Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
Salam sejahtera, nama saya Iskandar Zulkarnain (bukan nama sebenar) dan saya
sekarang menuntut di salah sebuah university di Mesir. Saya ingin berkongsi pengalaman
dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai
pengajaran dan iktibar pada masa hadapan.
Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri, menyebabkan saya berasa sangat insaf.
Untuk pengetahuan sekalian, ada seorang gadis bernama Nurul ( bukan nama sebenar )
dan tinggal bersama emaknya mak Cik Siti ( bukan nama sebenar ) di daerah Cairo. Dua
beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa nurul telah meninggal dunia dalam
satu kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu.
Oleh sebab keluarga ini hanya tinggal berdua sahaja, maka hubungan antara Nurul dan
emaknya amat rapat. Apa-apa sahaja yang diminta oleh Nurul akan cuba dipenuhi oleh
emaknya.
Tahun demi tahun telah berlalu, Nurul membesar menjadi remaja yang bijak, lalu mendapat
biasiswa dan memasuki Universiti Fuji di Jepun. Ketika ini perangai Nurul mula berubah. Dia
jarang menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti, meninggalkan emaknya kesunyian.
Akibat tidak tertahan lagi menahan rindu, Mak Cik Siti telah pergi ke Jepun untuk bertemu
dengan anak kesayangannya itu. Ketika itulah berlaku satu perkara yang amat
menginsafkan saya. Ia terjadi DI DEPAN MATA SAYA SENDIRI !!
Nurul baru saja keluar dari pintu universiti bersama-sama rakan-rakannya ketika ibunya
memanggil namanya. Melihat pakaian emaknya yang lusuh dan compang-camping Nurul
berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata merupakan anak orang berada. Nurul
telah menengking ibunya, “PERGI!! Mak Cik ni silap oranglah !!” Saya berasa terkejut dan
sedih melihat Mak Cik Siti dilayan sebegitu. Mak Cik Siti memegang tangan anaknya, dia
merayu agar anaknya tidak bercakap begitu tetapi Nurul yang didorong perasaan malu telah
menolak ibunya jatuh lalu dilanggar oleh sebuah lori yang kebetulan melalui kawasan
berhampiran di situ.
Tubuh Mak Cik Siti terkulai dan berlumuran darah. Matanya memandang anaknya dengan
diangkat tangannya perlahan-lahan untuk mengusap Nurul buat kali terakhir. Saya berasa
sangat sedih dan cuba untuk menolaknya, tetapi..
..apakan daya kerana ia berlaku di dalam televisyen rumah saya sahaja. Lantas saya
mengambil ‘remote control’ dan menukar ke siaran lain.
-THE END-
Budak Kacak ,
5 SA