Você está na página 1de 4

KAEDAH ASAS MENGAJAR BACAAN

Kaedah Mengeja
 mengeja dan membatang suku kata seperti b, a, = ba; t, u = tu. Kemudian suku-
suku kata ini digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu = batu.
 Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu.

Kebaikannya
 Murid-murid mahir mengeja kerana mereka dilatih mengeja tiap-tiap perkataan
yang dibacanya.
 Kaedah ini memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerjanya. Tidak
berkehendakkan alat-alat mengajar yang banyak.

Keburukannya
 Murid-murid tidak lancar membaca. Kaedah ini menjadikan murid sibuk mengeja
kerana tumpuan mereka kepada huruf semata-mata.
 Murid-murid tidak faham apa yang dibacanya. Oleh kerana terlalu mementingkan
ejaan dan sebutan, fahaman langsung tidak dihiraukan.
 Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak mempedulikan rangkai
kata dan tempat-tempat berhenti.
 Mengelirukan kanak-kanak kerana nama huruf-huruf tidak menepati bunyi huruf-
huruf itu.

Kaedah Bunyi
 Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain,
misalnya ba, tang = batang
 Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan
akhirnya perkataan. Misalnya ,
- b (beh), a (ah) = ba
- t (teh), u (uh) = tu
- ba + tu = batu
kebaikannya
 Sesuai denagn susuk bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata
yang hamper tetap bunyinya.
 Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu
walaupun perkataan-perkataan itu diluar perbendaharaan kata mereka.

Keburukannya
 Bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu
tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.
 Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyaai
makna yang nyata pada mereka.

Kaedah Huruf
 Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom.
Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu.
 Kaedah ini dimulakan dengan mengenal nama-nama huruf – a, b, c, d – y, z,
vokal dan konsonan’
 Di dalam bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah:
vokal - a, e, i, o, u
vokal dan konsonan ba, be, bi, bo, bu
diftong ai, au, oi.
 Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya ba +
tu = batu, a + ku =aku dan sebagainya.
 Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.

Kelebihannya
 Sesuai dengan susuk bahasa Malaysisa kerana bahasa Malaysia terdiri daripada
suku-suku kata yang hamper tetap bunyinya
 Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun
belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan
membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.
 Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
 Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta member keyakinan kepada
murid-murid

Kekurangannya
 Murid-murid membaca dengan lancer mengikut cara traditional tanpa memahami
apa yang dibacanya. Mereka hanay mementingkan sebutan dan kelancaran
membaca.
 Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan
mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.
 Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi
murid-murid kerana pengajaran tidak seara keseluruhan yang bermakna.
 Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang
berlebihan.

Kaedah Pandang Sebut


 Kaedah ini mementingkan dua perkara:
- Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui
gambar.
- Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita

Prosesnya
 Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya.
Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut
perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang
disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar.
 Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-
ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengejas satu-satu perkataan yang
terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca.
 Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
 Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata
dan kaedah ayat.

Kelebihannya
 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari
sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.
 Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu
daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya
 Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Denagn itu, kanak-kanak dari mula
mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka.
 Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama
ataupun alunan suara yang betul dari mula-mulanya.

Kelemahannya
 Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-
ayat yang telah diajar sahaja
 Kaaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf-huruf secara
formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.
 Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka
membaca sendiri.
 Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.

Você também pode gostar