Você está na página 1de 3

JENIS AYAT

Jenis ayat dapat dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:


Ayat penyata
Ayat tanya
Ayat perintah
Ayat seruan

Ayat Penyata

Diucap dengan maksud membuat satu penyataan dengan tujuan menyata atau
memberi keterangan tentang sesuatu.

Contoh:
1. Nadiah jurutaip.
2. Abdullah sedang tidur.
3. Cempaka itu wangi.

Ayat Tanya
Bertujuan untuk menyoal sesuatu.
Dikenal pasti berdasarkan nada suara & penggunaan perkataan dan tanda
soal ( ?)
Dapat dibahagi kepada dua jenis mengikut struktur dan bentuk jawapan

STRUKTUR
Ayat tanya tanpa kata tanya
- Diucapkan dengan nada tinggi dan disertai partikel –kah.
Ayat tanya dengan kata Tanya
- Contoh kata tanya:
Apa, siapa , mengapa, bila
- Contoh frasa sendi nama tanya:
Di mana, dari mana, sejak bila.

JAWAPAN
Tertutup
Jawapan : ya, tidak, bukan
Terbuka
Jawapan untuk ayat tanya jenis ini tidak terhad.

Ayat Perintah

Ayat ini membuat tindakan dan ditujukan kepada orang dengan kata ganti diri
nama kedua.
Ayat Perintah dapat dibahagikan kepada 4 jenis :
1. Ayat Suruhan
2. Ayat Silaan
3. Ayat Larangan
4. Ayat Permintaan

Ayat Suruhan
- memberi arahan
- pengunaan partikel lah dan kah
- Contoh: Masuklah ke rumah .

Ayat Silaan
- Penggunaan sila dan jemput pada pemulaan ayat.
- Contoh:
Sila masuk.
Ayat Larangan
- Penggunaan jangan usah atau tidak usah
-Harap juga digunakan digunakan melembutkan ayat.
- Contoh:
Jangan curi makan.

Ayat Permintaan
- Ayat yang digunakan unutk meminta pertolongan
- Contoh: Tolong tutup lampu.

Ayat Seruan

Diucapkan dengan intonasi unutk melahirkan sesuatu keadaan perasaan.


Pengunaan !
Contoh:
Oh , amboi,cis,aduh, syabas

Contoh:
1. Aduh, sakitnya!
2. Pergi !

Você também pode gostar