Você está na página 1de 16

PENGENALAN

Pada zaman dahulu manusia tinggal berdekatan dengan air untuk


menyelamatkan diri daripada kebakaran hutan, musuh atau sebagai tempat untuk
mendapatkan sumber makanan dan juga untuk melegakan rasa panas matahari. Di
sebalik alasan-alasan itu manusia sebenarnya dalam semua peringkat umur memang
tertarik dengan air atas desakan tertentu yang tidak dapat ditaksirkan.

Kebolehan bersatu dengan air dan mendapatkan kepuasan daripada kebebasan


menyediakan keseronokan yang tidak terhingga. Selain menyediakan rasa bahagia,
ketenangan, saingan dan pertandingan, kebolehan berenang merupakan satu-satunya
cara menyelamatkan diri pada masa kecemasan. Prinsip lama yang masih sesuai
digunakan, ialah “Anda tidak boleh menemui sukan yang lebih baik untuk
menyelamatkan diri” (oleh Komodor Wilbur Longfellow daripada Palang Merah Amerika
Syarikat.)

Belajar berenang adalah peringkat pertama mencapai kemahiran berada di


dalam air. Berenang tidak mempunyai peraturan yang tertentu, selain peraturan biasa
untuk mengapungkan diri dan propulsia(termasuk juga undang-undang pertandingan).
Semua peringkat usia boleh berenang dengan pelbagai cara atau gaya menggunakan
tenaga yang banyak atau sedikit seperti yang diingini dalam semua peringkat usia.

PRINSIP DAN BIOMEKANIK


1
Hukum Newton Ketiga, menyatakan untuk setiap tindakan terdapat satu tindak
balas yang bermagnitud sama tetapi pada arah yang bertentangan.merupakan satu
penjelasan yang jelas mengenai bagaimana seseorang itu maju di dalam air.

Oleh itu, perenang-perenang diajar untuk menarik terus tangan ke belakang. Ini
kerana menolak air ke belakang mencipta daya paduan yang sama besar megnitudnya
yang mendorong perenang ke depan.

Tangan-tangan mendorong ke arah kaki, yang beraksi dalam giliran ke arah


tangan-tangan, ia sepatutnya bahagian pinggul bertindak balas jauh dari tangan-tangan
dan pada masa yang sama,ia meningkatkan untuk kemajuan kepada pelajar
baru.Tindak balas kaki dan pinggul adalah satu titik penting bagi rujukan yang akan
dibuat kemudian.

Secara umumnya, 2/3 daripada permukaan bumi adalah air.Dimana 90 % adalah


air laut dan selebihnya adalah air tawar.Keadaan ini membolehkan manusia dan haiwan
untuk berenang.Berenang mempunyai makna yang sangat luas.Sesetengah orang
hanya pergi berenang pada waktu senggang atau pada hujung minggu.Manakala
sesetengahnya lagi merupakan atlet renang yang sentiasa berlatih 25 jam
seminggu.Malangnya, di Britain, kemudahan untuk berenang adalah kurang.Ramai
diantara rakyat Britain yang tidak mempunyai peluang untuk belajar berenang.Mereka
banyak menghabiskan masa dengan hanya belajar dan bekerja.
Bagi golongan kurang upaya mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam
sukan renang kerana kekurangan pihak yang berusaha untuk melibatkan mereka dalam
sukan ini.Berenang di dalam air laut atau air tawar, tetap menggunakan prinsip yang
sama.Dimana di dalam air, berat badan manusia berkurang.Dimana air laut akan
memberi sokongan kepada badan untuk terapung disebabkan oleh ketumpatan air
masin adalah lebih tinggi berbanding dengan kolam renang.

ASAS TERJUNAN

2
Surface Dive

Surface dive atau lebih dikenali sebagai junam permukaan.Junam permukaan


permukaan bermaksud ialah junam yang membawa anda ke dalam air dan dari posisi
tersebut,anda mestilah kembali semula ke permukaan dengan melakukan renang.
Junam permukaan yang cekap adalah syarat utama sebelum menyelam.Renang selam
melibatkan penggunaan kaki sirip renang, topeng, dan snorkel.

AWAS

Perenang tidak harus mempelajari junam permukaan di dalam air yang kurang daripada
8 kaki (2.44 meter) dalam kerana ini berbahaya.Kepala boleh terhantuk atau kaki boleh
melanggar dasar kolam.

Junam permukaan adalah kemahiran yang menyeronokkan kerana ia membolehkan


perenang dan meyelam skuba bergerak dengan lebih cekap di air yang dalam.Kita
boleh menggunakan junam permukaan untuk bergerak dengan lebih mudah dan pantas
ke satu posisi di dalam air untuk mengambil sesuatu objek, berenang di bawah
halangan, atau meneroka dasar laut. Junam permukaan juga diperlukan dalam aktiviti
menyelamat di air.

Renang Selam

Renang selam bermaksud menyelam ke dalam air dari satu permukaan.Terdapat tiga
jenis renang selam permukaan iaitu:

a) Junam tombak

b) Junam itik

c) Junam geladak

3
JUNAM TOMBAK

Junam tombak adalah pilihan kebanyakkan perenang.Ia mudah dan cekap dan
kelihatab lebih kemas berbanding junam lain. Mulakan menjunam dari posisi apung
tiarap dengan lengan direngangkan melepasi kepala. Kuak dengan lengan yang tinggi
dan pusingan yang lebar sehingga lengan kembali ke sisi badan. Ini memberikan daya
kehadapan kepada badan.Pusingankan tapak tangan ke bawah selepas selesai
menguak. Luruskan dan rapatkan kedua-dua kaki, tudingkan jari-jari kaki semasa
membongkokkan pinggang.Tolakkan kepala dan badan ke bawah dalam posisi
menegak. Air akan menekan belakang anada semasa anda membongkok dan ini
membantu meluruskan kaki supaya selari dengan dengan permukaan air.

Tekan kedua-dua tangan pada air semasa mengangkat kedua-dua kaki yang
dirapatkan tadi keatas, dalam posisi menegak.Menekan tangan ke bawah perlu di
lakukan untuk memberikan tekanan yang berlawanan supaya kaki akan terangkat dari
air.Untuk mengelakkan badan daripada terguling secara melentang, berhenti menekan
tangan ke air apabila tangan menunjuk tepat ke bawah, ke dasar kolam.Biarkan badan
dalam keadaan lurus untuk membolehkan kaki menolak badan ke bawah permukaan
air. Semasa jari kaki sudah pun masuk ke dalam air, kuaklah secara melintang dengan
kedua-dua lengan dalam gaya kuak dada yang lebar untuk menarik lebih jauh ke dalam
atau membolehkan perenang memulakan renang selam.

4
TEKNIK JUNAM TOMBAK

1. Apung

1. Apung dalam posisi meniarap

2. Regangkan kedua-dua lengan melepasi kepala

2. Sapu

1. Kuakkan kedua-dua lengan ke belakang dan bawa ke sisi badan

2. Pusingkan tapak tangan ke bawah.

3. Tombak

1. Gerakkan kepala ke bawah

2. Bongkokkan badan pada sudut tegak di pinggang

4. Tekan dan Angkat

1. Tekan dengan lengan

2. Unjurkan kaki tegak ke atas

5. Turun

5
1. Biarkan badan dalam posisi tegak ke bawah dan lurus.

2. Tenggelamkan badan ke dalam air.

Kesilapan Pembetulan
Anda kekurangan daya pendorong untuk Kuakkan lengan sepenuhnya,lebih lama
melakukan posisi tombak dan lebih kuat.

6
Kaki anada tertarik ke dalam dengan Tekan tangan ke bawah dengan pantas
pantas atau melepasi satah tegak. atau lebih lama untuk menyesuaikan
posisinya.

JUNAM ITIK

Junam itik adalah satu variasi junam tombak. Walaupun ia tidak kelihatan sekemas
junam tombak tetapi tujuannya adalah sama. Jika sukar mengangkat kaki sehingga
lurus dalam junam tombok, junam itik akan mengurangkan kejanggalan ini dan gaya ini
masih dapat membawa anda ke bawah air dengan baik.

Junaman yang berterusan melalui kaedah junam tombak memang meletihkan.


Setelah seharian melakukan aktiviti menyelam, anda mungkin tidak mahu
menggunakan tenaga yang banyak dalam beberapa sesi terakhir. Bentuk dan cara
melakukannya masih lagi penting tetapi sekiranya anda menyelam untuk
menyelamatkan artifak atau melakukan kerja menyelamatkan di laut, maka junam itik
adalah bentuk junaman yang disarankan.

Terjun hanya di dalam air yang sekurang-kurangnya 8 kaki dalam. Pakai gogal dan
mulakan dalam posisi apung tiarap dengan kedua-dua tangan diregangkan melepasi
kepala. Sapu keluar tangan dan bawa ke belakang untuk mendapatkan momentum ke
hadapan, kemudian bawa semula ke sisi badan dalam keadaan tapak tangan menghala
ke bawah. Dengan cepat, bongkokkan badan ke posisi menegak dengan kepala
menghala ke bawah pada sudut 90 darjah dari pinggul.

Semasa menekan ke bawah dengan lengan terus dakap lutut ke dada dan
tujahkan badan ke atas secara menegak, jari dituding kehadapan dan kaki dirapatkan.
Berat kaki anda mendorong badan anda ke bawah. Jangan tekan terlalu kuat atau
terlalu lama dengan tangan seperti yang dilakukan dalam junam tombok kerana dalam
keadaan badan didakap, anda lebih mudah tergolek dan kaki anda pula tidak akan
menjadi tegak,sehingga menyebabkan badan terlentang. Berat kaki anda hendaklah

7
berada di atas untuk memaksa anda menjunam ke bawah. Lintangkan badan dan
berenang atau kembali semula ke permukaan.

Kesilapan Pembetulan
Kaki anda tidak akan menjadi tegak Tekan dengan cermat dan perlahan dan
kerana anda menekan terlalu kuat atau terus berlatih untuk mendapatkan tekanan
terlalu lama. yang betul.

8
Junam kaki dahulu

Junam kaki dahulu membawa anda ke dalam air, dalam posisi menegak. Selain mudah
dilakukan ,ia juga mempunyai ciri-ciri yang menarik .Penyelam scuba dan kakitangan
penyelamat biasanya sering terpaksa melibatkan diri dalam air yang berlumpur dan
keruh.Mereka tidak dapat melihat apa yang ada dibawah permukaan air,tempat yang
memerlukan mereka melakukan junaman.Junam kaki dahulu membolehkan perenang
menjunam dalam cara yang lebih selamat sehingga mereka benar-benar pasti halangan
yang akan mereka tempuhi.

TEKNIK JUNAM KAKI DAHULU

Tegakkan Badan

1.Dapatkan posisi menegak

2.Dagu berada pada paras air

3.Depangkan tangan ke sisi

4. Kaki direnggangkan untuk tending gunting

Tekan dan Tendang

1.Tekan dengan lengan

2.Buat tendang gunting dan rapatkan kedua-dua kaki

3.Timbul seberapa tinggi yang dapat dari air.

Tenggelam

9
1.Letakkan kedua-dua tangan ke sisi badan

2.Regangkan kaki

3.Tenggelamkan badan ke dalam air dengan baki dahulu

Angkat

1. Angkat tapak tangan menghala ke atas

2. Angkat badan di dalam air dengan menyapu lengan sepenuhnya ke luar.

10
KESILAPAN PEMBETULAN

Lengan anda akan tercebur keluar dari air Tunggu sehingga kepala anda betul-betul
semasa anda cuba mengangkat badan di dalam air sebelum mengangkat badan
anda untuk turun lebih jauh ke bawah. dengan lengan anda.

11
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN : RENANG

BIDANG : Asas terjunan

AKTIVITI : Surface dive

TAJUK : Junam Tombak

MASA : 8.30 hingga 9.30 pagi

BILANGAN MURID : 34/35

KEMAHIRAN FOKUS : Melakukan asas terjunan dengan betul

OBJEKTIF MODUL : Guru dapat menunjuk cara dan mengajar murid cara-

cara untuk melakukan junam tombak.

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran murid dapat:

12
• Dapat melakukan teknik surface dive dengan betul.

• Meningkatkan kecergasan fizikal murid-murid.

KEPERLUAN

• Papan Keribas
• Apungan Kaki
• Topeng Muka
• Deep Float’ Apungan Kaki

PROSEDUR

MEMANASKAN BADAN DI DARAT

a) Larian anak

b) Regangan di darat

i. Regangan statik

ii. Regangan dinamik

MEMANASKAN BADAN DI AIR

a) Bobbing ‘menghembus’ nafas dalam air


b) Tendangan kaki 25 meter x 4 teknik tendangan
c) Pulling 25 meter x 4 teknik pulling
d) Melakukan latihan ‘easy swim’ dengan jarak 25 meter (Boleh buat
pilihan di antara 4 kuak yang telah dipelajari).

13
MAIN SET

Ansur Maju (teknik luncur)

i. Bermula daripada kedudukan berdiri dengan sebelah kaki ke depan


sedikit,tangan diluruskan ke depan dan bahu berada di bawah
paras

ii. air,condongkan badan ke depan dan tolak ke permukaan dan


luncur.
iii. Pastikan kedudukan kepala selari dengan tubuh badan supaya
bahagian atas kepala sentiasa berada pada paras air.
iv. Kemudian melakukan kemahiran dan asas terjunan junam tombak.

PENUTUP

Aktiviti menyejukkan badan

Refleksi Guru:

Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid menunjukkan minat dan
kesungguhan dalam membuat kemahiran surface dive. Walaubagaimanapu, terdapat
beberapa murid memerlukan lebih latihan bagi mencapai tahap maksima.

14
REFLEKSI

MOHD AMIR HAFIZ BIN GHANI

900218115585

Pertamanya saya ingin memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana


dengan segala kekuatan yang diberikanNya kepada saya, saya masih mampu untuk
meneruskan segala tindakan yang perlu untuk menjayakan tugasan ini.

Saya perlu mempersiapkan segala bahan dan keperluan penting yang perlu ada
untuk dijadikan bahan rujukan utama. Di samping itu juga, segala perancangan perlu
disediakan dengan rapi agar tiada gangguan berlaku di sepanjang gerak kerja tugasan
ini. Perlakuan kerja yang efektif dan jadual pelaksanaan tugasan yang berkesan perlu
dilaksanakan mengikut isi tugasan yang diberikan supaya tidak terpesong dari landasan
sebenarnya.Ini bertujuan menjamin kelancaran dan kelicinan proses kerja supaya
sampai ke fasa akhir dengan jayanya.

Berbagai kesulitan dan halangan dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti
masa yang suntuk dan kekangan masa yang menghimpit menjadi satu cabaran kepada
saya agar sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan walaupun terpaksa
berkorban, wang, tenaga, masa terutamanya masa tidur kerana terpaksa berjaga

15
malam semata-mata untuk berkorban demi syahid mencari ilmu ke jalan Illahi yang
terang lagi bersuluh kebenarannya.

Selain itu, melalui pencarian bahan dan maklumat melalui buku-buku yang
berkenaan mahupun pencarian melalui internet telah membantu saya untuk memenuhi
kehendak dalam soalan kerja kursus ini dan secara tidak langsung kefahaman tentang
pendekatan-pendekatan yang perlu digunakan dan diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam kelas mendalam dan kukuh di dalam
sanubari ini hasil daripada proses menyiapkan kerja kursus ini. SEKIAN.

ABDUL HALIM BIN MAT HANIPI

890225035325

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana segala limpahan nikmat-Nya


kepada saya telah dapat menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya terdapat sedikit
kesukaran namun selepas beberapa kali mencari bahan, saya mula memahami apa
yang dimahukan dalam tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang
cara terjunan permukaan dan bottle jump. Justeru, segala prosedur yang diperlukan
sudah diketahui. Dalam asas terjunan tersebut, saya menghadapi sedikit masalah yang
ketara kerana kekurangan bahan untuk dijadikan sumber rujukan. Masalah dalam
pengolahan data yang ingin dipersembahkan dalam bentuk ringkas, padat dan mudah
difahami juga mengambil masa bagi saya. Idea-idea ini saya memperolehinya daripada
pensyarah pembimbing melalui hasil perbincangan lanjutan dengan beliau. Tugasan ini
juga dapat saya siapkan hasil dorongan dan bantuan daripada rakan-rakan dan juga
pelajar-pelajar senior yang lain. Saya berharap apa yang kami sembahkan ini telah
menjawab dan menepati kehendak soalan. Di akhir coretan refleksi ini, saya menyusun
sepuluh jari memohon kemaafan, sekiranya terdapat salah silap, kekurangan dan
kelemahan dalam tugasan ini.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menghasilkan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung

16