Você está na página 1de 3

Anak penoreh,

pencuci rambut
10A
Tan Li Jian (tengah) bersama rakan-rakan,
Sam Miao Jing (kiri) dan You Chun Mei
menunjukkan slip keputusan Sijil Pelajaran
JASIN 11 Mac - Dua pelajar Malaysia yang menjulang mereka sebagai
Sekolah Menengah pelajar cemerlang memperoleh 10A di Jasin,
semalam.
Kebangsaan (SMK) Iskandar
Shah di sini, membuktikan
kesanggupan membantu ibu bapa menoreh getah dan mencuci rambut
di salun kecantikan tidak menghalang mereka menempa kejayaan
cemerlang pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

S. Murugan, anak seorang penoreh getah, dari Rim dan Tan Li Jian,
mempunyai ibu yang bekerja sebagai pencuci rambut di Taman Maju, di
sini, masing-masing memperolehi 10A dalam semua mata pelajaran.

Kedua-dua pelajar ini mengorbankan masa senggang mereka semata-


mata mahu membantu ibu bapa bagi meringankan beban kewangan
keluarga.

Tanpa mengenal erti lelah dan sanggup mengorbankan masa rehat


pada setiap cuti hujung minggu, Murugan akan berada di ladang getah
berhampiran rumahnya untuk membantu bapanya, V. Sellapan, 58,
menoreh getah.

Jauh dari sudut hati anak kedua daripada tiga beradik ini, kesusahan
hidup yang dialaminya itu telah membakar semangatnya untuk meraih
keputusan cemerlang dalam SPM sekali gus memenuhi harapan
bapanya untuk melihat dirinya berjaya memasuki universiti.

''Demi rasa sayang dan cinta terhadap bapa, saya sanggup melakukan
apa sahaja malah beliau juga menjadi sumber inspirasi saya selama ini
walaupun bapa tidak sekolah tinggi cuma sampai tingkatan tiga sahaja.

''Saya rasa, saya sudah melakukan sebahagian kecil usaha untuk


membahagiakan bapa dan ibu saya," katanya kepada Utusan
Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Murugan dan Li Jian antara enam pelajar SMK Iskandar Shah yang
berjaya memperolehi keputusan 10A dalam semua mata pelajaran SPM
yang diumumkan hari ini.

Seramai 181 pelajar dari sekolah tersebut menduduki peperiksaan


berkenaan tahun lalu berbanding 182 pada SPM tahun 2008.

Selain itu menurut Murugan, kesanggupannya membantu bapa di


ladang getah pada setiap cuti hujung minggu tidak menghalangnya aktif
dalam sukan hoki.

Menurutnya, dia mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan


dan menjadi pakar mata kerana dia sendiri mengalami gangguan
penglihatan pada mata kanannya selepas terlibat dalam kemalangan
sewaktu berusia lapan tahun.

''Walaupun sukar, saya harus lakukan juga kerana saya menyimpan


cita-cita untuk mengubah nasib ibu bapa dan keluarga, saya mahu
keluarga saya hidup senang apabila dewasa nanti," katanya.

Sementara itu menurut Li Jian, dia merasakan tugas membantu ibu di


salun kecantikan merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya
untuk keluarga.

''Saya tidak kisah membantu ibu mencuci rambut pelanggan di salun


kerana kasihan melihat ibu yang terpaksa membuat kerja dalam
tergesa-gesa kerana ramai pelanggan.

''Walaupun terpaksa duduk di salun dan membantu ibu hingga tidak


berkesempatan melepak dengan rakan sebaya tetapi saya rasa puas
kerana masa digunakan untuk berjasa untuk ibu," katanya.

Seorang pelajar yang mendapat mumtaz sofi atau 10A, Fatimah


Azzahra' Harolizam, 19, bercita-cita menjadi pensyarah penterjemah
bahasa Arab itu ingin melanjutkan pelajaran ke Jordan atau Mesir.

"Saya ingin meneruskan kesinambungan kerjaya arwah bapa yang


pernah bertugas sebagai pensyarah di Melaka.

"Saya tidak ada masalah untuk berbahasa Arab kerana sejak kecil saya
dibesarkan di Mesir sehingga berumur sembilan tahun kerana ketika itu
bapa saya menyambungkan pengajiannya di sana," katanya yang turut
menyenaraikan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebagai salah
sebuah institusi pengajian tinggi untuk meneruskan pelajaran.

Fatimah yang sentiasa memberi tumpuan semasa guru mengajar dan


berbincang dengan rakan-rakan pada setiap petang bersyukur kerana
usahanya selama ini diberkati Allah SWT.

Você também pode gostar