Você está na página 1de 52

AKTA PENDIDIKAN

1996
Sepintas lalu……….
1956
Laporan Razak
Dimaktubkan pada 1957 dalam
Ordinan Pelajaran
Disemak pada 1960 menghasilkan
Laporan Rahman Talib

Dimaktubkan dalam
Akta Pelajaran 1961
Jawatankuasa Kabinet(1974) mengkaji
semula – diterbitkan
Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

AKTA PENDIDIKAN 1996


Akta Pendidikan 1996

 16 Bahagian

 17 Peraturan
Akta Pendidikan 1996
BAHAWASANYA mengakui bahawa
ilmu itu adalah penentu utama arah
tujuan negara dan penyelamat bangsa.
Akta Pendidikan 1996
DAN BAHAWASANYA tujuan
pendidikan adalah untuk membolehkan
masyarakat Malaysia menguasai ilmu,
kemahiran dan nilai murni yang
diperlukan dalam dunia yang berdaya
saing tinggi serta bersifat global, kesan
daripada perkembangan pesat sains,
teknologi dan maklumat.
Akta Pendidikan 1996
DAN BAHAWASANYA pendidikan
mempunyai peranan penting dalam
menjayakan wawasan negara demi untuk
mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan
segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah
mewujudkan suatu masyarakat yang
bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.
Akta Pendidikan 1996
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi
suatu misi untuk menghasilkan sistem
pendidikan yang bertaraf dunia dari
segi kualiti bagi memperkembangkan
potensi individu sepenuhnya dan
mencapai aspirasi negara Malaysia.
Akta Pendidikan 1996
DAN BAHAWASANYA
Dasar Pendidikan
Kebangsaan adalah
Berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
Akta Pendidikan 1996
DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di
atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem
pendidikan kebangsaan yang memperuntukan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama. Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan
yang sama; pendidikan yang diberikan adalah
pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang
akan memenuhi keperluan negara, serta
memupuk perpaduan negara melalui
pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik
selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Akta Pendidikan 1996
DAN BAHAWASANYA adalah dianggap
sesuatu yang perlu, selagi ia selaras
dengan dasar itu, dengan menyediakan
pengajaran yang cekap dan selagi ia
tidak melibatkan perbelanjaan awam
yang tidak munasabah, untuk
mengambil kira akan prinsip am
bahawa murid harus dididik mengikut
hasrat ibu bapa masing-masing.
Akta Pendidikan 1996
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN,
INILAH DIPERBUAT UNDANG-
UNDANG oleh Seri Paduka Yang
diPertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat yang bersidang dalam Parlimen,
dan dengan kuasa daripadanya, seperti
berikut:
Bahagian l
 Tajuk Ringkas – nama akta AKTA
PENDIDIKAN 1996
 Tarikh Mula Kuatkuasa- akan
ditentukan oleh Menteri
 Tafsiran - definisi
Bahagian ll

Pentadbiran
Lantikan Pegawai-pegawai
i. Ketua Pengarah Pendidikan – oleh YDP
Agong
ii. Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua
Pendaftar Sekolah dan Guru, Ketua Nazir
Sekolah dan Nazir Sekolah, Pengarah
Peperiksaan – dilantik oleh Menteri
Bahagian ll…….sambung
Menteri berkuasa mengeluarkan arahan
am dan arahan khas yang konsisten
dengan peruntukan Akta.
Bahagian lll
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
 Fungsi dan Keahlian ditetapkan oleh
Menteri
 Menasihati Menteri dalam hal
pendidikan
 Boleh mengawalselia prosedur sendiri
Bahagian lV
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Terdiri dari:
1. Pendidikan Pra Sekolah
2. Pendidikan Rendah
3. Pendidikan Menengah
4. Pendidikan Tinggi
5. Tidak termasuk sekolah expatriat
Bahagian lV……sambung
Kategori Institusi Pendidikan:

1. Institusi pendidikan kerajaan


2. Institusi pendidikan bantuan kerajaan
3. Institusi pendidikan swasta
Bahagian lV ……sambung
 Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama di semua institusi
pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan
dan mana-mana institusi yang dikecualikan
oleh Menteri
 Sekolah menyediakan murid bagi
peperiksaan yang ditetapkan
 Kurikulum Kebangsaan digunakan di
semua sekolah

Bahagian V
Penilaian dan Peperiksaan
* Menteri menentukan cara, tahap dan
peraturan peperiksaan

Bahagian Vl
Pendidikan Tinggi
Bahagian Vll
Institut Pendidikan Swasta

Bahagian Vlll
Pendaftaran Institut Pendidikan

Bahagian lX
Pendaftaran Guru
Bahagian X
Jemaah Nazir Sekolah

Bahagian Xl Kewangan

Bahagian Xll Rayuan

Bahagian Xlll Peraturan-peraturan


Bahagian XIV
Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV
Pelbagaian

Bahagian XVI
Peralihan dan Pemansuhan
1.Peraturan - peraturan Pendidikan
(Kurikulum Pra Sekolah) 1997
 Bahan Kurikulum, Masa dan Penilaian
ditentukan oleh Ketua pendaftar
 Penilaian dalam domain kognitif, afektif
dan psikomotor
2. Peraturan-peraturan Pendidikan
(Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma
Politeknik) 1997
 Penubuhan Lembaga Peperiksaan dan
Penganugerahan sijil/diploma politeknik
 Menentukan dasar
 Mengesahkan dan mengumumkan keputusan
peperiksaan
 Tindakan tatatertib
 Menimbang rayuan
 Menentukan penganugerahan sijil dan
diploma
3. Peraturan-peraturan Pendidikan
(Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan / Maktab
Pendidikan Guru) 1997

Penubuhan Lembaga Peperiksaan Guru


 Dasar, strategi dan garis panduan
peperiksaan
 Mengesahkan atau membatalkan
keputusan
 Memberhentikan kursus
Peraturan-peraturan Pendidikan
(Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan/ Maktab
Pendidikan Guru) 1977 ..Sambungan
 Menganugerahkan sijil, diploma dan
kelayakan lain
 Mengawal pengeluaran sijil, diploma
dan kelayakan lain dan dapatkan
pengiktirafan Lembaga Akreditasi
Negara jika perlu
 Menetapkan tarikh mengumumkan
keputusan secara rasmi
4.Peraturan-peraturan Pendidikan
(Kursus Pengajian dan Program Latihan Maktab
Pendidikan Guru) 1997
 Tenaga pengajar yang berkelayakan
untuk mengendalikan kursus
 Murid pendidikan guru mesti telah lulus
pendidikan menengah
 Kursus pra dalam perkhidmatan
 Kurikulum diluluskan oleh menteri
 J/K kurikulum ditubuh untuk menggubal
kurikulum
5. Peraturan-peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di
Politeknik

Lembaga Kurikulum dan Program


Latihan Politeknik ditubuhkan
 Menentukan dasar
 Menghasilkan dan mengawasi
pelaksanaan kurikulum
 Pelaksanaan kurikulum
 Bertanggungjawab kepada Menteri
6. Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997
 Menggariskan matapelajaran teras,
wajib dan elektif, untuk kelas peralihan
dan Tingkatan Enam
 Menggariskan GERKO
 Ketua Pendaftar berkuasa meminda
jadual waktu dan sukatan pelajaran
7. Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997
 Program pendidikan untuk pelajar
kecacatan pendengaran atau kecacatan
penglihatan atau masalah pembelajaran
 Guru boleh mengubah kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran
dan jadual bagi mencapai matlamat
pendidikan khas
8. Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Penilaian dan Peperiksaan) 1997
Fungsi Lembaga Peperiksaan
 Memantau, menasihati dan membuat
analisis tentang penilaian berasaskan
sekolah.
 Mengendalikan semua peperiksaan
- bayaran peperiksaan
- kuasa Pegarah Peperiksaan
9. Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997
 Garispanduan pendaftaran institusi
pendidikan
 Yuran pendaftaran
 Audit institusi pendidikan
 Pemberhentian operasi institusi
pendidikan
 Kesalahan dan penalti
10. Peraturan-peraturan Pendidikan
(Institusi Pendidikan Swasta) (Disiplin Murid) 1998

 Kuasa pegawai disiplin


 Rayuan
 Penggantungan murid
 Pembuangan murid
 Melarang murid bersalah memasuki
institusi
11. Peraturan-peraturan Pendidikan
(Majalah sekolah dan Bahan Multi Media) 1998

 Penubuhan J/K Penerbitan sekolah dan


pengedaran Majalah Sekolah dan
Bahan Multi Media
 Kuasa dan fungsi J/K
 Kelulusan Guru Besar atau Pengetua
untuk penerbitan dan pengedaran
sambungan
 Sidang pengarang yang di bawah guru
penasihat yang dilantik oleh Guru Besar
atau Pengetua
 Guru Besar atau Pengetua mesti
memaklumkan Ketua Pendaftar tentang
penerbitan
12. Peraturan-peraturan
(Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998
 KeahlianPIBG
 Peranan PIBG
 Kuasa Pendaftar dalam PIBG
13. Peraturan-peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998
 Kelulusan Pengetua/Guru Besar untuk
menubuhkan persatuan
 Kategori persatuan
 Penasihat persatuan dilantik oleh
Pengetua/Guru Besar.
sambungan
 Laporan Persatuan
 Pengetua/Guru Besar dan Pendaftar
boleh membatalkan persatuan
14. Peraturan-peraturan Pendidikan
(Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998
 Cuti dan Hari Sekolah
 Cuti Peristiwa
 Pendaftaran kehadiran murid
 Kuasa Pengetua/Guru Besar menutup
sekolah dalam keadaan darurat
15. Peraturan-peraturan Pendidikan
(Institusi Pendidikan Swasta) (Piawaian) 1998
Pengetua/Pengelola mestilah
1. Mengemukakan perihal premis
kepada ketua pendaftar
2. Sediakan papan notis nama institusi
dihadapan institusi
3. Penyenggaraan premis
4. Premis digunakan untuk tujuan seperti
dalam permohonan
16. Peraturan-peraturan Pendidikan
(Institusi Pendidikan Swasta) (Iklan) 1998
 Bahasa Iklan- Bahasa Kebangsaan
secara sendiri atau bersama-sama
bahasa lain
 Ketua Pendaftar mengawalselia
kandungan iklan
 Rayuan
17. Peraturan-peraturan
(Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah
Penyimpanan Daftar dan Syarat
Pengekalan Murid Belajar di sekolah)
1998

 Digunapakai di sekolah kerajaan dan bantuan


kerajaan.
 Anak warganegara dan bukan bukan
warganegara
 Penyimpanan daftar penerimaan masuk murid
 Pertukaran sekolah dengan kelulusan Pengarah
Pendidikan
Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem
Pendidikan Kebangsaan
 FPK jadi landasan akta
 Sistem pendidikan dimantapkan
meliputi semua peringkat persekolah
 Kedudukan Bahasa Kebangsaan
diperkukuhkan
 Kurikulum diselaraskan
 Peperiksaan yang sama
 Pendidikan Islam diperluaskan
sambungan
 Pendidikan Prasekolah diperluaskan
 Mutu pendidikan PraSekolah dipertingkatan
 Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah
menengah
 Pendidikan guru diperkukuhkan
 Pendidikan swasta berkembang & sistematik
 Pendidikan khas diberi tumpuan
 Mengambilkira kepentingan pendidikan
semua kaum
Strategi Pelaksanaan
 1. Mendemokrasikan pendidikan secara adil
dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik
terutama di luar bandar
 2. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa penghantar utama
 3. Mengadakan kurikulum yang sama dan
berorentasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah
 4. Mewujudkan sistem peperiksaan
yang sama bagi semua
 5. Melicinkan tatacara pengurusan
pendidikna
 6. Memperluaskan pendidikan
Vokasional dan Teknik
 7. Mempelbagaikan dan memperbanyak
kemudahan pendidikan
 8. Memepertingkatkan pendidikan
kerohanian, moral dan disiplin
 9. Mewujudkan peluang pendidikan
asas selama 9 tahun
 10. Memperkembangkan tenaga
pengajar terlatih
Program Yang Dilaksanakan
 1. Memperkukuhkan sistem
penyampaian pendidikan
 2. Memperbaiki kualiti pendidikan
 3. Mempertingkatkan peluang
pendidikan untuk pelbagai peringkat
umur
 4. Memperluaskan peluang pendidikkan
melalui institusi swasta
 5. Menggubal kurikulum Baru Sekolah
Rendah (1983)
 6. Menggubal Kurikulum Sekolah Menengah
(1989)
 7. Menyusun semula pendidikan Vokasional
dan Teknik (1978)
 8. Menubuhkan Jawatankuasa di Kem.
Pendidikan Malysia, Bahagian Sekolah dan
jabatan Pendidikan Swasta

Você também pode gostar