Você está na página 1de 2

Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan

fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan
Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan").

Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia
oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.

Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi,
kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh
manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

Geografi fizikal

Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia
membincangkan tentang:

1. Bumi sebagai satu sistem


2. Batuan
3. Laut dan lautan
4. Iklim
5. Luluhawa
6. Ekosistem
7. Tumbuhan dan haiwan liar.

Geografi adalah ilmu tentang lokasi dan variasi keruangan atas fenomena fizikal dan manusia di
atas permukaan bumi. Kata geografi berasal dari Bahasa Yunani yaitu gê ("Bumi") dan graphein
("menulis", atau "menjelaskan"). Geografi lebih dari sekadar kartografi, kajian tentang peta dan
tidak hanya menjawab apa dan dimana di atas muka bumi, tapi juga mengapa di situ dan tidak di
tempat lainnya, sering kali pula diertikan dengan "lokasi pada ruang;. Disiplin geografi
merangkumi kajian yang berhubung kait dengan alam dan manusia serta mengkaji akibat yang
disebabkan dari perbezaan yang terjadi diantara fenomena fizikal dengan fenomena manusia.
Memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur-
unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi adalah fokus utama bidang geografi.
 
 
Secara umumnya, Geografi Fizikal merupakan salah satu cabang dari bidang sains yang mengkaji tentang
bagaimana dan kenapa ciri-ciri fizikal bumi mengalami perubahan dari hari ke hari, tahun ke tahun dan
juga perubahan yang berlaku semenjak berjuta-juta tahun yang lampau. Empat bahagian utama bumi yang
merupakan fokus utama kajian oleh ahli-ahli Geografi Fizikal adalah seperti berikut;
 Lapisan yang terdapat di atas permukaan bumi yang terdiri daripada gas-gas utama. Lapisan
yang dikenali sebagai Atmosfera ini merupakan satu lapisan yang amat penting. Proses-proses
yang berlaku di dalam lapisan ini akan mempengaruhi cuaca dan iklim di permukaan bumi.
 Permukaan tanah yang diliputi oleh tanih dan tumbuh-tumbuhan. Ini merupakan bahagian yang
menampung segala jenis kehidupan yang terdapat di permukaan bumi. Lapisan ini juga dirujuk
sebagai lapisan Biosfera
 Bahagian yang terdiri daripada permukaan air, termasuk permukaan lautan, sungai, tasik, serta
air yang terdapat di bahagian atmosfera. Bahagian ini dikenali sebagai bahagian Hidrosfera.
 Struktur Bumi - yang terdiri daripada lapisan atas kerak bumi dan lapisan-lapisan yang terdapat
di bahagian bawahnya. Lapisan ini dikenali sebagai lapisan Litosfera.
Secara keseluruhannya ke empat-empat bahagian ini termasuk dalam empat bahagian utama
geografi fizikal iaitu, Iklim dan Cuaca,  Biogeografi, Hidrologi dan Geomorfologi.
 

Você também pode gostar