Você está na página 1de 13

The Grass Roots Problems Come To Parliament ( Masalah Akar Umbi yang Datang

Kepada Parliment) by Mazlan Nordin.


(The Straits Times, 14 Julai 1964)
Abstrak

Artikel bertajuk “The Grass Roots Problems Come To Parliament” atau “Masalah Akar
Umbi Datang Kepada Parliament” merupakan tajuk artikel yang diperolehi daripada
akhbar The Straits Times pada 14 Julai 1964, hasil penulisan Mazlan Nordin yang
membincangkan berkenaan permasalahan yang berlaku di kawasan pendalaman di
Malaysia terutamanya di kawasan Pantai Timur iaitu Pahang, Kelantan dan
Terengganu, disamping itu, turut menyentuh beberapa negeri lain. Permasalahan ini
menjadi topik perbincangan dalam Dewan Parliment yang memandang serius
kemunduran kawasan pendalaman terutamanya dalam kemudahan infrastruktur dan
aspek ekonomi. Penduduk di kawasan pendalaman majoritinya ialah penduduk
berbangsa melayu dan terdapat beberapa masyarakat berbangsa cina dan orang asli
yang hidup menetap, mereka menjalani kehidupan yang tradisonal dan serba
kekurangan. Ketiadaan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, sekolah
dan sebagainya untuk keselesaan masyarakat kampung menjadi isu yang dibawa oleh
wakil rakyat di dalam Parliment. Disamping itu juga, keadaan ekonomi yang masih
mundur dan mengamalkan ekonomi tradisonal menjadikan masyarakat di kawasan
pendalaman berada pada aras kemiskinan dan pengganguran dalam kalangan golongan
muda adalah tinggi. Kehidupan mereka yang hanya tertumpu kepada bidang ekonomi
tradisonal termasuklah pekerjaan mereka yang menggunakan kelengkapan dan
kemudahan tradisonal juga menjadikan kehidupan mereka semakin mundur dan tidak
mampu menaik taraf ekonomi mereka. Keadaan ini menyababkan ahli Parliment dan
berserta kerajaan berusaha untuk mencari jalan penyelesaiaan bagi membantu
masyarakat di kawasan luar bandar untuk menaik taraf kehidupan mereka yang
merangkumi semua aspek dan menyelesaikan permasalahan ini sehingga ke akar umbi.

1
Analisis Artikel
Sebelum kita membincangkan lebih terperinci berkenaan isu pokok pangkal artikel ini,
lebih elok andainya kita memahami dahulu maksud masyarakat pendalaman atau lebih
jelas komuniti luar bandar. Berdasarkan kajian-kajian yang dibuat oleh sarjana Barat dan
Malaysia iaitu Syed Husin Ali (1964), Firth (1966), Swift (1965), Wilson (1966)
manjelaskan bahawa social-type tani merupakan bilangan majoriti dalam komuniti di luar
bandar selain itu, golongan ini adalah berada dalam keadaan ekonomi sara diri dan
pendapatan mereka berada antara garis kemiskinan dengan kehidupan sederhana 1.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ahli sarjana-sarjana tersebut dapat kita jelaskan
bahawa masyarakat di luar bandar masih lagi dibelenggu dengan sistem tradisional dan
kehidupan yang mundur. Keadaan ini menarik perhatian ahli Parliment yang berusaha
untuk memperbaiki kehidupan masyarakat di luar bandar atau pendalaman. Saya telah
mengenal pasti isu-isu utama yang menjadi puncuk pangkal kepada permasalahan ini dan
bagi memudahkan analisis ini, saya akan mengasingkan mengikut isu-isu tersebut. Isu
pertama ialah kekurangan kemudahan infrastruktur di kawasan pendalaman, isu kedua
pula ialah ekonomi masyarakat pendalaman yang merangkumi sistem ekonomi yang
diamalkan, pengangguran yang berlaku dalam kalangan golongan muda dan yang turut
diperbincangkan ialah “orang tengah” dalam sistem ekonomi tradisonal. Setiap isu ini
akan dibincangkan lebih terperinci di dalam perenggan seterusnya. Selain isu
permasalahan yang berlaku di kawasan luar bandar kita juga akan melihat bagaimana ahli
Parliment dan kerajaan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi
permasalahan ini.

Isu Permasalahan Infrastruktur.


Kemudahan infrastruktur yang kurang, tidak lengkap dan mundur di kawasan luar
bandar menjadi isu dalam kalangan ahli Parliment apabila mereka mendapat rugutan
daripada masyarakat malahan meminta infrastruktur untuk kemudahan masyarakat
tersebut. Ini dapat dapat dibuktikan dengan kenyataan yang terdapat dalam artikel ini
iaitu :

1
Ismail Yusoff (2003), Pengenalan Sains Sosial, Sintok, Universiti Utara Malaysia, hlm. 73 – 74.

2
“Chinese in new villages and oboriginal who no longer roam the jungle
and who now ask for balai rakyat, roads and the like”

Ciri-ciri fizikal muka bumi merupakan antara halangan untuk pembinaan jalan raya dan
kemudahan-kemudahan infrastruktur, hal ini kerana bentuk muka bumi di kawasan
pendalaman yang berbukit-bukau dan kawasan paya di persisiran pantai2. Kekangan ini
menjadikan faktor kawasan pendalaman tidak dapat menikmati kemudahan jalan raya
yang sempurna. Keadaan ini menyebabkan masyarakat ini terus dibelenggu dengan
kemiskinan dan kemunduran apabila ketiadaan jalan penghubungan yang lengkap dan
sempurna untuk menghubungkan dengan kawasan luar secara tidak langsung segala
kemudahan lain seperti pusat kesihatan, bekalan air dan elektrik tidak dapat disalurkan
dengan sempurna.
Apabila artikel ini menyentuh berkenaan masyarakat orang asli yang hidup
menetap tetapi mengalami infrastruktur yang mundur terdapat bukti lain yang dapat
mengukuhkan lagi kenyataan artikel ini iaitu komuniti orang asli Jah Het yang hidup
menetap di Kuala Krau. Komunitit ini tinggal di kawasan pendalaman yang tidak
dibekalkan dengan keperluan-keperluan asas seperti bekalan air dan elektrik, kemudahan
dan perkhidmatan asas dan sebagainya3. Faktor bekalan air dan elektrik tidak dapat
disalurkan ke kawasan pendalaman kerana kebanyakkan masyarakat tersebut
menggunakan bekalan air daripada punca-punca permukaan bumi (sungai-sungai ) dan
bukit, sementara bakinya mendapat bekalan tambahan daripada punca-punca bawah tanah
(perigi). Keadaan ini disebabkan mereka mewarisi daripada golonga-gologan tua
terdahulu. Selain itu, pola petempatan berselerak di kawasan kampung-kampung turut
menghalang rancangan-rancangan bekalan air dan infrastruktur yang lain di kampung-
kampung turut menghalang rancanga-rancangan infrastruktur tersebut terutamanya
bekalan air kerana kos saluran yang tinggi dan di luar kemampuan penduduk-penduduk
luar bandar yang berpendapatan rendah4. Secara tidak langsung keadaan pola petempatan
luar bandar menjadi kekangan utama untuk masyarakat luar bandar menikmati

2
H.Osman, Rani dan E.K. Fisk (1983), Ekonomi Politik Malaysia, Petaling Jaya, Fajar Bakti, hlm. 50.
3
Zulkifly Haji Mustapha ( 1986), Pembangunan Ekonomi Orang Asli, Bangi, Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm. 6-7
4
H.Osman, Rani dan E.K. Fisk (1983), Ekonomi Politik Malaysia, Petaling Jaya, Fajar Bakti, hlm.69-70.

3
kemudahan infrastruktur disamping kewangan yang tidak mencukupi dan kehidupan
masyarakat luar bandar yang masih lagi mengamalkan kehidupan cara tradisonal.

Isu Permasalahan Ekonomi.


Isu kedua yang dibangkitkan dalam artikel ini ialah berkenaan ekonomi
masyarakat pendalaman. Masyarakat luar bandar kebanyakkan menjalankan aktiviti
ekonomi bersifat sara diri termasuklah pesawah, penoreh getah, pekebun kelapa, nelayan,
tukang rumah, peraih, pekedai dan sebagainya. Mereka ini bergantung kepada tanah
sebagai sumber ekonomi yang terpenting5. Kenyataan artikel berkenaan penanaman padi
di kawasan pendalaman yang masih lagi menggunakan teknik tradisonal iaitu bergantung
kepada air hujan. Ini dapat dilihat pada petikan artikel dibawah:

“There is now a 300-acre double cropping padi project but it depends on


rain and sets no help from irrigation”

Terdapat dua jenis penanaman padi bendang yang bergantung semata-mata kepada hujan
dan penggunaan kaedah pengairan untuk menjamin tanaman padi 6. Namun disebabkan
ketiadaan bantuan sistem pengairan menyebabkan penanaman padi yang dijalankan di
oleh masyarakat pendalaman menghasilkan kuantiti dan kualiti padi yang rendah. Selain
itu, penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan lain
menyebabkan kerja-kerja pertanian terbengkalai dan dikendalikan kepada penduduk yang
sudah tua atau terlampau muda7. Malahan, terdapat pula kekurangan tenaga kerja di
sesetengah kawasan. Keadaan ini menyebabkan tenaga buruh untuk mengusahakan
tanaman padi berkurangan secara lagsung pertumbuhan output pertanian yang rendah
tidak dapat membasmi kemiskinan secara berkesan.
Ekonomi perikanan juga turut diperkatakan didalam artikel ini, apabila terdapat
golongan nelayan yang menetap di kawasan luar bandar masih mengamalkan sistem
tradisional. Di Malaysia, industri perikanan pada keseluruhannya terhad di persisiran
pantai dan sedikit di kawasan laut dalam. Industri perikanan air tawar pada amnya tidak
5
Ismail Yusoff (2003), Pengenalan Sains Sosial, Sintok, Universiti Utara Malaysia, hlm. 73 -74.
6
Donald W. Fryer Ph.D ( 1986 ), Asia Tenggara Yang Sedang Membangun: Satu Kajian mengenai
perkembangan atau sebaliknya, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 61 – 62.
7
H.Osman, Rani dan E.K. Fisk (1983), Ekonomi Politik Malaysia1, Petaling Jaya, Fajar Bakti, hlm 229-
230.

4
ada, malahan penangkapan di kawasan air tawar hanyalah kecil-kecilan sama ada di
empangan, tasik dan sungai-sungai dan cara penagkapan masih lagi tradisional dan
kurang berkesan8. Keadaan ini jelas menunjukkan ekonomi masyarakat luar bandar atau
pendalaman masih berada ditahap yang rendah dan bergantung kepada kaedah tradisonal
dan bersifat sara diri sekali gus menyebabkan mereka masih berada di tampuk yang lama
dan tiada perubahan.

Pengangguran
Masalah ekonomi yang membelenggu di kalangan masyarakat di kawasan
pendalaman ialah pengangguran dalam kalangan golongan muda. Pengangguran yang
berlaku apabila selepas musim tanaman pendek. Kenyataan ini dapat dilihat dalam
petikan artikel seperti dibawah:

“There are some 5,000 unemployed young men who lead idle lives after
the short planting season”

Pengangguran yang wujud disebabkan perubahan musim adalah jenis pengangguran


bermusim9. Sabah. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis merupakan antara kawasan-
kawasan negeri yang mempunyai tahap pengangguran yang tinggi di dalam negara 10.
Negeri-negeri ini merupakan antara negeri yang mempunyai bilangan kawasan
pendalaman yang tinggi keadaan ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa
kesan pengangguran yang berlaku di kawasan pendalaman ini memberi kesan terhadap
jumlah pengangguran diperingkat negeri. Isu pengangguran dalam kalangan golongan
muda di kawasan luar bandar merupakan masalah yang sukar diatasi disebabkan banyak
kekangan antaranya ialah saiz penduduk yang semakin bertambah hal ini kerana dalam
jangka masa 1970 hingga 1990 adalah dijangkakan bahawa tenaga buruh di seluruh
Malaysia akan meningkat daripada 3.6 juta hingga ke 6.6 juta orang 11. Apabila jumlah
penduduk semakin bertambah peluang perkerjaan juga perlu meningkat seiring dengan
8
Ahmad Badri Mohamad ( 1992 ), Sumber Alam Potensi dan Penerokaannya, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 78.
9
Mohamed Nasser Katib, Lim Hock Eam et.al ( 2007 ), Ekonomi, , Kuala Lumpur, Art Printing Work Sdn.
Bhd, hlm.295.
10
John Benson dan Ying Zhu, ( 2005) Unemployment in Asia, London, Routledge, hlm.147
11
Nor Laily dan Yusuff Yunus , (1982), Kependudukan Dan Pembangunan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm. 122.

5
pertambahan penduduk, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila jumlah penduduk
melebihi daripada jumlah pekerjaan yang ditawarkan. Selain itu, kekangan yang paling
besar ialah membuka peluang pekerjaan bagi menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah, hal ini kerana memerlukan perlaburan
wang yang banyak12. Untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor
pertanian contohnya tanah hutan mesti diterokai tetapi usaha ini melibatkan berbagai
masalah termasuklah masalah kewangan. Kekangan-kekangan inilah menjadi masalah
atau isu pengangguran di kawasan luar bandar semakin meningkat terutamanya selepas
tamatnya musim menuai padi atau semasa musim tengkujuh.

Orang Tengah
Kekangan lain yang berlaku dalam ekonomi masyarakat luar bandar adalah
kewujudan “Orang tengah” dalam proses jual beli atau pinjaman wang yang berlaku di
kawasan luar bandar. Masyarakat luar bandar lebih berminat untuk menjalankan urusan
niaga dengan “orang tengah” ini. Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut
berkenaan “orang tengah” lebih elok sekiranya dijelaskan siapakah “orang tengah” yang
menjadi kekangan dalam perkembangan ekonomi masyarakat luar bandar. Orang tengah
spekulatif ialah orang yang mengambil hak milik pada keluaran, dengan tujuan utamanya
untuk mendapatkan keuntungan daripada jangka panjang pada harga13. Orang tengah ini
mempergunakan masyarakat luar bandar yang memerlukan wang bagi kegunaan seharian,
kelemahan ini digunakan sebaik mungkin untuk mengaut keuntungan. Masyarakat luar
bandar sanggup menerima bayaran rendah daripada orang tengah asalkan mereka
mendapat duit secara terus tanpa perlu menunggu lama. Keadaan ini dapat dibuktikan
melalui petikan artikel dibawah iaitu:

“The middleman come to the tapper to collect and makes on-the-spot


payments. He may pay less but the kampong man is ready to accept it....”

Masyarakat kawasan luar bandar juga bergantung kepada orang tengah untuk
mendapatkan pinjaman melalui “sistem padi kunca”. Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi
12
Ibid hlm.122
13
Richard L.Kohls (Richard Louis), Penterjemah Rosnah Abd . Jelani, (1921), Pemasaran Hasil Pertanian,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 30

6
Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan maksud sistem padi kunca ialah
sistem pinjaman wang yang bayarannya dibuat dengan hasil tuaian padi. Sistem ini lebih
memberi keuntungan kepada orang tengah tetapi memberi bebanan kepada masyarakat
luar bandar terutamanya golongan petani yang memperolehi hasil yang tidak menentu
dan kadang kala tidak mampu untuk menampung keperluan diri sendri. Keadaan ini jelas
menjadikan ekonomi masyarakat luar bandar semakin mundur disebabkan orang tengah
yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan yang dialami oleh masyarakat ini.

Cara Mengatasi
Isu-isu permasalahan yang berlaku kepada masyarakat luar bandar ini menjadi
semakin rumit apabila ditambah lagi dengan kekangan-kekangan lain. Ahli-ahli
Parliament memandang isu ini sebagai masalah yang besar dan serius yang menjadi
penghalang masyarakat luar bandar daripada menikmati kehidupan yang lebih selesa dan
maju. Keadaan ini mendorong ahli-ahli Parliament mencari jalan penyelesian bagi
membantu masyarakat luar bandar daripada terus dibelenggu kehidupan yang serba
kekurangan. Seterusnya kita akan mengulas, bagaimana ahli Parliament mencari jalan
untuk menyelesaikan isu-isu ini sekali gus menambahbaikkan kehidupan masyarakat di
luar bandar.

Infrastruktur
Hubungan komunikasi yang mundur di kawasan luar bandar menjadi kekangan
untuk masyarakat luar bandar daripada menjalani kehidupan yang maju. Perkara ini
dilihat sebagai perkara yang serius dan penambahbaikkan telah mula dilakukan oleh
Telekom bagi memperbaiki infrastruktur apabila membangunkan Stesen Satelit Bumi di
Kuantan dan dua stesen satelit domestik di Kuantan dan Kota Kinabalu, malahan satu
stesen satelit baru dibina di Melaka bagi menambahkan kapasiti pemancaran sedia ada
untuk keperluan yang kian bertambah14. Melalui pembangunan yang dilakukan oleh
Telekom membantu masayarakat luar bandar menikmati kemudahan komunikasi dan
tidak perlu berjalan jauh bagi menggunakkan perkhidmatan telefon awam. Selain itu,
sistem bekalan air juga turut mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi

14
H.Osman, Rani dan E.K. Fisk (1983), Ekonomi Politik Malaysia1, Petaling Jaya, Fajar Bakti, hlm. 70-71

7
masalah apabila menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada pengguna-pengguna di
kawasan-kawasan yang mundur untuk menggalakkan mereka menyertai program bekalan
air luar bandar15. Usaha ini merupakan cara bagi membantu masyarakat luar bandar
memperolehi kemudahan infrastruktur yang lebih baik dan selesa.

Ekonomi
Penambahbaikkan dan peningkatan taraf ekonomi masyarakat luar bandar
merupakan jalan penyelesian utama bagi membantu masyarakat luar bandar bagi
memperolehi kehidupan yang lebih baik dan selesa. Ahli Parliment juga melihat ekonomi
merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi permasalaahan ini. Pelbagai cara yang
yang dilakukan oleh kerajaan dan ahli Parliment lakukan bagi memperbaiki taraf
ekonomi masyarakat luar bandar. Antaranya ialah Rancangan Lima Tahun Tahap II,
matlamat adalah untuk membangunkan kawasan luar bandar dan keutamaan di beri
kepada memperkembangkan sektor pertanian yang menjadi tulang belakang ekonomi
negara16. Melalui usaha ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan memandang serius
berkenaan isu masalah yang berlaku terhadap masyarakat di luar bandar malahan
tumpuan diberikan kepada usaha-usaha menambahkan pengeluaran beras supaya dapat
memenuhi keperluan negara, mempertingkatkan pengeluaran getah dan kelapa sawit,
bergiat dalam bidang-bidang seperti perikanan dan perhutanan 17. Apabila setiap bahagian
ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat luar bandar seperti perkerjaan penanaman
padi, getah dan nelayan dipandang serius dan kerajaan menjalankan banyak usaha bagi
menjamin kegitan ekonomi masyarakat luar bandar sekali gus menaik taraf kehidupan
masyarakat luar bandar. Beberapa agensi ditubuhkan untuk menaiktarafkan dan
membantu ekonomi pertanian iaitu penanaman padi dan getah apabila masyarakat luar
bandar manjoritinya menjalankan kegitan ekonomi ini. Penubuhan Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) adalah untuk memperbaiki taraf hidup masyarakat luar
bandar dan di bawah rancangan FELDA beribu-ribu ekar tanah dibuka dan diteroka
malahan keluarga-keluarga yang tidak mempunyai tanah ditawarkan tanah untuk

15
Ibid, hlm. 70
16
Sheda Abraham, (1993), Sejarah Perkembangan Sebuah Negara, Kuala Lumpur, Fajar bakti Sdn.Bhd.
hlm. 83
17
Ibid. hlm. 83

8
diusahakan18. Usaha ini adalah untuk membantu masyarakat luar bandar meningkatkan
pendapatan mereka disamping mampu memiliki tanah sendiri.
Selain itu, agensi-agensi baru turut ditubuhkan antaranya ialah Lembaga Padi dan
Beras Negara (LPN), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan
Ternakan Negara (MAJUTERNAK), Lembaga Kemajuan Ikan (MAJUIKAN), RISDA,
FELDA, FELCRA, Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) dan Institu Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)19.Agensi ini mampu untuk mengatasi isu
permasalahan yang melibatkan pemasaran barangan atau produk daripada masyarakat
luar bandar, di samping mampu mengatasi masalah kekurangan teknologi dalam aktiviti
pertanian padi dan sebagainya malahan ejensi-ejensi ini telah mengakibatkan perubahan-
perubahan persekitaran sosia, ekonomi dan fizikal di sektor pertanian. Secara tidak
langsung penyataan artikel seperti di bawah mampu diatasi:

“... help to find outlets for rural produce”

Pembabitan masyarakat luar bandar dalam bidang ekonomi perikanan atau pekerjaan
nelayan juga turut di pandang serius oleh ahli Parliment, hal ini kerana penambah baikan
perlu dilakukan bagi membantu ekonomi golongan nelayan. Ini dapat dilihat dalam
kenyataan yang dipetik daripada artikel yang dianalisis ini iaitu:

“...modern fishing techniques must be taught to fishermen.”

Selain daripada mengajar golongan nelayan menggunakan teknologi perikanan, kerajaan


juga turut menggalakkan nelayan untuk pergi ke laut dalam di samping mewujudkan
industri mengetin ikan untuk pemasaran dalam dan luar negara 20. Mempelbagaikan
ekonomi merupakan antara cara yang dapat membantu masyarakat luar bandar untuk
memperbaiki taraf ekonomi mereka. Usaha dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan
merupakan kekuatan kepada masyarakat luar bandar untuk memperbaiki kehidupan
mereka.
18
Ibid, hlm. 83
19
H.Osman, Rani dan E.K. Fisk (1983), Ekonomi Politik Malaysia1, Petaling Jaya, Fajar Bakti, hlm. 251.
20
Ismail Hussein, (1989 ), Kumpulan Ucapan Sanusi Junid Di Perhimpunan Agong UMNO: Tuntutan
Perjuangan Bangsa, hlm. 219

9
Isu pengangguran yang melibatkan golongan muda di kawasan luar bandar
merupakan masalah besar yang dihadapi oleh ahli Parliment dan kerajaan, namun perkara
ini perlu dibendung dan diatasi, hal ini dapat dilihat dalam Rancangan Malaysia Kedua
kerajaan yang telah berjaya mengadakan 588,000 pekerjaan baru iaitu 98 peratus dari
matlamatnya21. Keadaaan ini menunjukkan bahawa kerajaan memandang serius dan sedia
upaya membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda, malahan usaha ini perlu
ditambah lagi dengan pembabitan golongan muda untuk merebut peluang tersebut dan
sentiasa memperbaiki diri sama ada dari aspek pendidikan, kemahiran dan sikap supaya
mampu bersaing dengan orang lain. Peluang yang diberikan oleh kerajaan perlu
dimanfaatkan dengan sebaiknya, malahan golongan muda perlu rajin untuk mencari dan
merebut peluang-peluang yang datang. Selain itu, pihak FELCRA juga mengusahakan
Rancangan Tanah Belia yang bertujuan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada
belia, melalui rancangan ini setiap peserta diberi kawasan seluas 4 hektar dalam bentuk
pemberian saham dan 0.1 hektar setiap seorang induvidu untuk tapak rumah 22. FELCRA
menyediakan khidmat pengurusan untuk mengendalikan rancangan tanah belia ini dan
peserta diambil sebagai pekerja dan dibayar. Di sini jelas menunjukkan bahawa isu
permasalahan pengangguran ini sememangnya diambil berat dan pelbagai usaha yang
dilakukan bagi memastikan golongan muda di kawasan luar bandar mendapat perkerjaan
dan mampu menjalani kehidupan yang lebih baik
Masalah ekonomi yang melibatkan orang tengah dalam proses jual beli juga perlu
ditangani oleh ahli Parliment, hal ini kerana tidak mahu masyarakat luar bandar sentiasa
ditindas disebabkan oleh sistem padi kunca yang mengakibatkan masyarakat luar bandar
tidak mendapat hak mereka yang sepatutnya dan mengelakkan masalah ini semakin rumit
dan kompleks. Oleh itu, sebuah agensi FAMA ditubuhkan untuk mengawasi pemasaran
hasil keluaran pertaniaan dan menjaga kebajikan petani-petani dengan menentukan
mereka memperolehi harga yang berpatutan sekali gus menghalang orang tengah
mengeksploitasi harga kepada masyarakat luar bandar23. Bantuan dan pertolongan

21
Nor Laily dan Yusuff Yunus , (1982), Kependudukan Dan Pembangunan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm.122
22
Mohd Ghazali Hohayidin (1999), Ekonomi dan Pengurusan Ladang Prinsip dan Amalan di Malaysia,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.45
23
Sheda Abraham, (1993), Sejarah Perkembangan Sebuah Negara, Kuala Lumpur, Fajar bakti Sdn.Bhd.
hlm. 84.

10
daripada kerajaan sememangnya membantu masyarakat luar daripada terus ditindas dan
dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Kesimpulan.
Akar umbi permasalahan yang berlaku kepada masyarakat luar bandar telah
menjadi isu di Parliment, malahan permasalahan ini melibatkan banyak aspek
terutamanya ekonomi masyarakat tersebut. Isu-isu ini dibincangkan secara serius dan ahli
Parliment berserta kerajaan untuk mencari punca kepada permasalahan ini sehingga
masyarakat luar bandar tidak dapat menikmati kehidupan yang sempurna di kawasan luar
bandar. Punca perkara ini berlaku disebabkan oleh banyak perkara malahan persekitaran
luar bandar juga menjadi kekangan jepada mereka untuk terus maju dan bangkit untuk
menikmati kehidupan dan cara hidup yang lebih moden. Persekitaran yang serba
kekurangan dan masyarakat yang masih mengamalkan cara hidup dan peralatan yang
tradisional menyukarkan lagi kemajuan di kawasan luar bandar. Namun, ahli Parliment
dan kerajaan berusaha untuk mencari jalan bagi menyelesaikan isu yang menjadi
permasalahan dalam masyarakat luar bandar ini. Pelbagai cara, usaha dan dorongan yang
telah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan bagi menangani permasalahan yang
melibatkan masyarakat luar bandar, namun kerjasa daripada masyarakat di luar bandar
juga amat diperlukan bagi sama-sama berusaha untuk melakukan perubahan demi
kebaikan bersama. Golongan-golongan muda yang merupakan generasi baru yang bakal
memimpin masyarakat perlu dibekalkan dengan ilmu dan pendidikan yang sempurna
supaya mereka mampu mengubah dan melakukan trasformasi terhadap kehidupan
masyarakat di luar bandar. Kerjasama daripada semua pihak mampu mengubah
kehidupan masyarakat luar bandar sekaligus menjadikan kemiskinan sifar apabila negara
menjadi sebuah negara maju kelak.

11
Bibliografi
Ahmad Badri Mohamad ( 1992 ), Sumber Alam Potensi dan Penerokaannya, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Donald W. Fryer Ph.D ( 1986 ), Asia Tenggara Yang Sedang Membangun: Satu
Kajian mengenai perkembangan atau sebaliknya, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka

H.Osman, Rani dan E.K. Fisk (1983), Ekonomi Politik Malaysia, Petaling Jaya, Fajar
Bakti.

12
Ismail Hussein, (1989 ), Kumpulan Ucapan Sanusi Junid Di Perhimpunan Agong
UMNO: Tuntutan Perjuangan Bangsa

Ismail Yusoff (2003), Pengenalan Sains Sosial, Sintok, Universiti Utara Malaysia.

John Benson dan Ying Zhu, ( 2005) Unemployment in Asia, London : Routledge

L.Kohls Richard (Richard Louis), Penterjemah Rosnah Abd . Jelani, (1921),


Pemasaran Hasil Pertanian, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Ghazali Hohayidin (1999), Ekonomi dan Pengurusan Ladang Prinsip dan
Amalan di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohamed Nasser Katib, Lim Hock Eam et.al ( 2007 ), Ekonomi, Kuala Lumpur : Art
Printing Work Sdn. Bhd.

Nor Laily dan Yusuff Yunus , (1982), Kependudukan Dan Pembangunan, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sheda Abraham, (1993), Sejarah Perkembangan Sebuah Negara, Kuala Lumpur:


Fajar bakti Sdn.Bhd.

Zulkifly Haji Mustapha ( 1986), Pembangunan Ekonomi Orang Asli, Bangi :


Universiti Kebangsaan Malaysia.

13

Você também pode gostar