Você está na página 1de 8

ASAR BELUM

BERAKHIR
( A.RAHIM ABDULLAH)
SINOPSIS
• Yatim bertemu dengan Orang Tua ketika dia hendak
ke surau untuk menunaikan solat asar. Orang Tua
baru kematian isteri. Orang Tua memberitahu Yatim
bahawa dia tidak tahu berdoa, bersembahyang, dan
membaca al-Quran. Yatim mengajak Orang Tua ke
surau supaya dapat mempelajari semua perkara itu.
Yatim bercerita bahawa dia buta kerana menghidap
demam panas setelah menangis tanpa henti apabila
ibu bapanya terkorban dalam kemalangan jalan
raya.
Orang Tua pula menyatakan keinsafannya kerana
dia yang kaya ketika muda, sering melakukan
maksiat sehingga hartanya habis, selain
melupakan soal agama. Orang Tua meminta Yatim
tinggal bersama-samanya dan mengajarnya ilmu
agama. Dia juga ingin mendermakan matanya
kepada Yatim supaya Yatim dapat menjadi
pendakwah yang gigih, tetapi Yatim enggan. Hal ini
demikian kerana Yatim bimbang dia akan lalai
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
Imran datang lalu memberitahu mereka bahawa
ada orang yang ingin menemui Orang Tua. Mereka
bertiga berjalan ke surau.
TEMA PERSOALAN
• Keagamaan, • Hubungan manusia dengan Tuhan.
iaitu keinsafan • Hubungan manusia sesama manusia.
seorang tua • Kekayaan dapat menyebabkan manusia
untuk mencari lalai dan merugikan diri sendiri.
keredaan • Ilmu agama sangat penting dalam
Tuhan dan membentuk akhlak seseorang.
bertaubat
• Kecacatan tidak menghalang seseorang
daripada
untuk
melakukan
berjaya.
perkara
• Berdakwah untuk berbakti sesama
maksiat.
manusia.
Watak dan Perwatakan

Orang Tua YATIM


Berusia lebih 50 Berusia 30-an; buta;
tahun; duda; yatim piatu;
mempunyai dua pendakwah;
orang anak; jahil
penghafal al-Quran;
dalam bidang
agama; insaf akan menghormati orang
kesalahannya; jujur; tua-tua; baik hati;
pemurah; dan baik amanah; dan
hati. berpendirian tegas.
LATAR
• Latar masa - Waktu petang.
• Latar tempat - Di bawah pokok ketapang dan
di sebuah surau.
• Latar masyarakat - Masyarakat Melayu dan
beragama Islam yang terdiri daripada
golongan tua, golongan muda, dan golongan
kanak-kanak.
PLOT
• Permulaan - Yatim dihalang oleh Orang Tua ketika dia
menuju ke surau. Yatim mengajak Orang Tua menunaikan
sembahyang. Orang Tua menyatakan bahawa dia tidak
tahu berdoa dan bersembahyang.
• Perkembangan - Yatim dan Orang Tua bercerita tentang
diri masing-masing.
• Klimaks - Orang Tua hendak mendermakan matanya
kepada Yatim supaya Yatim dapat melihat semula dan
seterusnya menjadi pendakwah. Yatim menolak hasrat
Orang Tua.
Peleraian - Imran memberitahu mereka bahawa ada
orang ingin menemui Orang Tua di surau. Mereka ke
surau.
NILAI PENGAJARAN
• Hormat-menghormati - Yatim • Kita hendaklah menuntut
dan Imran ilmu agama dan mestilah
menghormati Orang Tua. menunaikan perintah
• Keinsafan - Orang Tua insaf agama.
akan perbuatan maksiat yang • Kita haruslah insaf dan
dilakukannya ketika muda. bertaubat atas kesalahan
• Keikhlasan - Orang Tua yang dilakukan.
ikhlas hendak menderma- • Orang muda hendaklah
kan matanya kepada Yatim menghormati orang yang
supaya Yatim dapat melihat tua.
semula.

Você também pode gostar