Você está na página 1de 43

SEJARAH

PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU

ASAL USUL,RUMPUN,DAN PERKEMBANGAN


BAHASA MELAYU

Asal usul Bahasa Bahasa Melayu Bahasa Melayu


Melayu Kuno Klasik

 Melayu Proto
 Melayu Deutro Tulisan
Bahasa Jawi
Sanskrit

Tibet-Cina Batu Bersurat:


Batu Bersurat: Pagar Ruyung
Kedudukan Bukit Minye Tujuh
Talang Tuwo Kuala Berang
Austronesia Karang Brahi
Austronesia Nusantara
Polinesiamelane
sia
mikronesia
Austroasia
Asal
Asalusul
usulbangsa
bangsaMelayu
Melayu
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat
beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para
sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu
iaitu:

 Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)


 Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal
daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan
Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum
mendapat bukti yang kukuh.

Teori Yunnan

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R
Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan
yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan
Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia
Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam
(Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut
lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan
menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa
Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku
Teks Pengajian Malaysia, [6] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu
berasal daripada Yunan.

Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan
Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang
Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

Orang Negrito

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka


diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,
Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai
ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar,
berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
Melayu Proto

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500
SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai
dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto
dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau
yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi
tidak pandai berenang.

] Melayu Deutro

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu


kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup
di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir
Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan
seperti di bawah:

1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad
kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya
yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,
tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa
Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang
berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.
Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan
orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal
daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara
dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul


bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645    Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk


mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera ,


daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang
menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar
675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau


mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia)
yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu

 Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.


 Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

 Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

 Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan


Batak di Sumatera.

Melayu Proto

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500
SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai
dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto
dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau
yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi
tidak pandai berenang
 Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
 Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum
Massihi.

 Keturunannya orang Melayu di Malaysia

 Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

 Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

 Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

 Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

 Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

 Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada


bahasa Austronesia ini.
Perkembangan bahasa
Sanskrit yang dibawa bersama
agama hindu telah menjadi
asas perkembangan bahasa
KONSEP melayu purba yang dinamai
bahasa melayu kuno.

BAHASA
BAHAN MELAYU PENGARUH
BUKTI KUNO DARI INDIA

 Batu bersurat pada Nama bahagian tubuh


zaman kerajaan badan
Serijaya Alat perkakas
i. Batu bersurat Kedukan Bukit Barang perdagangan
ii. Batu bersurat Talang Tuwo Ilmu pengetahuan
iii. Batu bersurat koto Kapur CIRI-CIRI Nama binatang
iv. Batu bersurat Karang Brahi BAHASA Tumbuh-tumbuhan
MELAYU Senjata
KUNO agama

 Pengaruh bahasa Sanskrit


 Susunan ayat bersifat melayu
 Huruf w untuk huruh b
Contoh: wulan bulan
 Tiada bunyi pepet dan ditulis dengan a.
Contoh: dengan dangan
 Huruf h hilang dalam bahasa melayu moden
Contoh: tuha tua
BAHASA MELAYU KLASIK
KONSEP PERKEMBANGAN BUKTI
AKSARA JAWI

- digunakan Ditulis pada Batu bersurat di Sg


pada abad ke- Teresat, kuala Terengganu
14 hingga ke- Batu bersurat
19 masihi
- pencantuman i. Batu bersurat di Pagar
dua semangat Digunakan dalam kesusasteraan Ruyong (1356)
baharu melayu (selepas abad ke-14) - dalam huruf India
membawa erti ii. Batu bersurat di Minye
kepada
masyarakat Tujuh, Acheh (1308)
- mengalami Menjadi medium penulisan iii. Batu bersurat di Sungai
evolusi dari kesusasteraan melayu dan kitab Teresat, kuala Berang
segi kosa agama islam di Acheh. (1308-1387)
kata, struktur
ayat, dan
tulisan. Karya sastera
- Mendapat satu Menjadi bahasa persuratan antara
bentuk tulisan raja di kepulaun melayu dengan i. Sulatus Salatin
jawi iaitu pentadbir inggeris dan pedagang ii. Undang-undang Melaka
tulisan jawi. eropah. iii. Undang-undang Laut
Melaka
iv. Hikayat Amir Hamzah
Meluas dalam kegiatan intelektual v. Hikayat Muhammad
di Nusantara untuk penulisan Hanafi
kitab dan syair.

Persuratan awal

i. Surat sultan Acheh kepada


kapitan inggeris (1601)
ii. Surat sultan Alaudin Shah
kepada Harry
Middleton(1602)
KONSEP iii. Surat Sultan Acheh
kepada King James
(16120
 Perkembangan bermula pada abad ke-19
 Karya Munsyi Abdullah dianggap sebagai zaman
permulaan.
 Banyak penciptaan perkataan dan ungkapan baru.

SEBELUM
KEDATANGAN
INGGERIS

 Bahasa perantaraan
 Bahasa pentadbiran
 Didunakan dalam urusan rasmi jabatan kerajaan.
 Menjadi syarat kelayakkan menjawat jawatan
pegawai

SELEPAS
PERANG
DUNIA KE-2
BAHASA
MELAYU
MODEN  Bahasa melayu mula terancam
 Pegawai tadbir inggeris jahil terhadap bahasa
melayu
 Pengaruh inggeris memberi tekanan
 Kedudukan bahasa melayu merosot
 Digunakan bahasa pengantar sekolah
rendah
bahasa perhubungan golongan
bawahan

PERJUANGAN
MENDAULATKA
N BAHASA

 Melaungkan hasrat melalui akhbar


 Pertubuhan bahasa dan sastera

KEMERDEKAA
N MALAYSIA

 Sebagai bahasa kebangsaan


 Sebagai bahasa rasmi
 Bahasa pentadbiran
 Bahasa perhubungan awam
 Bahasa ilmiah di sekolah dan universiti
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU

Bahasa sebagai satu sistem


Bahasa sebagai simbol

Bahasa bersifat sejagat

CIRI-CIRI
BAHASA Bahasa itu dinamis
Bahasa itu MELAYU
bermakna

Bahasa itu
bervarisi
Bahasa bersifat
arbitrari Bahasa bersifat unik

Bahasa sebagai
komunikasi

BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM


 Susunan teratur berpola yang membentuk satu keseluruhan yang bermakna
 Sejumlah unsure yang bertalian secara fungsional mengikut peraturan
tertentu
 Peraturan tersebut ialah tentang bunyi dan urutannya,kata dan bentuknya
serta ayat dan susunannya.
 Baasa bersifat sistematis dan sistemis
 Susunan ini dinamakan tataran linguistic atau tataran bahasa.
 Tatatingkat unit bahasa

Fon Fonem Morfem Kata Frasa Klausa Ayat


Wacana

BAHASA SEBAGAI SIMBOL


 Pertuturan seseorang mempunyai pertalian yang simbolik dengan objek atau
peristiwa tertentu iatu menggambarkan pelbagai pengalaman.
 Simbol merupakan satu daripada.tanda.Tanda yang lain ialah isyarat gejala
gerak isyarat,kod,indeks dan ikon.
 Tanda dapat mewakili idea,fikiran.perasaan,benda dan tindakan secara
lansung dan alamiah.
 Simbol ialah dapat menandai sesuatu secara konvensional dan tidak secara
alamiah
 Isyarat ialah tandayang disengajakan supayapenerima dapat bertindak balas.
 Gerak isyarat tana yang dilakukan dengan gerakan yang mungkin berupa
tanda atau lambang.
 Gejala ialah tanda yang tidak disengajakan tetapi bersifat alamiah untuk
menunjukkan bahawa sesuatu akan berlaku.
 Ikon ialah tanda yang mirip dengan sesuatu yang diwakilinya.
 Indeks ialah tanda kewujudan sesuatu yang lain.
 Kod ialah tanda wujudnya sistem samaada berupa lambang,isyarat atau
gerak isyarat yang mewakili fikiran,idea,benda dan tindakan

BAHASA ITU BERMAKNA


 Bahasa melambangkan sau pegertian konsep idea dan fikiran.
 Lambang bunyi bahasa yang bermakna itu merupakan satuan bahasa,bentuk
wujud,morfem,kata frasa,klausa,ayat dan wacana.
 Bentuk bunyi yang tidak bermakna dalam bahasa apapun,boleh dianggap
sebagai bahasa kerana fungsi bahasa menyampaikan maklumat,konsep
idea,atau pemikiran.

BAHASA BERSIFT ARBITRARI


 Bahasa yang digunakan adalah bersifat sewenang-wenangnya iaitu sudah
biasa digunakan sejak dahulu dan diwarisi hingga kini
 Penggunaan konsep onomatopia iaitu pembentukan kata yangbunyinya ditiru
dari bunyi alamiah.
 Semua bunyi itu diangap tepat dan betul kerana bahasaitu arbitrari
BAHASA IALAH ALAT KOMUNIKASI
 Bahasa bergantung pada struktur dan bentuk masyarakatnya.
 Leksikon sesuatu bahasa akan ditentukan oleh keadaan masyarakat bahasa
itu,termasuklah pengaruh luar samada secara akultursi atausosialisasi
pendidikan.
 Kegagalan mempelajari bahasa akan memberi kesan terhadap proses
komunikasi kerana proses penting dalam komunikasi ialah penyampaian
maklumat dan penggunaan bersama iaitu melibatkan
pemikiran,perasaan,dan aksi.

BAHASA ITU UNIK


 Unik bemaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain.
 Keunikan bahaa mlibatkan sistembunyi,pembentukan kata,pembentukan
ayat,dan sisem yang lain.Antara ciri keunikan bahasa melayu ialah tekanan
kata tidak bersifat morfemis,tetapi bersifat sintaksis.Ini bermakna tekana paa
kata idak mengubah makna tetapi mengubah susunan ayat.

BAHASA BERSIFAT SEJAGAT


 Bahasa sejagat bermaksud iri yang sama dimiliki olehbahasa di dunia.
 Ciri yang bersifat umum dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa
yang lain.
 Antara ciri umum bahasa yag bersifat ujaran ialah kewujudan bunyi,okal dan
konsonan walaupunjumlahnya tidak sama.Contohnya ialah

Bahasa melayu: 6 vokal, 22 konsonan.

Bahasa Arab: 3 vokal pendek , 3 vokal panjang, 28 konsonan

Bahasa inggeris: 16 vokal (termasuk diftong), 24 konsonan


 Setiap bahasa juga mempunya sistem bermakna yang sama Cuma
pembentukannya tidak sama.

BAHASA ITU DINAMIS


 Seperti manusia,bahasa ikut berubah,idak static,dan inila dinamakan
dinamis.
 Perubahan bahasa boleh terjadi pada semua peringkat lingustik jati.
 Perubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon dan semantik kerana
wujudnya perubahan budaya.
 Masyarakat Sesuatu bahasa terdiri daripada pelbagai status,sosial , dan
latar belakang budaya .Oleh itu bahsa yang digunakan bervariasida
beragam.
 Variasi bahasa digambarkan oleh ideolik,dialek,dang ragam.
Ideolik= variasi atau ragam bahasa yang bersifat individu .
Dialek=Variasi bahasa yang digunakan oleh sekelompok masyarakat pada
dan waktu tertentu
Ragam=Variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu seperti ragam
baku,ragam lisan,ragam tulisan,dan ragam sastera.

FUNGSI
BAHASA

FUNGSI BAHASA SECARA UMUM

 Untuk tujuan praktis iaitu sebagai alat perhubungan


 Untuk tujuan estetika,iaitu sebagai alat pemuasan rasa esetika
 Untuk ujuan kecendikaan,iaitu sebagai alat penajaran dan pembelajaran ilmu
pengetahuan.
 Untuk tujuan fisiologi,iaitu sebagai alat mengkaji nashkah kuno,latar sejarah
bahasa dan bangsa,budaya dan pengembangan bahasa.

FUNGSI BAHASA SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

 Lambang kebanggan nasional yang mencerminkan nilai


sosiobudaya masyarakat
 Lambang jati diri dalam negara yang menyekat kemasukan unsure
asing kecuali yang positif.
 Alat penyatuan masyarakatyang berbeza latar belakang dengan
pelbagai kepentingan
 Alat perhubungan yang menyatakan daerah dan budaya yang
terpisah

FUNGSI BAHASA SEBAGAI BAHASA NEGARA

 Bahasa rasmi negara yang digunakan dlam upacara,peristiwa dan aktiviti


kenegaraan secara lisan tulisan
 Bahasa pengantar di institusi pendidikan dari peringkat dasar hingga
institusi pengajan tinggi (IPT)
 Bahasa rasmi dalam perancangan dan pelaksanaan
pembangunannegara,iaitu antarasektor awam dengan swasta,dan antara
kerajaandengan masyarakat umum.
 Bahasa rasmi dalam pengembangan kebangsaan dan pengenbangan
ilmu pengetahuan dan teknologi dalam duia globalisasi
FUNGSI REGULASI BAHASA

 Bahasa sebagai pengawas dan mengendalikan peristiwa- peristiwa yang


berlaku.
 Dalam konteks ini, bahasa digunakan untuk mengendalikan serta
mengatur orang.

FUNGSI PEMERIAN BAHASA

 Penggunaan bahasa untuk membuat pernyataan-pernyataan,


menyampaikan pengetahuan, membuat penjelasan atau melaporkan.
Bahasa dalam konteks ini, digunakan untuk membuat pemerian atau
menggambarkan keadaan sebenarnya.
 Contahnya;
- Matahari panas
- Garam masin

FUNGSI HEURISTIK BAHASA

 Ia melibatkan penggunaan bahasa bagi memperolehi ilmu pengetahuan.


Ia biasanya disampaikan dalam bentuk pertanyaan.
 Fungsi ini sentiasa berkaitan dengan alam sekeliling.

FUNGSI KHAYALAN BAHASA

 Fungsi ini digunakan oleh manusia bagi mencipta mimpi-mimpi yang


mustahil dicapai akal.
 Fungsi ini dicapai melalui buku-buku cerita dongeng.

FUNGSI INTERAKSI BAHASA

 Fungsi ini memainkan peranan bagi menentukan supayahubungan antara


manusia dapat terus berlangsung atau dipertahankan.

FUNGSI PERIBADI BAHASA

 Fungsi ini member kesempatan kepada manusia bagi menyatakan


perasaan, emosi, peribadi, serta reaksinya
FUNGSI BAHASA MELAYU

Sebagai bahasa
kebangsaan

Sebagai
Sebagai bahasa
bahasa rasmi negara
perpaduan
FUNGSI
BAHASA
MELAYU

Sebagai bahasa Sebagai bahasa


pengantar ilmu

SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN


 Selepas kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu telah memilih Bahasa
melayu sebagai bahasa kebangsaan.
 Ia bertujuan mencari satu lambang penyatuan yang disalurkan melalui
sistem pelajaran.
 Bahasa melayu juga menjadi lambang bahawa negara telah bebas
daripada belenggu penjajahan.
 Bahasa baku bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur yang
berbeza dialek bahasa agar dapat bersatu ke dalam suatu masyarakat
pertuturan.
SEBAGAI BAHASA ILMU
 Bahasa melayu telah dijadikan bahasa yang dapat memperkatakan
tentang segala ilmu.
 Bahasa melayu seteruusnya diperkembangkan mengikut kehendak baru.
Apabila perbendaharaan katanya diperluaskan.
 Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu,kerana mempunyai cirri-ciri
keitelektualan. Ia berupaya menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat
dan sebagainya dengan tepat.
 Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri
kesempurnaan bahasa, iaitu;
i. ) kestabilan-mempunyai sistem dan peraturan
ii. ) kelenturan-mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran
dan perubahan yang berlaku.

SEBAGAI BAHASA PENGANTAR


 Dasar pendidikan negara berusaha menjadikan bahasa melayu sebagai
bahasa rasmi untuk menyatu-padukan masyarakat yang berbilang
bangsa.
 Tahap-tahap penting proses perlaksanaan bahasa pengantar;
 1963: Penubuhan sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa
melayu sebagai bahasa pengantar.
 1968: bahasa melayu sebagai bahasa pengantar bagi subjek khusus
di sekolah rendah jenis kebangsaan.
 1970: Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib bagi semua
calon peperiksaan Sijil Pellajaran Malaysia(SPM).
 1971: permulaan perlaksaan berperingkat Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah rendah jenis
kebangsaan.
 1983: bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya.
 2002: timbul desakan untuk menjadikan bahasa inggeris sebagai
bahasa pengantar di sekolah.
 2002: kabinet memutuskan penggunaan bahasa inggeris dalam
mata pelajaran sains dan matematik.

SEBAGAI BAHASA RASMI


 Setelah dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi
sebagai bahasa rasmi negara.
 Bahasa ini digunakan bagi menjadikannya sebagai bahasa utama dalam
apa-apa acara yang bersifat rasmi. Contohnya, persidangan, mesyuarat
persekutuan dan negeri, pidato, di parlimen dan perbicaraan di
mahkamah.
SEBAGAI BAHASA PERPADUAN
Bahasa melayu telah berjaya menyatukan semua rakyat di Tanah melayu.
Masyarakat yang bercakap menggunakan bahasa ibunda masing-masing telah
berjaya dibentuk menjadi satu komuniti dengan berkomunikasi menggunakan
bahasa Melayu
SOALAN 2
Menyatakan dan mengenalpasti fonem-fonem dan bunyinya secara tepat.
BIDANG FONOLOGI DAN FONETIK

fonetik

Bidang Fonologi

fonemik

BIDANG FONOLOGI

 Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu aspek yang
terpenting da dalam bahasa, iaitu bunyi.
 Bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi yang tertentu dalam
pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.
 Bidang ini juga umumnya disebut sebagai ‘fonemik’ atau functional
phonetic.
 Tugas bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan, dan
mengelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu
bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.

BIDANG FONETIK

 Bidang fonetik mengkaji tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia


sejagat.
 Bidang ini mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi, cara pengeluarannya, dan
aspek pendengarannya.
 Bunyi yang menjadi tumpuan ialah bunyi yang digunakan untuk bertutur,
iaitu bunyi-bunyi bahasa sahaja. Sememtara bunyi-bunyi bukan bahasa
seperti dehem,siulan, sendawa, dengkuran, dan lain-lain tidak termasuk
dalam kajian bidang fonetik.

 bidang fonetik fonetik artikulasi


fonetik akustik
fonetik auditori
FONETIK ARTIKULASI
 Bidang fonetik yang mengkaji tentang bagaimana bunyi-bunyi
bahasa itu dihasilkan atau dikeluarkan.
 Bunyi-bunyi itu terhasil daripada udara yang dikeluarkan daripada
paru-paru, kemudian melalui pita suara yang berfungsi menentukan
keadaan bunyi itu samaada nyaring, kuat, perlahan atau
sebagainya. Kemudian udara itu melalui rongga tekak, rongga
mulut atau hidung untuk mewujudkan ‘gema’. Bunyi itu
kemudiannya mengalami berjenis-jenis gangguan yang dilakukan
oleh alat-alat artikulasi di rongga mulut bagi menghasilkan jenis-
jenis bunyi yang berlainan.
 Berdasarkan cara pengeluaran, terdapat beberapa jenis-jenis bunyi
seperti letupan, letusan, geseran, sengauan dan lain-lain di dalam
bahasa melayu.

FONETIK AKUSTIK
 Kajian fonetik yang berkaitandengan sifat atau hakikat bunyi
tersebut.
 Sifat fizikal yang dimaksudkan ialahgelombang bunyi ujaran yang
dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi dapat diukur dengan
menggunakan alat seperti spektogram, dan osiloskop. Antara sifat
yang di beri perhatiandalam kajian fonetik akustik termasuklah,
nada, frekuensi, dan amplitid.
 Getaran ini ada hubungan dengan kekerapan terbuka dan
tertutupnya, pita suara. Semakin banyak kali pita suaraitu terbuka
dan tertutup, semakin tinggi frekuensinya dan semakin nyaring
suara atau bunyi yang kedengaran.

FONETIK AUDITORI
 Kajian yang berkatan perdengaran terhadap-hadap bunyi yang
dihasilkan
 Cabang ini mengjaji tentang cara bunyi bahasa ditanggap oleh
pendengar melalui pendengaran dan diterjemah oleh otak.
 Proses ini adalah, proses yang paling kompleks dalam kajian
fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.
KAJIAN
BUNYI

Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar daripada dua belah paru-
paru,kemuian melalui pintu suara seterusnya ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus
melalui mulut atau rongga hidung.
1. Semasa udara itu melalui rongga tekak dan rongga mulut,udara itu mungkin
mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin juga tidak mengalami gangguan.
2. Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang.telinga dan akhirnya
didengar sebagai bunyi.

BUNYI BAHASA DAN BUKAN BUNYI BAHASA.


1. Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang terdapat dalam apa jua bahasa di dunia ini.
2. Bunyi bahasa adalah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
3. Bunyi bukan bahasa adalah bunyi-bunyi yang dihaslkan olh alat-alat artikulasi
manusia tetapi sehingga sekarang ia belum dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa
di dunia.Contohnya bunyi orang berdehem,bunyi siulan,tiruan kepada bunyi-bunyi
bunatang,sendawa,mendengkur,batuk,dan menggigil.

BUNYI BERSUARA DAN BUNYI TAK BERSUARA.


1. Sekiranya semasa udara keluar melalui pintu suara keadaan pita suara (khususnya
glottis) iaitu agak rapat,akan berlakulah getaran, dan bunyi yang terhasil adalah bunyi
bersuara.
2. Kalau keadaan glottis itu renggang,atau terluka,sewaktu udara keluar udara keluar
melaluinya tidak berlaku getaran jadi bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.

CARA BUNYI DIHASILKAN


1. Udara yang dikeluarkan dari kedua-dua paru-paru melaui ruang tenggorok atau pita
sura dan kemudian masuk ke rongga tekak seterusnya ke rongga mulut atau rongga
hidung.
2. Semasa dalam perjalanan ke luer melalui rongga tekak dan rongga dan mulut udara
itu mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain
atau mungkin juga tidak menerima sebarang gangguan.
3. Sekiranya semasa udara itu melalui pita suara dan pita suara itu renggang sedikit,dan
pita suara akan bergetar dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
4. Jika pita suara itu lebih renggang lagi,udara boleh keluar dengan lebih mudah,pita
suara itu tidak bergetar,maka binyi yang terhasil bunyi tidak bersuara.
5. Udara yang keluar dari pita suara tadi akan masuk akan masuk ke rongga tekak. Dan
dari sini mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut.Lelangit lembut atau
anak tekak akan mengatur laluan udara samaada ke rongga mulut atau rongga
hidung.
6. Kalau lelngit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke rongga hidung,udara
akan keluar melalui hidung bunyi yang terhasil adalah bunyi sengau.Sekiranya
rongga –rongga hidung tertutup udara keluar melalui rongga mulut.Jadi bunyi yang
terhasil bukanlah bunyi sengau

SISTEM BUNYI
BAHASA MELAYU

Bahasa melayu mempunyai system bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai
kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna
bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian ini lazimnya terbahagi kepada 2 bidang iaitu fonetik dan fonologi.Fonetik
mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Fonologi pula
mengkaji bunyii-binyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSI.

1 Bibir atas 11 Tengah lidah


2 Bibir bawah 12 Belakang lidah
3 Gigi atas 13 Akar lidah
4 Gigi bawah 14 Epiglottis
5 Gusi 15 Pita suara
6 Lelangit keras 16 Rongga tekak
7 Lelangit lembut 17 Rongga hidung
8 Anak tekak 18 Rongga mulut
9 Hujung lidah 19 Rahang
10 Hadapan lidah 20 tenggorok
FUNGSI ALAT PERTUTURAN

1. LIDAH
 Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran
bunyi bahasa.
 Lidah terbahagi kepada 4 bahagian hujung lidah
Tengah lidah
Hadapan lidah
Belakang lidah
 Pembahagian ini membolehkan lidah membuat diskripsi pelbagai jenis
penghasilan bunyi.Bahagian hadapan lidah,tengah lidah dan belakang lidah
penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vocal iaitu bunyi vokal
hadapan,tengah dan belakang.
 Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan di
mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

2. GIGI
 Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya
tidaklah aktif.
 Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran
udara dalam penghasilan bunyi.Penampan aliran inilah yang menghasilkan
bunyi.

3. BIBIR
 Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar ronnga mulut.
 Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan serta berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.
 Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.
 Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada
rongga mulut.

4. GUSI
 Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian
dalam rongga mulut.
 Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah
yang berfungsi membuat penyekatan.

5. LELANGIT
 Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
i. Lelangit keras
ii. Lelangit lembut
 Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir
rongga mulut.
 Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga
mulut dapat di turun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga
tekak terus ke rongga hidung.
 Apabila dinaikkan rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui
rongga mulut dan apabila diturunkan,ronnga mulut akan tertutup dan udara
terpaksa keluar melalui rongga hidung.

6. RONGGA HIDUNG
 Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit.
 Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup bergantung kepada keadaan
samada anak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak

7. PITA SUARA
 Pita suara terletak dalam ruang tenggorok “halkum” dan amat penting dalam
hasilan bunyi.
 Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keeping selaput nipis
berkenaaan.
JENIS-JENIS
BUNYI

KONSONAN VOKAL DIFTONG

KONSONAN
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara
yang dilepaskan melalui paru-paru.Sekatan ini dapat melakukan dalam bentuk hentian
sepenuhnya,hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap.Bunyi konsonan dapat di
huraikan berdasarkan cara penghasilannya samaada letupan ,letusan
,sengawan,geseran,dan sebagainya seta titik artikulasi atau daerah sebutannya seperti dua
bibir,gigi-gusi,lelangit keras,lelangit lembut ,anak tekak dan lain-lain.

Letupan:Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan(plosis) udara yang


dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatam sepenuhnya samaada dalam
bahagian bibir,lelangit keras,lelangit lembut atau pita suara.Kemudian udara akan
dilepaskan serta merta dan akan terhasillah bunyi letupan.

Bunyi letupan

Fon Awal Akhir

[p] [pulau] [atap]


[b] [bumi] [rebab]
[t] [talam] [liat]
[d] [datu?] [kad]
[k] [kata] *
[g] [garau] [beg]
[?] ** [anak]

Letusan:Selain itu,sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat) bunyi


ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-
paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan.Ada juga pendapat yang
menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan 2 bunyi iaitu bunyi [t] digabungkan
dengan bunyi [s] umtuk menghasilkan bunyi [č] manakala bunyi [d] boleh digabungkan
dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].

Sengauan:Satu lagi bentuk sekatan yang dihasilkan sepenuhnya akan mengeluarkan


bunyi sengaun (nasal).yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk
menutupkan rongga mulut (oral).Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari peru-paru
akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m],[n],[],dan [].

Sisian: Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian,geseran (frikatif) dan


malaran.Bunyi sisian dalam Bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan
terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh
hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga
mulut.Ini menghasilkan bunyi [l].

Geseran:Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan dengan saluran udara supaya


udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis.Bunyi geseran dalam
Bahasa Melayu ialah [f],[v],[s],[z],[š] dan [h].

Malaran:Untuk menghasikan bunyi malaran,kedudukan articulator adalah seperti


menhasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan terlalu lemah.Bunyi malaran
juga sama sepeti untuk menghasilkan bunyi vokal dan sesetengah ahli fonetik
menamakannya bunyi separuh vocal.Bunyi malaran dalam Bahasa Melayu ialah [w] dan
[y].

Getaran:Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini
menghasilkan bunyi getaran.Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan
menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa melayu,hanya terdapat satu
bunyi getaran iaitu [r].

Bunyi letusan

[č] [cawan] [mač]


[j] [ jam ] [caj ]

Bunyi sengauan

[m] [ muda ] [ cium ]


[n] [ niat ] [ jalan ]
[] [ aa ] [ buja ]
[] [ai ] *

Bunyi sisian

[l] [ lalu ] [ awal ]


Bunyi geseran

[f] [faseh] [alaf]


[v] [vεn] *
[s] [sarat] [awas]
[z] [zat] [lafaz]
[š] [šarat] [skuaš]
[h] [harta] [sah]

Bunyi Getaran

[r] [rasa] [siar]

Daerah sebutan

lelanit lembut
lelangit keras
gusi-L keras

pita suara
Cara sebutan
bibir

gusi

1 2 3 4 5 6
Letupan tb p t K ?
b b d G
Letusan tb C
b J
Sengauan b m n
Geseran tb f S s X H
v Z
Getaran b r
sisian b l
separuh vokal b w Y

tb :tak bersuara b:bersuara


KONSONAN ASLI (1)
Terdapat 18 fonem konsonan asli Bahasa Melayu.Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon)
tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata.Dari segi cara
sebutan,seperti yang tercatat dalam carta di atas.Konsonan asli Bahasa Melayu terbahagi
kepada 7 iaitu letupan,letusan,geseran,getaran,sisian,sengaun dan separuh vocal.

LETUPAN
Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan
daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian
bibir,lelangit keras,lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan
serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. Konsonan letupan bahasa Melayu ialah
[p], [b], [t], [d], [k], [g], dan [?].

Letepan dua Bibir {p} dan {b}


Dua bibir dirapatkan untuk menyekat arus udara dari
paru-paru. Anak tekak dinaikkan untuk
menyekatuadar daripada masuk ke rongga hidung.
Udara yang tersekatkan di bahagian dalam bibir
dilepaskan serta-merta.Jika pita suara direnggangkan
( pita suara tidak bergetar), bunyi yang terhasil ialah
letupan dua bibir tidak bersuara [p] Jika pita suara
dirapatkan (pita suara bergetar),bunti yang
dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara[b].
Contoh perkataan:
Pasu, sepit, tetapBalu, sabit, rebab.

Letupan Gusi {t} dan {d}


Hujung lidah dinaikkan hingga rapat ke gusi untuk
membuat sekatan penuh pada arus udara. Anak tekak
dirapatkan pada dinding tekak untuk menghalang udara
keluar melalui hidung. Udara dari paru-paru keluar ke
rongga mulut dan tersekat di daerah hujung lidah dan gusi.
Sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta. Jika pita suara
direnggangkan (tidak bergetar),bunyi yang terhasil ialah
letupan gusi tidak bersuara {t}. Jika pita suara
dirapatkan(bergetar),bunyi yang dihasilkan ialah letupan
gusi bersuara {d},contoh perkataan:
Tari,petah,pahat ,Dari,redah,abjad
Letupan Lelangit Lembut {k} dan {g}
Belakang Lidah dirapatkan ke langit lembut untuk
membuat sekatan penuh pada arus udara. Anak tekak
dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk
menghalang udar keluar melalui rongga hidung.Udara
dari paru-paru keluar ke rongga tekak dan tersekat di
daerah belakang lidah dan lelangit lembut. Sekatan itu
dilepaskan serta-merta.Jika pita suara tidak
bergetar,buny yang terhasil ialah letupan lelangit lembut
tidak bersuara{k}. Jika pita suara bergetar,bunyi yang
dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara {g}.
Contoh perkataan :,Kali, saku, klinik gali, sagu, dialog

Letupan Glotis
Anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding rongga tekak. Pita suara dirapatkan
serapat-rapatnya untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Arus udara yang keluar
dari paru-paru dibiarkan tersekat di bahagian rapatan pita suara dan kemudian dilepaskan
dengan serta-merta.Bunyi ini hanya terdapat di akhir perkataan seperti dalam perkataan
anak,budak dan tidak
KONSONAN ASLI (2)

LETUSAN
Seaktan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan
(afrikat). Bunyi ini dihasilkan denagn cara menyekat
sepenuhnya arus udara yang dilepaskan perlahan-lahan.
Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat adalah
hasil gabungan dua bunyi,bunyi[t] digabung dengan bunyi
[š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d]
pula pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk
mendapaykan bunyi [j].

Letusan Lelangit Keras-Gusi {č} dan {j}


Hadapan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras gusi.Anak tekak dinaikkan menutupi
rongga hidung. Udang dikeluarkan dari pari-paru ke rongga mulut melalui sekatan lidah
dengan lelangit keras secara perlahan sedikit daripada menyembunyikan letupan.Jika pita
suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit keras-gusi bersuara[j].
Contoh perkataan : cari, mancis. Koc ; jari, manja, garaj.

GESERAN
Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang
melamuinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran asli dalam bahasa
Melayu ialah [s] dan [h].

Geseran Gusi_Lelangit Keras Tidak Bersuara {s}


Hujung lidah dinaikkan ke gusi-lelangit keras untuk
menyempitkan perjalanan arus udara yang keluar melalui
rongga mulut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
dan dirapatkan pada dinding tekak. Udara dari paru-paru
keluar ke rongga mulut melalui sempitan antara lidah dan
gusi lalu bergeser. Pita suara tidak bergetar. Contoh
perkataan : saya, tisu, lemas.
Geseran Glotis Tidak Bersuara {h}
Rongga mulut berada dalam keadaan biasa ketika bernafas.Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak. Pita suara direnggangkan dengan
luas. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut melalui glottis yang yang terbuka.
Contoh perkataan: hati, dahi, sudah.

GETARAN

Bentuk sekatan udara dengan hentian sekejap-sekejap menghasilkan bunyi getaran. Udar
yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarka hujung lidah di lelangit
keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

Getaran Gusi Bersuara {r}


Hujung lidah dikenakan pada gusi. Anak tekak dirapatkan ke dinding tekak untuk
menghalang udar memasuki rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara keluar dari
paru-paru melalui rongga mulut dengan menggetarkan hujung lidah pada gusi. Contoh
perkataan: rasa, lari, biar.

SISIAN
Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran.
Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap
arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah
menyebabkan udara hanya melalui kaeasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini
menghasilakn bunyi [ l ].

Sisian Gusi Bersuara [ l ]


Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi. Anak tekak dirapatkan ke dinding
tekak untuk menghalang udara memasuki rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara
dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui tepian
lidan. Contoh perkataan: lapar, balam, nakal.

SENGAUAN
Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan
(nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup
rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui
rongga hidung dan terhasillah bum\nyi bunyi nasal [m], [n], [n], dan [n].

Sengauan Dua Bibir [m]

Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan penuh. Anak tekak dalam
keadaan biasa agar rongga hidung trebuka. Pita suara digetarkan. Arus udara dilepaskan
perlahan-lahan. Contoh perkataan: makan, tempat, balam.

Sengau Gusi [n]


Hujung lidah dirapatkan pada gusi.Anak takak dalam keadaan biasa agar rongga hidung
terbuka.Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Pita
suara digetarkan. Contoh perkataan: nakal, panas, lipan.

Sengau Lelangit Keras [n]


Depan lidah dirapatkan pada lelangit keras-gusi.Anak tekak dalam keadaan biasa agar
rongga hidung terbuka. Udara dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung.
Pita suara digetarkan. Contohperkataan: nyawa, lanyak.

Sengau Lelangit Lembut [n]


Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan
penuh pada arus udara. Anak tekak dalam keadaan biasa agar rongga hidung terbuka.
Udara yang tersekat di daerah lelangit lembut dilepaskan. Pita suara digetarkan. Contoh
perkataan: ngeri, bunga, pisang.

SEPARUH VOKAL* (MALARAN)


Untuk menghasilkan bunyi separuh vocal,kedudukan articulator adalah seperti
menghasilakn bunyi geseran yang dihasilakn adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga
sama seperti untuk menghasilkan bunyi vocal, dan sesetengah ahli fonetik
menamakannya bunyi malaran. Bunyi separuh vocal dalam bahasa Melayu ialah [w] dan
[y].

Separuh Vokal Dua Bibir [w]


Bibir dibundarkan. Belakang lidah diangkat kearah lelangit lembut. Lelangit lembut itu
sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Pita suara digetarkan sambil lidah
bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vocal tengah. Contoh
perkataan: wau, bawa.
Separuh Vokal Gusi-Lelangit Keras [y]
Depan lidah diangkat agak tinggi kea rah lelangit keras.
Bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri
terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Pita suara
digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan bunyi
tengah. Contoh perkataan: yang, hayat.

VOKAL
VOKAL
Bunyi ini terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga
mulit tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vocal dapat
ditentukan melalui bahagian lidah, ruang udara antara lidah yang berkenaan, dan
keadaan bibir. Kedudukan lidah dpat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu;
i. Tinggi
ii. Separuh tinggi
iii. Separuh rendah
iv. Rendah

Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan
kepada empat juga iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas, dan luas.
Manakala, bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu
depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram.

Keadaan bibir terbahagi kepada tiga jenis , iaitu neutral, hampar, dan bundar.
Dalam bahasa Melayu standard, terdapat enam jenis vocal yang dapat
dihasilkan, iaitu [ I, e, a,o,u,□] dan vocal tambahan dalam dialek melayu, iaitu [ε]
dan [□]

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

i. VOKAL DEPAN SEMPIT (i)


 untuk mengeluarkan bunyi vocal ini, depan lidah dinaikkan hingga
hamper menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah
didekatkan pada gusi.
 Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari
paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara
tanpa sekatan, halangan, atau himpitan yang boleh menyebabkan
geseran kedengaran.
 Contoh ; bilik, titik, ipar, jari, cari

ii. VOKAL DEPAN SEPARUH SEMPIT (e)

 Untuk menghasilkan bunyi ini, depan lidh dinaikkan tetapi tidklah


setinggi membunyikan vocal (i)
 Contoh ; kole, tauge,bendi, elok

iii. VOKAL DEPAN SEPARUH LUAS

 Untuk mengeluarkan vokal ini, depan lidah diturunkan sepertiga


dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal (e), kedudukan alat
pertuturan adalah adalah sama seperti semasa mengeluarkan
bunyi vokal (i) dan (e).
 Contoh ; tauke, gelek, gesek, gerek

iv. VOKAL DEPAN LUAS (a)

 Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan


serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat
ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat
pertuturan ini adalah sama seperti menghasilkan vokal (i) dan (e).
 Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

v. VOKAL BELAKANG SEMPIT (u)

 Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin


ke atas tetapi tidak menutup ruang aliran udara, bentuk bibir
dibundarkan.
 Contoh ; ubat,ulat, undang, udang, ulang

vi. VOKAL SEPARUH SEMPIT (o)


 Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara
tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah.
Keadaan bibir pula dibundarkan.
 Contoh ; obor, solo, polo, took, orang

vii. VOKAL BELAKANG SEPARUH LUAS

 Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada


kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan.
Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa melayu.

HURUF VOKAL
i. Dalam system ejaan rumi, ada lima huruf vokal yang digunakan bagi
melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf
tersebut ialah a,e,i,o dan u.

Huruf fonem contoh penggunaan


Di depan di tengah di belakang

a /a/ api padi lusa


e /e/ emas kena sosialisme
e /↑/ enak petak tauge
I /i/ itu simpan murni
o /o/ ulang bumi ibu

ii. Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem vokal, iaitu


 Fonem e pepet ditulis secara fonetik [e] ; dan
 Fonem e taling ditulis secara fonetik [↑]
VOKAL DIHADAPAN SEMPIT(i)

Untuk mengeluarakn bunyi vokal ini,depan lidah dinaikkan hingga hamper menyentuh
lelangit keras,sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.Lelangit lembut diangkat
untuk menutup rongga hidung.udara daripada paru-paru melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara tanpa sekatan,halangan,atau himpitan yang boleh menyebabkan
kedengaran geseran.bibir berada dalam keadaan terhampar. Contoh bagaimana mana
bunyi ini dihasilakn melalui alat artikulasi ialah:

contohnya:ikan ,pisang,api

VOKAL SEPARUH SEMPIT[e]taling

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan,tetapi tidaklah setinggi


membunyikan vokal (i).bahagian hadapan lidah diangkat tetapi lebih rendah sedikit
kedudukannya daripada bunyi vokal sempit[i].alat-alat lain pula iaitu lelangit lembut
terangkat kebelakang dan anak tekak menutup rongga hidung.udara dikeluarkan melalui
rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara dan bibir dalam keadaan
terhampar.
contohnya:[elok],[petah]dan[senget]

VOKAL DEPAN LUAS (a)

Untuk memgeluarkan bunyi vokal ini,depan lidah diturunkan serendah-


rendahnya.lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup
rongga hidung,kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilakan vokal
(i) dan (e).udara keluar tanpa sekatan melalui rongga mulut dan menggetarka pita
suara.bibir dalam keadaan terhampar.

Contoh:tanam,ayah,anak.landak.anting,pandai

VOKAL BELAKANG SEMPIT (u)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin untuk menyempitkan


rongga mulut tidak menyentuhnya.lelangit lembut terangkat rapat kebelakang anak tekak
menutup rongga hidung.udara keluar tanpa sekatan melalui rongga mulut dan
menggetarkan pita suara,manakala bibir dalam keadaan bundar.
Contoh:ular.unta, undang

VOKAL SEPARUH SEMPIT [o]


Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di tempat yang paling tinggi dan
tempat yang paling rendah.lelangit lembut terangkat kebelakang anak tekak menutup
rongga hidung.udara keluar dari rongga mulut tanpa sekatan dan menggetarkan pita
suara.keadaan bibir pula dibundarkan.

Contoh:orang.ombak,obor,

VOKAL TENGAH [ə ]

Dihasilkan dengan meletakkkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut.bahagian tepi
lidah dilengkungkan sedikit,bahagian tengah lidah diangkat kearah pertemuan antara
lelangit lembut.lelangit lembut diangkat kebelakang anak tekak untuk menutup rongga
hidung.manakala rongga mulut berkeadaan
sederhana luas.udara yang dihasilkan melalui
rongga mulut tanpa sekatan menggetarkan pita
suara manakala bibir berada dalam keaadan biasa.
Contohnya:[ mas]dan [p lat]

DIFTONG
Hadapan tengah belakang
sempit (i) sempit (u)

[e]
Separuh [o]
Sempit
[oi] separuh sempit
PENGERTIAN DIFTONG

 Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan
nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindak
sebagai satu fonem dan dilambangkan dengan dua lambing vokal.

 Kamus linguistic mengatakan diftong sebagai gabungan dua bunyi vokal


yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah.
Contohnya [ai] dalam pandai. Dan [au] dalam pulau.

 Bunyi diftong melibatkan dua rentetan vokal yang hadir serentak. Bunyi
diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang
satu lagi menggeluncur kearah vokal yang mula hadir tanpa menunjukkan
sebarang punca kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa
penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai sati suku
sahaja.

SENARAI DIFTONG BAHASA MELAYU

[ ai ] hairan, pakai, gemalai


[ au ] aurat, taulan, kerbau
[ oi ] amboi, sekoi, sepoi

ANALISIS FONEM DIFTONG

Teknik pasangan minimal boleh digunakan untuk menunjukkan rentetan dua unit
vokal dalam bahasa Melayu ialah diftong. Contohnya ;
 Urat – aurat
 Asing – aising
 Baka – bakau
 Bela – bela
 Bala - balai

Você também pode gostar