Você está na página 1de 17

3.

0 AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

1. Program Amalan Keselamatan Bengkel

Cuba anda bayangkan bengkel atau makmal di sekolah anda. Dalam bayangan anda,
terlihatkah peralatan pelindung keselamatan seperti gogal, topeng, sarung tangan?
Sekarang bayangkan pula suasana bengkel yang sibuk di mana pelajar-pelajar sedang
menjalankan kerja amali. Terbayangkah pelajar yang sedang menggerudi
menggunakan gogal atau tidak?
Persoalannya, kalau pelajar tidak menggunakan per alatan Keselamatan walaupun
telah disediakan, di manakah silapnya.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh seseorang pelajar melambangkan


sikapnya terhadap keselamatan. Maka, kita sebagai pendidik perlu
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pelajar dididik dengan amalan
keselamatan yang balk.

2. Merancang Program Keselamatan Bengkel


Apabila kita mengajar keselamatan, ini bermakna kita bukan sekadar menyampaikan
maklumat atau pengetahuan mengenai keselamatan, tetapi kita perlu mengubah sikap
seseorang dari segi fizikal dan mental. Berikut adalah langkah-langkah yang terlibat
dalam perancangan program keselamatan bengkel.
a) Menetapkan objektif program

Perhatian yang diberikan kepada keselamatan bengkel mesti memenuhi dua


objektif laitu, memastikan keadaaan bengkel yang selamat untuk pelajar bekerja
dan juga untuk menerapkan dalam diri pelajar pengetahuan di samping
membentuk sikap dan juga rasa hormat kepada prinsip-prinsip pencegahan
kemalangan sebagai persediaan untuk bekerja di masa hadapan.

b) Kandungan program keselamatan

Kenyataan falsafah program iaitu satu pernyataan yang menyebut kepentingan


program keselamatan yang berkesan.

Arahan keselamatan yang merangkumi semua aspek keselamatan


termasuk keselamatan sekitar sekolah dan bengkel, dan juga
maklumat-maklumat terperinci berkaitan penggunaan peralatan dan
penyelenggaraannya;

Program pemeriksaan keselamatan sebagai langkah.pencegahan


kemalangan termasuk laporan pemeriksaan yang dilapor oleh guru,
pelajar, pentadbir atau mereka yang dipertanggungjawab untuk menilai
keselamatan bengkel.

Jawatankuasa keselamatan sekolah yang juga melibatkan pelajar.


Jawatankuasa ini boleh membuat keputusan dan cadangan berkaitan
keselamatan.

Rancangan tindakan segera iaitu prosedur terperinci yang perlu dipatuhi


oleh setiap individu sekiranya berlaku kecemasan seperti kecederaan,
kebakaran dan lain-lain.
Kempen kesedaran supaya semua warga sekolah sentiasa berwaspada dengan
keselamatan, dengan mengadakan aktiviti seperti pertandingan, memasang
poster, menyediakan papan buletin dan peti cadangan.
Perlaksanaan program perlu menyeluruh dan melibatkan semua kakitangan
akademik dan bukan akademik sekolah. dan juga semua pelajar.

3. Program Keselamatan Secara Pendekatan Sistem

Menurut V. William DeLuca dan W. James Haynie, iii (1989), pengaplikasian teori
sistem dan teknologi kawalan merupakan satu perubahan yang amat signifikan dalam
teknologi moden. Teori sistem memperakui kesan komponen atau sub-sistem ke atas
prastasi keseluruhan sistem, kerana setiap sub- sistem memainkan peranan yang
menyumbang kepada operasi keseluruhan sistem. Sebenarnya wujud hubungan yang
interaktif antara semua sub - sistem. Sekiranya satu sub- sistem gagal berfungsi
dengan baik, maka keseluruhan sistem akan gagal. Untuk memaksimumkan
keberkesanan sesebuah sistem, kawalan perlu diwujudkan untuk mengoptimumkan
keberkesanan setiap sub- sistem. Pemantauan proses keselamatan dilakukan melalui
lingkaran - lingkaran maklurn balas, dan keputusan yang dibuat harus
mengoptimumkan fungsi setiap sub- sistem di samping mengambil kira kesan
keseluruhan. ke atas sistem. Sesebuah sistem keselamatan mesti direka bentuk
supaya boleh meminimumkan kecederaan. Komponen-komponen dalam sistem pula
harus merangkumi faktor-faktor dalam persekitaran yang berpotensi untuk
menyebabkan kecederaaan.
Bagi memudahkan kita untuk memahami program keselamatan secara pendekatan
sistem ini, maka Model Sistem Keselamatan yang telah dibentuk oleh DeLuca dan
Haynie (1989) dijadikan contoh. Model yang dibentuk untuk bengkel Pendidikan
Tekrnologi adalah seperti dalam Rajah c. Penerangan ringkas mengenai komponen-
komponen dalam sistem ini adalah seperti berikut:
Bahan-bahan (materials)

Pengaruh Luar (outside influences)

Maklum balas (feedback)


Persekitaran (environment) - Program Pendidikan Teknologi terdiri daripada
empat bidang atau sistem teknologi iaitu pembuatan, pembinaan, komunikasi
dan pengangkutan. Persekitaran merangkumi kemudahan – kemudahan fizikal
yang wujud dalam setiap bengkel program tersebut. Walaupun terdapat banyak
peralatan yang sama, namun setiap bengkel memiliki keunikan tersendiri yang
membezakan antara bengkel-bengkel tersebut. Antara faktor-faktor yang
mempengaruhi keselamatan sesebuah bengkel adalah pengcahayaan,
kebisingan, suhu, zon keselamatan dan kod warna, penyimpanan, prosedur
pencegahan kebakaran, housekeeping, ergonomik dan keperluan pertolongan
cemas.
Faktor Manusia (human factor) - Tahap pembangunan seseorang
pelajar akan menentukan keadaan keselamatan sesebuah bengkel.
Semua pelajar mesti memiliki pengetahuan mengenai peraturan dan
prosedur keselamatan (domain kognitif), dan memiliki sikap dan nilai yang
diperlukan untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut (domain afektif).
Tahap kemahiran pelajar akan memastikan aktiviti-aktiviti dilakukan
dengan selamat (domain psikomotor). Walau bagaimanapun, guru
memainkan peranan penting dan bertanggungjawab untuk merancang,
mengawal dan mewujudkan suasana selamat dalam bengkel. Faktor
utama yang menyebabkan kecederaan adalah perlakuan manusia yang
tidak mematuhi arahan-arahan keselamatan dan prosedur melakukan
kerja yang telah ditetapkan.

Peralatan dan Kelengkapan (tools & equipment) - Semua peralatan dan


kelengkapan bengkel dibentuk untuk memudahkan dan membantu manusia
membuat kerja-kerja amali dan menggunakan bahan-bahan seperti kayu,
logam atau plastik. Namun, peralatan-peralatan ini boleh membawa bahaya
dan menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan betul, maka
peralatan dan kelengkapan turut menjadi fokus keselamatan dalam
bengkel. Antara peralatan yang membawa bahaya adalah peralatan tangan
manual, peralatan tangan berkuasa elektrik/ motor dan mesin tanpa
pelindung.
Proses (processes) - Penggunaan peralatan melibatkan pelbagai proses
atau prosedur penggunaannya yang memiliki bahaya tersendiri. Maka
pelajar mesti diajar dan belajar melaksanakan sesuatu proses dengan
betul untuk menghindari kecederaan.

Bahan-bahan (materials) - Terdapat banyak bahan-bahan dalam


bengkel apabila tidak diselenggara dengan betul, akan membawa kesan
kumulatif yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya. Oleh itu, bahan-
bahan yang digunakan mestilah diselenggara dan disimpan dengan
sempurna. Pembuangan sisa bahan pula harus dibuat dengan betul
supaya tidak memberi kesan buruk kepada persekitaran.

Pengaruh Luar (outside influences) - Sama seperti pihak industri, dalam


pendidikan teknologi, keselamatan, turut dipengaruhi oleh polisi- polisi
daerah dan kebangsaan. Pengaruh luar merangkumi pengaruh agensi-
agensi awam, pentadbiran sekolah dan juga masyarakat.

Maklum balas (feedback) - Kaedah mengajar can aktiviti-aktiviti


pengajaran adalah bahagian penting bagi komponen maklum balas dalam
sistem keselamatan ini. Enam komponen,pertama dalam sistem ini
mewujudkan wadah kandungan bagi merancang sistem. komponen maklum
balas mengintegrasikan, kandungan ke dalam sistem, pengajaran berasaskan
aktiviti yang melibatkan pelajar dalam merancang dan mengekalkan sistem
keselamatan.
Di dalam setiap komponen terdapat faktor-faktor yang boleh menjadi punca kepada
kemalangan. Dalam program ini, guru dan pelajar bersama-sama harus dapat
mengenal ,pasti dan menilai faktor-faktor yang bahaya. Seterusnya mewujudkan sistem
maklum balas untuk mengawal sistem keselamatan bengkel.

Persekitaran
Faktor manusia

Kognitif
Pembuatan Afktif
Komunikasi Psikomotor
Pembinaan
pengangkut

Peralatan dan Proses Bahan


kelengkapan

Pengaruh luar
Maklum
Pentadbiran balas
Agensi awam
Masyarakat

Rajah c

diadaptasi daripada V.William DeLuca & W. James Haynie, iii. Safety System Design
for Technology Education, 1989, m.s.3. International Technology Education
Association, USA
4. Faedah Amalan Keselamatan

Ingatkah anda kejadian letupan di sebuah kilang mercun, Sungai Buluh? Peristiwa ini
adalah antara kemalangan ngeri yang pernah dialami di negara ini. Cuba anda fikirkan
apakah kesannya kepada masyarakat dan negara? Apabila berlaku korban nyawa,
bermakna ada ahli masyarakat yang kehilangan orang yang tersayarg. Jika berlaku
kecederaan teruk yang membawa kepada kecacatan seumur hidup maka ada individu
yang telah hilang keupayaan dan kebolehan. Negara pula akan kerugian tenaga
manusia berguna, malah perlu menanggung kos menghulurkan bantuan. Lebih
merugikan lagi apabila kemalangan industri berlaku kerana negara akan kehilangan
satu sumber pendapatan, pekerja hilang pekerjaan, dan kerugian harta benda. Akibat-
akibat yang dibincangkan ini adalah sebahagian daripada kesan kemalangan yang
boleh berlaku dari aspek sosial dan ekonomi.
Besar atau kecil, sesuatu kemalangan, membawa kesan dari segi sosial dan ekonomi.
Maka, kita harus sentiasa peka kepada kewujudan bahaya dan berusaha mengamalkan
keselamatan yang balk, sama ada di tempat kerja, atau bengkel sekolah. Amalan
Keselamatan, di tempat kerja atau industri akan memberikan beberapa faedah seperti
berikut:

Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit


pekerjaan yang boleh menyebabkan gangguan pada kesihatan, kecederaan
malah kematian.
Mengelakkan kerugian akibat kerosakan dan kemusnahan harta benda.
Pekerjaan dapat dilakukan dengan tekun, efisien dan produktif.
Produk dan perkhidmatan berkualiti dapat dihasilkan.
Industri dapat beroperasi secara berterusan tanpa gangguan.
Produktiviti boleh ditingkatkan.
Keupayaan untuk bersaing meningkat.

Industri yang mewujudkan suasana kerja selamat dan sihat menunjukkan kepada bakal
klien mahupun pelabur akan kebolehannya beroperasi dengan cekap.
Amalan keselamatan di bengkel sekolah pula akan memberikan beberapa faedah
berikut.

Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan,


kecatatan malah kehilangan nyawa.
Mengelakkan kehilangan masa produktiviti.
Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Menerapkan dalam diri pelajar kesedaran tentang bahaya dan risiko kemalangan
semasa di bengkel.
Menghasilkan pelajar sebagai pekerja mahir, bertanggungjawab dan sentiasa
mengamalkan keselamatan.
Mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pihak pengurusan sekolah
apabila berlaku kemalangan.
Mengukuhkan kepercayaan ibu bapa kepada guru sebagai pendidik dan
pembimbing kepada anak-anak mereka.
Menjaga imej sekolah sebagai sebuah institusi pengajian yang selamat.

Memandangkan bengkel merupakan satu sumber di mana kemalangan mudah berlaku,


maka imej bengkel yang selamat akan menjadi satu asset kepada sekolah. Suasana
sekolah yang selamat akan menarik ibu bapa untuk menghantar anak-anak belajar di
sekolah tersebut.

5. Tangungjawab Guru Bengkel


Seandainya seorang pelajar terluka tangannya semasa sedang menggunakan pahat
yang tumpul matanya, siapakah yang salah? Pelajar, pahat atau diri anda sendiri?
Memang pelajar bersalah kerana menggunakan pahat yang tumpul, tetapi sebagai
guru, anda lebih bersalah kerana tidak menyelenggaran pahat dengan baik. Situasi
begini jelas menunjukkan bahawa keselamatan bengkel mesti menjadi tanggungjawab
guru.
6. Tanggungjawab Guru

Memupuk sikap selamat di kalangan peiajar bukanlah perkara yang mudah. Pelajar
tidak sutra dibebelkan untuk menjaga keselamatan-, tetapi pada mesa sama, pelajar
perlu diajar mengenai keselamatan. Tanggungjawab guru dalam mengamalkan
keselamatan bengkel terbahagi kepada:

jw
b
O
y
h
k
irtu
g
n
la
s
e
T
G
M
A
P
K
a) Perlaksanaan Objektif Keselamatan

Guru bertanggungjawab di atas keselamatan semua pelajarnya. Oleh itu, guru mestilah
melaksanakan objektif keselamatan seperti berikut:

menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain dan harta
benda dalam diri setiap pelajar.
Membantu pelajar rnemahami kaedah yang selamat untuk bertindak
secara berkesan.

Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yang boleh


membahayakan.

Membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi aktiviti


-kehidupan harian.

menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan yang diadakan di


sekolah.

b) Merancang Pengajaran Keselamatan

Semasa membuat perancangan, guru harus seder bahawa mengajar keselamatan tidak
sama seperti mengajar mata pelajaran akademik. Adakalanya, keselamatan tidak
sesuai untuk diajar sebagai satu mata pelajaran tersendiri teta pi D diterapkan dengan
mata pelajaran yang sesuai. Untuk memast ,kan bahawa konsep dan amalan yang
selamat dapat di terapkan derco n bak make guru perlu berusaha membuat persediaan
dengan teliti. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah:

baca dan faham kandungan arahan keselamatan yang hendak disampaikan


kepada pelajar.
Pastikan langkah keselamatan am bagi bengkel ditetapkan.
Tetapkan langkah keseamatan yang spesifik untuk setiap mata pelajaran teknik
dan vokasional, buat rujukan jika perlu.
Merancang arahan dan tunjuk cara supaya cara kerja yang betul digunakan
kepada pelajar.
Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh pelajar
untuk mengulangkaji.
Edarkan salinan arahan keselamatan kepada semua pelajar baru.

c) Penyediaan Arahan Keselamatan

Guru perlu menyediakan arahan keselamatan yang merangkumi:

Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan.


Tunjuk cara penggunaan alat perlindungan diri dengan betul.
Penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain kelengkapan.
Kaedah yang seiamat untuk mengangkat dan memindahkan kelengkapan yang
berat.
Peraturan keselamatan bengkel yang ditandatangani oleh semua pelajar
menandakan bahawa mereka memahami peraturan- peraturan tersebut;
Alat bantu mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau peralatan yang
betul, dan alkibatnya jika arahan penggunaan tidak dipatuhi.
Menyediakan pepan buletin, poster atau peti cadangan untuk
kegunaan.pe!ajar.
Memberi salinan rancangan keselamatan bengkel kepada pengetua
untuk makluman.
d) Perlaksanaan Peraturan Keseiamatan

Kemalangan boleh dielakkan jika peraturan keselamatan dipatuhi. Guru adalah contoh
kepada pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan
keselamatan yang telah dibuat untuk setiap bengkel. Seandainya guru melakukan
sesuatu yang membahayakan, pelajar akan menganggap itu sebagai kaedah yang
boleh diterima dan ditiru

e) Penilaian Pengajaran Keselamatan

Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis dan juga
praktis, meliputi keselamatan umum dan juga keselamatan khusus. Penilaian akan
membolehkan:

Guru mengetahui keberkesana dirinya menyampaikan maklumat mengenai


keselamatan.

Pelajar memahami semua aspek keselamatan dan dapat bertindak


membetulkan kesalahan atau kesilapan diri.

Seterusnya, keputusan penilaian dijadikan laporan bertulis bahawa guru telah mengajar
keselamatan. Jawapan pelajar disimpan supaya boleh dijadikan bahan bukti jika
berlaku kemalangan atau kecederaan.
7. Peraturan Am Keselamatan

Terdapat beberapa peraturan keselamatan yang umum dan sesuai digunakan di mana-
mana bengkel. Peraturan ini mesti disampaikan kepada semua pelajar sebelum mereka
memulakan kerja-kerja amali di bengkel. Senarai peraturan mestilah generik dan
ringkas supaya boieh menjadi asas bagi semua bengkel dan mudah diingat oleh
pelajar. Guru perlu memastikan bahawa semua pelajar memahami peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan. Satu cara yang berkesan adalah meminta pelajar menyalin
semula peraturan-peraturan tersebut, kemudian menandatangani salinan tersebut.
pelajar diwajibkan, membuat ikrar keselamatan di mana mereka berjanji untuk
mengutamakan keselamatan dalam bengkel. Guru mesti menyimpan salinan peraturan
tersebut dengan baik, tetapi perlulah member salinan kepada pelajar. Senarai peraturan
am keselamatan serta penjelasan ringkasnya adalah seperti berikut.

Jangan, bergurau (horseplay) ketika bekerja - bergurau memang –


menyeronokkan apabila dilakukan di tempat yang sesuai, tetapi bukan di
bengkel. Gurauan secara kasar kerap kali rnelibatkan perbuatan berlari dan
mungkin juga melontar sesuatu kepada rakan. Perbuatan ini akan membawa
bahaya.
Jangan berlari dalam bengkel atau makmal yang penuh dengan meja kerja dan
juga kerusi, di samping peralatan mudah pecah (fragile) dan berbahaya,
peralatan tangan serta mesin-mesin. Pelajar yang berlari dalam bengkel mungkin
terjatuh atau melanggar rakannya, dan boleh mengalami kecederaan yang
disebabkan oleh peralatan tajam, tertolak tangan ke dalam mesin ataupun
mengalami pelbagai jenis kecederaan lain. Penilaian boleh dibuat secara amali
dan lisan.
Jangan guna mesin/peralatan sebelum diajar cara penggunaannya – setiap
mesin atau peralatan berbeza bergantung kepada penggunaanya.
Dengan itu, pelajar tidak boleh dibenarkan -menggunakan sebarang peralatan
atau mesin sehingga guru telah menunjukkan cara penggunaan yang betul.
Malah guru boieh menilai kefahaman pelajar mengenai arahan keselamatan
mesin atau peralatan baru atau belum pernah digunakan.
Bersihkan tumpahan (spills) dan serpihan (scraps) dengan segera - di dalam
bengkel atau makmal, adakalanya bahan kimia tertumpah dan serpihan bahan
yang berselerak di atas lantai. Jika timbunan serpihan terlalu banyak atau
tumpahan berlaku di kawasan yang sibuk akan membahayakan. Pelajar mesti
diarahkan supaya membersihkan kawasan tempat kerja.
Meminta kebenaran sebelum menggunakan peralatan atau mesin – terdapat
mesin atau peralatan dalam bengkel yang tidak boleh digunakan oleh pelajar
tanpa pengetahuan dan pemantauan guru.pelajar mesti memohon kebenaran
sebelum menggunakan mesin atau peralatan berisiko tinggi ( high risk ).
Jangan membawa barangan melebihi daripada kemampuan diri -
pastikan pelajar tidak mengangkat barangan terlalu berat sehingga
menyebabkan kecederaan belakang atau otot. Jangan . biarkan pelajar
membawa terlalu banyak barangan serentak sehingga ada yang
mungkin terjatuh dan menyebabkan kecederaan.
Jangan bercakap semasa sedang mengendalikan mesin – seperti pahat
yang berkepala cendawan. Begitu juga dengan peralatan yang
mempunyai bahagian-bahagian yang longgar, atau hulu yang patah. Jika
digunakan, ia boleh menyebabkan kecederaan. Kerosakan peralatan
dalam bengkel mesti dilaporkan kepada guru supaya guru boleh
menajamkan atau membaiki peralatan tersebut.
Patuhi penggunaan alat pelindungan diri - pastikan pelajar menggunakan alat
pelindungan diri yang sesuai dan telah disediakan seperti gogal, sarung ,tangan.
mask dan penutup telinga.
Gunakan commonsense - kewujudan bahaya dalam setiap bengkel tidak dapat
dielakkan. Keadaan yang selamat boleh terhasil jika satiap, individu
mempraktikkan commonsense atau akal waras semasa melakukan amali.
Pelajar mesti minta bantuan guru jika tidak yakin dengan apa sahaja yang
dilakukan. Setiap individu mesti bersikap serius terhadap keselamatan.
Pastikan alat keselamatan yang lengkap dipakai semasa menjalankan amali

Menampal Poster- Poster Yang Berkaitan Penjagaan Keselamatan Di Dalam


Bengkel
Memperkenalkan Alatan Keselamatan Kepada Pelajar

Senarai peraturan am ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi guru untuk memulakan
kelas amali. Walau bagaimanapun, guru boleh menambah peraturan am yang lebih
spesifik untuk bengkel sendiri.

Você também pode gostar