Você está na página 1de 2

Agama Utama di China

Agama Buhhda

Agama Buhhda disebarkan dalam China pada kira-kira abad pertama, mulai menjadi popular
setelah abad ke-4 dan beransur-ansur merupakan agama yang paling besar di China.
Agama Buhhda terdiri daripada tiga cawangan iaitu agama Buhhda bahasa China, agama
Buhhda bahasa Tibet dan agama Buhhda Selatan. Jumlah sami agama Buhhda mencapai
kira-kira 200 ribu orang. Pada masa ini, China terdapat kuil agama Buhhda sebanyak lebih
13,000 ribu, institut dan sekolah agama Buhhda sebanyak 33 buah dan bahan cetakan
agama Buhhda sebanyak hampir 50 jenis.

Agama Buhhda cawangan Tibet agak popular di Wilayah Autonomi Tibet, Wilayah Autonomi
Mongolia Dalam, Provinsi Qinghai dan lain-lain. Penduduk etnik Tibet, Mongolia, Yugu,
Menba, Luoba dan Tu pada umumnya beragama Buhhda cawangan Tibet, dan berjumlah
lebih 7 juta orang. Agama Buhhda Selatan agak popular di Negeri Autonomi Etnik Tai
Kawasan Sishuangbanna, Negeri Autonomi Etnik Tai dan Etnik Jingpo Kawasan Dehong
dan Kawasan Simao di Provinsi Yunnan, bahagian barat daya China, kebanyakan penduduk
etnik Tai, Bulang, Achang dan Wa beragama Buhhda Selatan, dan jumlahnya seramai lebih
sejuta orang pada masa ini. Umat agama Buhhda bahasa China mengutamakan penduduk
bangsa Han dan tertabur di pelbagai tempat di seluruh negara China.

Agama Tao

Agama Tao dilahirkan di China pada abad ke-2 dan bersejarah lebih 1,800 tahun. Agama
Tao memyembahyangkan alam dan nenek moyang sejak zaman kuno, dan pernah
mempunyai banyak cawangan. Pada masa ini, agama Tao terdiri daripada 2 cawangan
utama iaitu Cawangan Quanzhendao dan Cawangan Zhengyidao yang mempunyai
pengaruh tertentu terhadap bangsa Han. Kerana agama Tao tidak menetapkan upacara
kepercayaan atau peraturan yang teliti, jumlah umat yang percaya agama itu sukar dihitung.
China terdapat kuil agama Tao sebanyak lebih 1,500 buah pada masa ini, dan Qiandao serta
Kundao (umat lelaki dan perempuan agama Daoism yang tinggal dan bekerja di kuil)
berjumlah lebih 25,000 orang.
Agama Islam

Agama Islam disebarkan ke China pada abad ke-7. Antara penduduk pelbagai etnik minoriti
China termasuk etnik Hui, Uygur, Tatar, Kirgiz, Kazak, Uzbek, Dongxiang, Salar dan Bonan
yang berjumlah lebih 18 juta orang, kebanyakan beragama Islam. Kebanyakan Umat Muslim
China tinggal di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang, Wilayah Autonomi Etnik Hui
Ningxia, Provinsi Gansu, Qinghai, dan Yunnan. Pada masa ini, China terdapat masjid
sebanyak lebih 30 ribu buah, dan Imam seramai lebih 40 ribu orang.

Agama Katolik

Agama Katolik mulai disebarkan ke China pada abad ke-7, dan mulai disebarkan dengan
meluas setelah Perang Candum yang berlaku pada tahun 1840. Pada masa ini, Persatuan
Agama Katolik China mempunyai 100 kawasan agamanya dan seramai hampir 5 juta umat
agama itu. Gereja yang dibuka umum sebanyak hampir 5 ribu buah, sekolah dan institut
agama Katolik sebanyak 12 buah. Dalam tempoh hampir 20 tahun kebelakangan ini, paderi
muda yang dididik oleh Persatuan Agama Katolik China seramai lebih 1,500 orang,
antaranya, seramai lebih 100 orang paderi muda telah dihantar ke luar negara untuk
melanjutkan pengajian. Selain itu, dalma Persatuan Agama Katolik China, paderiwati yang
bersumpah awal berjumlah 3 ribu orang, dan paderiwati yang sudah bersumpah seumur
hidup berjumlah lebih 200 orang. Pada setiap tahun, terdapat lebih 50 ribu orang dibaptiskan
dalam agama Katolik di China, dan sebanyak lebih 3 juta Bible dicetakkan.

Agama Kristian

Agama Kristian mulai disebarkan ke China pada awal abad ke-19 dan disebarkan dengan
meluas setelah Perang Candum yang berlaku pada tahun 1840. Pada tahun 1950, agama
Kristian di China melancarkan pergerakan “Berdikari” agar dapat menghapuskan pengaruh
imperialisme, dan mendidik semangat patrioti. Pada masa ini, umat agama Kristian
berjumlah kira-kira 10 juta orang, kakitangan keagamaannya berjumlah lebih 18 ribu orang,
dan terdapat sebanyak lebih 12 ribu gereja serta lebih 25 ribu buah tempat aktiviti
keagamaan yang ringkas

.   

Você também pode gostar