Você está na página 1de 3

Apa Punca Anak Derhaka

Speech by Dr Fadhilah Kamsah, kepada semua ibu-bapa, Bakal menjadi ibu-bapa dan kita
sendiri sebagai anak.

APA PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh
tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun
tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga
14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak
dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif. .. . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak
salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga
21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan
hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih
sembahyang jemaah bersama,latih cium tangan dan peluk
penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah
tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa
bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan
dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi
berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun
seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita
boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium
dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah
dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan
"bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".
inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar
kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur
di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah
diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup
hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur
memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai,
sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak
dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa,
tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang
tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila
insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa
semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan
mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta
maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat
kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan
kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata
kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita
dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan
dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya
sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat
mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan
anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam,
kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali
kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih
sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan
nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.
Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil
kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan
menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA


(Ini kpd abg/akak kat sini yang dah berumah tangga)

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil
hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa
tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam
perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin
hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua,
keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham,
kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan,
yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak
selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka
berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.
Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah
isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim
kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang
rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki
tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di
sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang
berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak
mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan
bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan
sebelum balik berpesan lagi,katakan alang rumah anaknya sudah
cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Você também pode gostar