itu bukan judi dan pertaruhan. Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah
pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang
digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka ‘loteri kebajikan’.

3. Umat Islam wajib menghindari penyertaan pertandingan joran atas konsep perjudian yang
seperti itu. Ia adalah haram dan dosa besar.

Firman Allah: (maksudnya) 90. Wahai mereka yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib adalah keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah: 90).

4. Para penganjur yang sekarang sudah membabitkan pelbagai peringkat hendaklah


mengelakkan unsur perjudian dalam pertandingan joran yang diadakan.

Firman Allah: (maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu
antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).

Haram sesiapa yang terbabit dalam menganjur kegiatan judi atau menggalakkannya.

Você também pode gostar